Music Player

Sunday, May 29, 2016

Discography Bon Jovi


Bon Jovi ialah sebuah kumpulan muzik rock dari New Jersey, Amerika Syarikat. Bon Jovi menjadi popular melalui lagu-lagu hits nya, seperti Runaway, It's My Life, Everyday, Have a Nice Day, dan sebagainya.

Pada tahun 2007, Bon Jovi telah melancarkan album ke 10 mereka, bertajuk 'Lost Highway'.

Bon Jovi juga sudah meraih Anugerah Grammy kategori Best Country Collaboration untuk lagu 'Who Says You Can't Go Home'.

Sebelum ini Bon Jovi pernah dicalonkan bagi Anugerah Grammy pada tahun 2000 untuk lagu 'It's My Life'.

Sehingga kini Bon Jovi telah menghasilkan sebanyak 13 album studio, dan album ke 14 mereka berjodol 'This House Is Not For Sale', bakal diterbitkan pada penghujung September 2016 nanti.

Sama-samalah kita nantikan kemunculan album baru mereka itu kelak.

Dan line-up mereka yang terkini adalah seperti berikut :-

Jon Bon Jovi       - vokal dan gitar akostik
David Bryan       - keyboard
Hugh McDonald - bass
Tico Torres        - drum
Phil X                 - gitar utama (menggantikan Richie
                            Sambora yg telah keluar pd tahun
                            2013)

Begitulah dia sinopsis ringkas Band Bon Jovi, selesai sudah setakat ini.

Kita kembali kepada cerita hari ini, bertajuk - Ikan Laga.

Apakah dia ikan laga..?

Ikan laga disebut dalan bahasa latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).

Nama ikan laga terhasil kerana, tabiat ikan ini sendiri yang bila ditemukan dalam bekas, 1 lawan 1, maka ikan ini akan bergaduh sesama sendiri.

Kesian aku tengok ikan ini kalau digaduhkan, dah macam gaya ayam laga la pulak jadinya.. huhu!

pesan ku pada korang semua.. jangan dibuat macam itu, kesian kat ikan kan!

dan dikesempatan ini, aku nak cerita sedikit berkenaan dengan Mitos @ Lagenda ikan laga di Negara Siam (Thailand).

Menurut hikayat, Betta Fish @ Ikan Laga dikatakan telah mendapat nama dari satu suku kaum purba pahlawan Asia, dan mereka telah menggelarkannya sebagai “Betta”.

Ikan ini diberikan nama betta kerana, kira-kira 150 tahun dahulu rakyat siam amat gemar menyertai satu sukan terkenal yang melibatkan pergaduhan antara dua ekor ikan laga pahlawan. (Malah, sukan yang begitu popular ini, turut diatur dan disukai oleh Raja Siam).

Satu perkara yang menarik tentang pergaduhan ikan ini adalah, ianya tidak sama seperti battle ayam jantan mahu pun pergaduhan anjing di negara barat sana.

pada pertandingan ikan laga Siam ni, penilaian sebenar adalah diukur pada keberanian sang ikan itu sendiri, dan dari satu sudut lain pula pergaduhan dinilai pada berapa teruk kecederaan luka yang ditanggung oleh ikan itu, atau sehingga mati salah satu dari ikan yang bertarung.

Para penonton selalunya akan bertaruh pada berapa lama seseekor ikan laga itu dapat bertahan dalam sesuatu perjuangan.

Malah, kebanyakan ikan hanya dapat digunakan untuk sekali atau dua kali bertarung, dan kalau mati terus dibuang begitu sahaja, pastu boleh la pakat-pakat beli yang baru pulak.. hehe!

Sehingga hari ini, sukan laga ikan masih wujud di negara siam. Malah dekat Malaysia pun ada, tapi pandai-pandailah tanggung ya. (sape-sape yang suka sangat main laga ikan ni, jaga-jaga.. pasal undang2 negara kita boleh mensabitkan anda, atas kesalahan menganiayai dan mendera binatang / sama kes jugak dengan laga ayam.. huhuhu!)

selain itu, Ikan laga juga turut dibuat perhiasan dalam akarium, dimana masyarakat cina kebanyakkanya percaya dengan nasib tuah “ong” atau fengshui mereka.

Di Malaysia pun, sudah banyak ikan laga ini dikomersialkan untuk pasaran tempatan dan juga luar negara.

Sedikit Info berkenaan ikan laga :-

Nama saintifik : Betta Splendens
Nama lain : Betta
Pengkelasan / Keluarga : Belontiidae
Banyak didapati : Kemboja dan Thailand
Saiz Dewasa : 3 inci (7 cm)
Jangka hayat : 2-3 tahun
pH yang sesuai : 6.8 – 7.4
Suhu : 75-86 F bersamaan (24-30 C)

Kehidupan sosial : Jantan sama jantan jangan diletakkan dalam satu balang, nanti gaduh.. hihh hihh!

Diet / Pemakanan : Emping, keropok ikan (bulat-bulat), serangga dan alga.

