Music Player

Thursday, June 9, 2016

Discography Kreator

Kreator adalah sebuah kumpulan muzik thrash metal, yang amat terkenal dari Essen, Jerman.

Nama asal band ini di awal penubuhannya adalah Tormentor.

Memulakan karier di awal 1980an lagi, genre muzik mereka banyak dipengaruhi dari band Slayer dan band Venom.

Gaya muzik mereka juga seakan-akan mirip seperti irama band Destruction dan band Sodom.

Kebiasaannya band Kreator, Destruction dan Sodom juga turut dikenali sebagai trilogy bagi band-band thrash metal yang berasal dari Jerman.

Pernah meletup sekitar tahun 1989 melalui album 'Extreme Aggression', di mana single mereka yang berjodol 'Betrayer' telah mendominasi carta 'MTV's Headbangers Ball' selama beberapa bulan di Eropah.

Ini diikuti pula dengan album 'Coma Of Souls', yang turut meraih kejayaan sama pada tahun 1990 dengan mempertaruhkan 2 single terbaik mereka iaitu 'When The Sun Burns Red' dan juga 'People Of The Lie'.

Skop irama muzik Kreator sebelum ini selalunya berada dalam lingkungan gaya muzik thrash metal tulen sejati, kecuali pada empat album berikut.. iaitu 'Renewal', 'Cause for Conflict', 'Outcast' dan 'Endorama'.

Ini disebabkan kerana dalam tahun-tahun berkenaan, bermula dari 1992 sehingga ke tahun 1999, kumpulan Kreator telah mengeksperimenkan muzik mereka ke arah elemen industrial, gothic dan avant-garde.

Mungkin mereka ingin lakukan sedikit perubahan, bersesuaian dengan arus peredaran masa, tetapi kurang menjadi.. dan mereka dikritik hebat oleh kebanyakkan para peminat.

Akhirnya dalam tahun 2001, mereka telah mengubah rentak ke arah thrash metal kembali, melalui album 'Violent Revolution'.

Dan usaha mereka agak berbaloi, memandangkan album ke-10 dari Kreator ini, telah melonjakkan semula nama band ini ke mercu kejayaan.

Sehingga kini band Kreator begitu gah dengan menerbitkan sebanyak 13 album studio, 2 album EP, 2 album Live dan 3 album kompilasi keseluruhannya setakat ini.

Berita terbaru dari sumber rasmi website Kreator, ada menyebut bahawasanya album terbaru mereka yang ke 14 bakal diterbitkan pada awal 2017 nanti.

Huh.. tak sabar rasanya nak menunggu album baru diorang nih.. hihih

line-up terkini band Kreator :-

Miland 'Mille' Petrozza    - Gitar dan Vokal
Jürgen 'Ventor' Reil          - Drum
Christian 'Speesy' Giesler - Bass
Sami Yli _ Sirniö              - Gitar

Syabas Kreator.. kami senantiasa menyokong anda.



Ralat :-

p/s : yusrina memohon maaf banyak-banyak kepada semua geng blogger dan juga para pembaca sekalian, kerana sepanjang bulan Ramadhan ini, siri-siri mari bercerita kisah silam terpaksa ditangguhkan buat seketika, memandangkan yusrina kesuntukkan masa..

faham-faham ajelah bulan puasa ni kan, waktu siangnya penat berpuasa disamping tugas seharian, dan diwaktu malamnya pula sibuk dengan amalan solat tarawikh dan lain-lain ibadat..

jadi terkejar-kejar, mana masa nak menulis blog lagi, mana masa untuk bertahajjud pada Allah lagi, mana masa untuk keluarga lagi..

jadi di kesempatan ini, yusrina harap agar pembaca semua dapat memahami situasi dan keadaan kesibukkan di masa kini..

InsyaAllah, masuk bulan Syawal nanti, yusrina akan menyambung kembali penulisan cerita kisah-kisah silam berkenaan..

walaubagaimapun, review discography artis-artis pilihan, akan diteruskan seperti biasa.. jangan bimbang yer.. huh huh huh

Sekian Terimakasih.

OK.. sekarang mari kita review diskografie Band Kreator ini..



1985 - endless pain


















1986 - flag of hate (EP)













1986 - pleasure to kill


















1987 - terrible certainty


















1988 - out of the dark.... into the light (EP)













1989 - extreme aggression


















1990 - coma of souls


















1992 - renewal


















1995 - cause for conflict


















1997 - outcast


















1999 - endorama


















2001 - violent revolution


















2006 - enemy of god



















2009 - hordes of chaos


















2012 - phantom antichrist


















2013 - dying alive (live)


















12 comments:

  1. aku ada satu ja album dorang ni dalam koleksi.. masa dtg hari tu p kl buat kali kedua pun aku plan nak turun juga, last minit konsert dorang dibatalkan sedih.. ramai yang hampa. selamat berpuasa bro yusrina

    ReplyDelete
  2. Sayangkan, dibatalkan Show diorang ni saat2 akhir.. Apa alasan yg diberikan dari pihak penganjur?
    Selamat menyambut Ramadan juga buat bro d'arsil.. TQ

    ReplyDelete
  3. Aku cari album extreme aggrestion je tak dpt2 lagi.
    Selamat bepuasa untuk bro yus jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Extreme Aggression adalah Album kreator terbaik sepanjang zaman, rugi pd sape2 yg belum beli lagi tu..
      Aku pun cuma ada CD Pirate jer, yg ori belum pernah jumpa lagi kat msia ni..
      Ingat nk gi try cari kat Amrcorp Mall, mane tahu ada rejeki.. Huhu

      Delete
    2. Extreme Aggression tu kan ada jual kat Malaysia dulu..edaran VSP

      Delete
    3. Ye Betul tu badrol, masa tu zaman kaset, ada juga beli yg ori RM12.90 label VSP, pas tu dah berkulat langsung tak leh nak play..
      Cuma CD original jer yg masih belum berpeluang lagi utk memilikki nya.. Gitu kisahnya bro.

      Delete
  4. Aku suka coma of soul...

    Btw...selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coma of souls juga adalah antara album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Band Kreator ni, dibawah tonggak utamanya, iaitu Millie Petrozza.

      anyway.. salam ramadhan teristimewa kepada bro berteromber dan juga kepada bro Rafi..
      TQ

      Delete
  5. Band ni mcm Metallica+Megadeath cmtu la pd pendengaran aku.. hehe
    Selamat berpuasa bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Metallica + Megadeth = ditahun 80an dulu kala.. Kalau tahun millennium ni, langsung tak sama, jauh gitar dari distortion gitu bezanya..
      BTW Salam Ramadan utk bro kaemm jugak..

      Delete
  6. Aku suka sangat style enemy of god nye album.
    kesinmabungan style mereka kat lagu2 macam parriach dan violent revolution dari album sebelum itu

    ReplyDelete
  7. Memang Betul tu deaf..
    Album violent revolution Dan juga album enemy of God.. Semacam ada storyline between them.. Rentak muzik sehingga ke lirik, bagaikan kisah epic yg penuh kesinambungan gitu..
    Begitulah penangan hebat dari Band kreator ni.. Memang berbaloi Kalau buat koleksi 2 Album ini..
    Kreator terbaik.. Forever and ever!!

    ReplyDelete