Music Player

Saturday, June 25, 2016

Discography Fotograf


Kumpulan Fotograf merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Ditubuhkan pada 1987, kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Mega, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan.

Fotograf menghasilkan album pertama mereka berjudul Iramanya Menggetar pada tahun 1989. Kejayaan album itu membuka peluang kepada mereka untuk menghasilkan lima lagi album penuh iaitu 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Di Alam Fana Cinta, Ke Pintu Kasihmu, Luka Seribu Rindu dan Janji Kasih.

Anggota asal Fotograf terdiri dari :-

1) Shamrin (Vokalis) - meninggal dunia pada 2010
2) Ringgo (Drum) - anggota asal yang kekal
3) Amran (Bass) - sehingga album kedua sahaja
4) Shahrul (Gitar) - sehingga album ketiga sahaja
5) Said (Bass) - bermula album ketiga
6) Almi (Gitar) - bermula album ketiga

Gitaris, Almi telah menyertai Fotograf untuk album ketiga menjadikan anggota mereka berjumlah lima orang. Namun pada tahun 1993, krisis dalaman berlaku menyebabkan Shahrul, Said dan Almi meninggalkan Fotograf.

Kemudian hanya dengan dua anggota asalnya Shamrin dan Ringgo, mereka meneruskan usaha kumpulan Fotograf selanjutnya.

Bermula tahun 1994 hingga 1997, penerbitan album-album Fotograf dibantu oleh tiga pemuzik undangan. Mereka ialah Opie selaku pemain gitar, Rawita sebagai pemain bass dan Eddie di posisi keyboard.

Opie dan Rawita merupakan bekas anggota kumpulan Bloodshed manakala Eddie merupakan bekas anggota kumpulan Ekamatra yang kemudiannya menyertai kumpulan Slam.

Pemain drum Fotograf, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela pada 25 November 2007 atas dakwaan menyeludup dadah jenis kokain seberat 4.6 kilogram dari Caracas ke Madrid, Sepanyol.

Sewaktu ditahan, Ringgo yang juga seorang pelukis dan komposer lagu mahu berlepas pulang ke Malaysia. Beliau bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram.

Ekoran itu, Ringgo yang ketika itu berusia 42 tahun ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan. Venezuela tidak melaksanakan hukuman mati untuk pengedar dadah tetapi jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Bagaimanapun pada tahun 2011 akhbar Harian Metro telah melaporkan bahawa Ringgo kini sudah tidak lagi ditahan di penjara kerana selepas perbicaraan, pihak berkuasa Venezuela mendapati ada unsur-unsur penganiayaan terhadapnya.

Berikutan itu mereka memutuskan Ringgo dikenakan parol selama dua tahun di mana beliau perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa di sana sekali dalam sebulan.

Vokalis Fotograf, Shamrin meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 6 petang 11 November 2010 di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Allahyarham yang ketika itu berusia 45 tahun rebah ketika bermain bola sepak pada perlawanan persahabatan antara artis dan sebuah syarikat insurans di Padang Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru pada kira-kira pukul 5.30 petang hari tersebut.

Allahyarham Shamrin meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung serta tiga orang anak (termasuk seorang anak dari perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri). Balu Allahyarham melahirkan anak bongsu mereka kira-kira tiga minggu selepas pemergiannya.

Nama Fotograf terus berkubur lantaran ketiadaan kedua-dua anggota asalnya (Shamrin & Ringgo) yang tidak pernah pun meninggalkan kumpulan ini.

Walaupun band Fotograf telah pun tiada kini, tetapi memori yang ditinggalkan oleh mereka akan terus dikenang. Jasa Shamrin bersama kumpulan Fotograf akan segar subur dalam ingatan remaja-remaja yang pernah membesar di zaman kegemilangan era rock kapak suatu masa dahulu.

Tiada lagi Shamrin.. dan tiada lagi Fotograf.. tetapi iramanya akan terus menggetar..

Sekian, wassalam..

Jom kita layan discography band ini.. zoom..



1989 - Iramanya Menggetar














1990 - 730 Psikosis














1992 - Fotograf '92












1994 - Fantasi













1995 - Fokus














1997 - Juara Mimpi










2002 - Shamrin (Album Solo)







info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, shahmyra, cromirama

22 comments:

  1. I cukup suka lagu di alam fana cintamu dan luka 1000 rindu. Mmg mengimbau zaman kanak2x time 90 an. Awal 90 an fotograf mmg peymes bangat. Vokal arwah shamrin mmg best dan unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu leo pluto.. tapi gua paling suka lagu di album pertama diorang.. jangan kau ucap selamat tinggal.. fuhh!! meleleh telinga bila dengar vokal shamrin masa tu.. husky voice gitu.. huhuh

      Delete
  2. ni antara band yg aku minat.. aku suka vokal shamrin.. di alam fana cinta.. ke pintu kasihmu.. jangan kau ucap selamat tinggal.. dewi sanubari.. memori punya lagu..

