Music Player

Friday, February 3, 2017

Updated Kreator


'Gods of Violence' adalah merupakan album studio ke-14 yang dihasilkan oleh band thrash metal dari Negara Jerman, Kreator. Album baru Kreator ini telah menemui para peminatnya pada tanggal 27 Januari 2017 yang lalu.

Ini juga adalah album studio pertama Kreator, setelah hampir lima tahun kumpulan ini mendiamkan diri, sejak dari tahun 2012 lagi dimana ketika itu album ke-13 Phantom Antichrist diterbitkan. Dan ianya menandakan jurang yang paling lama antara 2 buah studio album dalam kerjaya muzik mereka selama ini.


Sebelum itu pula, sebuah video muzik (MTV) sebagai promosi lagu pengenalan album ini (Gods of Violence) telah diriliskan pada 18 November 2016, iaitu beberapa bulan lalu.

Album ini juga turut diterbitkan dalam sebuah edisi khas album, yang telah diedarkan bersama-sama dengan hadiah bonus berupa, Blu-ray/DVD konsert Live Kreator, sewaktu mereka mengadakan persembahan dalam acara Wacken 2014.


Senarai Tracklist :-

01.    "Apocalypticon"   
02.    "World War Now"     
03.    "Satan Is Real"
04.    "Totalitarian Terror"     
05.    "Gods of Violence"   
06.    "Army of Storms"     
07.    "Hail to the Hordes"     
08.    "Lion with Eagle Wings"     
09.    "Fallen Brother"
10.    "Side by Side"     
11.    "Death Becomes My Light"     


Ahli-ahli Kreator Yang Terlibat :-

Miland "Mille" Petrozza – vokal & gitar (1984–sekarang)
Sami Yli-Sirniö – gitar (2001–sekarang)
Christian "Speesy" Giesler – bass (1994–sekarang)
Jürgen "Ventor" Reil – drum (1984–1994, 1996–sekarang)


Ulasan & Review :-

OK.. jom kita kupas album baru Kreator ini bersama Yusrina. Ermm.. kita mula dari track yang pertama hingga sampai ke track penghabisan.

Pada pendapat Yusrina, ini adalah album terbaik yang pernah dihasilkan oleh sebuah band thrash metal. Haa haah.. dan rasanya memang tidak syak lagi, yang album ini mungkin bakal memenangi anugerah "The Best Metal Album Of The Year 2017", walaupun masih lagi terlalu awal untuk diiktiraf ataupun diperkatakan, tetapi saya begitu yakin yang kumpulan Kreator ini pasti akan dapat menggondol mana-mana anugerah antarabangsa sekalipun. Percayalah..

Kenapa saya berfikiran begitu..?
Mari kita selongkar dahulu review ini.. ayuh kawan-kawan.. huhuhuh


Permulaan di track 1, "Apocalypticon" adalah merupakan sound intro yang biasanya kita akan boleh dengar dari mana-mana band metal sekalipun. Begitulah juga dengan Kreator, memang mengujakan sound intro untuk album diorang kali ini, penuh semangat yang berkobar seakan-akan satu bala tentera yang sedang bersiap-siaga ke medan tempur.  

Masuk aje track yang ke-2, "World War Now" tak senang duduk kita dibuatnya, apabila mendengar sahaja vokal mengerikan dari frontman Kreator, Mille Petrozza. Ditambah pula dengan bunyian melodik gitaris mereka yang begitu harmonik.. sememangnya mengasyikkan bila melayan double gitar solo dual, hasil dari petikan Mille Petrozza & Sami Sirniö. Terbaik gitu..huhuh

Bila kita amati akan lirik lagu di track ke-3 "Satan Is Real" pula, ianya kelihatan amat menyimpang dari landasan agama Islam. Ermm.. yelah, kumpulan Kreator ini dilihat sejak akhir-akhir ini seakan seperti group Black Metal pulak fahaman mereka ni. Tapi kita abaikan, yang penting muzik mereka amat bagus, so layan sahaja solo-solo menarik dari gitaris Kreator ini.. heheh best melodi lagu ini (tapi dinasihatkan jangan terpengaruh dengan senikatanya yaa)


Fuhh.. di track ke-4, melalui lagu "Totalitarian Terror", kedengaran jeritan power hasil lontaran suara dari vokalis mereka yang cukup padu untuk membelah kepala otak anda. Memang awesome dan superB lagu ini, semacam kita sedang berada dalam acara konsert 'live' Kreator pulak.. huhh huhh. Apa yang menarik tentang lagu ini adalah gerakkan double pedal yang begitu baik dari drummer otai Kreator, Jürgen Reil. 10 bintang untuk hasil kerja dari beliau ini. Sedap dan begitu terhibur.

Track ke-5 pula bersama main title album "Gods of Violence", satu permulaan intro lagu yang cukup catchy didengar, dan kemudiannya bila masuk jer part lagunya, memang begitu bertenaga serta ditambah pula dengan gaya aura vokal terbaik yang dihasilkan oleh Mille Petrozza. Tepat sekali keputusan kumpulan Kreator ini untuk menetapkan lagu ini sebagai tajuk utama album. Sekali sekala riff-riff yang diperdengarkan melalui lagu ini, kedengaran seakan lagu Enemy Of God. (Amazing & two thumbs-up untuk lagu ini).

