Music Player

Showing posts with label Yngwie Malmsteen. Show all posts
Showing posts with label Yngwie Malmsteen. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

Discography Yngwie Malmsteen


Yngwie Malmsteen lahir pada tarikh 30 Jun 1963 di Stockholm Sweden. Nama asal beliau adalah Lars Johan Yngve Lannerbäck. 

Semasa kecil lagi beliau sudah didedahkan dengan lagu-lagu klasikal, hasil gubahan Johann Sebastian Bach, Beethoven & Niccolò Paginini yang selalu diputarkan melalui piring hitam oleh ibubapanya. 

Apabila berumur 10 tahun iaitu dalam tahun 1973 beliau menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang diberi nama "Track On Earth", bersama rakan-rakan sekolah setelah terpengaruh dengan muzik hard rock dari Jimi Hendrix, Deep Purple dan Led Zeppelin. 

Apabila meningkat dewasa, Yngwie sudah mahir bermain instrumen gitar dan berhasrat untuk berhijrah ke USA. 

Di akhir tahun 1970an Yngwie mungkin telah mendengar lagu-lagu instrumental petikan gitar ala timur tengah, Latin dan Mediterranean iaitu melalui Al Di Meola pemain gitar dari Amerika yang menjadi inspirasi kepadanya untuk bermain skala harmonic minor & Phrygian ditambah pula dengan muzik klasikal Johann Sebastian Bach & lain-lain. 

Semasa di Amerika, Yngwie mula bermain dengan band Steeler dan sempat meriliskan sebuah album dengan menggunakan tajuk yang sama 'Steeler'. 


Kemudiannya beliau menyertai kumpulan Alcatrazz sesudah itu dan turut berjaya menghasilkan sebuah album yang diberi judul ''No Parole From Rock 'N Roll''. 


Stail serta gaya petikan gitar Yngwie yang unik permainannya ala-ala bagaikan Niccolò Paganini seorang penggesek biola di abad ke 19 yang dikatakan mempunyai gesekkan “berhantu” yang begitu memukau. 

Walaupun di kala itu sudah muncul ramai pemain gitar yang bermain skala arpeggio, Phrygian & harmonic minor pada tahun 1970an seperti Ritchie Blackmore, Genesis & Van Halen, kehadiran Yngwie Malmsteen sememangnya tiba tepat pada masa kebangkitan gelombang baru Heavy Metal di awal tahun 1980an. 

Dalam sekelip mata album solo pertama beliau, 'Rising Force' terbitan tahun 1984 telah menjulang namanya sebagai pemain gitar terbaik, kerana petikan laju dan bertenaga serta unik (speed, power & unique) melalui single pertama beliau yang meletup saat itu 'Black Star'. Bahkan Malmsteen pernah dinobatkan dengan gelaran pemain gitar terbaik dunia pada tahun 1986 melalui album 'Trilogy'.


Para pemain gitar angkatan baru kemudiannya mula mahu mempelajari teknik-teknik & skala muzik klasikal kerana mahukan permainan dan kerja gitar seperti Yngwie Malmsteen. 

Malah, Joe Satriani (legendaris gitar tersohor) ada berkata bahawasanya sebelum Yngwie muncul lagi, Joe Satriani telah cuba mengajar anak muridnya akan teknik klasikal tetapi kebanyakkan pelajarnya kurang berminat. 

Hanya Kirk Hammet (gitaris Metallica) merupakan satu-satunya anak murid Joe Satriani yang mempelajari teknik petikan gitar rock & teknik klasikal dari Joe Satriani tersebut.

Di Malaysia juga, ada pemain gitar yang tertarik pada stail permainan Yngwie Malmsteen. Pattern solo petikan gitar Yngwie mula ada kedengaran dimainkan dalam rakaman lagu lagu rock melayu pada pertengahan tahun 1980an. 

Teknik bermain petikan gitar laju seperti Yngwie dikira sesuatu yang menakjubkan pada tahun 1980an sehingga banyak pemain gitar mahu bermain petikan gitar yang laju. Dan salah seorang dari gitaris Malaysia yang mempunyai gaya permainan persis Malmsteen adalah seperti Joe Burnmark's.           


Pada tahun 1987 tragedi menimpa Malmsteen apabila beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang begitu tragis, dimana telah mengakibatkan beliau koma selama seminggu.

Lebih menyedihkan lagi dimana, saat beliau masih lagi menjalani rawatan di hospital, tiba-tiba ibunya pula meninggal dunia akibat penyakit kanser. Umpama sudah jatuh lalu ditimpa tangga, begitulah nasib malang yang dialami oleh Yngwie Malmsteen, yang terus berduka dalam kesedihan.

Tetapi beliau tidak pernah patah semangat, sebaliknya pada musim panas di tahun 1988, Yngwie kembali dengan semangat baru dengan menerbitkan album ke 4, berjudul 'Odyssey'.

Tidak lama kemudiannya di tahun 1989, beliau terus aktif dengan terhasilnya album ke 5 yang berjudul 'Trial by Fire'.

Dan sehingga kini Yngwie Malmsteen telah berjaya menerbitkan sebanyak 20 Album Studio, termasuk album terbaru beliau yang kini sudah pun berada di pasaran pada 1 Jun 2016 lalu, bertajuk 'World On Fire'.

Semoga Yngwie Malmsteen akan terus aktif dan tetap sukses berkarya sehingga ke akhir hayat beliau. Dan akhir kata, tahniah kepada Yngwie Malmsteen di atas sumbangan beliau terhadap industri muzik klasikal heavy metal se dunia.

Hails to Malmsteen.

Sekarang mari kita layan foto-foto diskografi dari gitaris tersohor ini..

zoom..



1984 Rising Force









1985 Marching Out









1986 Trilogy









1988 Odyssey









1989 Trial by Fire: Live in Leningrad









1990 Eclipse









1992 Fire & Ice









1994 The Seventh Sign









1994 I Can't Wait (EP)









1995 Magnum Opus









1996 Inspiration (cover album)









1997 Facing the Animal









1998 Double Live









1998 Concerto Suite for Electric Guitar & Orchestra OP.1 - Millennium









1999 Alchemy









2000 War to End All Wars









2002 Attack!!









2002 Birth of the Sun









2002 The Genesis (Compilation)









2002 Concerto Suite for Electric Guitar & Orchestra LIVE with the New Japan Philharmonic









2005 Unleash the Fury









2008 Perpetual Flame









2009 High Impact (Compilation)









2009 Angels of Love (Instrumental)









2010 Relentless









2012 Spellbound









2016 World on Fire