Music Player

Monday, November 14, 2016

Discography DJ Dave


Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave (Dhammi Jagjit Sukhdev) merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Dilahirkan pada tanggal 14 Februari 1943 dan mendapat gelaran Datuk bersempena kelahiran T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah yang ke-59, pada tahun 2005.

Karier Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi & Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972. Pada tahun 1973, DJ Dave telah menyertai EMI untuk merakamkan album Ingin Bersua, sebelum beliau membuka syarikat rakaman sendiri 'Dave Enterprise' bagi mengeluarkan rakaman terbaru, iaitu lagu-lagu berirama Hindustan tidak lama kemudiannya.


Mengimbau kembali sejarah penglibatannya dalam bidang nyanyian, penyanyi berbangsa Sikh ini memulakan karier seni pada tahun 1971 dengan mendendangkan lagu-lagu Hindi. Malah beliau juga pernah digelar Mohd Rafi Malaysia.

Dave kemudiannya mula serius dalam bidang nyanyian setahun selepas itu. Pada tahun 1972, DJ Dave telah melahirkan album EP pertamanya yang berjudul 'Ku Tak Ingin Menangis Lagi' yang mendapat sambutan hangat para pendengar.

Album EP ini mengandungi lagu Ku Tak Ingin Menangis Lagi, Maafkanlah (lagu saduran Hindi - Gustaakhi Maaf), Menangis Dalam Gelita & Harum Bunga Kembang. Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini menjadi popular. Lagu Ku Tak Ingin Menangis Lagi misalnya, pernah menjuarai carta lagu popular selama 13 minggu berturut-turut. EP ini juga merupakan album terbaik buat beliau, kerana melalui album EP inilah nama DJ Dave mula mendapat perhatian dari peminat.


Pada 1974, beliau menghasilkan album EP ke-2 Berdansa Denganku, yang memuatkan lagu seperti Ingin Bersua, Joget Beristeri Dua & Sinar Cinta. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, DJ Dave sudah menghasilkan 40 buah album kesemuanya.

“Sebelum menjadi penyanyi saya sebenarnya pernah menjadi guru di sebuah sekolah di Batu Gajah, Perak selama setahun, ini adalah kerja pertama selepas tamat tingkatan lima,” kata DJ Dave ketika ditemubual oleh wartawan hiburan. Selepas itu, DJ Dave bertugas sebagai pegawai di Pejabat Pos Malaysia selama lapan tahun bermula 1967. Ketika itu, dia mula menunjukkan bakatnya dalam dunia nyanyian.


“Ketika itu tidak silap saya pada awal tahun 1970, saya dah mula menyanyi tapi menyanyi di majlis-majlis perkahwinan sahaja.

Sewaktu Dave sedang menyanyi pada majlis tersebut tanpa disedari, beliau telah diperhatikan oleh seorang remaja istimewa (OKU) yang begitu tertarik dengan kelunakan suaranya. Seusai menyanyi, kata Dave, dia didekati oleh remaja terbabit.

"Remaja itu bertanya mengapa saya tidak cuba menyanyi dalam bahasa Melayu? Malam itu saya tidak boleh tidur lena bila memikirkan cadangan dia itu. Bagaimana saya mahu menjadi penyanyi, sedangkan saya sudah bekerja sebagai posmen selama lima tahun..!


"Saya kemudiannya menyertai satu sesi uji bakat anjuran syarikat rakaman Life Records sambil diiringi oleh kumpulan The Strollers. Malangnya saya tidak berjaya dalam audition berkenaan. Mereka kata saya gagal kerana sebutan bahasa Melayu saya teruk (hancur). Tetapi selepas 6 bulan belajar bahasa Melayu, saya nekad mencuba sekali lagi uji bakat itu dan Alhamdulillah akhirnya berjaya juga".

"Sejak saat itulah, saya tidak pernah lupa kepada remaja OKU tersebut. Malah ia secara tidak langsung menyebabkan saya sering menjemput kanak-kanak golongan kurang bernasib baik pada sambutan hari lahir saya setiap tahun, dan amalan ini telah saya lakukan sejak lebih dari 40 tahun yang lalu," kata DJ Dave sambil meneguk air sirap di mejanya.


Bertolak dari sumber inspirasi yang dicetuskan oleh remaja OKU berkenaan, maka akhirnya pada tahun 1972 saya mula mengorak langkah dengan menyanyi di RTM. Lagu Melayu pertama yang saya nyanyikan adalah Bila Kau Pergi nyanyian Saloma, selepas itu ramai peminat meminta saya menyanyikan lagu Melayu. Setelah berfikir panjang, pada 1975 saya nekad untuk berhenti kerja di pejabat pos dan meneruskan karier nyanyian saya, dan Alhamdulillah saya mula dikenali selepas itu,” jelas Dave panjang lebar.

