Music Player

Showing posts with label Sepultura. Show all posts
Showing posts with label Sepultura. Show all posts

Saturday, January 28, 2017

Updated Sepultura


Machine Messiah adalah merupakan album studio ke-14 yang dihasilkan oleh band metal Brazil Sepultura, mula diterbitkan pada 13 Januari 2017 yang lalu.

Ianya adalah album studio pertama kumpulan ini dalam tempoh 4 tahun sejak dari penghasilan album ke-13 mereka 'The Mediator Between Head and Hands Must Be the Heart' (2013), menandakan jurang yang paling lama antara dua buah album studio dalam kerjaya kumpulan Sepultura.


Tracklist Album :-

01.     "Machine Messiah"
02.     "I Am the Enemy"
03.     "Phantom Self"
04.     "Alethea"
05.     "Iceberg Dances"
06.     "Sworn Oath"
07.     "Resistant Parasites"
08.     "Silent Violence"
09.     "Vandals Nest"
10.     "Cyber God"
11.     "Chosen Skin" (Bonus track)
12.     "Ultraseven no Uta" (Bonus track)


Line-up bagi album ini adalah :-

    Derrick Green      − vokal
    Andreas Kisser    − gitar
    Paulo Junior         − bass
    Eloy Casagrande − drum


Ulasan dan review :-

Bagi pendapat yusrina, album baru Sepultura ini boleh dikatakan agak menarik juga. Tetapi masih mengekalkan elemen-elemen yang sedia ada bagi kumpulan Sepultura sebelum ini. Maksudnya, gaya persembahan mereka, bermula dari vokal, gitar, bass & juga drum, telah dievolusikan secara berperingkat (dimana pada album-album sebelum ini, performance mereka tidak banyak pun berubah).

Sememangnya credit harus diberikan untuk album ini, memandangkan banyak lagu-lagu mereka kali ini dipenuhi dengan solo-solo dan juga riff-riff yang mengujakan.

Contohnya bermula, apabila kita dengar di track 1, lagu "Machine Messiah" dimana permulaan intro yang begitu melodik dipersembahkan secara bersahaja, begitu sempoi kerja mereka untuk pembuka tirai album ini. Tidak dinafikan yang gaya mainan dari Andreas Kisser (gitaris) bersama dengan Paulo Junior (bassis) cukup gah dan hebat untuk menjadikan lagu pertama ini begitu menarik sekali.

Track ke-2 pula, melalui lagu "I Am the Enemy" mereka mula head bangin' dan sekali-sekala ada kedengaran seperti Sepultura di era Max Cavalera pada tahun 90an dulu (terbaikk lagu ini). Ya.. kalau Max Cavalera ada mendengar track ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan yang beliau pun mungkin akan salute 'two thumbs up' kepada group Sepultura ini.

Manakala lagu di track ke-3 pula, "Phantom Self" begitu power vokal yang dilontarkan oleh Derrick Green (mungkin lagu ini dapat mengingatkan kita kepada Album Sepultura - Chaos AD, cuma sedikit kekecewaan kerana ada kedengaran seperti bunyi instrumen keyboard yang mengiringi lagu ini). Sekali sekala ada juga terdengar seperti bunyian paluan gendang tradisional Negara Brazil.


Bila kita dengar pula lagu untuk track ke-4, "Alethea" pun tidak kurang hebatnya jugak. Apa yang boleh diperkatakan disini adalah begitu teknikalnya susunan muzik yang ada pada track ini, ianya begitu kompleks, lain dari yang lain (untuk kaki jamming, rasanya agak sukar lagu ini dimainkan.. percayalah hehehh). Dan masih lagi dengan gaya aura seperti Sepultura di zaman Album Nation dahulu.

Sampai pula giliran di track ke-5, "Iceberg Dances" fuhh.. lagu instrumental ini memang berbaloi didengar biar berulang kali pun, kedengaran seperti gaya muzik ala Metallica pun ada (memang layan teknik gitar yang diperdengarkan oleh Andreas Kisser - superB & awesome gua cakap lu, tetapi menjadi hambar pula apabila tetiba muncul lagi bunyian irama keyboard, huhh potong stim betul).

Di track ke-6 "Sworn Oath", sememangnya merupakan lagu pembakar semangat untuk fanatik 'diehard fan' Sepultura ini. Apakan tidak, vokal yang cukup bertenaga terhambur keluar dari frotman mereka Derrick Green, gua salute pada vokalis Sepultura untuk lagu ini, ditambah pulak dengan hentakkan kaki double pedals terbaik dari mr. drummer, Eloy Casagrande (bravo punya ketukkan).


