Music Player

Sunday, August 14, 2016

Discography Carcass


Carcass adalah merupakan band ekstrim metal dari Liverpool, yang ditubuhkan pada 1985 dan dibubarkan pada tahun 1995. Penubuhan semula telah dilakukan pada tahun 2007 tanpa seorang anggota asal mereka, iaitu pemain dram Ken Owen, kerana disebabkan beliau mengalami masalah kesihatan (sindrom serebrum otak).

Band ini banyak dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan death metal dan grindcore seperti Death, Repulsion, Master, Macabre, dan juga lain-lain band metal yang seangkatan, seperti Slayer, King Diamond, Wargasm mahupun Diamond Head.

Carcass dianggap sebagai perintis genre grindcore. Karya awal mereka juga boleh dikategorikan sebagai death metal, hardgore dan goregrind. Ini disebabkan lirik dan cover album mereka yang begitu mengerikan. Mereka juga menjadi salah satu band dari perintis melodic death metal melalui album Heartwork, terbitan tahun 1993.


Pada mulanya, Carcass telah ditubuhkan sebagai kugiran D-beat oleh pemain gitar Bill Steer bersama-sama dengan pemain dram Ken Owen pada tahun 1985 di bawah nama Disattack. Selepas mengeluarkan demo bertajuk A Bomb Drops pada tahun 1986, Paul (bass) dan Andrew Pek (vokalis) dari Disattack meninggalkan kugiran ini dan digantikan oleh vokalis Sanjiv dan pemain bass Jeff Walker, yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar dan vokalis untuk band Electro Hippies.

Pada masa yang sama, Bill Steer menyertai kumpulan Napalm Death (bagi menggantikan Justin Broadrick).

Kemudian, Disattack menukar nama kepada Carcass. Pada bulan April 1987, mereka merekodkan demo Flesh Ripping Sonic Torment, iaitu rakaman demo Carcass yang hanya menampilkan vokalis Sanjiv, tetapi tidak lama kemudian Sanjiv telah meninggalkan band Carcass ini.


Tanpa penyanyi utama kemudiannya, Walker, Steer dan Owen berkongsi tugasan sebagai vokalis untuk melengkapkan album pertama mereka, yang telah berjaya dirakamkan dalam masa 4 hari. Walaupun jumlah penjualan album debut Carcass 'Reek of Putrefaction' (1988) kurang menyerlah, tetapi ianya tetap menjadi kegemaran dan selalu dimainkan oleh kebanyakkan stesen Radio di US.

Oleh kerana kepentingan label syarikat rakaman 'Earache', Carcass diminta untuk mengambil bahagian dalam Peel Session pertama mereka pada tahun 1989, di mana mereka memulakan kerja bagi penerbitan bahan baru untuk album kedua mereka yang telah dirancang mengikut jadual.

Peel Session dikeluarkan dalam format EP dengan ahli-ahli kumpulan Carcass menggunakan nama samaran, seperti K. Grumegargler, J. Offalmangler dan W.G. Thorax Embalmer.


Symphonies of Sickness (1989), merupakan album kedua mereka, yang mengandungi kualiti penjualan album lebih baik berbanding album sebelumnya.

Album ke-2 ini menampilkan muzik yang lebih kepada genre death metal. Tidak lama selepas itu, band Carcass telah menambah seorang pemain gitar ke-2 iaitu Michael Amott (bekas ahli Carnage). Amott telah dilantik untuk menjadi anggota tetap band, beliau kemudiannya turut beraksi di Peel Session kedua dan juga menyumbang ke arah bahan-bahan bagi urusan penerbitan album ke-3 Carcass.

'Necroticism - Descanting the Insalubrious' (1991), begitulah judul bagi album ke-3 mereka. Album ini mempunyai kerja gitar solo yang agak lebih baik. Walaupun dibantu Amott selaku gitaris ke-2, Steer masih mengendalikan semua tugasan gitar irama dan juga gitar solo, dengan Amott hanya menyumbang kepada riff-riff yang tidak terlalu berat.

Dan pada tahun 1992 EP pertama mereka, bertajuk 'Tools of the Trade' berjaya diriliskan.


Album ke-4 mereka, Heartwork, telah menyusul pada lewat tahun 1993, dengan gaya penampilan vokal Steer bersama dengan Jeff Walker, yang lebih menjurus ke arah pengaruh black metal dengan lirik ngeri yang dinukilkan mereka berdua.