Mungkin kegilaan terhadap filem-filem Hindi ketika itu telah membuatkan namanya semakin dikenali apatah lagi raut wajahnya juga seperti bintang-bintang filem Bollywood dari India.
“Mungkin sebab raut wajah saya yang seakan-akan pelakon dari sana, namun semuanya adalah ketentuan Allah, dan saya cukup bersyukur berada di tahap ini,” tambah beliau lagi.


Sepanjang kariernya, DJ Dave pernah berduet dengan beberapa penyanyi wanita antaranya Sarena Hashim, Sharifah Aini dan juga Uji Rashid. Beliau juga turut berduet dengan Dayang Nurfaizah dalam lagu 'Segalanya' yang pernah dinyanyikan bersama Liza Aziz pada konsert Journey Through Song.


Konsert itu diadakan sempena meraikan 40 tahun pembabitannya dalam arena muzik. Konsert tersebut telah berlangsung pada Jun 2012 yang lalu, di Panggung Sari, Istana Budaya. Turut menjayakan konsert itu ialah Uji Rashid dan Marsha AF, selain komposer S. Atan bertindak sebagai pengarah muzik. Konsert anjuran Shahdave Entertainment itu telah mendapat sokongan penaja dari beberapa syarikat besar.


DJ Dave juga pernah melancarkan sebuah lagu 'tribute khas' berjudul Di Pertemuan Abadi bagi mengumpul sumbangan dana untuk disalurkan kepada keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 yang kehilangan keluarga tersayang pada sedikit masa dahulu.

Lagu tersebut yang dicipta sendiri oleh beliau dengan lirik telah ditulis oleh Habsah Hassan, menceritakan harapan keluarga mangsa nahas kedua-dua pesawat itu agar tidak berputus asa dengan terus berdoa supaya dapat bertemu dalam kehidupan abadi suatu hari nanti. DJ Dave berkata, inspirasi untuk mencipta lagu tersebut tercetus secara spontan ketika beliau sedang berada di Tawau, Sabah, selepas mendapat berita mengejutkan mengenai tragedi pesawat MH17 itu.


Beliau berkata, secara tiba-tiba muncul ilham untuk merakamkan melodi lagu tersebut selepas terkenangkan perasaan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat malang itu.

"Pada malam itu juga, saya terus berjumpa dengan ahli kumpulan muzik di hotel penginapan saya untuk merakamkan melodi yang terngiang-ngiang dalam fikiran dan mereka bersetuju untuk merakamkannya dalam studio bersama gitar kira-kira pukul 2.30 pagi. Kemudian selepas pulang ke Kuala Lumpur saya mendapatkan Habsah Hassan atau lebih mesra dengan nama Kak Cha untuk mencipta lirik lagu ini dengan menggunakan lima perkataan iaitu redha, tuhan, pasrah, keluarga dan harapan," ujar DJ Dave dengan penuh semangat.


DJ Dave pernah menduda seketika selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada tahun 1993. ''Hubungan saya dengan bekas isteri, Zainon Mohd Yusuf juga begitu baik, malah diketika itu kami bersahabat demi anak-anak,'' ujar Dave sambil tersenyum.


Hasil perkongsian hidup dengan Zainon, mereka telah dikurniakan dengan 3 orang anak iaitu :-

Arwin Karchan Dave - 41
Syaz Darwin Dave -33
Davina Farhana Dave - 28

DJ Dave bagaimanapun tidak membenarkan anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi sepenuh masa. Sebaliknya, beliau hanya membenarkan anak-anaknya bermain muzik sebagai hobi dan memberi seluruh tumpuan penuh dalam bidang pelajaran.

"Sebenarnya ketiga-tiga anak saya boleh bermain gitar tetapi saya cakap biarlah ia sekadar hobi selepas penat belajar. Saya mahu mereka berjaya dalam bidang akademik. Ternyata mereka mengikut kata-kata saya dan semuanya berjaya dalam pelajaran".

"Contohnya, anak kedua saya kini seorang juruterbang (pilot). Saya tidak benarkan anak-anak saya menjadi penyanyi atau pemuzik kerana saya takut mereka tidak mampu menghadapi cabaran dalam bidang ini. Saya bukannya menghina kerjaya ini tetapi saya sudah melalui kepayahannya," kata Dave lagi.


Dan kini diusia 73 tahun, Datuk DJ Dave bukan setakat masih hebat menyanyi di atas pentas tetapi beliau juga masih mampu memiliki seorang isteri muda, Seema Amir Amar, 42, yang telah dikahwininya sejak 14 tahun yang lalu.

Menurut Dave dia mengahwini Seema di mana ketika itu perbezaan antara umurnya dengan isterinya itu ialah 31 tahun tetapi selepas lebih sedekad mereka tetap bahagia, kerana mengamalkan pelbagai aktiviti serta pemakanan yang sihat.

“Sebenarnya saya memang sengaja tidak mahu mengheboh-hebohkan perkahwinan saya ini selepas agak lama juga saya menduda. Mungkin sudah jodoh saya berkahwin lagi pada usia emas ini dan dapat pula isteri yang usianya hampir sama dengan anak sulung saya.

