Music Player

Tuesday, August 2, 2016

Discography Yngwie Malmsteen


Yngwie Malmsteen lahir pada tarikh 30 Jun 1963 di Stockholm Sweden. Nama asal beliau adalah Lars Johan Yngve Lannerbäck. 

Semasa kecil lagi beliau sudah didedahkan dengan lagu-lagu klasikal, hasil gubahan Johann Sebastian Bach, Beethoven & Niccolò Paginini yang selalu diputarkan melalui piring hitam oleh ibubapanya. 

Apabila berumur 10 tahun iaitu dalam tahun 1973 beliau menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang diberi nama "Track On Earth", bersama rakan-rakan sekolah setelah terpengaruh dengan muzik hard rock dari Jimi Hendrix, Deep Purple dan Led Zeppelin. 

Apabila meningkat dewasa, Yngwie sudah mahir bermain instrumen gitar dan berhasrat untuk berhijrah ke USA. 

Di akhir tahun 1970an Yngwie mungkin telah mendengar lagu-lagu instrumental petikan gitar ala timur tengah, Latin dan Mediterranean iaitu melalui Al Di Meola pemain gitar dari Amerika yang menjadi inspirasi kepadanya untuk bermain skala harmonic minor & Phrygian ditambah pula dengan muzik klasikal Johann Sebastian Bach & lain-lain. 

Semasa di Amerika, Yngwie mula bermain dengan band Steeler dan sempat meriliskan sebuah album dengan menggunakan tajuk yang sama 'Steeler'. 


Kemudiannya beliau menyertai kumpulan Alcatrazz sesudah itu dan turut berjaya menghasilkan sebuah album yang diberi judul ''No Parole From Rock 'N Roll''. 


Stail serta gaya petikan gitar Yngwie yang unik permainannya ala-ala bagaikan Niccolò Paganini seorang penggesek biola di abad ke 19 yang dikatakan mempunyai gesekkan “berhantu” yang begitu memukau. 

Walaupun di kala itu sudah muncul ramai pemain gitar yang bermain skala arpeggio, Phrygian & harmonic minor pada tahun 1970an seperti Ritchie Blackmore, Genesis & Van Halen, kehadiran Yngwie Malmsteen sememangnya tiba tepat pada masa kebangkitan gelombang baru Heavy Metal di awal tahun 1980an. 

Dalam sekelip mata album solo pertama beliau, 'Rising Force' terbitan tahun 1984 telah menjulang namanya sebagai pemain gitar terbaik, kerana petikan laju dan bertenaga serta unik (speed, power & unique) melalui single pertama beliau yang meletup saat itu 'Black Star'. Bahkan Malmsteen pernah dinobatkan dengan gelaran pemain gitar terbaik dunia pada tahun 1986 melalui album 'Trilogy'.


Para pemain gitar angkatan baru kemudiannya mula mahu mempelajari teknik-teknik & skala muzik klasikal kerana mahukan permainan dan kerja gitar seperti Yngwie Malmsteen. 

Malah, Joe Satriani (legendaris gitar tersohor) ada berkata bahawasanya sebelum Yngwie muncul lagi, Joe Satriani telah cuba mengajar anak muridnya akan teknik klasikal tetapi kebanyakkan pelajarnya kurang berminat. 

Hanya Kirk Hammet (gitaris Metallica) merupakan satu-satunya anak murid Joe Satriani yang mempelajari teknik petikan gitar rock & teknik klasikal dari Joe Satriani tersebut.

Di Malaysia juga, ada pemain gitar yang tertarik pada stail permainan Yngwie Malmsteen. Pattern solo petikan gitar Yngwie mula ada kedengaran dimainkan dalam rakaman lagu lagu rock melayu pada pertengahan tahun 1980an. 

Teknik bermain petikan gitar laju seperti Yngwie dikira sesuatu yang menakjubkan pada tahun 1980an sehingga banyak pemain gitar mahu bermain petikan gitar yang laju. Dan salah seorang dari gitaris Malaysia yang mempunyai gaya permainan persis Malmsteen adalah seperti Joe Burnmark's.           


Pada tahun 1987 tragedi menimpa Malmsteen apabila beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang begitu tragis, dimana telah mengakibatkan beliau koma selama seminggu.

Lebih menyedihkan lagi dimana, saat beliau masih lagi menjalani rawatan di hospital, tiba-tiba ibunya pula meninggal dunia akibat penyakit kanser. Umpama sudah jatuh lalu ditimpa tangga, begitulah nasib malang yang dialami oleh Yngwie Malmsteen, yang terus berduka dalam kesedihan.

Tetapi beliau tidak pernah patah semangat, sebaliknya pada musim panas di tahun 1988, Yngwie kembali dengan semangat baru dengan menerbitkan album ke 4, berjudul 'Odyssey'.

Tidak lama kemudiannya di tahun 1989, beliau terus aktif dengan terhasilnya album ke 5 yang berjudul 'Trial by Fire'.

