Music Player

Monday, August 8, 2016

Discography Sweet Charity


Sweet Charity merupakan perintis / pelopor kepada irama rock di Singapura dan Malaysia pada era 80an dan 90an.

Kumpulan yang berasal dari Tanah Seberang, Singapura ini mula ditubuhkan pada tahun 1967 dan pada masa itu, telah dianggotai oleh Ramli Sarip (Vokal), Joe Salim (Gitar), Wan Ahmad (Gitar ke-2), Wahid Warren (Bass), Rahman Sarbani (Dram) & Masrom (Keybod).

Kumpulan mereka jugalah yang telah meletakkan muzik rock di landasan yang sebenar, sehingga band ini telah dilabel sebagai Deep Purple dan juga Santana Singapura.

Lagu-lagu malar segar mereka, seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah dan Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru mula menapak ketika itu.

Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow dekat Fun Fair di seluruh Singapura dalam tahun 70an dan 80an yang lalu.

Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded, May, Wings dan yang seangkatan dengannya, menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair.


Line Up Sweet Charity adalah seperti berikut :-

VOKAL :
Ramli Sarip (turut bermain gitar sewaktu 'live')

GITAR :
Joe Salim (anggota asal sebelum merakamkan album)

GITAR :
A. Ali (kemudiannya telah menyertai kumpulan pop Kembara & Pelangi)

GITAR :
Rosli Mohalim (gitar utama)

GITAR :
Wan Ahmad (anggota asal selaku pemain gitar ke-2)

BASS :
Wahid Warren (anggota asal sebelum merakamkan album)

BASS :
Rosli Mohalim (menggantikan Wahid Warren seketika sebagai pemain bass)

BASS :
Syed Hassan Syed Abdullah (pernah menyertai kumpulan The Unwanted)

DRAM :
Rahman Sarbani

KEYBOD :
Masrom (anggota asal sebelum merakamkan album)

KEYBOD :
Ahmad M. Jaffar

Mula menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi nafas baru bersama suntikan irama lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.

Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada tahun 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.

Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada ajaran agama Islam.

Pernah terjadi di satu show di Ipoh, seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak pelayan menghantarkan 'minuman keras' sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu, kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang khusyuk melakukan solat secara berjemaah sebelum konsert bermula.


Sweet Charity mula merakamkan album pertama pada tahun 1979 yang berjudul Sweet Charity. Ini diikuti oleh album kedua berjudul Pelarian pada tahun 1980.

Album ketiga Sweet Charity berjudul Sejuta Wajah diterbitkan pada tahun 1981 merupakan titik tolak kejayaan kumpulan Sweet Charity di persada muzik Singapura dan Malaysia.

Lagu-lagu seperti Jangan Tunggu Lama-Lama & Sejuta Wajah meletup sehingga menjadi siulan ramai.

Pada tahun 1982, album Penunggu diterbitkan, kemudian diikuti oleh album Batu pada tahun 1983.

Pada tahun berikutnya pula iaitu dalam pertengahan 1984, sebuah album koleksi yang berjudul 'Sweet Charity Koleksi' telah diterbitkan. Album koleksi ini agak istimewa kerana turut menampilkan 3 lagu Hits terbaru, iaitu Ribut 10:59 Pagi, Apa-Apa Saja & Ikrarku Pada Ruzanna.

Manakala Album Berita Gempa yang diterbitkan pada tahun 1985, merupakan album terakhir Sweet Charity.

Album Berita Gempa menampilkan irama yang agak 'heavy' menerusi lagu-lagu rancak, seperti Dendang Remaja & Berita Gempa yang berentak 'hard rock'.


Tahun 1985 juga menyaksikan, kumpulan Sweet Charity menongkah arus dengan terjun ke dunia lakonan. Mereka membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem berjudul 'Kembara Seniman Jalanan' arahan sutradara Nasir Jani.

Pada tahun yang sama juga, Ramli Sarip telah berpisah dengan kumpulan Sweet Charity dan menukar haluan menjadi penyanyi solo.

Beliau lalu menyiapkan album solonya yang pertama berjudul 'Ramli Sarip', yang cukup popular dengan lagu Panah Beracun pada penghujung tahun 1985.

Sepeninggalan Ramli Sarip sesudah itu, kumpulan Sweet Charity terumbang ambing tanpa nakhoda, sebelum kumpulan ini dibubarkan secara rasminya pada tahun 1986.

Mereka kemudiannya menyepi seketika selama hampir 2 tahun.

Dan pada tahun 1988 Sweet Charity melakukan comeback, kali ini mereka membuat penampilan semula dengan muka-muka baru yang di ketuai oleh gitaris utama, Rosli Mohalim bersama dengan 3 anggota, termasuk seorang penyanyi baru wanita bernama Zaitun.

Album yang berjudul Sweet Charity 88 ini, menampilkan lagu popular seperti 'Cinta & Cipta' dan juga 'Kedamaian'.

Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996, bekas ahli-ahli kumpulan ini beserta Ramli Sarip telah melakukan 'reunion' dan bersama semula atas nama asal 'Sweet Charity'.

Dan kemuncaknya, sewaktu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (Konsert reunion Sejuta Wajah), mereka berani tampil dengan irama rock sejati, tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan, sebagai contoh mereka menyampaikan lagu-lagu Hits, seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Lama-Lama & Zakiah.

Konsert tersebut turut diterbitkan dalam bentuk album yang juga berjudul 'Konsert Sejuta Wajah'.