Sekali lagi, Steer mengendalikan semua tugasan kerja gitar berirama dan juga gitar solo. Ini adalah disebabkan kerana Amott kehilangan pasportnya di India (menjadikan dia tidak dapat kembali ke England dalam masa rakaman album Heartwork ini).


Selepas album Heartwork terhasil, Carcass telah menandatangani kontrak dengan Label Columbia Records. Dan label baru ini telah mencadangkan agar Jeff Walker (pemain bass) belajar bagaimana untuk menyanyi bagi menyaingi Bill Steer (gitar & vokal).

Michael Amott akhirnya telah meninggalkan band ini selepas album Heartwork dilancarkan, dan posisi beliau selaku gitaris ke-2 telah digantikan oleh Mike Hickey untuk sementara, yang kemudian selepas itu, digantikan pula oleh Carlo Regadas.


Pada bulan Mac 1995, Carcass telah merakamkan album ke-5 mereka, berjudul 'Swansong'. Dan album ini telah meletup ke seluruh dunia, dengan memperolehi anugerah double platinum disc.


Kemudiannya label syarikat rakaman Columbia/Sony telah mengalami sedikit masalah dana, yang menyebabkan album baru mereka terpaksa ditangguhkan dari akhir musim panas tahun 1995 hingga ke Jun 1996. Mereka kecewa dan meninggalkan label berkenaan.

Carcass akhirnya kembali ke label Earache Records, tetapi sayang hanya untuk seketika, kerana mereka telah sepakat untuk berpecah dan membubarkan band ini, setelah terhasilnya album Swansong.

Bagi mengenang kumpulan Carcass yang telah berpecah, maka Label Earache telah menerbitkan album B-Sides yang bertajuk 'Wake Up and Smell the... Carcass'. Album ini telah dikeluarkan pada bulan Oktober 1996 dengan menampilkan trek-trek lagu yang belum pernah diriliskan oleh band Carcass sepanjang mereka bersama dengan label Earache suatu ketika dahulu.


Dan pada awal tahun 2012, mereka telah melakukan reunion, dengan menampilkan 2 anggota asal iaitu Jeff Walker & Bill Steer, bersama-sama dengan Michael Amott & Daniel Erlandsson. Malangnya Amott & Erlandsson tidak lama bersama dengan mereka, dan akhirnya telah membawa haluan masing-masing.

Jadi mereka telah merekrut 2 ahli baru iaitu Daniel Wilding (dram) bersama dengan Ben Ash (gitar ke-2), bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Amott & Erlandsson.

Carcass kemudiannya mula masuk studio bagi merekodkan album baru mereka, pada pertengahan tahun 2013, bertajuk Surgical Steel. Pemain dram asal, iaitu Ken Owen, juga dijemput khas bagi merakamkan beberapa vokal chorus pada album tersebut.


Pada Mei 2013, Carcass menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Nuclear Blast. Di Jepun pula, mereka menandatangani kontrak dengan Trooper Entertainment untuk mengedarkan album baru mereka.

Carcass telah melancarkankan album Surgical Steel pada 13 September 2013 di Eropah, 16 September di United Kingdom dan 17 September di Amerika Utara.

Keseluruhan album ini telah mendapat rating, review dan juga sambutan yang agak positif. Surgical Steel berjaya memperolehi kedudukan di tangga yang ke-50, bagi Carta AS Billboard 200.


Dalam satu sessi temubual pada bulan Jun 2014 bersama dengan majalah Metal Underground, Walker ditanya jika Carcass akan membuat susulan kepada album Surgical Steel.

Beliau menjawab, "Pada akhirnya, selagi kita rasa kita mendapat tempat untuk pergi, maka kita akan mewujudkan bahan-bahan dan ciptaan serta idea yang baru. Kami bukan sahaja akan melakukannya hanya kerana itu. Malah kita perlu ada semangat dan inspirasi. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya akan terus lakukan perihal yang lebih dari itu.. dimana kita boleh pergi jauh, jika kita memilih untuk melakukan yang sedemikian".

Tambah Walker lagi, "bercakap mengenai album.. ermm, secara peribadinya saya mahu terbitkan album lagi... dan saya masih tidak berpuas hati dengan mana-mana album yang telah kami lakukan setakat ini atau sebelum ini. saya tidak fikir kami akan berhenti dari membuat album Carcass.. agak klasik kedengarannya bukan..? itulah apa yang saya sedang rasai kini".

