Music Player

Saturday, August 20, 2016

Discography Ziana Zain


Dari kisah 'Bangkai / Carcass' pada entri yang lalu, kini kita beralih ke kisah 'Sang Bunga / Ziana Zain' pula.

Haah haah haah!! Kedengarannya agak janggal bukan..!! Kerana ia bukannya Rock..Tapi peduli apa aku... kerana ini blog, Yusrina yang punya..

Maka, suka hati aku lah.. hihh hihh hihh!!

Actually!! Entri ini adalah tribute khas buat 'Mem' Besar blog ini... iaitu kepada isteri tercinta... Rina (Beliau merupakan peminat setia No.1 Ziana Zain).. Hehh Hehh


OK.. Artis sensasi kita pada hari ini adalah merupakan seorang Diva, tetapi siapakah beliau yang sebenarnya..?

Mari kita soroti liku-liku hidup perjalanan seni, insan yang bernama Ziana Zain ini.


Ziana Zain memulakan karier seninya di bawah syarikat rakaman antarabangsa BMG Asia Pacific (kini bertukar nama kepada BMG Music). Lagu Madah Berhelah yang dimuatkan di dalam album sulungnya telah memperkenalkannya sebagai penyanyi berbakat yang mampu membawa lagu-lagu bernada tinggi dengan baik.

Selain menyanyi Ziana Zain turut melibatkan dirinya dalam bidang lakonan. Penglibatannya sebagai pelakon bermula dengan filem Sembilu di bawah arahan Yusof Haslam bersama artis popular Awie (Wings) dan Erra Fazira. Seterusnya, Ziana berlakon filem Sembilu 2 dan Maria Mariana di bawah pengarah yang sama.

Lakonannya di dalam filem-filem tersebut mengekalkan status Ziana sebagai pelakon popular. Ziana juga pernah berlakon di bawah tunjuk ajar pengarah versatile, M.Nasir di dalam filem Merah yang diakui oleh pengkritik filem antara filem terbaik tanahair. Manakala filem Maria Mariana 2 adalah filem lakonannya yang terakhir.

Paling hebat, dia yang terpilih membintangi filem Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana dan Maria Mariana 2 arahan Yusof Haslam, berjaya melakonkan wataknya dengan cukup berkesan hingga membolehkan filem tersebut meraih kutipan berjuta ringgit. Dan kehebatan yang serupa turut dilakukannya dalam filem Merah, arahan M. Nasir.


Di samping itu, Ziana Zain juga terlibat sebagai model dan duta kepada beberapa jenama barangan di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya produk Healthy Image Nutribeaute, Tilam dan jenama jam terkenal, Omega.

Dengan menjadi duta untuk jam tangan Omega, Ziana Zain secara automatik layak menjadi ahli kelab pengeluar jam berjenama antarabangsa Omega International Celebrity Club, berganding dengan model terkenal dunia iaitu Cindy Crawford, pelakon Elle Macpherson dan Pierce Brosnan.

Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus mengukir nama beliau di dalam Malaysian Book of Records sebagai artis wanita Malaysia pertama memenangi pertandingan antarabangsa tersebut.

Bermula di saat itu, langkah global beliau terus berkembang dan Ziana telah berjaya memahat namanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kanada, Switzerland dan juga Australia.


Meskipun ramai penyanyi dan pelakon baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun kehadiran mereka semua itu tidak langsung menggugat kepopularitian Ziana Zain.

Anak kelahiran Melaka ni sememangnya cukup gah di persada seni. Bermula dengan album kombo polis berjudul 'Kau lbarat Lilin', kemudian menyertai BMG Music pada tahun 1991 dengan album studio pertama berjudul Madah Berhelah.

Album studio ke-2 menyusul pada tahun 1993 dengan judul 'Ziana Zain'. Dari album ini keluarnya single "Anggapan Mu" dan "Putus Terpaksa", di samping memuatkan sebuah lagu berbahasa Jepun bertajuk "Chitose-Bashi".