Sweet Charity sekali lagi bergabung pada tahun 2011 menerusi Konsert 2 Raksaksa bersama Kumpulan Blues Gang di Stadium Merdeka. Konsert tersebut berjaya menarik ribuan para peminat berkumpul pada malam yang penuh gemilang itu.

Syabas dan tahniah kepada kumpulan Sweet Charity dan juga Ramli Sarip, yang telah berjaya mengembalikan semula era kegemilangan mereka suatu waktu dahulu.

Sekian, sampai jumpa lagi di lain siaran.

Sebelum itu mari kita soroti diskografi kumpulan Sweet Charity..

Jom terjah.. huh huh!!



Sweet Charity (1979)























Pelarian (1980)























Sejuta Wajah (1981)























Penunggu (1982)























Batu (1983)























Sweet Charity Koleksi (1984)























Berita Gempa (1985)























Sweet Charity '88 (1988)






















(Info Cover : Credit to MasterComp, Mat4Nira, Berteromber, AkuBudakPenang)

20 comments:

  1. uncle adalah 3 kali gi koncert sweet ni…
    \m/

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyoo!! uncle memang terbaik la.. sampai 3 kali tuhh..
      Yusrina sekali pun belum pernah lagi.. heheheheh

      Delete
  2. Replies
    1. thank you very much kepada saudara jamil hashim, atas kesudian anda singgah dan menjadi followers yang ke 21.. syabas bro and keep in touch

      Delete
  3. Replies
    1. memang terbaik la bro d'arsil.. mana kan tidak, seminggu lamanya masa yang gua ambil untuk bersengkang mata (melakukan research dan juga mencari sumber), bagi melengkapkan discography sweet charity nie.. huhhh penat bro.. tapi berbaloi.. rasa puas sangat bila berjaya menyudahkan assignment sebegini.. huhuhh

      Delete
  4. Replies
    1. thank you very much & thank you so much buat Reen.. hihh hihh

      Delete
  5. kenangan zaman kanak2 ni...

    tabik la ko buat ni semua...senang esok lusa generasi baru nak refer...cari jer blog ni...terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih berteromber.. tanpa bert siapa la yusrina di sini.. actually saya senantiasa mengikuti blog bert sejak dari tahun 2010 lagi sebagai pembaca senyap (silent reader).. kemudian saya mula tertarik dengan gaya dan bahasa penulisan saudara bert.. dan setelah itulah, maka saya mengambil keputusan untuk mewujudkan blog ini, setelah menimba pelbagai ilmu yang diperolehi dari blog saudara bert.. sehinggakan saya telah menganggap saudara bert selaku sifu atau pun sebagai mentor, juga idola saya.. thank you so much kpd bro berteromber yg telah membangkitkan saya dari tidur (kalau dahulu selaku silent reader dan sekarang as a blogger).. tabik dan salute sekali lagi buat otai sifu saya.. saudara berteromber.. clap, clap, clap.. berikan tepukan yang paling gemuruh buat beliau.. heee hee.. TQ Sifu

      Delete
  6. Tak tahu cammana nak start borak kalau band ni. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. camni jer la deaf...

      Sweet
      Weet
      Eet
      Et
      T
      Charity
      Harity
      Arity
      Rity
      Ity
      Ty
      Y

      Delete
  7. wowwww... ni legenda rock Malaysia/Singapura. Mmg perintis dan pelopor muzik rock di Malaysia/Singapura. Papa Rock Ramli Sarip dan Sweet Charity. #livinglegend

    ReplyDelete
    Replies
    1. the living legend yang masih kekal bertakhta di hati ku jua dan di hati mu jua.. gitu

      Delete
    2. Yezzzaa bro Yus. Gitewww uolllss. :D

      Delete
    3. gitu-gitulah.. bak kata Apek Senario.. hehe

      Delete
  8. Aku tk berapa didedahkan dgn lagu2 dari sweet charity ni masa zaman kanak2.. tp layan jgk bila dh besor.. apapun ni adalah bapak rock nusantara..tabikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet charity adalah pencetus ummah bagi kategori rock n' roll gitu.. hihh hihh

      lebih kurang macam PU Rock laa.. haah haah

      Delete
  9. kpd peminat2 sweet charity, bila banjir besar kita ingat Allah. sesekali tringat jua lagu MUSIBAH. bila dgr ada brlaku gempa bumi kita ingat Allah, dan adakalanye teringat jgk lagu BERITA GEMPA. time ribut kita segera ingat ALLAH, tapi terdgr2 jgk di telinga lagu RIBUT 10:59 PAGI. dtg pelarian rohingya tringat lagu PELARIAN. skrg ni bln puasa teringin jgk nak dgr lagu RAMADHAN. zaman moden ni JALAN MALAM pegi surau dah xtakut lagi dg PENUNGGU. dan lps ni x lama lagi boleh pulak pasang SERI HARI RAYA wpon agak TERHARU utk BERTEMU DAN BERPISAH dg ramadhan meskipon DATANG DAN PERGI setiap tahun. lepas raya nnt org pegi makkah dgr pulak lagu HAJI. sedikit pesanan, lagu, lagu jgk tp istighfar, zikir dan quran jgn lupa. MENGAPA SANGSI dg ARAHAN dari Allah. andai kita lupa LAHIRMU BUKAN UTK DUNIA, kelak kita akan mnyanyi sndiri lagu NADA PENYESALAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas sindiran halus dari bro ni...anyway thanx sudi singgah

      Delete