Tampaknya dari apa yang dipertuturkan oleh frontman Carcass, iaitu Jeff Walker, ada kemungkinan yang kumpulan ini akan merakamkan album baru tidak lama lagi. Jadi kita tunggu sahajalah perkembangan band Carcass ini sedikit masa nanti.


Secara totalnya, kumpulan Carcass telah berjaya menerbitkan 6 album penuh (LP) dengan yang terakhirnya adalah album terbitan tahun 2013 - Surgical Steel.

Line-Up terkini Carcass adalah :-

Jeff Walker – vokal, bass (1985–1995, 2007–kini)
Bill Steer – gitar, vokal (1985–1995, 2007–kini)
Daniel Wilding – dram (2012-kini)
Ben Ash – gitar (2013–kini)

Bekas ahli Carcass :-

Ken Owen – dram, vokal (1985–1995)
Sanjiv – vokal (1986–1987)
Michael Amott – gitar (1990–1993, 2007–2012)
Carlo Regadas – gitar (1994-1995)
Daniel Erlandsson – dram (2007–2012)


Carcass juga pernah menimbulkan kontroversi sedikit masa dahulu, sewaktu rangka lawatan konsert mereka yang sepatutnya dijadualkan akan berlangsung di Kuching, Sarawak.

Tetapi konsert tersebut telah dibatalkan pada saat-saat akhir oleh KDN, memandangkan lirik-lirik lagu mereka yang agak ekstrim. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi anggota Carcass, dan sebagai jawapannya mereka telah menghina Negara Malaysia, dengan menterbalikkan bendera Malaysia pada halaman Facebook mereka.

Agak mengecewakan tindakan biadab mereka itu, tetapi tujuan discography ini dikupas bukanlah untuk memuja, menyokong mahupun untuk menyanjungi mereka. Cuma sekadar informasi yang Yusrina hasilkan bagi perkongsian dan juga sekadar tatapan para peminat band death metal ini.

So, yang salah tu memang tetap salah.. dan yang biadab tu memang tetap biadab.. semoga band Carcass ini akan insaf dan menyesali tabiat buruk mereka itu di suatu masa kelak.

Apa-apa pun, mari kita tinggalkan sejenak kontroversi yang dicetus oleh mereka itu.. jom layan discography Carcass..

Zoom..



Reek of Putrefaction (1988)



















Symphonies of Sickness (1989)


















Necroticism – Descanting the Insalubrious (1991)


















Heartwork (1993)


















Swansong (1996)


















Wake Up and Smell the... Carcass (1997) B-Sides Album























Surgical Steel (2013)
















26 comments:

  1. Hebat la bro, i pun baru tahu term hardgore dan grindcore. hihi. Bandx death metal ni mmg kreatif kalu bab cover album kan. Selalunya cover album mesti unik dan kadang seram. huhu. U dah jadi ensklopedia muzik death metal & rock di Malaysia. hihi. Thorbaik uollss. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hardgore dgn hardcore adalah dua istilah yg berbeda bro.. Jgn salah guna yer.. TQ leo

      Delete
  2. kebelakangan ni byk fans death metal banyak benci dgn carcass disebabkan beberapa isu, byk yg butt hurt sbb x boleh terima kritikan dari jeff walker. bagi aku, jeff walker seorang yg berterus terang dan jujur. tak kesah la apa org nak cakap tapi carcass tetap the best. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun Jeff Walker ni selalunya tak pandai nak jaga mulut.. Celupar dsb
      Tp aku layan lagu lagu diorang ni.
      Paling best lagu no love lost dari album heartwork

      Delete
  3. cover album "reek of..." yang sangat menjijikkan benar2 mengejutkan. banyak negara mengharamkan album+cover ni. konsep cover ciptaan mereka sangat tepat dengan genre grindcore yang mereka perkenalkan kepada dunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro gayour.. reek of putrefaction, memang sebuah cover yang macam sial.. and then lepas itu, label Earache telah meng'edit'kan semula cover berkenaan.. bagi tampak senonoh sikit..
      selepas pada itu lagi, dalam reissue releases, diorang dah tukar sepenuhnya cover mengerikan tu, dan digantikan dengan cover kartun ala-ala robot macam cover album nirvana - incesticide..
      huhuh.. gitulah ceritanya

      Delete
  4. Pernah miliki album Symphony of Sickness dalam versi kaset. Semasa pindah rumah, entah lesap ke mana. Ghaib terus. Personal fav Carcass albums: Heartwork/ Swansong. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kpd saudara subversion.sg atas komen anda.. salam kenal untuk bro!! gerek sih!!
      btw.. sayangkan, album symphony of sickness tu hilang dari dakapan bro.. mungkin ada member yg terpinjam tu, tp terlupa pulak nak pulangkan kembali.. hehe
      biasa la tu bro.. adat berkawan kan..
      kawan makan kawan gitu.. huhuh

