Music Player

Showing posts with label Desire. Show all posts
Showing posts with label Desire. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Discography Desire

sumpitan senja.. album sulung Desire, yg telah menaikkan nama band dari negeri cik siti wan kembang, kelantan ini, menjadi popular sekitar lewat 80an dulu..

mereka juga pernah memenangi pertandingan Juara-Juara Rock Kelantan 1985..

band ini pada awal penubuhannya (nama asal D'Zai), telah dianggotai oleh Sheeda (penyanyi dangdut era 90an).. sebelum vokalis utamanya berpindah kepada Ranzmie (a.k.a Nasran).

sayangnya perjalanan seni kumpulan Desire ini cuma sempat menghasilkan 4 buah album sahaja..
dan yg menariknya.. kesemua vokalis bagi keempat-empat album desire, adalah individu yg berlainan.. hal ini terjadi adalah disebabkan oleh pertukaran anggota yg tak dapat dielakkan.. mungkin mereka ada komitmen tersendiri, sehingga tak dapat nak fokus pd kerjaya sebagai artis rakaman ni..

berikut senarai vokalis Desire :-

album pertama  - ranzmie (Allahyarham)
album kedua      - johan
album ketiga      - eury
album keempat  - wadi

pada pendapat aku, vokal ranzmie yg paling best.. suaranya lunak, nyaring dan lantang, amat bersesuaian dgn rentak muzik yg diperjuangkan oleh Desire.. vokal2 yg lain tu, no komen jer lah.. hihh hihh hiih!!

itulah aje info yg dapat aku kongsikan bersama korang bagi sessi pembukaan kali ini..

ok..lah,

hari ni aku nak cerita tentang orang bunian.. (macam menarik je tajuk ni).. haah haah haah!!

apa itu orang bunian..? puaka ke..? jembalang ke..? hantu ke..?

definisi orang bunian, kalau mengikut kamus dewan bahasa & pustaka, ialah jin.. atau lebih tepatnya, jin islam.

kalau korang semua nak tahu, aku ni adalah seorang, yg boleh dikatakan amat sukar nak percaya dgn benda2 tahyul atau berunsur mistik ni..

dan aku seringkali mempersendakan hal-hal sebegini (kurang sensitif).. atau dlm konteks yg lebih mudah difahami.. mulut celupar, (eei.. tak sayang mulut betul.. haah haah haah)

pada aku.. korang ceritalah apa-apa pun.. cerita seram ke, cerita bunuh ke.. alaa, biasa je bagiku.. malah tiada istilah takut dalam kamus hidupku.. (berlagak sakan.. macam lah berani sangat pun.. kihh kihh kihh!!)

pandangan akulah.. hantu ke, bunian ke, ni semua nonsense.. mengarut..!!

"mana ada hantu di zaman moden ni" ..itulah ayat yg akan terpacul dari mulutku, bila sebut je kisah2 hantu..

suatu petang tu, dlm tahun 1995, aku masih ingat akan kejadian ni.. dimana ketika kami berkumpul ramai2 di warong kopi pak Leh kat hujung kampung, ada la seorang kawan (farouk namanya), yg start bukak cerita hantu..

kononnya nak menakutkan kitorang lah tu..

apa lagi.. aku cabarlah farouk.. kataku "chehh..!! balik-balik cerita hantu, kalau betul hantu tu ada, mari berdepan dgn aku ni.. aku nak salam dengan dia.. nak bagi 'peace' sekali.. kihh kihh kihh"..

farouk terus beri amaran secara sinis, "yus, kau jangan cakap besar, kan betul2 dia datang, nanti terkencing dalam seluar, baru padan muka kau"..

" ala.. aku tak takut pun..!! wahai semua jin-jin ke, hantu ke.. mana-mana yg dengar ni.. meh jumpa dgn aku..", aku terus ketawa berdekah-dekah tanpa rasa bersalah pun...

jam dinding di warong pak Leh, mula berbunyi..
(dong.. dong.. dong.. dong.. dong.. dong..), menandakan sudah tepat pukul 6 petang..

kami semua pun bersurai..

farouk pulang ke rumahnya dgn motosikal.. manakala aku memilih untuk berjalan kaki sahaja..

aku terus melangkah menyusuri denai dan semak samun.. disekeliling ku, saat itu terasa begitu sunyi sekali.. padahal belum masuk waktu maghrib pun..

tapi hari tu aku rasa lain macam.. perasaan aku bercampur baur.. antara berani dan juga seram..

jarak ke rumah ku lebih kurang hampir satu kilometer jer lagi.. tapi, aku pilih untuk melalui jalan pintas (short-cut)..

masalahnya.. kalau nak ikut short-cut.. kena melalui tanah perkuburan.. sorang-sorang pulak tu, tapi aku redah jugak..

tiba-tiba..

aku terpandang seorang gadis muda berbaju kurung dan berselendang di bahu, seperti melambai-lambai ke arah ku.. "Siapa tu..?", aku bertanya.. "saya tersesat jalan bang.. boleh abang hantar saya pulang", pinta si gadis..

