Music Player

Showing posts with label Quiet Riot. Show all posts
Showing posts with label Quiet Riot. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

Discography Quiet Riot


Quiet Riot adalah kumpulan muzik heavy metal Amerika Syarikat (US) yang merupakan perintis kepada aliran glam metal tahun 1980an. Kumpulan muzik ini ditubuhkan dalam tahun 1973 oleh pemain gitar Randy Rhoads dan pemain bass Kelly Garni. Turut bersama mereka sesudah itu adalah, vokalis Kevin DuBrow dan pemain drum Drew Forsyth. Quiet Riot tersenarai di tempat ke-100 dalam carta "100 Artis Hard Rock Terhebat" bagi versi saluran televisyen VH1.


Lagu "Cum on Feel the Noize" dan "Mama Weer All Crazy Now" adalah dua lagu Quiet Riot yang paling dikenali. Kedua-duanya merupakan rakaman semula dari lagu yang pernah dibawakan sebelum ini, oleh band Inggeris bernama Slade. Maskot Quiet Riot berupa lelaki bertopeng besi yang mengenakan jaket pengikat untuk pesakit mental (orang gila) merupakan salah satu simbol heavy metal seperti halnya dengan simbol-simbol lain iaitu, Vic Rattlehead (Megadeth), Eddie the Head (Iron Maiden) dan Snaggletooth (Motorhead).


Asal-usul nama "Quiet Riot" sering ditafsir berasal dari sebuah novel terlaris tahun 1960an, Giles Goat-Boy karya John Barth, ataupun prosa kata dari judul lagu "White Riot" dendangan kumpulan The Clash. Tetapi kedua-dua fakta berkenaan ternyata tidak benar sama sekali. Dalam temu bual radio yang dilakukan pada tahun 1979, vokalis DuBrow mengatakan bahawa nama kumpulan ini lahir dari perbincangan dengan Rick Parfitt gitaris band Status Quo. Parfitt pada ketika itu ada berkata yang beliau ingin menamakan bandnya sebagai "Quite Right".


Album pertama mereka yang diberi judul Quiet Riot, atau QR I dikeluarkan oleh labels CBS / Sony di Jepun pada tahun 1977. Beberapa bulan kemudian, pemain bass Kelly Garni telah mengambil keputusan untuk keluar dari Quiet Riot. 

Album kedua, Quiet Riot II atau QR II dirakam di studio The Record Plant dan diedarkan di Jepun pada tahun 1978. Walaupun pemain bass Rudy Sarzo kelihatannya ada bergambar dalam cover album QR II, walhal yang sebenarnya, beliau belum bergabung lagi secara rasmi dengan Quiet Riot sewaktu rakaman album tersebut berlangsung.

Setelah album Quiet Riot tidak berhasil dipasarkan di Amerika Syarikat (US), pada bulan November 1979, gitaris Randy Rhoads memutuskan untuk keluar dari kumpulan ini, atas cadangan dari Dana Strum. Rhoads kemudiannya bergabung dengan band pengiring Ozzy Osbourne sementara Quiet Riot telah ditukar nama menjadi band DuBrow (1980-1982).


Setelah Randy Rhoads maut dalam satu kemalangan kapalterbang yang terjadi pada 19 Mac 1982, vokalis DuBrow berusaha membina kembali band Quiet Riot. Adik Tony Cavazo yang bernama Carlos Cavazo telah dijadikan pemain gitar utama, kerana ahli pengasas Quiet Riot yang lain tidak ada yang berminat untuk penubuhan semula band Quiet Riot ini. Rudy Sarzo menyertainya sebagai pemain bass, dan Frankie Banali temannya, dilantik sebagai pemain drum.

Pada bulan September 1982, berkat bantuan dari penerbit Spencer Proffer, mereka berjaya mendapatkan kontrak rakaman bersama labels CBS records di Amerika Syarikat (US). Pada tarikh 11 Mac 1983, album perdana (juga album ke-3) mereka di Amerika Syarikat (US), Metal Health akhirnya berjaya dikeluarkan. Walaupun demikian, album pertama dan kedua mereka (QR I dan QR II) masih juga belum dapat dikeluarkan di AS. Memang agak malang nasib kumpulan Quiet Riot ini.


