Music Player

Showing posts with label Olan. Show all posts
Showing posts with label Olan. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

Discography Olan

Ralat : Di penghujung Ramadhan yang akan berakhir kurang dari 30 minit sahaja lagi, kemudian disusuli pula dengan ketibaan Syawal sebagai pengganti.. maka dengan ini Yusrina ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua geng blogger dan juga kepada semua para pembaca blog ini (termasuk jugak silence viewer).. Dan Maaf Dzahir Batin (Minaal wal faaidzin).. Wallahu'alaam..


Olan merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu mereka dalam bahasa melayu.

Dan lagu Cinta Bandar Tasik Selatan terbitan tahun 1991, telah banyak membantu dalam melonjakkan nama band Olan ke persada muzik rock tempatan suatu waktu dahulu.

Selepas itu, kumpulan ini turut menghasilkan album kompilasi pada tahun 1992 yang berjudul 'Perjuangan Metal Rock', terbitan label NSR muzik.

Album kompilasi ini telah menampilkan kesemuanya 6 buah Band yang terdiri dari kumpulan Dinamik, Olan, Aces, Victim, Gravity dan Justice.

Selain itu, Olan juga turut popular dengan lagu Suratan Berbeza (dari Album Hitam Manisan) dan juga lagu Hiasan (dari Album Hiasan).

Anggota Band Olan terdiri dari :-

Dwan - Vokal
Oslan - Gitar
Azul - Gitar
Nasir - Bass
Halim - Drum

Band ini hanya sempat menghasilkan sebanyak 3 buah album penuh (LP) sahaja, sepanjang karier mereka, iaitu :-

Cinta Bandar Tasik Selatan - (1991)
Hiasan - (1993)
Hitam Manisan - (1995)

Manakala 3 lagi album adalah merupakan album kompilasi iaitu :-

Perjuangan Metal Rock - (1992)
The Greatest Hits Fotograf & Olan - (2002)
Memori Hit Lagenda Rock - (2008)

Antara pencapaian terbaik Olan sepanjang penglibatan mereka adalah :-

01) Juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Cinta Bandar Tasik Selatan (1991)

02) Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Cinta Bandar Tasik Selatan (1991)

Kini kumpulan Olan sudah pun berpecah dan kesemua ahlinya telah membawa haluan hidup masing-masing. Cuma yang tinggal, hanyalah kenangan melalui lagu-lagu malar segar mereka yang pernah menghiasi corong-corong radio di Malaysia suatu ketika dahulu.

Khabarnya hanya vokalis mereka sahaja iaitu saudara Dwan, yang masih lagi bergerak aktif secara solo, dalam mengadakan show dan persembahan, mini konsert ataupun sebarang function mahupun pesta keramaian di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Syabas Olan, jasa mu akan tetap kami kenang, umpama 'Bandar Tasik Selatan' yang pernah mencerminkan kehidupan, kepada ramai insan yang lahir dari generasi X seperti kami..

Sekalung tahniah buat Olan..

Sekian..

Jom layan discography diorang.. zoom :-



1991 - Cinta Bandar Tasik Selatan























1993 - Hiasan















1995 - Hitam Manisan














info cover - credit to mastercomp, akubudakpenang, berteromber, mat4nira