"adik tinggal kat mana..?" , aku minta kepastian.. "Kat hujung kampung nun.. tapi saya takut nak berjalan sorang-sorang.. boleh abang temankan..?" , ujar dia lagi..

tak sampai hati pulak aku, bila dengar permintaan & rayuan gadis tu (manis jugak orangnya.. hehehehe).. aku pun setuju..

sepanjang jalan tu, dia ada bercerita yg namanya 'Sharifah'.. dan rumahnya kat tepi bendang sawah padi, di hujung kampung.. tapi rasa-rasa akulah, sebelum ni, tak pernah terjumpa pun dgn si sharifah ni..

dan lagi satu yg anihnya.. si sharifah ni tidak memakai alas kaki (berkaki ayam).. "ada lagi ke orang yg berjalan, tak pakai kasut di zaman moden ni", bisik ku dlm hati..

kami terus masuk melalui sebatang jalan sempit menuju ke arah hujung kampung.. jam ketika itu dah hampir 6:30 petang.. "ahh!! awal lagi ni, masih sempat nak balik, kalau hantar dia kejap ni" , aku berbisik sendirian..

hampir 10 minit kami bergerak.. akhirnya sampailah ke rumah gadis tu.. lalu disambut oleh ibu gadis berkenaan..

Sharifah ucapkan terimakasih padaku.. dan aku terus beredar..

jalan punya jalan lepas tu, baru aku perasan.. "ehh..!! betul ke jalan ini yg aku lalu tadi.. lain jer suasananya", aku mula gusar..

5 minit masa berlalu, aku seperti merayau-rayau kat tempat yg sama.. "Ahh!! sudah.. aku pulak ke yang sesat ni", peluh dingin mula membasahi seluruh tubuhku..

dan kemudiannya, aku ternampak sebuah kilang mencetak kain batik, terpacul kat seberang jalan..

"pelik..!! bila masa pulak ada kilang batik kat hujung kampung ni..", aku semakin kebingungan..

masuk jer kat dalam kilang tu, ku lihat ramai pekerjanya sedang sibuk membuat kerja masing2.. ada yg sedang melukis, ada yg sdg mencetak.. dan ada yg tengah bersembang..

tekak ku dah mula terasa kering.. aku menghampiri seorang tua, yg usianya dlm lewat 60an.. "pakcik..!! saya haus laa, boleh bagi air minum sedikit", pintaku..

pakcik tu menghulurkan segelas air kosong padaku.. dengan mukanya yg amat kelat (masam mencuka)..

aku beritahu kat dia, yg aku tersesat jalan, nak balik ke kg. Bunut Susu.. "boleh pakcik tunjukkan jalan..?", kataku.. "ini memang dah kg. bunut susu.." , jawab pakcik..

bertambah buntu aku jadinya..

Pakcik tu mula perkenalkan dirinya.. "Nakk.. sharifah yg kau temankan tadi tu, anak pakcik" , sambungnya lagi , "Dan satu perkara pakcik nak pesan.. kita hidup kat dunia ni, kena jaga lisan & tuturkata kita, kena pelihara mulut kita dan kena hati2 setiap apa yg kita ucapkan.. jangan main lepas cakap jer, ingat ye nakk"..

terkedu aku sejenak.. serentak dgn itu, bulu roma aku meremang..

minda ku mula bercelaru memikirkan, bagaimana aku boleh tersesat dlm kampung sendiri.. dan persekitaran yg ku tempuhi kini, benar-benar berbeza dari suasana kampung asal ku..

sebelum beredar, aku pohon maaf pd pakcik tua tu.. dan berjanji tak akan celupar lagi.. pakcik tu mengangguk tanda faham..

dan dia menunjukkan pada ku, ke satu arah pancaran cahaya lampu kat hujung jalan..

aku ikut jalan yg ditunjuk oleh pakcik tu.. mulanya cahaya lampu tu agak dekat.. lama kelamaan semakin jauh.. lagi jauh dan terus menjauh..

ehh..!! dah masuk waktu malam dah ni.. tapi aku tetap gagal nak mencari jalan pulang..

lama kelamaan aku dah terasa penat berjalan, lalu aku terduduk, dah tak mampu lagi.. ku gagahi jugak, tapi tak berdaya.. akhirnya aku merangkak (crawl).. merangkak dan terus merangkak

"Ya.. Allah!! selamatkanlah daku.. ujian apakah yg sedang ku lalui ini.. tunjukkanlah daku jalan pulang.."

"Aku merayu padaMu Wahai Tuhanku.. Tolonglah aku.. tolonglah.."

"Tolonggggggg".."Tolonngggggg".. "Tolonngggggg"..

"Tolonngggggg".."Tolonngggggg"..

"Tolonngggggg"

"ehh..!! Yus.. Yus.. Bangun Yus.. Bangun..!! Solat Subuh.. Apa Kau meracau pagi-pagi ni.. ish..ishh", ..suara mak mengejutkan aku di pagi hari, lantas aku tersedar dari lamunan..

"itulah kau.. tidur tak basuh kaki.. gigi tak gosok.. kan dah mengigau..!!", bebelan mak terus hinggap kat telingaku..

rupa-rupanya aku bermimpi la tadi.. mengigau (nightmare) ..kahh kahh kahhh (ingatkan betul.. cehh.. buat saspen jer.. hehehe!!)

tapi.. persoalan yg menghantui ku.. siapakah sharifah dan pakcik tua tu..? adakah mereka itu yg digelar orang Bunian..?

apa benarkah aku bermimpi tadi..!! atau.. aku sebenarnya telah dibawa mengembara ke satu alam lain..!! jadi.. renung-renungkanlah..

(moral of the story : terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata membawa padah)

ok.. the diskografie..



1988 - sumpitan senja

















1989 - tolak campur kali bahagi










1990 - kata kata kata















1991 - ketam ketam batu (Nobat - band serpihan dari Desire)












2007 - puteri saadong





info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, affandkoto, rahmat