Album mereka yang berikutnya (album ke-4), Condition Critical berjaya dilancarkan pada 7 Julai 1984. Di dalamnya terdapat lagu "Mama Weer All Crazee Now" dari kumpulan Slade yang mereka rakamkan kembali. Album ini tidaklah terlalu berjaya hasil penjualannya. 

Sarzo kemudiannya telah mengundurkan diri pada tahun 1985, dan sesudah itu beliau mengambil keputusan untuk bergabung dengan kumpulan Whitesnake pula dalam tahun 1987. Kedudukan pemain bass kemudiannya telah diisi oleh Chuck Wright bekas bassist band Giuffria. 

Album ke-5, QR III dikeluarkan pada tahun 1986 namun tidak berjaya secara komersialnya. Setelah itu, vokalis DuBrow dipecat oleh ahli Quiet Riot yang lain kerana sering berkelakuan aneh dan juga mengalami masalah disiplin. Sebagai penggantinya, Quiet Riot telah melantik Paul Shortino bekas vokalis dari kumpulan Rough Cutt. 

Sementara itu pemain bass Chuck Wright juga dipecat dan digantikan oleh Sean McNabb. Dengan formasi baru di tahun 1988 ini, mereka akhirnya mengeluarkan album ke-6 berjudul 'Quiet Riot' yang ternyata kurang berjaya dari segi hasil jualannya. Album ini juga turut mempunyai nama yang sama dengan album studio pertama mereka (QR) ketika masih dengan Randy Rhoads dahulu.


Band Quiet Riot dibubarkan seketika, sesudah mereka membuat konsert di Hawaii pada tahun 1989, sementara bekas vokalis DuBrow berusaha untuk memperoleh kembali hakcipta ke atas nama Quiet Riot. 

Menjelang tahun 1991, perselisihan antara DuBrow dengan bekas ahli-ahli yang lain sudah menjadi tenang kembali. Bersama Cavazo, DuBrow membentuk sebuah kumpulan baru, bernama 'Heat' yang akhirnya tampak bagaikan reunion kepada kumpulan Quiet Riot. Susulan itu album ke-7 yang mereka edarkan pada tahun 1993 diberi judul Terrified, dengan mendapat bantuan dari Banali (drum) dan Kenny Hillery (bass).

Masih lagi berkisar pada tahun 1993, DuBrow telah merilis album 'The Randy Rhoads Years' yang mengandungi lagu-lagu hits di era Randy Rhoads, sewaktu Quiet Riot masih lagi bersama dengan labels Columbia (CBS). Album tersebut juga mengandungi lagu-lagu Quiet Riot yang belum pernah diedarkan sebelum ini (sebahagian lagu dinyanyikan semula oleh DuBrow). 

Pada tahun 1995, pemain bass Hillery telah meninggalkan Quiet Riot, malangnya kemudian beliau telah ditemui mati membunuh diri pada 5 Jun 1996. 


Setelah Wright (bassist) kembali menyertai semula, kumpulan Quiet Riot telah menghasilkan album ke-8 'Down to the Bone' (1995). Tahun berikutnya (1996), Quiet Riot merilis album kompilasi "Greatest Hits". Isi kandungan dari album kompilasi ini tidak mengandungi langsung lagu-lagu dari era Randy Rhoads ataupun lagu-lagu mereka dari tahun 1980an. 

Setelah Rudy Sarzo kembali sekali lagi bagi menyertai band ini pada tahun 1997, mereka telah memulakan road tour konsert di US yang agak kurang berjaya dan menemui kegagalan. Mereka bahkan telah ditangkap oleh pihak polis beberapa kali. Dan salah seorang peminat yang marah-marah telah memfailkan tindakan saman terhadap DuBrow akibat kecederaan yang beliau alami sewaktu menonton konsert di road tour berkenaan. 

Quiet Riot kembali menerbitkan album ke-9 'Alive and Well' pada tahun 1999 yang mengandungi sejumlah besar lagu-lagu baru dan juga rakaman semula lagu-lagu hits mereka sebelum ini. 

Album berikutnya dari mereka adalah Guilty Pleasures (album ke-10) yang dikeluarkan dalam tahun 2001.


