Music Player

Showing posts with label BumiPutra Rockers. Show all posts
Showing posts with label BumiPutra Rockers. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Discography BumiPutra Rockers

'silaturrahim'.. salah satu judul lagu yg dipetik dari album 'Era 90an', nyanyian dari kumpulan BPR, amat dekat sekali dgn jiwaku..

senikatanya, yg mempunyai unsur-unsur nasihat, teladan, kerohanian dan semangat persaudaraan yg harus kita kekalkan..

pada mulanya, aku sangkakan lagu yg sering berkumandang di corong2 radio sekitar tahun 90an dulu.. adalah lagu dari nyanyian ramli sarip..!!

gemersik suaranya, dengan husky voice, serak-serak basah.. semakin membuatkan aku percaya, bahawa 'silaturrahim' benar2 dendangan papa rock malaysia..!!

ternyata.. tekaan ku meleset sama sekali..

itu yang membuatkan aku salute habis sama brader joey BPR ni.. kerana, vokal, lirik & lagunya 100% ciptaan Joey sendiri.. best giler.. syabas bro joey.. 'keep it up'..

dan aku ada cerita yg nak dikongsikan pd entri kali ini, berkaitan dgn BPR..

apa itu BPR..? BumiPutra Rockers laa jawabnya.. yer tak..? ..kah kahh kahh!!

tapi ada satu lagi maksud BPR yg lainnya.. iaitu 'biro pencegah rasuah' (kini dh bertukar jadi SPRM - suruhanjaya pencegahan rasuah m'sia)

dalam tahun 1999 yg lalu.. aku ada seorang member yg bertugas di BPR ni.. nama dia zaki..

tugas zaki di BPR adalah sebagai pegawai penguatkuasa (kerja tangkap orang rasuah laa ni).. huhu huh!!

pada satu hari tu, zaki & aku keluar bersama untuk makan tengahari kat medan selera, kota bharu..

kami berdua sebenarnya, dah lama tak berjumpa.. maklumlah, sibuk dgn kerjaya masing2.. (time tu aku berkhidmat sebagai pegawai bank)

zaki yg bersungguh sangat nak ketemu aku, lalu dia call melalui talipon ofisnya.. "yus.. jomlah turun pekan jap.. dah lama kita tak jumpa kan.. apakata kalau aku belanja lunch, nak tak..?"

"aku ok jer bro.. kecil tapak tangan, stadium sultan muhammad IV aku tadahkan.. kih kih kihh!!", jawab ku sambil bergurau..

kat medan tu, aku makan nasi campur, berlauk pari asam pedas.. sementara zaki pula, order nasi ayam chieng mai.. (korang baca menu-menu ni.. mesti terasa lapar kan.. hee hee heeh!!)

sedang asyik menjamu selera tu.. tiba-tiba, datang seorang penjual VCD pirate (cetak rompak), ke meja kitorang..

"bang.. bang..!! nak nengok tak..!! barang panas ni..!! ..stok baru sampai..!!", mamat VCD tu mula giat mempromosikan barangannya..

"tak payah la bro.. aku tak layan laa benda murahan camni.. kalau yg ori, boleh la jugak", zaki bersuara..

"alaah bang..!! murah2 jer saya nak tolak nie.. satu seposen (RM10).. ok yer bang..?", mamat tu masih tak berputus asa..

"bro.. tadikan, kawan aku dah cakap tak nak kann.. kau tak dengar ke..?", aku mula hangin..

"rilek laa brader.. bukannya mahal pun.. saya nak habiskan stok nie jer.. tolong laa bang..!!", masih berdegil mamat VCD nie..

akhirnya kitorang buat tak layan jer.. sambil terus makan..

walhal, mamat VCD tu macam tak puas hati dgn kami berdua.. dan beliau kemudiannya mula melakukan provokasi pd kitorang.. "elehh..!! pakai jer smart.. tapi kedekut nak mampos..!! boleh blah laa lu..!!"

"gua tak heran pun kat korang nie..!! pigi daah..!!", mamat tu terus dgn aksi yg menjengkelkan kami..

tapi kami masih lagi dapat bersabar dgn kerenah penjual VCD haram tu..

sedang kecoh-kecoh tu, kemudian lalu seorang pegawai polis yg kebetulannya ada kat situ..

polis itu pun segera menahan mamat VCD tadi, dan setelah diperiksa pd beg sandangnya.. bukan setakat VCD cetak rompak, malahan turut ditemui VCD lucah..

"ini apa nie.. kamu jual VCD lucah yer..?", bentak polis tu..

"err!! che'.. kita settle kat sini jer laa..!!", mamat tu cuba hulur nott RM50 pd polis yg menahannya..

"apa!! awak ingat..!! saya ni jenis makan suap ker..?" polis berkenaan seperti memberi amaran..

lalu ditariknya, mamat VCD tu ke satu penjuru, jauh sedikit dari orang ramai.. kemudiannya sambil berbisik mereka seolah-olah sedang berbincang.. "heii.. mana cukup RM50 nie.. koman2 pun RM100..!!", demand polis tersebut..

gelagat diorang berdua, kami perhatikan..

dan.. dengan sepantas kilat, zaki kemudiannya bingkas bangun.. mula perkenalkan dirinya, dengan menunjukkan kad kuasa pd mereka..

"Encik..!! saya mohd zaki, pegawai penyiasat & penguatkuasa anti Rasuah.. dari cawangan BPR Kota Bharu.. encik berdua ditahan.. kerana telah melakukan kesalahan",

terkejut beruk anggota polis tu.. begitu jugak dgn si mamat VCD..

serentak dgn itu jugak, 4 ke 5 orang pegawai2 penguatkuasa lain, yg berada dlm kedai makan tu pun, turut menyerbu ke arah kami semua..

lalu berjaya diberkas kedua-dua pesalah berkenaan (anggota polis & mamat VCD)..

fuhh..!! tergamam aku seketika.. operasi si zaki, bersama dgn team diorang ni, benar2 perfect.. dah macam cerita 'mission impossible' la pulak gayanya..

patut laa tadi, dia beria ajak aku keluar makan.. rupa-rupanya ada misi khas yg team diorang ni sedang rancang..

memerangkap pesalah yg kita memang tak jangka.. di luar dugaan sama sekali..

kata zaki.. team diorang dah lama membuat intipan pada polis yg makan suap tu.. hasil maklumat dari orang awam..

dan si mamat VCD tu pulak, secara kebetulannya pd hari kejadiaan, telah jadi kambing hitam (mangsa keaadaan)..

huhh!! tengok tu.. siapa bilang polis tak boleh kena tangkap.. (selalunya polis yg tangkap orang kann..!! ni dah terbalik laa pulak.. haah haah haah!!)

respect habis aku pd si zaki ni.. dan kepada pegawai polis yg makan rasuah tu.. ini ajer yg dapat aku simpulkan, bak kata pepatah.. "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"

dan akhir sekali, kpd mana-mana penjual VCD haram (pirate ataupun lucah) - "hentikanlah tabiat buruk anda, jangan sampai jadi perosak bangsa.."

begitulah al-kisahnya..

(moral of the story : jauhilah rasuah, kerana ianya akan meruntuhkan negara)

sekian untuk kali ini..

the diskografie times :-



1987 - selamat pagi malaysia













1988 - bias
















1990 - kelab jiwa luka













1991 - era 90an _ silaturrahim

















1996 - bpr'97









1999 - akustik & unplugged










2001 - semangat melayu










2006 - live in concert (eksklusif reunion 16 tahun)
















info cover - credit to mastercomp, akubudakpenang, rahmat, budakbarong