Hebat..!! begitulah ungkapan yang boleh diberikan untuk track ke-6, "Army of Storms". Manakan tidak, satu sentuhan irama yang lain dari yang lain telah dicipta oleh kumpulan ini. Seakannya mereka terikut-ikut dengan gaya band dari Sweden, Arch Enemy. Tetapi rasanya Kreator lagi hebat dan power, berbanding dengan Swedish band tersebut. Dan juga sekali-sekala seperti kedengaran irama muzik ala Iron Maiden pun ada... hahahah, mungkin mereka cuba untuk melakukan sedikit perubahan pada album ini. Biar apapun orang nak kata.. ianya memang menjadi, Syabas untuk Kreator.. huhuh.    


Apabila mainkan sahaja lagu di track ke-7 "Hail to the Hordes", perasaan dan semangat cintakan kepada muzik Kreator ini semakin menebal. Ini kerana lagu yang sebagus ini telah dipersembahkan dengan begitu menarik, terutamanya dari segi teknik gaya dan penyampaiannya menyamai akan sebuah kumpulan heavy metal legenda, Manowar. Memang persis lagunya ada sentuhan rentak dari pengaruh Manowar.. Sedap dan begitu menghiburkan.  

Sementara lagu pada track ke-8 pula "Lion with Eagle Wings", dengan intro melodik pada permulaan lagu (ingatkan Kreator nak buatkan sebuah lagu rentak ballads, tapi rupanya tidak.. heheh). Setelah itu mereka kembali dengan head bangin', tetapi pujian harus diberikan kepada bassis Kreator, Christian Giesler. Kerana petikan dari gitar bass beliau memang terbagus dari ladang.. hahah (fuhh.. tak puas rasanya Yusrina dengarkan lagu ini, asyik diulang-ulang masih belum jemu lagi).

Manakala track ke-9 "Fallen Brother" bolehlah dianggap sebagai killer song untuk album Gods of Violence ini. Yaa.. Tidak dapat disangkal lagi, inilah lagu terbaik yang pernah dibuat oleh Kumpulan Kreator. Dan ada juga seperti sedikit elemen dari kumpulan Metallica (album .. And Justice For All). Irama lagu ini benar-benar memukau, best dan sedap giler (5 stars Yusrina kasi untuk lagu ini.. heheh).


Track ke-10 "Side by Side", lagu yang diawalnya dimulai dengan jeritan vokal tahap gaban. Pun boleh layan lagu ini. Tidak ada cacat celanya, ditambah pula dengan kombinasi hebat di antara gitaris dan bassis mereka, telah menjadikan lagu ini begitu kompleks. Dan sekali lagi ada sentuhan irama dari kumpulan Iron Maiden cukup terserlah pada lagu ini, terutamanya semasa briefing di penghujung.    

Dan yang terakhirnya lagu pada track ke-11 "Death Becomes My Light", sekali lagi kita disajikan dengan melodik ballads intro pada permulaan. Selepas itu seperti biasalah, Kreator terus meraum, mengaung dan mengamuk sakan (you must know what i mean.. hahah). Fuiyoo.. solo gitar dan bass terhebat yang begitu power pada lagu ini. Syabas dan hebat sungguh lagu yang dihasilkan oleh sebuah kumpulan dari Eropah ini. Suara tone rendah yang disampaikan dengan begitu bersahaja oleh Millle Petrozza begitu menakjubkan sekali. So apalagi yang boleh kita katakan ?


Rumusan & Kesimpulan :-

Seperti yang telah Yusrina nyatakan pada awal tadi, bahawasanya album ini sememangnya bagus dan begitu hampir-hampir sempurna. Tidak ada sebarang kepincangan pun, walau dari sudut vokal, gitar, bass mahupun drum yang dipersembahkan oleh Kreator kali ini.

Dan oleh kerana itulah, maka Yusrina tidak teragak-agak lagi, untuk memberikan markah penuh kepada album yang sebaik ini. The conclusion is almost perfect.. full marked (10/10) plus 5 Stars.. hehehh

Fully Recommended (Wajib dibeli album ini).. that's all for today.. yeah yeah !!
Sebelum tutup kedai jom kita layan cover dan layout album baru Kreator ini.. zassss !!



2017 - Gods of Violence




































































6 comments:

  1. Tak padan tua dorang ni...masuk wish list untuk 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa haa !! tapi tua-tua pun berisi diorang ni Bert.

      Mille Petrozza - 50 tahun
      Sami Yli - 45 tahun
      Christian Giesler - 47 tahun
      Jürgen Reil - 51 tahun

      Delete
  2. Kreator baru sesuai dengan citarasa aku. Aku dah order japan version pasal lagu puaka earth under sword ada dalam situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh.. japanese version memang berbaloi kalau dapat sambar satu album 'gods of violence' ni deaf... kan ada lagu extra power tu (Earth-Under The Sword).. hehe best lagu nihh.

      Delete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kepada galaksi viral atas kesudian anda untuk follow blog yusrina ini.... semoga terhibur selalu hendaknya.. thanks again !

      Delete