Break off.. coffee time, rehat japp 5 minit (sambil pekena karipap panas).. pas ni sambung review balik OK.. haha !!

\/
5 minutes to go
\/
4 minutes to go
\/
3 minutes to go
\/
2 minutes to go
\/
1 minutes to go
\/

OK times to review again.. lets begin..



Sekarang mari kita jengah pada track ke-7, "Resistant Parasites". fuhh !! memang layan lagu ini, bila mendengarkan saja terus menaikkan adrenalin darah kita hingga ke paras otak.. hahah !! Lagi sekali credit kepada ketukkan double pedal yang cukup hebat dan bertenaga dari Eloy Casagrande. Dengan sentuhan gitar solo yang cukup sinonim pedasnya bagi Sepultura, melalui jari-jemari tangkas Andreas Kisser. So apa lagi nak diperkatakan, speechless yusrina hehe.

Lagu di track ke-8 "Silent Violence" pula, tampak gayanya seperti mana album-album mereka yang terdahulu, kedengaran lagunya ada sentuhan seperti album Beneath The Remains. Gaya mainan gitar dari Andreas Kisser sememangnya cukup kuat bertenaga, bagi menaikkan rentak & mood lagu ini. Juga dengan vokal grunge dari Derrick Green, telah memeriahkan lagi irama lagu ini.

Manakala di track ke-9 "Vandals Nest", memang merupakan lagu yang cukup laju dan begitu pantas lagi drastik gaya persembahan Sepultura kali ini. Apa yang boleh dijelaskan disini bahawasanya, mereka terjun semula pada irama first album Sepultura iaitu 'Morbid Visions'. Fuhh.. memang terhangguk-hangguk la kepala kita bila mainkan lagu ini, betul gua cakap lu, Sepultura memang masih lagi relevan (otai masih berbisa).. hehehh.


Kita tinjau pula pada track ke-10 "Cyber God", hmmm.. masih dengan gaya Sepultura seperti di era tahun 90an dahulu dengan riff-riff yang begitu hebat, cuma vokal mereka seperti berulang-ulang, bagaikan lagu di track pertama tadi "Machine Messiah" (mungkin lagu ini adalah kesinambungan kepada lagu "Machine Messiah"). Walau bagaimana pun ianya tetap sedap dan begitu mengujakan sekali lagu di track ini, boleh layanzz.. huhuhh.

Ini adalah lagu bonus track yang dipetik dari track ke-11 "Chosen Skin" (unreleased track), sememangnya sungguh hebat lagu ini, sepatutnya lagu ini patut diserap masuk sebagai lagu utama untuk album Machine Messiah ini. Petikan bass kedengaran begitu padu dari kesayupan dan kejauhan lontaran sang vokalisnya. Tahniah dan kredit kepada Mr. Paulo Junior (the bassist), terbaik cantasan bass beliau untuk lagu ini.

Yang ni pula adalah merupakan lagu bonus rakyat negara Brazil, boleh didengari pada track ke-12 "Ultraseven no Uta". Agak menarik, walaupun tak faham sepatah haram pun senikata maksudnya. Ada gaya seperti lagu Quiet Riot - Come On Feel The Noize.... heheh, tapi sayang duration nya pendek sangat, macam tak puas dengar, tup-tup dah habis.. frust betul daa.

Rumusannya :- 

Yusrina boleh rekomen album ini pada korang, kalau nak beli lah.. hehehh. Dan dari segi pemarkahan pula.. dari 10 markah penuh, album ini Yusrina nak kasi 8/10 (Recommended).

OK la.. sebelum menutup tirai entry kali ini, apakata kita tengok dulu cover dan layout album baru Sepultura ini.. ayuhh semua !!



2017 - Machine Messiah










































Thursday, March 24, 2016

Discography Sepultura


korang ingat lagi tak, masa entri yg lepas (refer diskografi metallica).. gua kan ade cerita skit, berkenaan sepultura & max cavalera..
dan macamana gua boleh terpengaruh pd band thrash metal dari brazil nie..
haa!! kali ini kita sambung balik kisahnya... bolehh...!!

sekitar tahun '93 ke '94 gitulah kejadian ini bermula.. masa tu kebanyakkan anak-anak muda macam kitorang ni, lebih gemar melepak sambil usha awek,
main takraw, main bola dan juga jamming..

sebut je pasal jamming nie.. kalau korang sume nak tahu...
gua ada tubuhkan satu band dulu (tapi, tak kemana-mana pun band nie.. lebih kurang cam citer, Rock Ooo.. Mamat Khalid tu.. Hihhh Hihh)...