Dan sehingga kini Yngwie Malmsteen telah berjaya menerbitkan sebanyak 20 Album Studio, termasuk album terbaru beliau yang kini sudah pun berada di pasaran pada 1 Jun 2016 lalu, bertajuk 'World On Fire'.

Semoga Yngwie Malmsteen akan terus aktif dan tetap sukses berkarya sehingga ke akhir hayat beliau. Dan akhir kata, tahniah kepada Yngwie Malmsteen di atas sumbangan beliau terhadap industri muzik klasikal heavy metal se dunia.

Hails to Malmsteen.

Sekarang mari kita layan foto-foto diskografi dari gitaris tersohor ini..

zoom..



1984 Rising Force









1985 Marching Out









1986 Trilogy









1988 Odyssey









1989 Trial by Fire: Live in Leningrad









1990 Eclipse









1992 Fire & Ice









1994 The Seventh Sign









1994 I Can't Wait (EP)









1995 Magnum Opus









1996 Inspiration (cover album)









1997 Facing the Animal









1998 Double Live









1998 Concerto Suite for Electric Guitar & Orchestra OP.1 - Millennium









1999 Alchemy









2000 War to End All Wars









2002 Attack!!









2002 Birth of the Sun









2002 The Genesis (Compilation)









2002 Concerto Suite for Electric Guitar & Orchestra LIVE with the New Japan Philharmonic









2005 Unleash the Fury









2008 Perpetual Flame









2009 High Impact (Compilation)









2009 Angels of Love (Instrumental)









2010 Relentless









2012 Spellbound









2016 World on Fire









20 comments:

  1. Sampai sekarang aku berangan nak jadi dia. Tapi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak menjadi kann..? haah haah haah
      biar apa pun yang terjadi,
      tetap tak akan menjadi,
      kerana yang bakal terjadi,
      tak mungkin akan menjadi,.... hehehehe

      tapi tapi tapi tapi jer la shafid.. gitu gitu huhuhuhuh

      Delete
  2. siapa tak kenal dia ni, org kg aku dulu pun siap ada nama dia ni, sbb main gitar hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu d'arsil.. malmsteen memang legend..
      kalau kat malaysia ni.. gitaris yang boleh pergi ke tahap legend - man kidal.. anda setuju dgn saya..?

      Delete
  3. idola gitar aku...

    There is only one Yngwie Malmsteen...yang lain semuanya copy cat...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idola gitar yusrina jugak.. hehe

      none can match the greatness of this famous guitarist.. yang lain tu kirim salam jer lah.. huhuh.. gitu la alkisahnya

      Delete
  4. Sekarang dia dah gemok, jari dah montok… tapi ligat sama macam dulu… :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gemuk gemuk berisi takpe uncle, main gitar tahap legend jimi hendrix beliau ni.. jangan jadi gemuk masuk air sudah laa.. hih hih

      Delete
  5. Mase zaman 80an tu org tk brape minat nk layan gitar bunyi clasical ni..tp yngwie dh berjaya menarik minat org dgn petikan gitar juga dgn sound gitarnya yg tersendiri.. lepas tu bru la gitaris2 lain nk ikut2an

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar kaemm.. Malmsteen lah yang mula menjadi penanda aras bagi solo classical heavy metal ni.. Kemudian diikuti oleh ramai lagi gitaris sesudah itu.
      Solo dan gorengan maut dari malmsteen benar2 memukau..
      Boleh bikin cair lubang telinga kalian semua.. Gitulah Hebatnya beliau..

      Delete
  6. Aku suka Yngwie sebagai anggota Rising Force. Dan album2 Rising Force tetap jadi pujaan aku.
    First time Rising Force main kat Singapore, sangat heaven, beribu2 mat rock melayu nyanyi I am a Viking ramai2

    ReplyDelete
  7. Memang betul deaf, rising force terbaik punya.. Tapi spoil la sikit, pasal vokalis sering bertukar.. Sekejap Mike vescara, pas tu Joe Lyn Turner, kemudian sape lagi ntah.. Aku pun dah ingat2 lupa.. Hehe
    Ramai sangat yg jd vocalist diorang ni.. Berserabut betoi..
    Kan malmsteen gerak solo lagi bagus.. Gitu Gitu ceritanya

    ReplyDelete
  8. Vai dah ajak Malmsteen, Nuno Bettencourt fr Extreme poojaan aku.. Zaxx Wylde join projek baru depa nama Generation Axe.. korang gerenti dah checked punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to myownmind atas kesudian anda utk komen di blog yusrina ni..

      Delete
  9. 1st time tahu nama band Malmsteen. Info rare dan menarik. Thorbaik bro Yus. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. memang beliau dulu ni, sebelum menyolo pernah ada band gitu.. tapi band yg beliau tubuh tu, tak berapa nak menjadi.. tak tahu kenapa pulak yer..!! takde rezeki kot.. kesian jugak kann..!!

      Delete
    2. Legend kan dia niey. hihi. Yezzzaa bro Yus. :D

      Delete
    3. dah sememangnya legend beliau nie.. huhuh

      Delete