'Setia Ku Di Sini' adalah album studio ke-3 dari Ziana Zain yang diterbitkan pada tahun 1996. Album ini telah memenangi 'Best Female Vocal' di Anugerah Industri Muzik 1996 (AIM).


Apa yang membanggakan lagi, kejayaan beliau dalam bidang lakonan sebelum ini, tidak pernah menenggelamkan karier asalnya sebagai penyanyi. Ini terbukti apabila album ke-4 nya yang berjudul 'Puncak Kasih', terjual melebihi 100 ribu unit dalam tempoh beberapa minggu sahaja dilancarkan.

Sesudah itu, 'Ziana Zain 99' adalah merupakan album studio ke-5 yang diriliskan pada tahun 1999. Single pertama dari album ini "Syurga di Hati Kita", telah digubah khas oleh LY dan Baiduri sebagai hadiah perkahwinan beliau. Inilah kali kedua Ziana mengeluarkan album yang judulnya sama dengan namanya (yang pertama kalinya adalah pada tahun 1993).

Manakala album 'Aku Cintakan Mu' ialah album studio ke-6 dan juga LP terakhir beliau setakat ini, yang telah pun diedarkan pada 20 Ogos 2001.

Menyusul kemudiannya selepas itu adalah album EP terbitan tahun 2008 yang bertajuk 'Dingin'.

Berdasarkan kejayaan cemerlang dan juga populariti yang diraih Ziana sepanjang karier beliau itulah, yang telah mendorong pengeluar jam antarabangsa Omega, yang kemudiannya memilih Ziana sebagai model bagi produk jam tangan berkenaan di Malaysia.

Pemilihan tersebut yang mengiringi Cindy Crawfords, Pierce Brosnan, Michael Schumacher, Alexander Popov dan ramai lagi bintang terkenal dunia merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat Ziana, selepas dia mencapai kemenangan gemilang di Kazakhstan sebelum ini.


Begitulah kejayaan yang dikecapi oleh Ziana. Dunia glamor yang dipenuhi tawa ria tidak pernah melalaikannya dari terus berusaha dengan lebih gigih. Dorongan dan suntikan semangat dari kedua ibu bapanya berjaya menghasilkan pelbagai anugerah berharga yang sukar ditandingi oleh artis-artis lain.

Sesungguhnya, penat jerih Ziana satu ketika dahulu sebagai 'minah kilang', pembantu pejabat, pekerja hotel dan kemudian pramugari, menjadikan beliau lebih matang dan dewasa dalam menempuh onak dan duri kehidupan.


Dilahirkan di Merlimau, Melaka kepada anggota polis (kini pesara) Zain Abdullah dan Puan Robiah Abdul, Ziana merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Panggilan utamanya di rumah, "Rozi" tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti".

Ziana menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor.

Jika zaman kanak kanak Ziana merupakan seorang budak yang nakal, zaman persekolahan pula jauh bezanya. Ketika itu, Ziana tiba-tiba berubah selera dan lebih gemar berkelakuan seperti lelaki berbanding anak-anak gadis yang lain.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ziana, beliau ada menjelaskan, "Memang gaya Ziana masa sekolah dahulu macam lelaki, atau lebih tepat tomboy. Entah kenapa Ziana Iebih selesa berkelakuan seperti itu. Malah gaya Ziana juga agak kasar sedikit hingga ramai budak lelaki yang takut pada Ziana. Masa itu, tak ada budak Ielaki yang berani kacau Ziana. Kalau mereka kacau jugak, jawabnya Ziana akan kejar mereka dengan kasut.. heheh".

"Bercerita pasal zaman persekolahan ni, Ziana teringat satu kejadian lucu yang pernah Ziana alami. Adalah satu hari tu, Ziana tersesat jalan ketika aktiviti sukan merentas desa, dan Ziana tersasar masuk ke dalam kawasan ladang getah. Apa yang Ziana tidak boleh Iupa, ketika itu juga bau susu getah tengah naik dengan semerbaknya. Mungkin kerana terlalu lama berlegar-legar di kawasan tersebut, fikiran Ziana terasa bagai melayang-Iayang kepeningan. Seterusnya, sedar tak sedar entah macam mana Ziana terpeluk pokok getah", ujarnya sambil ketawa.