Cara menetas / pembiakan : Buih-buih seperti buih sabun dalam jumlah yang banyak (bagai telur katak)

Tahap untuk membela : Sangat mudah untuk dijaga, tidak perlu letak oksigen macam ikan kelisa, dan juga tahan lasak, tidak seperti ikan emas yang terlalu manja.

bercakap berkenaan dengan ikan laga, dulu dalam tahun 1982 aku dan kawan-kawan yang tinggal di berek polis kuala terengganu, ada la juga terlibat dengan mainan laga-laga ikan ni.. kihh kihh!

begini ceritanya..

pada satu petang tu.. aku, Nazli dan Ang (kawan cina) telah pergi ke Pasar Kedai Payang untuk mencari baka spesies terbaik ikan laga.

sesampainya di pasar, kami bertiga melihat ada sebuah kedai yang menjual ikan-ikan laga ni dalam botol, dan tokeh kedai berkenaan dah siap menyusun rapi botol-botol ikan laga tu untuk dipamerkan kepada para pembeli.

kami memang excited sangat, apabila melihat pelbagai rupa bentuk dan saiz ikan laga siam yang begitu mengasyikkan jiwa ni.

yer la, dengan warna sirip yang beraneka warna.. ada merah, ada biru, ada oren, ada hijau, ada putih, ada hitam.. pendek kata memang menarik la paras rupa ikan eksotik ni.

tapi spesies jantan jer yang cantik, manakala spesies betinanya pula agak kurang menyerlah penampilan mereka.. tidak seperti manusia kan, selalunya kaum hawa yang lebih gemarkan kecantikkan ni (lihat sahaja kebanyakkan wanita yang gemar bersolek dan berdandan tu... betulkan! sekadar perumpamaan je.. hihh hihh)

"wah..! aku nak beli yang kaler merah ni laa.. cantik sangat, dah macam warrior ikan ni!", aku luahkan hasratku pada rakan-rakan.

"tak payah la Yus.. kita beli yang kaler biru je lah, lagi cantik.. kannn!", Nazli tak bersetuju dengan pendapat ku tadi.

"Merah pun tak cantik.. biru pun tak lawa.. aku rasa yang hijau tu lagi baik, nampak kegagahannya tu!", Ang pulak menyampuk dengan citarasa yang berlainan.

Kecoh dibuatnya lagak kami bertiga tu, terus berbalah tentang ikan laga favorite kesukaan masing-masing..

yer la.. bunyi suara kami jer yang bising kat kedai jual ikan laga berkenaan masa kat pasar tu.

kami terus bertelagah tanpa henti, tentang ikan pilihan masing-masing, kononnya nak tegakkan benang yang basah.. hahh hahh!

"aku kata merah.. merah laa, taknak hijau, taknak jugak biru!", aku cuba menggunakan kuasa veto.

"mana boleh yus...!", Ang dan nazli tak berpuas hati dengan aku.

sedang kami bertekak tu, tiba-tiba tangan aku tertepis pada salah satu botol ikan laga berkenaan. mengakibatkan kedudukan botol ikan tu menjadi tidak stabil, bergoyang seketika, lalu kemudian terus jatuh ke atas lantai.

"prankkkkk"... bunyi satu objek kaca berisi air jatuh pecah berderai.

dan kejadian itu turut disedari oleh tokeh kedai ikan berkenaan.. apalagi mengamuk sakan la dia.

"hoii! astaga.. apa kamu sudah buat ni dikk..?", pekik tokeh tersebut.

Kami tak tunggu lagi, terus cabut lari langkah seribu meninggalkan si tokeh yang terkebil-kebil kebingungan.

setelah jauh melarikan diri dari pasar kedai payang tu, akhirnya kami bertiga berhenti rehat kat sebuah wakaf.. tercungap-cungap juga kami menahan kepenatan.

"itulah kau Yus, nak bertekak pun janganlah sampai naik kaki dan tangan, kan tak pasal-pasal dah pecah botol ikan tadi", nazli menyuarakan ketidakpuashati nya terhadap aku.

"aah aah laa.. nasib baik tokeh tu tak kejar kita, kalau tidak haru dibuatnya!", Ang pula menambah.

aku diam membisu, tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulut (wordless).. kerana dah memang aku yang bersalah, tangan aku ni lah yang gatal, sampai terlanggar botol ikan tu tadi..

haah! ikan laga entah kemana, peluh jer yang kami dapat... niat asal ke pasar tadi, nak beli ikan laga.. tapi lain pulak jadinya...

bukannya ikan laga yang berlaga, tapi kami bertiga pulak yang bertelagah (macam berlaga la jugak bunyinya)... kihh kihh kihh!

terbantut la hasrat kami pada hari itu untuk memiliki si ikan laga pujaan sanubari, dek kerana kecuaian diri ku sendiri.

demi untuk mengubati kekecewaan hati, jadi kami pun mencari satu alternatif lain, lalu kami pergi ke satu tempat berlongkang besar dekat area perumahan.

dan kami berjaya juga menangkap beberapa jenis ikan lain... iaitu ikan Puyu dan juga ikan Gapi (walaupun bukan spesies ikan untuk dilaga-lagakan, tetapi sekurang-kurangnya ada la rupa ikan jugak... hehehe!)

terhibur la untuk sementara.. huhu!

OK.. sekian dulu untuk kali ini.

(moral of the story : hindarilah diri anda dari menzalimi haiwan, kelak mereka akan menuntut keadilan dari Pencipta)

The Diskografie -



1984 - bon jovi


















1985 - 7800 fahrenheit


















1986 - slippery when wet


















1988 - new jersey


















1990 - blaze of glory (OST young guns II - jon bon jovi)


















1992 - keep the faith


















1994 - cross road (the best of bon jovi)


















1995 - these days


















2000 - crush


















2002 - bounce


















2005 - have a nice day


















2007 - lost highway


















2009 - the circle



















2013 - what about now


















2015 - burning bridges