Music Player

Thursday, June 30, 2016

Discography Nirvana


Nirvana ialah sebuah kugiran grunge dari Seattle, Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Mula lahir dari Bandar Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat, kemudian akhirnya mereka mendapatkan kejayaan di Kota Seattle, Amerika Syarikat, yang terkenal dengan aliran muzik grunge, atau lebih popular dengan gelaran Seattle Sound.

Band ini mempunyai ramai pengikut atau peminat setia di serata dunia, terutama dalam komuniti muzik underground.


Sepanjang karier muzik Nirvana, mereka telah mengeluarkan secara rasminya tiga album studio, iaitu Bleach pada 1989, Nevermind pada 1991 dan akhir sekali In Utero pada 1993.

Nirvana mula digemari, dan dikenali ke pelusuk dunia sejak diterbitkan album mereka yang berjudul Nevermind, dengan single yang dipertaruhkankan iaitu Smells Like Teen Spirit.

Single ini telah membuat mereka mendapatkan trofi The Best Alternative / Rock Band dan berjaya menduduki tangga pertama di Carta Billboard Amerika.

Nirvana terdiri dari Krist Novoselic (bass), Kurt Cobain (vokal & gitar) dan Dave Grohl (drum). Band ini dibubarkan setelah Kurt Cobain membunuh diri, akibat terlebih dos sesudah menagih kokain di kediamannya pada tahun 1994.

Kumpulan ini dibentuk di Washington, Amerika Syarikat, pada 1987. Semua lagu - lagu Nirvana dihasilkankan oleh vokalis mereka, Kurt Cobain dan pemain bass, Krist Novoselic, beserta pemain drum, Dave Grohl.

Kumpulan ini telah mengedarkan album pertama mereka dalam tahun 1989 di bawah naungan sebuah label indie.

Tahun 1991, Nirvana menandatangani kontrak dengan major label DGC dan meriliskan album kedua mereka Nevermind. DGC hanya menjangkakan sasaran menjual album itu sekurang-kurangnya 250 ribu unit sahaja.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kejayaan Smells Like Teen Spirit menaikkan angka jualan hingga mencecah ke 400 ribu unit hanya dalam masa 1 minggu.

Bagi mengulangi kejayaan album Nevermind, maka album ketiga bertajuk in utero pun dikeluarkan 2 tahun kemudiannya. Malangnya hasil jualan album baru ini, tak secemerlang berbanding album yang pertama dan kedua.

8 April 1994 adalah tarikh terakhir dari sejarah Nirvana, di kala pengasas mereka Kurt Cobain ditemui mati mengejut di rumahnya di Seattle Washington. Beberapa album kompilasi mereka masih sempat dikeluarkan beberapa tahun kemudiannya.

Dianggarkan Nirvana telah berjaya menjual sekurang-kurangnya 50 juta unit album mereka di seluruh dunia.

Syabas Nirvana.. walaupun Kurt Cobain telah pun tiada, tetapi aura kehebatan beliau masih tetap wujud sehingga kini.

Betul la bak kata pepatah.. 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'..

Dan Kurt Cobain telah pun membuktikan akan kebenaran pepatah tersebut.

(R.I.P - Kurt Cobain 1967-1994)

Sekian.

Jom layan discography Nirvana.. zoom



1989 - Blew (EP)


















1989 - Bleach























1991 - Hormoaning (EP)















1991 - Nevermind























1992 - incesticide (compilation)















1993 - In Utero























1994 - MTV unplugged in new york (live)















1995 - singles (compilation)




























1996 - from the muddy banks of the wishkah (live)














14 comments:

  1. Replies
    1. Absolutely yes.. Shafid.
      Pd awalnya Kurt Cobain ni terlampau ketagihan tahap gaban, disebabkan dadah.
      Mungkin krn beliau tak mampu nk kawal lagi, itu yg jd Hilang akal, and then ambil pistol tembak kepala.
      Gitulah synopsis nya lebih kurang shafid.. Huhu

      Delete
  2. Kata ustaz auni dia di tembakk..mmmmentahlaa....sbb peluru x sama dgn dlm.pistol...try lyn ustaz auni kat you tube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Jadi benar jugak fakta tu jaini.. Mungkin Kurt Cobain bunuh diri, ataupun mungkin juga Kurt Cobain kena bunuh..? Segalanya mungkin belaka.. Hanya Allah yang lebih mengetahui..

      Delete
  3. tak minat sangat...tapi ada juga hampir semua albumnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba gak beli dulu album nevermind tu...langsung tak boleh masuk...

      Delete
    2. Aikk!! pelik juga dgn statements dari berteromber ni..
      Tak minat katanya, Tapi Album nirvana banyak simpan kat rumah.. Huh huh
      Itu tandanya, bro Bert pun minat jugak tu, cuma dia segan nak mengaku la tu.. Kih kih.. Agak nya la kan!!
      Habis tu, Kalau tak berkenan, Kenapa nak bersusah payah kumpul Album nirvana kan..
      Apa sajalah Bert..

      Delete
    3. Badrol ni pun pelik jugak.. Album nevermind la yang paling mainstream gitu.. Worldwide box office gitu..
      Antara the Best album so far, yg pernah terhasil di Muka bumi ini.. Hehe
      Bagi gua la, nirvana memang Legend yg tiada tolok bandingnya gitu.. Huhu

      Delete
    4. haha...mungkin ko boleh paham kalau ko baca balik entri2 aku pasal Nirvana...

      Delete
    5. Yer ke Bert.. OK set.
      Nanti ada masa, gua singgah kat entry nirvana, Di blog bro pulak.. Wokay
      Anyway.. Salam aidilfitri buat berteromber sekeluarga.. Dan Maaf zahir batin gitu.. Hehe

      Delete
  4. NIRVANA ok la, first time aku dengar nama band ni dulu waktu kat sekolah, dalam kelas. Kawan aku tanya lagi satu kawan pasal ni band.
    Pasal tu jam Nirvana datang Singapore, tapi tak main, just singgah so yang tahu cuma budak muzik Alternative.
    then tiba2 band ni jadi fenomena world wide.
    so aku respect budak2 alternative yang way in advance tahu pasal ni band before semua orang lain
    alrite la lagu2 bi band, tak semua la, sikit2 tu memang gerek giler
    aku beli single lithium, hanya kerana aku nak liriks semua lagu Nevermindd, printed kat belakang single Lithium nye kertas cover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nirvana memang Power Gila la deaf.. Gerek sih gitu.. Hihi
      Ketiga tiga LP full length diorang ni, gua dah kasi hadam.. Masih belum jemu mendengar nya.. Selalu bawak Walkman Sony, time dengar album nirvana ni..
      Baik di stesen KTM, atau di shopping complex, atau pun di tandas awam.. Semua gua redah layan nirvana gitu.. Huhuh

      Delete
  5. Tak berapa minat sangat grunge/alternative nie..tapi boleh layan juga Nirvana nie dan juga lagu2 top kumpulan2 lain..dulu2 pernah beli kaset Stone Temple Pilots - Core 1992, tapi tak boleh masuk..

    kalau local band, tentulah Butterfingers yg bunyi mirip seperti Nirvana nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nirvana memang la best bro.. dah jadi ikon worlwide gitu.
      Kalau Butterfingers tu... ermm kira boleh laa.. hehe

      Delete