“Saya bahagia dengan perkahwinan ini kerana saya masih sihat. Buat masa ini, saya tidak ada sebarang penyakit yang kronik. Ini kerana, sejak muda lagi saya selalu bersenam dan makan makanan yang berkhasiat selain mengambil makanan tambahan seperti minyak ikan omega 3", ujar Dave beria-ia.


Sepanjang bergelar penyanyi, DJ Dave mempunyai banyak koleksi lagu-lagu popular seperti Ku Tak Ingin Menangis Lagi, Kini Ku Menangis Lagi, Hanya Mimpi, Di Desa Kasihku Tertumpah, Kawan Setia, Pesanan & Cukup Sudah. DJ Dave juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye di India, pada bulan Disember 2005 dulu.


Pada tahun 2012 DJ Dave telah muncul dengan sebuah album single, bertajuk 'Nyawaku' terbitan Datuk M. Nasir. "Ini adalah album saya yang ke-40 sejak menyanyi lebih dari 40 tahun lalu. Ia juga adalah kerjasama saya yang pertama dengan M. Nasir. Lagu Nyawaku berentak Latin dan saya sendiri yang meminta lagu itu dari 7 lagu yang diberikannya kepada saya", ulas DJ Dave berkenaan dengan album terakhir beliau setakat ini.


Begitulah serba sedikit kronologi kisah-kisah hebat dari artis versatile DJ Dave ini. Semoga beliau dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki oleh Allah hendaknya.

Akhir kata semoga anda semua terhibur dengan bingkisan kali ini.. Sekian.

OK.. jom kita ziarah ke album diskografi DJ Dave..

Ayuh semua.. Huhuh



1974 - ku tak ingin menangis lagi (EP)







1975 - berdansa dengan ku (EP)







1975 - dj dave (EP)







1975 - dj dave (EP)







1975 - dj dave (EP)







1975 - masa yang lepas takkan kembali







1975 - untuk peminat ku







1976 - suara hati (EP)







1976 - saat yang ku nanti







1977 - cahaya







1978 - hanya mimpi







1979 - a different kind of lady







1979 - lagu ku untuk mu







1980 - pesanan







1981 - kini ku menangis lagi







1981 - ku kehilangan mu







1982 - anak siapa (di jalanan)







1983 - engkau bayangan hidup ku







1984 - ku serba salah







1985 - masa merubah segala







1988 - perjanjian diri







1991 - denyutan hati







2005 - cukup sudah







2012 - nyawa ku (kompilasi)






(info cover : credit to akubudakpenang, mat4nira, popok, mudah)

13 comments:

  1. Tq yus djdave pun minat juga tapi tak banyak album dalam simpanan peribadi suka lagu lagu nyanyian dave dan album yang paling suka saat yang dinanti best album

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'saat yang dinanti'.. memang sentiasa ternanti-nantikan lagu tu.. best sangat
      anyway.. thanks abang ramli ahmad

      Delete
  2. Klu dj dave ni aku tau 2 buah je lagu beliau... satu daripadanya lagu raya beliau yg tiap2 tahun mesti kedengaran bila mlm raya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kaemm, memang tak sah kalau malam raya tak disiarkan lagu 'menjelang hariraya' tu kan..
      lagi satu lagu 'suara takbir' juga dendangan dj dave.. benar2 menusuk kalbu.. rasanya p.ramlee pun kalah.. hihi

      Delete
  3. Dalam kepala aku yang boleh ingat adalah album "Saat yang ku nanti"...dulu orang tua aku ada album ni tak silap dalam bentuk katrij...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pula suka album 'untuk peminatku'.. kerana ada 2 track lagu duet bersama Sarena Hashim.. dan sudah tentu lagu 'Dinda & Kanda' merupakan lagu terbaik duet mereka sepanjang zaman, selain dari lagu duet bersama uji rashid 'rintihan rasa'.

      Delete
  4. Replies
    1. takkan lagu raya dj dave - 'menjelang hari raya' pun tak pernah dengar bro d'arsil.. haah haah

      btw.. dj dave merupakan artis bukan melayu tahun 70an yang benar2 popular.. tapi kebanyakkan lelagu beliau adalah dicedok dari irama hindi gitu.

      Delete
  5. A superstar. A true superstar.
    Hingga kini masih jaga imej, jaga kesihatan, looking good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ Dave ni adalah bintang bollywood malaysia yang tiada gantinya.. kalau dulu penyanyi Rafie Hussin (Arwah), pernah cuba untuk menyaingi kehebatan DJ Dave ni, tapi mana berjaya pun.. Dave tetap dgn kelas nya yg tersendiri.

      Delete
  6. saya ada 3 LP... minat punya pasal ( versi pirate )hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pirate pun pirate lah bro.. janji, memiliki LP DJ Dave adalah satu kemestian.. hihih

      btw.. aku satu LP pun takde, cuma ada 1 album CD Timeless jer.

      Delete
  7. SAYA SUKA DATO DJ DAVE. SALAM DARI SINGAPURA. 😊😊😊😊

    ReplyDelete