Music Player

Showing posts with label Oasis. Show all posts
Showing posts with label Oasis. Show all posts

Tuesday, August 23, 2016

Discography Oasis


Oasis adalah Kumpulan rock Inggeris yang ditubuhkan di Manchester pada tahun 1991. Asalnya Band ini dikenali sebagai The Rain. Oasis dibentuk oleh Liam Gallagher (Vokal & Tambourine), Paul Arthurs (Gitar), Paul McGuigan (Bass) dan Tony McCarroll (Dram). Tidak lama kemudian Abang kepada Liam, Noel Gallagher (Gitar Utama dan Vokal) turut bergabung membentuk Oasis.


Mereka mempunyai 8 Single Nombor Satu di UK dan 8 Album Nombor Satu di UK, serta pernah memenangi 15 kategori di NME Awards, 9 kategori di Q Awards, 4 kategori di MTV Europe Music Awards dan 6 kategori di Brit Awards. Mereka juga telah tercalon sebanyak 3 kali di Anugerah Grammy.


Sehingga 2009, Kumpulan ini telah berjaya mengutip penjualan album sebanyak 70 juta diseluruh dunia. Kumpulan ini tersenarai di Guinness World Records pada 2010 untuk “Longest Top 10 UK Chart Run by a Group”. Kumpulan ini juga memegang rekod dunia di Guinness World Record kerana menjadi penggiat muzik dari United Kingdom paling berjaya, bermula dari tahun 1995 sehingga ke tahun 2005.

Dan mereka juga pernah berada dalam senarai carta selama 765 minggu di carta 'Top 75 UK'.

Ahli kumpulan Oasis telah menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman bebas, Creation Records dan kemudian mengeluarkan album studio debut pertama berjudul 'Definitely Maybe' pada tahun 1994. Album ini telah mengungguli carta Billboard 200 UK, di tempat ke 58. Satu permulaan bagi sebuah Band Rock Inggeris baru, yang agak memberansangkan.


Pada tahun berikutnya, mereka merakam album ke-2 berjudul '(What's the Story) Morning Glory?' (1995) bersama pemain dram baru, Alan White. Album ini meledak di pasaran bersama dengan 2 lagu mega hits, iaitu "Wonderwall" dan "Champagne Supernova". Pengaruh dari band icon mereka iaitu The Beatles, banyak ditekankan untuk penghasilan album kali ini.

Ketika itu mereka juga sedang berada dalam saingan sengit bersama satu lagi band yang seangkatan dengan mereka. Band ini turut dikenali sebagai musuh tradisi kepada Oasis di dalam scene Britpop, iaitu Band Blur.


Adik beradik Gallagher sering dipaparkan dalam tabloid-tabloid dan majalah-majalah kerana persengketaan mereka dan gaya hidup yang liar. Pada 1997, Oasis mengeluarkan album ke-3 bertajuk 'Be Here Now', dan menjadi album yang paling cepat laris dipasaran dalam sejarah. Walau bagaimanapun, populariti album tersebut juga begitu pantas jatuh merundum. Inilah nasib malang yang dialami oleh Band Oasis.

Paul McGuigan dan Paul Arthurs menarik diri dari Oasis ketika mereka sedang sibuk mengeluarkan album ke-4, 'Standing on the Shoulder of Giants' pada 2000 dan telah digantikan oleh Gem Archer dan Andy Bell.


Album ke-5 kumpulan Oasis menemui para peminat sekitar tahun 2002, yang diberi judul 'Heathen Chemistry'. Album ini juga menampilkan buah tangan terakhir dari drummer yang begitu sinonim dengan Oasis 'Alan White', yang kemudiannya telah meninggalkan band ini pada tahun 2004, dan posisi Alan White telah diganti pula oleh anak kepada drummer legenda The Beatles 'Ringo Starr', iaitu Zak Starkey.

Kumpulan Oasis kemudian kembali mencapai populariti serta kejayaan pada 2005, dengan album ke-6 mereka berjudul 'Don't Believe the Truth'.


Manakala 'Dig Out Your Soul' terbitan tahun 2008, adalah merupakan album terakhir kumpulan Oasis sebelum band ini dilanda krisis dalaman.

Dan pada bulan Ogos 2009, Noel Gallagher mengumumkan pengunduran dirinya dari menyertai Oasis, berpunca dari isu pergaduhan di belakang pentas dengan Liam (adik beliau sendiri).

Sementara kumpulan yang dibentuk oleh ahli band yang masih kekal itu kemudiannya meneruskan perjuangan dengan dipimpin oleh Liam Gallagher. Mereka kemudiannya telah menukar nama kumpulan Oasis, menjadi 'Beady Eye'.

Sementara Noel meneruskan projek solonya yakni sebagai 'Noel Gallagher's High Flying Birds' bersama dengan muka-muka baru.


Berikut adalah formasi anggota Oasis sebelum berpecah :-

Liam Gallagher – vokal utama & tambourine (1991–2009)
Noel Gallagher – gitar utama, vokal & keybod (1991–2009)
Gem Archer – gitar ke2 & harmonika (1999–2009)
Andy Bell – bass (1999–2009)
Chris Sharrock – dram (2008–2009)


Secara keseluruhannya kumpulan Oasis telah berjaya menerbitkan sebanyak tujuh buah album (LP) dan kebanyakkan dari album mereka juga pernah menerajui kedudukan di tangga pertama carta muzik Inggeris.

Begitulah perjalanan seni kumpulan Oasis ini yang penuh dengan ranjau serta dihiasi dengan episod suka dukanya. Walaupun kini kumpulan Oasis sudah menjadi sejarah dan hanya tinggal memori kenangan indah sahaja, tetapi aura yang masih ada pada Beady Eye akan tetap subur sehingga kini.


Sebelum berpisah, mari kita kita saksikan discography kumpulan Oasis ini.

Jom cekidout..



Definitely Maybe (1994)




















(What's the Story) Morning Glory? (1995)




















Be Here Now (1997)




















The Masterplan (1998) _ B-Sides




















Standing on the Shoulder of Giants (2000)




















Familiar to Millions (2000) _ Live




















Heathen Chemistry (2002)




















Don't Believe the Truth (2005)




















Stop the Clocks (2006) _ Compilation




















Dig Out Your Soul (2008)