Quiet Riot secara rasminya telah dibubarkan untuk kali yang ke-2 pada bulan Februari tahun 2003, dan sesudah itu Sarzo telah bergabung dengan kumpulan Dio pada tahun berikutnya. 

Selang beberapa tahun kemudiannya, Quiet Riot telah kembali melakukan reunion pada tahun 2005 bersama dengan ahli-ahli lamanya iaitu DuBrow, Banali, Wright dan juga seorang pemain gitar baru Alex Grossi. Mereka turut tampil dalam persembahan 'Rock Never Stops Tour' pada tahun 2005 bersama-sama dengan kumpulan Cinderella, Ratt dan FireHouse.

Pada bulan Januari 2006, Chuck Wright dan Alex Grossi pula telah keluar dari kumpulan Quiet Riot.
Semenjak dari itu Quiet Riot sering bertukar-ganti ahli-ahlinya, di antaranya gitaris Billy Morris dan Neil Citron, serta pemain bass Tony Franklin, Sean McNabb dan Wayne Carver. 

Album ke-11 dari mereka adalah yang bertajuk 'Rehab' telah dilancarkan pada 3 Oktober 2006. Formasi Quiet Riot disaat itu adalah terdiri dari DuBrow, Banali, Franklin, Neil Citron & Glenn Hughes.

Kegemparan berlaku di tahun berikutnya apabila vokalis Kevin DuBrow (52 tahun) telah ditemui meninggal dunia dekat kediamannya di Las Vegas, pada tanggal 25 November 2007 pukul 5.20 petang waktu tempatan. DuBrow sebelum ini pernah mengeluarkan sebuah album solo berjudul In For The Kill pada tahun 2004.


Setelah kematian DuBrow, kumpulan Quiet Riot telah giat mencari pengganti baru bagi mengisi kekosongan tempat vokalis mereka. Akhirnya pada bulan November 2013, Jizzy Pearl telah dilantik untuk menggalas tugasan sebagai vokalis baru Quiet Riot.

Setahun berikutnya mereka telah menghasilkan album terakhir Quiet Riot setakat ini (juga album ke-12) yang diberi judul 'Quiet Riot 10' (2014). Album baru ini mengandungi 10 tracks lagu kesemuanya iaitu, 6 lagu rakaman studio (dinyanyikan oleh Jizzy Pearl), manakala 4 lagu lagi adalah lagu-lagu konsert live sewaktu di era mendiang DuBrow (unreleased track).

Berikut adalah Line-Up terkini Quiet Riot :-

Jizzy Pearl - vokalis
Alex Grossi - gitar
Chuck Wright - bass
Frankie Banali - dram


Begitulah sinopsis perjalanan seni kumpulan Quiet Riot ini, diharapkan mereka akan terus sukses demi mengejar impian dan cita-cita mereka untuk menjadi sebuah Band yang tersohor ke serata dunia.

Dan walaupun kini DuBrow sudah pun tiada, tetapi semangat juang yang telah ditinggalkan oleh mendiang kepada kawan-kawannya di Quiet Riot, akan dijadikan sebagai pemangkin aras bagi melebarkan sayap kumpulan Quiet Riot ini sehingga ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga kumpulan Quiet Riot ini akan dikenang sebagai generasi Hard Rock 70an yang paling berjaya di suatu masa kelak.

Sekian..


Ehh.. 2 Hari saja lagi nihh..!
Dikesempatan ini Yusrina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha / Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat islam di seluruh dunia amnya dan juga kepada seluruh umat islam di Malaysia khasnya. 


Dan kalau buat korban sembelihan lembu atau kambing tu, jangan lupa lah pulak untuk jemput Yusrina datang ke rumah saudara saudari sekalian yer (jika buat makan-makan).. heheh.. (perigi cari timba nih.. hahh hahh)


Sampai berjumpa di lain siaran kawan-kawan..


Seperti biasa jom kita layan the discography of Quiet Riot..

Zoom...........



1977 - Quiet Riot
















1979 - Quiet Riot II
















1983 - Metal Health

















1984 - Condition Critical


















1986 - QR III



















1988 - Quiet Riot




















1993 - Terrified
















1995 - Down To The Bone



















1999 - Alive And Well


















2001 - Guilty Pleasures


















2006 - Rehab






















2014 - Quiet Riot 10