Music Player

Showing posts with label Rafeah Buang. Show all posts
Showing posts with label Rafeah Buang. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

Discography Rafeah Buang


Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.

Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang aktif dalam kemasyarakatan, dan bergiat dalam Lembaga Perempuan Islam Pahang, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Antidadah Daerah Pekan dan Pergerakan Wanita UMNO Pekan.

Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Rafeah Buang pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964. Selain itu beliau turut menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Pekan, Pahang oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Penerbangan ehsan di lakukan pesawat dari skuardon kesepuluh Tentera Udara di Raja Sungai Besi pada 20 Mac 2002.

Rafeah diiringi suaminya Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dan Doktor Puteri Nurbaya Musa.

Penerbangan itu berlepas dari pengkalan di Sungai Besi ke Kuantan jam satu tengah hari dan kembali ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.15 petang.

Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.


allahyarhamah Rafeah Buang, merupakan artis idola ibuku.. lagu-lagu malar segar yg didendangkan beliau, telah membuatkan ramai orang tertawan bila mendengarkannya..

dengan alunan suara yg gemersik padu, lagi menambahkan rasa cinta kepada penghibur yg amat popular suatu ketika dahulu..

mula menyanyi sejak tahun 1967 lagi, menerusi naskah filem-filem melayu cathay keris, seperti filem 'Gurindam Jiwa' dan 'Ibulah Syurga', yg telah banyak menaikkan nama biduanita ini, sebaris dengan artis2 tersohor di zaman itu..

dan yang paling mengagumkan, lagu 'Tunggu Sekejap' ciptaan p.ramlee, telah dinyanyikan semula oleh beliau dgn begitu indah sekali.. pada firasat ku, belum ada mana-mana artis pun yang boleh menyampaikan lagu ini, sebaik datin rafeah buang..

begitulah serba sedikit sinopsis nya..

apa-apa pun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Rafeah Buang (1948 - 2002)


jeng.. jenggg.. jengggggg.. (kasi bunyi sound la sikit.. kihh kihh!!)

dan kisah hari ini... "Blind Date"

ianya berlaku di sekitar tahun 90an yg silam.. aku ada seorang kawan, namanya Hasri.. suatu hari tu si hasri ada datang berjumpa dengan aku masa tengah lepak-lepak di rumah.. kami berborak sakan laa, al-maklumlah kawan rapat masa sekolah dulu..

dan antara topik yg kami sembangkan, adalah berkenaan dgn 'awek'..

kalau korang nak tahu, si hasri ni jenis playboy (buaya darat) orangnya.. maka ramailah kaum gadis yg dah terjerat dgn cinta palsunya itu.. (hehe!!.. dajal betul geng aku yg seorang nie)

mungkin kerana arus peredaran masa, maka si hasri ni dah mula berhijrah untuk tinggalkan amalan kurang sihat beliau.. dan dia tak nak main cintan cintan lagi, ingin tumpukan pada kariernya sahaja.. itulah yg diberitahunya padaku..

tapi dlm masa yg sama, dia turut merasa kasihan pd salah seorang bekas aweknya, jadi beliau pun mula bagi cadangan padaku, "Yus.. kau nak tak, kalau aku rekomen seorang awek kat kau..?"
"Eei.. tak nak la aku.. bekas sisa kau nak buat apa..!!", aku mencemuh..

tapi hasri terus memujuk ku, "Budak ni masih suci lagi daa.. aku belum usik pun.."

bila dengar je penjelasan dari beliau, buat aku teruja jugak untuk berpacaran lagi nie.. haah haah!!
"OK lah.. jadik..", bersetuju jugak aku akhirnya..

maka si hasri pun mula aturkan temujanji aku dgn gadis yg dimaksudkan (namanya Farrah)

dan pada petang minggu tu, aku tunggulah dekat stesen keretapi wakaf bharu.. tempat yg telah dijanjikan.. lama jugak aku menunggu, tapi bayangan kelibat si Farrah ni tak jugak muncul-muncul..

boring laa pulak rasanya, bila kena menunggu orang ni.. tapi bila teringat lagu p.ramlee, dlm filem 'sarjan hassan', jadi tenteram laa jiwa ini seketika..

sementara menanti tu, aku menyanyi lah pelan-pelan, "tunggu sekejap, wahai dinda.. kerana hujan masih renyai.. tunggu sekejap, dlm pelukan asmara ku"

nyanyi punya nyanyi, nak hiburkan hati ni, sedar tak sedar, dah 3 jam aku kat situ.. eei!! hangin aku dibuatnya.. mana farrah nie.. dia tipu aku ke..? atau pun si hasri, saja nak pekenakan aku..!!

"huhh!! dua-dua tak boleh harap.. farrah ke.. hasri ke.. dua kali lima jer..", aku mengeluh keseorangan..

"assalamualaikum..!!".. ops, terkejut aku bila mendengar sapaan dari seorang gadis..

dan aku amati gadis berkenaan.. "eer.. awak ke farrah..?", tanyaku untuk kepastian..

