Music Player

Showing posts with label Metallica. Show all posts
Showing posts with label Metallica. Show all posts

Saturday, November 19, 2016

Updated Metallica


Hardwired... to Self-Destruct adalah merupakan album studio ke-10 Kumpulan Metallica yang berasal dari US. Ia telah diterbitkan dalam format album berkembar (2 disc) pada tarikh 18 November 2016 oleh labels Blackened Recordings. Disc A mengandungi 6 track lagu, begitu juga dengan Disc B (6 track lagu). Jadi kesemuanya ada 12 track lagu keseluruhannya. (Yang hairannya kenapa tak dijadikan satu disc sahaja, lagipun bukannya banyak pun lagu, 12 track jer, mungkin strategi pemasaran kot.. hihih)

Album ini juga diakui sebagai album studio pertama Metallica, dalam tempoh 8 tahun sejak dari kemunculan album ke-9 mereka iaitu, Death Magnetic (2008). Jarak, jurang & tempoh yang paling lama antara dua studio album Metallica dalam sejarah kerjaya kumpulan ini, yang telah pun bermula sejak dari awal tahun 80an lagi.

Ia juga menjadi album studio pertama Metallica yang langsung tidak mempunyai sebarang sumbangan ciptaan lagu dari Kirk Hammett (gitaris), sejak beliau menyertai band ini pada tahun 1983.

Apa-apa pun bagi pendapat aku, secara jujurnya album ini tidaklah sehebat manapun (sewaktu rangka promosi yang diadakan sebelum ini, James Hetfield (frontman Metallica) ada menyatakan bahawa album ini bakal menyaingi akan kehebatan album 'And Justice For All'). Tapi hampehh, cakap diorang tak serupa bikin (sedikit mengecewakan - dan jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan album 'And Justice For All' tu).

Langsung takde lagu ballads seperti 'One' ataupun 'The Unforgiven'. Inilah kelemahan pada album baru diorang ni. Cuma lagu yang boleh mengangkat martabat mereka kembali, mungkin pada track yang ke 6, Disc A (Halo On Fire). Lagu ini mengingatkan aku pada lagu 'The Memory Remains' (album ReLoad).

Melalui lagu ManUNkind (petikan dari track ke-2 Disc B), kedengaran intro bass yang cukup harmonic, satu usaha yang boleh dipuji kepada bassist Metallica (Robert Trujillo). Tetapi belum dapat mengalahkan bassist Cliff Burton lagi, hihih.

Begitu juga dengan lagu 'Here Comes Revenge' (track 3 - Disc B). Lagu ini hampir saja menandingi akan kehebatan lagu 'Sad But True' (album Black). Mungkin lagu ini sesuai untuk dimainkan selaku lagu pembuka tirai di konsert-konsert Metallica yang akan datang (dah tentu ini adalah sebuah lagu yang boleh menaikkan semangat para rockers untuk headbangin').

Sementara lagu di track ke-5, Disc B (Murder One), mempunyai intro yang menarik. Sekali dengar semacam lagu 'One', tapi persamaan itu hanya part di bahagian intronya sahaja. Sesudah itu dah meleret dan melalut pulak bunyinya.

Dan satu lagu terakhir di track 6, Disc B (Spit Out The Bone), pada firasat aku telah mengembalikan Metallica ke zaman permulaan mereka, seperti album 'Kill 'Em All'. Dengarkan sahaja kombinasi petikan gitar yang hebat dari James Hetfield dan Kirk Hammet, ditambah pula dengan paluan drum yang bertalu-talu dari Lars Ulrich, persisnya ada gaya seperti lagu 'The Four Horsemen'. Aku paling suka pada lagu ini.

Lain-lain lagu takde banyak pun perubahan yang ketara, biasa-biasa sahaja kedengaran dan muzik mereka seperti lebih terarah kepada irama album Load dan ReLoad. Berkenaan dengan 3 lagu singles yang sebelum ini sudah pun diketahui umum (Hardwired, Atlas Rise & Moth Into Flame), aku tidak berminat untuk buat sebarang ulasan (jadi tepuk dada tanyalah telinga anda.. hihih).

Walaubagaimanapun credit harus juga diberikan kepada Metallica, kerana telah keluar dari kepompong zaman St.Anger & Death Magnetic (album Hardwired... to Self-Destruct ini bolehlah dikategorikan sebagai hampir menyaingi album 'Metallica Black' sahaja - tapi album Black lagi best.. hahahah).

Kalau ikutkan pemarkahan tentang berapa bintang yang boleh diberikan.. Aku cuma boleh bagi 7/10 sahaja pada album ke-10 diorang ini.. haahaah ! jangan marah peminat Metallica semua.

Berikut markah penilaian Yusrina bagi album Metallica :-

Kill 'Em All (1983)                             - 9/10
Ride the Lightning (1984)                - 10/10
Master of Puppets (1986)                - 10/10
...And Justice for All (1988)              - 10/10
Metallica (1991)                                - 8/10
Load (1996)                                       - 5/10
Reload (1997)                                    - 6/10
St. Anger (2003)                                - 4/10
Death Magnetic (2008)                      - 4/10
Hardwired... to Self-Destruct (2016)  - 7/10

OK.. Sekarang mari kita layan cover-cover album terbaru Metallica ini, jom..



2016 - Hardwired... To Self-Destruct