Music Player

Wednesday, August 31, 2016

Discography FireHouse


FireHouse adalah band hard rock Amerika (US) yang dibentuk di Charlotte, North Carolina pada tahun 1989. Band ini mencapai kejayaan pada awal 1990-an dengan lagu-lagu hit single seperti "Do not Treat Me Bad", "Reach for the Sky" dan "All She Wrote", serta lagu-lagu berentak ballads seperti "I Live My Life for You", "Love of a Lifetime" dan "When I Look Into Your Eyes".

Pada anugerah American Music Awards 1992, FireHouse telah memenangi anugerah untuk Best New Hard Rock / Metal Band.


Band ini sangat popular di rantau Asia, terutamanya di negara-negara seperti Jepun, Thailand, India, Malaysia, Filipina, Indonesia dan juga Singapura. Mereka juga turut mengekalkan populariti di Amerika Selatan dan Eropah.

FireHouse terus mengeluarkan karya dan bahan baru sepanjang tahun 1990-an hingga ke awal tahun 2000-an. Sebahagian besar album-album mereka telah berjaya mencapai kejayaan yang amat membanggakan di negara matahari terbit, Jepun.


Band ini sering mengadakan konsert roadtour antarabangsa pada tahun 2007. Mereka juga turut mengikuti siri jelajah tour tahunan 'Rock Never Stops Tour' bersama band-band lain di sekitar tahun 1980-an dahulu.

Album FireHouse dianggarkan telah terjual melebihi dari 7 juta unit album ke seluruh dunia sejak dari permulaan debut album mereka 'FireHouse (1990)' lagi.


Band ini terdiri dari vokalis CJ Snare, gitaris Bill Leverty, drummer Michael Foster dan bassist Perry Richardson.

Band ini sememangnya mengekalkan ahli-ahli asalnya sejak dari awal penubuhan FireHouse lagi, tetapi tidak berjaya untuk kekalkan ahli kumpulan ini selamanya kerana pemain bass asal mereka, Perry Richardson telah meninggalkan kumpulan FireHouse pada tahun 2000.

Posisi Richardson telah bertukar silih berganti sebanyak tiga kali, sebelum akhirnya bassis Allen McKenzie diberikan kepercayaan penuh untuk menggalas tugasan posisi bass pada tahun 2004.


Line-Up terkini FireHouse adalah :-

CJ Snare - vokal & keybod (1989-sekarang)
Bill Leverty - gitar (1989-sekarang)
Michael Foster - drum (1989-sekarang)
Allen McKenzie - bass (2004-sekarang)

Bekas Ahli FireHouse :-

Perry Richardson - bass (1989-1999)
Bruce Waibel - bass (2000-2003)
Dario Seixas - bass (2003)


Keseluruhannya Band FireHouse telah merakamkan sebanyak 8 buah LP, bermula dari album pertama berjudul FireHouse (1990). Album ini meletup bersama dengan lagu power ballads mereka iaitu 'Love Of A Lifetime'.

Album ke-2 menyusul pada tahun 1992 (Hold Your Fire), dengan menampilkan single love ballads terhebat iaitu 'When I Look Into Your Eyes'.


Dalam tahun 1995, FireHouse telah menerbitkan album ke-3 dengan menggunakan judul yang sama angka '3'. Masih mengekalkan lagu berentak power ballads iaitu melalui singles 'I Live My Life For You'.

Manakala sekitar tahun 1996 pula lahirlah album ke-4 yang bertajuk 'Good Acoustics'. Album ini dirakamkan secara akostik ataupun unplugged, dengan menampilkan 4 lagu terbaru bersama dengan lagu-lagu terbaik FireHouse.


Selang 2 tahun kemudiannya, kumpulan ini telah melancarkan album ke-5 yang diberi judul 'Category 5'. Ini adalah buah tangan terakhir dari bassist asal FireHouse 'Perry Richardson', yang akhirnya telah mengambil keputusan untuk keluar dari Band ini.

Di tahun 2000 menyaksikan album ke-6 FireHouse berjaya menembusi pasaran dunia, bersama dengan pemain bass baru 'Bruce Waibel'. Tapi malangnya khidmat Waibel tidak lama bersama Band ini, kerana pada awal tahun 2003, beliau dijumpai mati membunuh diri di bilik tidurnya, tidak diketahui puncanya.


Sesudah itu, album ke-7 Kumpulan FireHouse 'Prime Time' telah diterbitkan pada penghujung 2003. Kali ini posisi bassist telah diambil alih oleh Dario Seixas (pemain bass yang berasal dari Brazil). Walaubagaimanapun khidmat beliau bersama FireHouse juga tidak lama, hanya sempat merakamkan satu album sahaja, dan kemudiannya telah disingkirkan kerana kurang berdisiplin.

Album terakhir FireHouse diedarkan pada tahun 2011 dengan tajuk 'Full Circle'. Album ke-8 ini merupakan album rakaman semula lagu-lagu lama FireHouse yang pernah popular sebelum ini, juga tambahan satu lagu bonus baru 'Christmas With You'. Dalam album ini juga, Allen McKenzie telah berperanan selaku bassist baru FireHouse.


Begitulah rentetan perjalanan Band FireHouse ini. Sehingga berita ini ditulis, FireHouse masih aktif mengadakan roadshow di seluruh US. Tetapi perkhabaran tentang album terbaru mereka masih belum kesampaian lagi. Mungkin kumpulan ini memerlukan sedikit masa, bagi merealisasikan impian peminat untuk album ke-9 FireHouse.