"yer.. laa!! saya farrah", gadis tu menjawab.. "minta maaf banyak-banyak.. saya terlewat datang.. tayar kereta pancit tadi.. awak marah ker..?", sambungnya lagi..

"it's ok.. never mind.. i don't care..", aku cuba nak sembunyikan amarah ku..

dalam hati, aku berkata-kata, "lawa budak farrah nie, kalau aku dapat, beruntung sangat laa badan.. kihh kihh!!"

dan aku tersenyum sendirian..

farrah ni, pada pandanganku, adalah seorang yg peramah, understanding dan 'happy go lucky' orangnya..

kami makan minum laa dekat kedai bersebelahan, sambil sessi suaikenal rancak berjalan..  ada la dalam setengah jam kami berborak dan diselang-seli kan dgn usik mengusik, bergelak ketawa..

tiba-tiba hasri muncul kat depan kami..

"amboi!! dah mesra nampak.. macam ni boleh la teruskan..!!", hasri menjampuk..

kami berdua terdiam sejenak..

"nanti.. kalau dah jadi.. nak tunang ker.. nak kahwin ker.. boleh laa panggil aku makan nasi minyak yer.. haah haah haah!!", hasri terus mengusik kami..

farrah ketawa kecil, sambil menutup mulutnya..

"tapi kau kena kerja lebih sikit, yus.. si farrah ni anak orang kaya.. tentu hantarannya melambung, tak gitu farrah.. kahh kahh kahh!!", lagi sakit hati aku dibuatnya..

"eeh!! apa laa kau ni, tak yah laa nak usik aku..", geram jugak aku rasa..

aku tahu yg si hasri tu cuba nak perli aku, walaupun niat asalnya hanya untuk bergurau dgn seorang kawan..

tapi aku merasa tercabar, kerana diperlekeh dihadapan seorang gadis..

apalagi, terus aku ambik penyapu kat tepi meja, dan aku hambat si hasri.. yang terus lari sambil ketawa..

dan..

entah malang apa yg menimpa aku hari tu.. "bedebub".. aku terjatuh di atas lantai.. licin, ada air tertumpah kat sebelah meja kami tadi..

sakitnya, tak usah cerita laa.. tapi aku tahan.. buat macho jer.. huhu..!!

fuhh!! merah padam muka aku.. mana nya tidak.. depan awek, aku tersembam tadi..

farrah cuba pujuk aku, "sakit tak yus..? alaa kesiannya..!!"

melecet laa jugak siku aku, ada bengkak dan terluka sedikit kat tangan.. si hasri dah ghaib, hilang entah kemana..

cepat-cepat farrah balutkan luka pd lenganku dgn penampal berubat "handyplus".. lega rasanya.. terasa macam ada orang 'caring' dekat kita jer..

tapi sesudah itu, satu peristiwa yang aku tak boleh nak lupa.. time nak bayar duit, kat tuan kedai tu.. dompet aku pulak boleh tertinggal.. ishhk.. camana keluar rumah tadi, boleh tertinggal wallet pulak..!!

dah laa, masa makan tadi, aku order chicken chop laa, burger laa.. macam-macam jus lagi laa.. tup-tup time nak bayar.. si farrah yg kena hulurkan duit..

eei.. malunya aku.. orang pompuan tolong bayarkan..

kihh kihhh!! gitulah ceritanya 'blind date' aku dgn farrah..

lepas pada tu kami jadi best friend, walaupun tak sampai ke jinjang pelamin.. tapi aku tetap bersyukur, kerana dapat bersahabat dgn farrah..

kini.. farrah sudah pun berbahagia disamping suami dan punyai 3 orang anak..

khas untuk mu farrah.. "friends forever".. nice sis!!

dan salute jugak buat hasri, kerana telah pertemukan kami berdua.. nice bro!!

(moral of the story : kekalkan persahabatan anda walaupun pahit, kerana tiap yang pahit itu ada penawarnya)

see yaa!!

now, time's for diskografie..



1967 - rafeah buang






1968 - rafeah buang & the swallows












1968 - rafeah buang







1968 - rafeah buang








1969 - juwitaku sayang (duet ahmad jais)








1969 - ada yang chemburu buta








1970 - lagu mu teman ku













1970 - tiada kata sechantek bahasa














1971 - hati ku kau churi









1971 - jinak merpati









1971 - jarinya merah







1971 - kau akan mengerti






1971 - di pentas nyanyian (LP)







1972 - rafeah buang








1972 - kenangan di rantau abang









1972 - rafeah buang







1972 - lagu dan perasaan (LP)







1973 - cita ku









1974 - kan ku berikan hati (LP)






1975 - menanti hujan teduh






1975 - itulah harinya







1976 - kecantikan








1977- bisikan hati (LP)









1978 - bila terima puji pujian (LP)












1980 - don juan II (LP)
















1981 - dalam ketenangan (LP)











1982 - di luar jendela (LP)








1983 - potrait seorang biduanita (LP)







1987 - rindu ku mama (LP)










info cover : credit to akubudakpenang, rahmat, mastercomp, popok