Music Player

Saturday, August 27, 2016

Discography Gamma


Gamma adalah akronim nama bagi maksud 'Gabungan Anak Muda Malaysia'.

Sejarah awal penubuhan Band Gamma adalah pada tahun 1980, dengan dianggotai oleh 7 beradik yang berasal dari Batu Arang, Selangor. Sebelum terbentuknya Gamma, band ini telah menggunakan pelbagai nama kumpulan, contohnya seperti Black Jacket, Road Block, Otak Kuning, Seriwarna & yang terakhir ialah Gamma.

Dan nama Gamma dikekalkan menjelang pelancaran bagi album pertama mereka pada tahun 1989. Dalam proses pembikinan album debut mereka ini, hanya tinggal 2 beradik sahaja, manakala 5 beradik lagi, anggota asalnya telah membawa haluan diri masing-masing.

Pada tahun 1989 seperti yang telah dirancangkan, maka lahirlah album sulung Gamma yang diberi tajuk 'Suara Pasrah', terbitan Perdana Muzik Industri (PMI). Komposer Sani Sadin telah bertindak sebagai penerbit bagi album ini dan lagu yang paling hangat adalah Kembang Terhalang. Pada tahun 1990 lagu ini telah tercalon ke Anugerah Juara Lagu (AJL90), bersaing dengan artis-artis popular lain.

Anggota Gamma semasa rakaman album 'Suara Pasrah' adalah :-

01) Blank (Rusli Bin Mohd Sharif) - vokal
02) Adik (Mokhtar Bin Mohd Sharif) - dram
03) Zapi (Mohd Zapi Bin Sahari) - gitar utama
04) Lan Hashim (Mazilan Bin Hashim) - gitar ke2
05) Madin (Wan Mamat Bin Wan Din) - bass


Pada tahun 1991, lahir pula album ke2 Gamma berjudul 'Lembayung' yang memuatkan lagu hits 'Bahang Asmara'.

Pada tahun 1994 kemudiannya, diterbitkan album ke3 mereka yang diberi judul 'Nyanyi Dululah'. Album ini mempertaruhkan 2 single utama iaitu 'Pesona' & 'Misteri Cinta'.

Album terakhir Gamma menyusul 2 tahun kemudiannya, iaitu 'Garam Dan Laut' (1996), dengan menampilkan single utama bertajuk 'Biar Ditentukan Nya' selain 'Sonata Kerinduan'. Dalam album ini juga turut menampilkan artis Jatt Black Dog Bone sebagai penyanyi undangan, untuk lagu duet bersama Blank 'Garam Dan Laut'.

Namun kumpulan Gamma tidak dapat mengelak dari berlakunya perpecahan dalam meneruskan perjuangan mereka. Di mana 2 ahli dari anggota asal Gamma telah bertindak menarik diri keluar dari menyertai kumpulan Gamma.

Setelah itu kumpulan Gamma ini terus menyepi dari sebarang aktiviti penglibatan seni mereka, sehinggalah ke tahun 2009, apabila Gamma merakamkan semula 2 lagu lama mereka yang diberi nafas baru, iaitu 'Kembang Terhalang' & 'Bahang Asmara'. Kedua-dua lagu ini terdapat di dalam album kompilasi 'Gen 2 Rock' (2009) bersama dengan beberapa lagi kumpulan Rock Kapak lain.


Dalam tahun 2014 iaitu ketika Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang, vokalis Gamma iaitu Blank telah bertindak sebagai pengacara majlis pada ceramah tersebut.

Blank yang ketika itu berusia 59 tahun dan merupakan seorang ketua kampung di Batu Arang, Selangor turut menghiburkan para pendengar ceramah berkenaan, dengan menyampaikan lagu popular Gamma iaitu 'Kembang Terhalang'. Masih berbisa lagi suara Blank di saat membawakan lagu hits tersebut.

Begitulah serba sedikit informasi yang dapat dikongsikan bersama tentang kumpulan Gamma ini. Semoga Tok Penghulu Blank akan terus berjasa dan menabur baktinya di kampung Batu Arang sehingga ke akhir hayat beliau.

Sekian..

Apalagi, seperti biasa jom kita selak discography bersama kumpulan Gamma ini..

check it out!!



Suara Pasrah (1990)


















Lembayung (1991)


















Nyanyi Dulu Lah (1994)














Garam Dan Laut (1996)












(info cover - credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira, yans)

16 comments:

  1. OOoo…. budak Batu Arang, Selangor…..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak hape nya uncle..? Blank tu dah masuk umur 61 tahun dah woii.. bergelar atuk tuu.. siap bercucu dan lagi sebagai atuk penghulu kat sebuah kampong di batu arang, selangor nun.. heh heh
      btw.. kalau dengar kat blank, uncle panggil dia budak.. boleh mendatangkan marah beliau tu.. kihh kihh

      Delete
  2. Info menarik puas hati membaca nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau deaf-angel dah puas hati membacanya, apalagi yusrina yang menghasil dan menerbitkannya..!!
      lega la rasanya bila kita dapat puaskan hati para pembaca sekalian..
      TQ bro atas sokongan dan support dari anda..
      btw.. I really appreciate all the support and encouragement given by you all

      Delete
  3. Sejak ada album2 reissue ni dapat la dengar balik band2 macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Bert.. Terima kasih kpd label label yg telah mengabulkan impian kami semua, krn dpt jugak kami merasa utk mendengar semula lagu lagu rray ock kapak termasuk la Gamma ni dlm format CD

      Delete
  4. Janji rock aku sapu aku beli...haha.. lgu plg aku mnt gamma ni ialah bahang asmara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro, bahan asrama ni kira macam lagu berhantu diorang la tu.. Tapi aku suka lagu penyair cinta.
      Janji Rock gua sapu bro kaemn.. Hehe

      Delete
  5. belum ada lagi album dorang dalm koleksi aku. baru tahu plak maksuda nama band ni

    ReplyDelete
  6. Boleh la sambar satu album gamma ni bro. Album ke2 lembayong , Dah berada di pasaran . Nanti beli yer?

    ReplyDelete
  7. Seangkatan dengan motor Suzuki Panther Gamma 150cc. Kevin Swantz pun menang bawak motor RGV Gamma 500cc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah tak yeah jugak la shafid.. Selain Band, product Gamma ni pun ada pada motorcycle.
      Satu lagi yg sealiran dgn gamma ada lah - GAMAT
      ..minyak gamat daa.. Hehe

      Delete
  8. Nak tunggu album pertama..album lain rasanya agak slow..
    baru update discogs utk album Garam dan Laut boleh cek gambar kalau nak..

    https://www.discogs.com/Gamma-Garam-dan-Laut/release/8982302

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot to bro Gila Rock.. Album pertama Gamma tak tahu jadi ke tidak nak rilis tu.. pasal dah lama sejak album Lembayung keluar tahun lepas lagi, Labels duk senyap jer.. ntah-ntah diorang takkan keluar lagi album Gamma kot, pasal kurang sambutan.

      btw.. info lanjut, bro cuba tanya pada Kaemm Reutn (blog Arena Muzika)

      Delete
  9. Kump Gamma mmg sgt terkenal lagu Kembang Terhalang. Mengimbau memori zaman kecik era awal 90 an. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kecik awal 90an tu, bro Leo Pluto lahir tahun berapa yer.. Boleh saya tahu tak..? If you don't mind.. Hihi

      Delete