Sama-samalah kita tunggu ketibaannya kelak.

OK la.. dikesempatan ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-59, maka di sini Yusrina ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada seluruh pembaca budiman sekalian.

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka.. Dan Merdeka..

Sekian.

And now.. times for the discography.. let's check it out..



FireHouse (1990)























Hold Your Fire (1992)























3 (1995)























Good Acoustics (1996)





















Category 5  (1998)





















Bring ‘Em Out Live (1999)


















O2  (2000)





















Prime Time (2003)


















Full Circle (2011)

















18 comments:

  1. Firehouse ni, semua orang suka gitu. Rock ke, dangdut ke, jiwang ke, budak telan pil ectasy kat clubbing ke, semua suka ni band.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat kan Penangan dari firehouse ni, sehingga semua rakyat sukakan pada beliau nie..
      Tapi dlm ramai ramai tu, ada seorang orang Gila kat kampung aku amat anti pada band firehouse ni..
      Si Gila tu dikenali sebagai Aziz spring..
      Katanya, firehouse ni band yg tak masuk akal, psl suka sangat nyanyi lagu ballads, walhal ini sebuah Band yg berkonsepkan hard rock, tapi mengapa Masih nak buat jugak lagu lagu feeling ni.. Ujar Aziz spring disuatu Hari..

      BTW.. Aziz spring Kata lagu firehouse ni tak masuk akal kan .. Tp dia tak sedar, yg Dia tu sendiri dah sememangnya hilang akal (orang Gila begitulah).. Hehe

      Delete
  2. First time dengar lagu Firehouse ialah lagu Love Over Life Time masa siaran American Top 40 kat radio RTM tak silap..tapi time nie aku tak tahu nama lagu tu cuma ingat nama band je..kemudian jumpa kaset Firehouse kat kedai kaset, akupun tangkap, rupanya yg aku beli tu album ke-2..tapi tak kisahlah sebab memang kena dgn taste aku...

    lepas album Category 5 dah tak layan diorg nie, muzikpun dah tak macam 2 album terawal yg aku suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya 3 album terawal firehouse ni menjadi maniac dan kegilaan semua orang, termasuk la brader Gila Rock jugak kan..
      Masuk jer album ke 4 dan seterusnya tu, Ada kurang sikit, tapi aku Masih tetap setia melayan album album firehouse ni, kecuali si Aziz spring tu.. Masih tetap boikot firehouse ni.. Haah Haah

      Delete
    2. Album 3 masih boleh layanlah walaupun muzik dah berbeza, Category V tu dah tak boleh masuk..

      Delete
    3. kiranya album firehouse yang betul-betul ngam dan boleh diterima oleh brader Gila Rock.. cuma 2 album terawal jer lah tu..

      01) firehouse 1990
      dan
      02) hold your fire 1992

      album yang lain tu kirim salam jer laa bro.. hehe

      btw .. aku pun sependapat dengan kau jugak bro Gila Rock, tapi tidak pulak bagi Si Gila Aziz Spring tu.. (beliau masih membenci pada kesemua album firehouse tu) kihh kihh

      Delete
  3. dorang punya lagu slow memang sedap2 belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Dan lemak berkrim gitu Bert.. Lagu firehouse yang paling Best dan berhantu bagi aku, adalah 'Hold the Dream' dipetik dari album ke 2.. Fuhh, cuba dengar petikan Bass yg dimainkan sebelum brief solo guitar tu, itu yg aku maksud kan berhantu tuh.. Respect habis pd bassist Perry Richardson..

      Delete
  4. uncle ingatkan muka diorang macam Bomba….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bomba ? Hahahahah
      Itu Fire brigade la uncle.. Yg ni firehouse - rumah api..
      btw.. Yusrina rekomen pd Uncle Band firehouse ni, kalau baru start nak belajar dengar music diorang ni, Album ke 2 yg berjodol Hold your fire paling sesuai..
      Selamat mendengar uncle..

      Delete
  5. Replies
    1. boleh la badrol shomdar ambil tahu dan berjinak-jinak dengan Band FireHouse ni sekarang..

      btw.. rugi woo kalau tak dengar lagu-lagu firehouse ni.. aku fully rekomen gitu.. hehe

      tapi aku tak paksa pun, terpulanglah pada empunya badan tu, samada nak dengar ke tidak... just bagi tips je..

      OK.. adios

      Delete
    2. tak berapa boleh masuk kot muzik mcm ni yus

      Delete
    3. ermm.. apa boleh buat, dah orang tak minat, kita tak boleh nak kata apalah..

      btw.. terimakasih kepada badrol atas komen ikhlas anda.

      Delete
  6. Tak berapa familiar dgn lagu2 band ni.. Sempat jugak tadi try dengar lagu I Live My Life For You sebab rasa macam pernah dengar lagu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actualy masih banyak lagi lagu berentak love ballads semacam 'i live my life for you' tu bro..
      contohnya - love of a lifetime, when i look into your eyes, here for you, you are my religion, hold the dream dan banyak lagi.. so bro kaboi tanduk kena rajin mencari lah lagu-lagu diorang nie.. gitu

      Delete
  7. 1st time dengar nama band Firehouse. huhu. era 80 an dan awal 90 an mmg banyak band rock kan. tambah info utk knowlegde irama rock. hihi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Pelan-pelan la bro, sekarang dah mula kenal Band firehouse kan..
      Lepas ni boleh la pulak belajar2 dengar CD diorang yer.. Hehe
      PS - tak rugi kalau dengar lagu firehouse ni..

      Delete