Music Player

Showing posts with label Slayer. Show all posts
Showing posts with label Slayer. Show all posts

Friday, April 22, 2016

Discography Slayer


tak banyak yang aku ketahui berkenaan dgn slayer ni. dan pertama kali aku mengenali slayer ni pun, melalui album 'south of heaven'.

hmmm.. sedap lagunya, menepati citarasa aku & boleh rekomen kpd sesiapa yg mula nak mengenali band slayer.

tapi sayang, seribu kali sayang. album ini terpaksa bersaing hebat dgn album yg sezaman dgn nya, iaitu album 'metallica - and justice for all'.

time tu, metallica tengah meletup, jadi band slayer ni mungkin agak tenggelam sedikit serta kurang publisiti, atau dgn kata lainnya.. kurang mendapat perhatian.

dan untuk kisah kali ini.. teruskan membaca..

aku tinggal bersama pakcik ku (uncle rahman) di selayang baru, selangor.. sementara menunggu result SPM keluar.

dan di sana, aku telah menyertai satu pasukan rukun tetangga (PRT) di kejiranan kawasan majlis daerah selayang.

niat aku hanyalah untuk menimba pengalaman sebagai seorang sukarelawan.

disamping itu, boleh la juga dapat mengenali & memahami kerenah serta ragam kehidupan masyarakat setempat.

pada suatu hari tu, aku telah diperkenalkan oleh uncle rahman kepada ketua PRT, iaitu encik samsuddin.

"encik din!! ini anak buah saya.. kalau boleh, nak suruh dia belajar jadi sukarelawan ni", uncle rahman memulakan bicara.

"boleh.. no problem..!! lagi pun pihak kami masih perlukan lebih ramai anggota, memandangkan zon kawasan selayang ni agak luas", jawab encik samsuddin.

bermula minggu tu, aku telah ditugaskan untuk menjaga & mengawal di zon C (kawasan bandar baru selayang).

kumpulan kami terdiri dari.. zaid, yasin, nizam dan aku.

kami berempat akan menjalankan kawalan & rondaan setiap satu jam sekali.

antara geng kami, zaid la yang paling tua (umur 35 tahun), manakala yang lain tu, baru menginjak usia 20an.

kebiasaannya, grup kami akan meninjau di sekitar taman perumahan, padang bola, area surau dan juga dekat kawasan tapak pasar malam.

takda sebarang senjata pun yg dibekalkan, melainkan hanya 'kayu cotta' sahaja (lebih kurang macam pak guard la.. kihh kihh!!).

itupun encik samsuddin ada beri peringatan kpd kami, "kayu cotta ni, jangan pula sesuka hati korang je nak balun.. hanya guna di masa kecemasan saja".

"faham tak..?", tegas encik samsuddin lagi. "ya.. boss!! kami semua akan menurut perintah", jawab zaid, selaku ketua operasi.

shift kami bertugas, bermula jam 10 malam hingga ke pukul 6 pagi (8 jam juga.. dah macam kerja opis la pulak... haah haah!!).

dah habis bertugas jam 6 pagi besok, kami boleh la kalau nak sambung tidur (mengantuk jugak kan).

dan pada malam pertama kami mengawal, tiada sebarang kejadian pelik pun yg berlaku. begitulah seterusnya, hari-hari yang kami lalui, keadaan berjalan lancar (smooth operation)..

sehinggalah bila tiba ke minggu ke 2..

malam tu, kami buat rondaan seperti biasa, dgn suasana tenang, aman lagi damai.. setengah jam kemudiannya yasin tiba-tiba mengadu sakit perut.

"ehh.. adooi!! memulas pulak perut aku malam ni.. korang pergi dululah, aku nak melepas jap!!", beritahu yasin pada kami.

"OK.. yasin!! kami jalan dulu, selesai nanti.. kamu follow la balik..", zaid cuba ingatkan beliau.

"berak tu, jangan lama-lama sangat yasin.. ada hantu kat dalam jamban tu.. kihh kihh!!", aku cuba usik yasin.

"kau.. kau jangan yus, saje je nak takutkan aku..", balas si yasin.

kami bertiga terus ketawa sambil berlalu pergi, tinggalkan yasin sendirian.

lama juga kami ronda keliling kawasan taman tu, tapi kelibat yasin masih tak juga muncul.

nizam mula risau, "eh.. lama sangat si yasin ni, berak batu ke dia ni?"

zaid mencelah, "dah dekat satu jam..!! takkan belum siap-siap lagi ni?".

"jom.. kita pergi cari dia..!!", zaid memberi arahan.

kami pun berpatah balik ke tempat yasin buang air besar tadi (toilet dlm surau), dan dalam perjalanan tu, tiba-tiba..

"tolong.. tolong! ada orang mengendap..", kedengaran suara perempuan menjerit datang dari sebuah rumah.

kecoh malam tu jadinya, dgn hiruk pikuk suara penduduk kat situ.

"itu..!! itu pun dia.. cepat, kejar!!", zaid ternampak susuk tubuh seorang pemuda cuba nak melarikan diri.

"kepung dia..!! jangan bagi terlepas, kita kena tangkap jugak dia ni", kata zaid lagi.

masa tu, jarak aku dgn suspek, adalah dlm 50 meter. apa lagi aku kejar la dia, diikuti zaid dan rakan-rakan.. laju jugak suspek ni memecut, tak terkejar kami.

termengah-mengah juga aku nak menghambatnya. dengan spontan, aku terus baling kayu cotta yg ada dalam genggaman.

"kelekuk".. tepat kena kepala mamat tu, terus tersungkur. aku melompat lalu menangkap suspek tersebut.

dan..

"astargfirullah.. kamu yasin!!", aku tersentak, serentak dgn itu, zaid dan yg lain pun tiba.

bukan main terkejut kami semua, suspek yg diberkas tu adalah yasin, rakan PRT kami sendiri.. terkedu aku dibuatnya, ya lah tak sangka pulak kan..

rupa-rupanya yasin ada agenda tersendiri, beliau cuba mengintai anak dara sedang mandi tadi.

nak buang air besar konon..? sebenarnya helah si yasin sahaja, untuk mengaburi mata kami.

sepuluh minit kemudian, polis pun tiba, yasin terus dibawa ke balai.. huh!! rasa kesian ada, rasa nak marah pun ada, bila kenangkan perangai si yasin ni.

tapi nak buat camana, dah dia sendiri pilih jalan hidup macam tu. harapkan pagar, pagar makan padi..

itulah serba sedikit pengalaman ku, yg boleh kita kongsikan.

pesanku, yang baik kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan.

jumpa lagi..

(moral of the story : sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, dan sepandai yasin mengelak, akhirnya kayu cotta ke kepala jua)

ok guys.. let's check the diskografie..



1983 - show no mercy













1985 - hell awaits












1986 - reign in blood












1988 - south of heaven












1990 - seasons in the abyss

















1994 - divine intervention












1996 - undisputed attitude
















1998 - diabolus in musica



















2001 - god hates us all













2003 - soundtrack to the apocalypse (boxset)























2006 - christ illusion













2009 - world painted blood
















2015 - repentless