    ReplyDelete
  3. ye kaemm.. tapi sayang kan arwah shamrin pergi terlalu awal meninggalkan kita semua.. hilang tanpa pengganti.. bersama terkuburnya band Fotograf buat selamanya..

    apa cerita ringgo sekarang nie.. kaemm tahu tak..?
    atau ada kawan2 lain yang tahu kisah terbaru ringgo..?

    ReplyDelete
  4. Dengar gitu2 ajer terutama 1st album...popular juga lagu jangan kau ucap selamat tinggal dulu2 tu...album yang selepas dari tu tak tau sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Bert.. Gua ari tu pun layan debut Album jugak.. Pas pada tu, beralih arah pada Metallica, slow slow kemudian nya tinggalkan Rock kapak gitu.. Huhu

      Delete
  5. suka lagu jgn kau ucap selamat tinggal tu..

    ReplyDelete
  6. Tapi Sedih la jugak kan.. Pasal ramadhan dah nak Abis..
    Akan BerLalu pergi meninggal kan kita semua..
    Kalau boleh "TAK NAK UCAP SELAMAT TINGGAL" pada bulan ramadhan yang amat mulia lagi berharga ni.. Gitu

    ReplyDelete
  7. First skali al-fatehah buat arwah shamrin yg pergi tak kembali lagi.....smoga di tempat kan bersama org2 yg beramal soleh....
    Alunan suara yg menusuk kalbu...lagu yg meletop Di Alam persekolahan shery dulu..jangan kau ucap selamat tinggal....di alam fana cinta.... Like 1000 rindu...masih sedap didengar hingga kini.... Thanks yusrina sudi jemput shery KT sini...much love u.....muwahhhhh...1000x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sama la Sherry.. Fotograf memang terbaik gitu..
      Bila balik kampung Raya Nanti kirim Salam kat Ayah yer..
      Dan Muaahh jugak untuk Sherry.. Awak memang sporting gitu.. Heheheh

      Delete
    2. Insyaallah yusrina salam awak nnt says smpaikn buat waled....okehhhh.....muwahhh awak dh saya simpan ikat rapat2 dlm hati....hikhikk

      Delete
    3. Ishh..terharunya Saya.. Best sangat dapat kawan macam Sherry ni.. Huhu
      Like Doraemon gitu kan awak.. Hehe

      Delete
    4. 😂 ha ha ha.. OK la Sherry, dikesempatan ini Yusrina nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya aidilfitri buat my best friend ini..
      Erk.. Dah boleh wish ke ni.. 8 hari lagi ni..
      Aah.. Boleh laa.. Hikk Hikk
      anyway, bawak kereta jgn laju laju, ingatlah org tersayang.. Gitu

      Delete
  8. Replies
    1. Ye shafid.. Dari pintu ramadhan yang hampir ke penghujungnya.. Menuju ke pintu syawal yg bakal tiba tak lama lagi..
      Itu lah perumpamaan yg paling sesuai utk ayat "dari pintu ke pintu"
      Heheheh

      Delete
  9. Thanks for latest update on Ringgo. Untuk aku la, sekali baca 4.6kg sangat luar biasa.
    kat airport Manchester tu hari, sebelum beg aku kena bukak pasal gagal xray, pegawai tu tanya aku soalan2 ini - adakah konfem ini beg kamu? siapa yang packing beg ini? Ada orang lain tolong pack? Selepas packing sampai sekarang, ada orang lain pegang beg kamu atau kamu tinggalkan beg ini dimana2 tanpa kamu jaga.

    Lepas aku jawab ni semua soalan baru dia suruh aku bukak beg.
    nota kaki- beg aku fail pasal powerbank battery charger aku brand Sony dorang sangsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peristiwa yg kau alami kat Manchester tu deaf, hampir Sama dgn apa yg dialami Oleh Ringgo sewaktu di Venezuela dulu.. Lu nasib Baik deaf, power Bank je..
      Tapi Ringgo tu kokain beb.. Huhu..
      Kesian si ringgo tu, kena Jadi kambing hitam kat airport Venezuela tu.. Luckily kat Negara diorang tu undang2 dadah tak berat.. Kalau kena kat Malaysia, tak ke mampus..
      Akta 39B mandatory.. Gantung sampai mati.. Hussh

      Delete
  10. Lagu PERTAMA RAMADHAN yang dinyanyikan oleh Allhyarham Shamrin tu dari album yang mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. album kompilasi ramadhan & syawal terbitan tahun 2000.. antara artis yg terlibat teermasuklah sifu m.nasir dan juga aris ariwatan

      Delete