      Delete
  5. Album pertama carcass symphony of sickness...tapi kegemaran sudah semestinya heartwork...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehmm ehmm.. pembetulan bert!!
      album pertama carcass - reek of putrefaction (1988)
      album kedua carcass - symphony of sickness (1989)
      harap maklum bro.. hehe

      Delete
    2. aku maksudkan album pertama aku "dengar, ada dan beli" dari carcass...buka pertama carcass...heheh...

      Delete
    3. OK.. Faham Bert.. Berita diterima..
      Misunderstood la tu.. Hehe
      Roger n out!!

      Delete
  6. ramai mengamuk masa dorang tebalikkan bendera malaysia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai tu bro, termasuk jugak gua..
      tapi gua takde la sampai mengamuk, just pecahkan CDR CDR diorang jer.. hahahah
      tapi kaset dan CD original, masih tetap dan kekal dalam simpanan gua..
      ooi, sayang tu, beli mahal-mahal, takkan nak rosakkan, yer tak bro..?

      Delete
  7. Aku kenal carcass pun dari album heartwork.jeff tu biasa la mmg mulut puaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. puaka..? hehe
      memang beliau puaka..! huhu
      jeff walker dah macam jebon puaker
      tapi vokal beliau memang mantop la bro.. tidak dinafikan gitu

      Delete
  8. geli hati ayat last tu huhuhu... lantak depa la, tak kenal maka tak cinta... walaupun depa kuang ajaq, aku tetap respek band ni... carcass terbaik grindnya hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah haah!! time kutuk tu, kutuk jugak bro..
      time puji pun, puji jugak bro..
      diorang ni memang musician terbaik la sepanjang zaman.. aku suka sangat 2 album ni (heartwork & swansong)..
      riff-riff dan kerja gitar dari bill steer dan mark amott memang power beb..
      tapi sayang mark amott blah lepas tu, dia bikin grup baru berkonsepkan symphony power metal- Arch Enemy (pun best jugak band ni)
      mungkin kalau mark amott terus kekal dlm carcass, beliau akan terus dibayangi oleh bill steer gitu.. huhuh

      Delete
  9. Hola amigo, soy un seguidor del blog, me gustaría estar en su lista de blogs aqui dejo mi sitio .

    http://megadiscoz.blogspot.com/


    Muchas gracias amigo, un saludo desde Peru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gracias por su disposición a participar en este sitio ..

      wow .. que viene de un país Perú
      realmente interesante si pudiera hacer amigos con usted
      y sí .. Definitivamente voy a visitar su blog más adelante ..

      saludos de buena voluntad de mi ..
      Yusrina de Malasia

      Delete
  10. Aku suka Deep Purple, so masa aku tengok Carcass main, dan Jeff Walker borak pasal dia dengan Roger Glover bassist Deep Purple satu kampong dari Liverpool dan panggil Roger Glover a miserable git, aku happy sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahh! Sekampung rupanya Roger Glover dan Jeff Walker tu yer.. Tapi berlainan konsep pulak music diorang ni..
      Jeff ke arah grindcore metal..
      Glover pulak ke arah Hard Rock progressif..
      Tampaknya teman sekampung ni, berlainan arah tuju masing2..
      Seorang Utara seorang selatan.. Heheh

      Delete
  11. Cover album dah macam kari ngeri.

    Any local bands interested to sell your band t-shirt and other merchandise?

    We will open new online store soon but only focus on Malaysia market at the moment

    Online store are ready to view at merch.trendslinkstore.com

    Your benefits:
    - merch will be promoted online with secure online payment
    - lowest charges to sell your merch online
    - 95% control by us
    - the most important it will promote your band
    - lastly, make money from it!

    But, your merch must:
    - in good pakaging
    - in good condition

    Email me at trendsmerch[@]gmail.com for more about your stock, charges and etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you to mr/miss trendsmerch atas kesudian anda untuk bagi komen kat blog yusrina nie..

      anyway.. memang kari ngeri pun.. tambah ngeri lagi bila kamu post kan iklan yang panjang berjela nie dekat blog yusrina.. aduuuhh, apalah nasib aku kali ini.. huhh.. sabor aje laa yus.. hih hih

      Delete