Menurut Ziana ketika kecil dia suka merayau keliling kampung bersama rakan-rakan seusianya. Kalau sehari tidak merayau, katanya dia rasa lain macam sahaja kerana perbuatan itu sudah sebati, seperti satu tabiat bagi dirinya.

"Kami sebenarnya suka merayau-rayau tak tentu hala. Kadangkala tu sampai senja baru balik ke rumah. Emak yang menyedari sifat pelik tersebut, selalu memarahi Ziana dan memberi kata-kata nasihat. Namun entah kenapa, nasihat tersebut selalunya masuk ikut telinga kiri, dan keluar ikut telinga kanan", sambung Ziana.

"Satu lagi kegemaran Ziana ketika kecil ialah panjat pokok, bermain di lopak air dan main meriam kabait. Mungkin kerana terlalu nakal, pernah sekali tu Ziana jatuh berdebuk dari pokok jambu dan nyaris-nyaris tercedera", sambung beliau lagi.

"Abah Ziana (Pak Zain) yang melihat kejadian tersebut, betul-betul terkejut kerana menyangkakan Ziana mungkin menemui maut. Bagaimanapun, bak kata orang tua-tua, budak nakal selalunya panjang umur", ulas Ziana sambil menaikkan kening matanya.

"Kini, apabila Ziana bertemu semula dengan rakan-rakan lama, kami semua akan ketawa berdekah-dekah teringatkan kisah lama yang penuh nostalgia itu. Apa yang pasti, kenangan zaman kanak-kanak merupakan satu kenangan indah yang tidak mungkin berulang kembali. Meskipun sudah lama berlalu, namun hingga kini ia tetap bersemadi dalam sanubari ini," ujar Ziana tersenyum manis.


Tamat sekolah menengah Ziana telah bekerja di sebuah kantin. Mungkin disebabkan suasana kerja yang tidak bersesuaian, dia akhirnya berhenti kerja tiga bulan kemudiannya.

Selepas itu, dia menjawat jawatan sebagai seorang kerani pula di sebuah premis, tetapi hanya bertahan selama dua bulan sahaja. Berhenti sebagai kerani, Ziana bertukar angin pula ke kilang JVC yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Di kilang JVC, Ziana bekerja agak lama berbanding pekerjaan sebelumnya iaitu kira-kira tujuh bulan. Dan masa itu juga, Ziana sudah mula berjinak-jinak memakai tudung, namun ianya hanya mampu bertahan selama tujuh bulan sahaja.

Seterusnya, berkat usaha tanpa jemu, Ziana akhirnya berjaya menjadi pramugari Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS), walaupun bidang tersebut bukanlah cita-cita asalnya. Menurut penyanyi dan pelakon itu, pada mulanya beliau hanya menemani seorang sepupu untuk temuduga jawatan pramugari. Namun apabila dia turut mencuba nasib, tidak disangkanya pula yang dia telah terpilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan Ziana, sepupunya yang beria-ia sangat mengajak ke temuduga tersebut, tidak pula dipilih oleh Syarikat MAS.

"Kesian kan sepupu saya, mungkin dah takde rezeki dia la tu", ujar Ziana mengakhiri bual bicaranya.


Pada 9 Mei 1998, Ziana zain telah menamatkan zaman daranya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Mohd Armin Zaharin Bin Ahmad Zambri Armin, merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System (MAS). Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah.

Lebih 10 ribu peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva popular mereka secara dekat. Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk para hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC.

Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain.

Kini sudah hampir 18 tahun Ziana mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta. Pelbagai onak dan ranjau terpaksa beliau harungi dalam mempertahankan mahligai yang beliau bina. Beberapa tahun yang lepas, Ziana juga telah dikurniakan sepasang anak kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.