nama grup band kami... "Alkali"

line-up :

tuan tanah (lead & rythmn gitar)
zulkifli (vokal)
sabari (bass)
nasir (drum)

dan selalunya, port tempat kami jamming adalah di studio dayana, bandar KB.. (thanx pada owner studio ni - Bidin, Drummer Kumpulan Desire)
kami pengunjung tetap kat studio berkenaan... maklumlah, dah jadi member fanclub band desire kann..

so, macam biasa laa, hujung minggu jer.. topat dalam 10 ke 20 ringgit.. boleh la main 2 jam.. tak macam sekarang, mahal nak mampus.. hihh hihh

lagi yang gua respect .. kat studio dayana ni..
semua set equipment canggih-canggih belaka, dari ke gitar, drum, bass, amplifier, distortion, dan yg seangkatan dengannya.. sampailah ke mikrofon..
fuhh!! kalah studio lain (area KB jer laa)

selalunya lepas waktu isya' kami start jamming..
dan kami akan booking awal2 (hari tu dh plan nak main lagu2 dari album May jer)..
kalau lambat book, takut ramai orang, sesak pulak nanti..

entah macamana, satu hari tu.. giliran kami dah sampai (dah dekat jam 9 malam).. tapi ada sebuah band misteri masih jamming berterusan..
tak nak keluar2 jugak dari studio..
kami sabar... tunggu jer lah.. apa nak buat kan..?

masa terus berlalu.. jam dah 10 malam, tapi masih lagi diorang kat dalam..
gua terus tanya pada bro bidin.. "abg din, camne nie..? bila kitorang nak perform..?"
bidin suruh kami ketuk pintu studio..
kami pun tolak pintu... tak berkunci pun.. tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tiba-tiba..!!!!!! (saspen nie)

kitorang mula diselubungi dengan suasana kelam,takut & ngeri... rupa2nya band death metal
tengah perform di saat tu..
mereka jamming dalam keadaan gelap samar2, switch off.. pasang lilin sebatang jer..

itulah pengalaman berharga yg tak boleh kami lupakan sampai bila2... dapat tengok band bebudak melayu main tahap professional gaban..
kami pun terus join sekali duduk dlam bilik studio tu.. sambil head banging..(setelah minta izin laa)
kalau korang nak tahu... band yg ada didepan kami tu ialah "Infernal Death"... ada sesape yg tak kenal dgn Joe Slaughter (ex-gitaris sil khannaz)..?
band diorang lah yg tengah perform pd malam tu..

kami rasa amat bertuah, kerana dapat tengok live show percuma malam tu... tak yah bayar tiket...
dan sebagai balasannya.. kami tak jadi jamming malam tu... kami duk banging jer sampai ke jam 12 malam... kat dlm studio dayana...

fuhhh !! dahsyat..

dan pada saat itu jugaklah, gua.. buat pertama kalinya, mula mendengar, memahami & mengenali apa itu lagu-lagu sepultura..
malam tu, band infernal death banyak main lagu2 dari album (beneath the remains, schizophrenia & arise)

waa cakap lu all semua.. dah semacam tengok gig live artis barat, time diorang perform tu..
tak puas rasanya...
tabik spring pada band "Infernal Death" dari Kelantan.. hidup metal.. hails metal!!

tapi sayang, band yg sebagus mereka ini, tak pernah me'release'kan barang satu album pun...
satu kerugian besar pada khazanah negara!!

apa2 pun, terimakasih kami ucapkan pd Infernal Death.. kerana telah buat kami faham..
akan pengertian death metal yg sebenarnya.. thanx again..

pull stop... ok check-out the discografie :-

hails!!!!



 (zaman - max cavalera)

1985 - bestial devastation (EP)


















1986 - morbid visions













1987 - schizophrenia














1989 - beneath the remains


























1991 - arise















1992 - third world posse (EP)












1993 - chaos a.d
























1994 - refuse-resist (EP)













1996 - natural born blasters (EP)








1996 - roots
























1997 - blood-rooted (live & rare)













 (zaman - derrick green)

1998 - against










2001 - nation









2002 - revolusongs (EP)












2003 - roorback















2006 - dante xxi
























2009 - a-lex























2011 - kairos










2013  -  the mediator between the head & hands
             must be the heart




















2015 - under my skin (EP)









p/s : zaman max cavalera adalah zaman yang terbaik.... sebelum beliau berundur dan menubuhkan band baru "Soulfly" (yang berkonsepkan nu-metal)