Music Player

Showing posts with label Febians. Show all posts
Showing posts with label Febians. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

Discography Febians


Kumpulan D'Febians (The Febians) ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Baharu, Johor. Formasi awalnya (batch pertama) telah dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Abdul Rahman (Man Burger), Kemat Hassan (Kemat), Samsuri Hj. Tahir (Sham) dan Jasmin Zainal (Hana).

Kemudiannya pada tahun 1982, lahirlah batch ke-2 D'Febians yang dianggotai oleh Nasabandi Jumat (Vokalis), Aziz Mohamed (Gitaris 1), Sufian Samiran (Gitaris 2), Harun Rahman (Bassist) & juga Shamsuri Tahir (Drum). Batch ke-2 inilah yang telah menaikkan nama kumpulan D'Febians, sehingga menjadi popular & dikenali sampai ke seluruh pelusuk tanahair.



Sebelum menjadi artis rakaman, Nasha (vokalis) pernah bekerja sebagai pemandu teksi. Akhirnya beliau meninggalkan kerjaya itu bagi menyertai D'Febians, setelah dipelawa oleh rakan baik beliau, Aziz (gitar utama), bagi menggantikan penyanyi asal D'Febians, Hana yang telah mengundurkan diri atas masalah peribadi.

Bercakap mengenai genre, D'Febians lebih cenderung dalam memainkan irama muzik Heavy Rock & Hard Rock. Mereka mula dikenali ramai semenjak tahun 1983 setelah memenangi pertandingan "Juara Rock 1983". Pada pertengahan tahun 1986, kumpulan ini akhirnya telah menukarkan nama kepada Febians.

Setelah bergelar Juara (di Juara Rock 1983), kumpulan Febians terus melebarkan sayapnya hingga kepada penghasilan Album Juara Juara Rock - Siri 1, 2 & 3. Mereka juga pernah dinobatkan dengan gelaran 'Raja Pentas' pada era '86-'88 kerana sering mempamerkan persembahan yang mantap lagi bertenaga ketika beraksi di acara konsert.


Album pertama Febians (self titled) rilis pada tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production). Lagu 'Untuk Mu Sayang' merupakan lagu killer di dalam album sulung ini, dimana ianya telah berjaya memikat hati para pendengar di ketika itu.

Album ke-2 mereka '1001 Malam' meneruskan kegemilangan kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diedarkan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Seterusnya mereka muncul pula bersama album ke-3 'Satu Antara Sejuta' yang diterbitkan setahun kemudiannya (1990) dengan lagu hits nya 'Penantian'.


'Raja Pentas' menyepi seketika sebelum kembali semula pada tahun 1994 menerusi album ke-4 (juga album terakhir mereka) yang berjudul 'Lang Buana', di mana ketika itu Sufian Samiran (Yan), Samsuri Hj. Tahir (Sham) & Harun Rahman (Harun) telah pun meninggalkan Kumpulan Febians.

Dan posisi mereka kemudiannya telah digantikan oleh Samad Isa (Samad) selaku pemain drum & Seth Jamal (Seth) selaku pemain bass. Sementara dua ahli lama yang masih kekal adalah Aziz Mohamed (Aziz) & Nasabandi Jumat (Nasha). Selepas era ini Febians terus menyepi tanpa sebarang aktiviti sehingga membawa kepada perpecahan kumpulan.



Kumpulan ini dikatakan berpecah akibat dari sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Manakala Pusat Studio utama mereka yang pada masa itu terletak di bandar Johor Baharu telah pun ditutup, ekoran dari perpecahan kumpulan.




Senarai Anggota yang pernah menerajui Kumpulan Febians :-

Hana (Jasmin Zainal) - Vokal (1981 - 1982)
Nasha (Nasabandi Jumat) - Vokal (1982 - 1995)
Aziz (Aziz Mohamad) - Gitar Utama (1981 - 1995)
Man Burger (Abdul Rahman) - Gitar Ke-2 (1981 - 1982)
Yan (Sufian Samiran) - Gitar Ke-2 (1982 - 1992)
Kemat (Kemat Hassan) - Bass (1981 - 1982)
Harun (Harun Rahman) - Bass (1982 - 1992)
Seth (Seth Jamal) - Bass (1994 - 1995)
Sham (Shamsuri Tahir) - Drum (1981 - 1992)
Samad (Samad Isa) - Drum (1994 - 1995)

Anugerah Pencapaian Kumpulan Febians :-

Juara di Pertandingan Juara Rock (1983)
Naib Juara di Pertandingan Juara Rock (1986)



Beberapa tahun selepas perpecahan iaitu sekitar awal tahun 1998, Nasabandi (vokalis) telah menubuhkan sebuah band baru yang berkonsepkan sentuhan Heavy Metal. Kumpulan ini dikenali sebagai 'Amuk' (yeah yeah)... heheh. Dan nama Nasha telah pun ditukar menjadi Bandi Amuk.

Bukan sahaja nama, malah gaya persembahan dan juga suara beliau turut di ubah menjadi serak & garau, demi untuk menyesuaikan diri dengan irama Metal yang dibawa oleh kumpulan Amuk ini.

Teringat kembali sewaktu Nasha/Bandi masih bersama dengan Kumpulan Febians suatu ketika dahulu, dimana suaranya halus lagi gemersik dan bersesuaian dengan alunan irama Rock Kapak. Tetapi setelah beliau membentuk Kumpulan Amuk, suara Nasha/Bandi telah berubah 100 peratus, dan ditambah pula dengan pemakaian topeng untuk menutup mukannya (identiti la katakan.. haah haah).



Dan kumpulan Amuk ini sempatlah menghasilkan beberapa buah album bermutu sehingga kini. Syabas Nasha/Bandi dan juga kumpulan Amuk.. huhuh.


Dan berita terkini yang Yusrina ketahui dari satu sumber tidak rasmi ada menceritakan bahawa Nasha/Bandi sudah pun berhijrah ke arah bidang dakwah, bersama jemaah Tabligh. Beliau selalu dilihat bergerak bersama-sama dengan Ali XPDC & Iwan Dangdut, dalam usaha untuk mencari keredhaan Allah, disamping untuk memperbaiki iman masing-masing.


Semoga usaha agama Nasha/Bandi ini akan mendapat balasan dan ganjaran pahala yang besar di Hari Akhirat kelak hendaknya.. Amin Yaa Raabbil 'Alaamin.

Sekian Terimakasih....

Sekarang mari kita join the discography Febians.. Ayuhh



Febians (1988)


















1001 Malam (1989)























Satu Antara Sejuta (1990)


















Lang Buana (1994)

















(info cover : credit to mastercomp, shahmyra, akubudakpenang, bull)