Sedikit Biodata Ringkas Ziana Zain :-

Nama Artis : Ziana Zain
Nama Glamour : Ziana
Nama Sebenar : Siti Roziana Bte Zain
Nama Timangan : Rozi / Ogee / Adik / Siti
Tarikh Lahir : 2/5/1968
Bintang : Taurus
Tinggi : 5" 3"
Tarikh Lahir: 2 May 1968
Hobi : Mengumpul kasut dan minyak wangi, memasak dan juga menyanyi
Status : Berkahwin
Suami : Mohd Armin Zahrin
Anak : Mohd Aiman / Mohd Ammar / Muhammad Airil / Siti NurQaseh
Imej : Kasual & Elegant
Kenangan Manis : Kemenangan di Kazakhstan
Kenangan Pahit : Bila difitnah kena tangkap oleh pencegah maksiat
Cita-cita : Awalnya Ziana berminat untuk menjadi Pilot, tetapi tidak kesampaian... dia akhirnya menjadi pramugari sebelum aktif dalam seni suara dan lakonan


Keseluruhannya, Ziana Zain telah menghasilkan sebanyak 6 Album Penuh (LP) dan juga 1 Album (EP), bersama dengan beberapa lagi album kompilasi, serta album Soundtrack (runut bunyi).

Semoga Ziana Zain akan terus aktif dan sukses untuk bergiat dalam lapangan seni suara dan juga persada seni lakonan. Tahniah kami ucapkan kepada beliau di atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada tanahair tercinta, Malaysia.

Hidup Ziana Zain..

Sekarang mari kita layan discography Ziana..

Zoommmmmmmmmmmmmmmmmmmm..



1991 Madah Berhelah



















1993 Ziana Zain
















1995 Setia Ku Di Sini















1996        Maria Mariana (Soundtrack)















1997 Puncak Kasih


















1998        Best of Ziana Zain (Kompilasi)

















1999 Ziana Zain















2001 Aku Cintakan Mu

















2003        Ratu - Satu Penghargaan (Kompilasi)















2008 Dingin (EP)














(info cover : credit to syahmyra, akubudakpenang, mat4nira, zianafanclub)

14 comments:

  1. Wah.. syabas. Seperti biasa entry yus panjang dan awal2 dah research sblum post :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah haah thank you reen.. memang saya akan buat research sebelum nak post kan sesatu entry tu.. itu yang perlu ambil masa lama, kadang hampir seminggu jugak.. tapi berbaloi kann..!!

      Delete
  2. kening kak ziana tu aset paling mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kening ziana zain tu, cuma 2 orang manusia jer yg boleh challenge beliau -
      1) dwayne johnson @ The Rock
      2) jennifer lopez @ JLO

      Delete
  3. Wahhhh... hebat la bro Yusrina. Info complete mengenai Diva Ziana Zain. Terbaik la bro. Hihi. Hampir semua lagu Ziana i suka. hihi. Lagu Setiaku Di Sini mengimbau memori tahun 1995/96. zaman kecik kecik dulu.. huhu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ziana zain ni gua minat pun, setelah direkomenkan oleh wife gua jugak..
      sebelum tu gua tak berapa nak layan pun.. hihh hihh
      tapi bila dah layan, rasa macam sayang pulak kat beliau ni.. oopss, salah cakap.. actually rasa sayang kat wife daa.. hehe
      p/s : kang mengamuk pulak diva kat rumah gua tua.. adehh

      Delete
  4. Replies
    1. Lakonan beliau memang mantop la D'arsil.. Tapi sayang, tak banyak filem lakonan beliau ni kan!

      Delete
  5. Shes good, her songs her acting,.
    tapi what happened in Port Dickson? Dia eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ziana memang cantik, bagus dlm nyanyian juga lakonan.. Tentang port dickson tu, gua tak berani nak komen.. Ini kes berprofil tinggi, silap cakap boleh masuk jail nanti.. Wallahualam

      Delete
  6. Kenapa pulak dgn port Dickson..apa kaitan dgn ziana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm.. Jawapannya tetap sama.
      No komen la luqman.. Huhu

      Delete