Music Player

Friday, February 24, 2017

Discography Manowar


Manowar adalah merupakan sebuah band Heavy / Power Metal yang berasal dari bandar Auburn, New York, Amerika Syarikat. Dan telah mula ditubuhkan pada tahun 1980 lagi. Mereka menjadi terkenal dek kerana gaya penulisan melalui senikata lagu-lagu pada album Manowar itu sendiri, dengan penekanan jitu kepada irama Heavy Metal, juga dengan tambahan elemen fantasi (terutamanya perihal pedang dan ilmu sihir) dan juga termasuklah pula akan pelbagai topik mitos (contohnya mitologi Norse).

Sound Manowar kedengarannya agak keras juga dan turut merangkumi range yang agak luas dari segi penataan bunyi. Dalam sebuah wawancara untuk MTV pada bulan Februari 2007 yang lalu, bassist Joey DeMaio merungut seperti berikut, "hari ini tanpa kekurangan yang nyata, lihat sahajalah kepada elemen epik metal yang disirami oleh petikan gitar, bersama dengan paduan suara dan juga iringan pancaragam orkestra... jadi hal ini sememangnya agak bagus, demi menjadi salah sebuah band yang benar-benar hebat di alaf ini".


Pada tahun 1984 band ini telah tersenarai dalam 'Guinness Book of World Records' untuk memberikan mereka prestasi yang paling hebat. Mereka juga turut memegang rekod dunia bagi acara konsert Heavy Metal terpanjang dalam sejarah selepas bermain secara live, selama 5 jam 1 minit di Bulgaria pada tahun 2008.

Walaupun band ini pernah berjaya menembusi pasaran komersial di Amerika Syarikat, namun mereka belum lagi merasa puas. Sebaliknya, mereka melangkah jauh dan akhirnya menjadi begitu popular di Heavy Metal scene bagi kawasan zon Eropah, Jepun, Australia dan juga Amerika Selatan.

Para peminat setia Manowar (diehard fan) sering melabelkan band ini sebagai "Metal Warriors", "Manowarriors" ataupun "Sang Dewa". Manakan tidaknya, ini kerana Manowar telah berjaya menjual lebih dari 9 juta album sejak dari awal kemunculan mereka di tahun 80an dahulu lagi.


Anggota Terkini :-

Joey DeMaio - Bass & Keyboard (1980-sekarang)
Eric Adams - Vokal (1980-sekarang)
Donnie Hamzik - Drum (1981-1983, 2009-sekarang)
Karl Logan - Gitar & Keyboard (1994-sekarang)


Sehingga kini kumpulan Manowar sudah berjaya menerbitkan sebanyak 13 buah LP dan juga 4 buah EP, disepanjang penglibatan mereka sebagai sebuah band metal yang cukup disegani oleh pencinta seni di seluruh dunia. Semoga Manowar akan terus berkarya selagi mereka masih termampu, maklumlah usia emas sedang menghambat dan membatasi segala pergerakkan mereka. Syabas Manowar, kami senantiasa akan berada di belakang anda bagi memberikan sepenuh sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Sekian, sampai jumpa lagi..

Sekarang kita ikuti rencah ratus yang terdapat pada album-album mereka.. Ayuhh semua..



 Battle Hymns (1982)













 Into Glory Ride (1983)













 Hail to England (1984)













 Sign of the Hammer (1984)













 Fighting the World (1987)













 Kings of Metal (1988)













 The Triumph of Steel  (1992)













 Louder Than Hell (1996)













 Warriors of the World (2002)


















 Gods of War (2007)























 Battle Hymns MMXI (2010)























  The Lord Of Steel (2012)























  Kings Of Metal MMXIV (2014)



















9 comments:

  1. Replies
    1. ye bro... perang dan epik tidak dapat dipisahkan oleh mereka ini.. itu pasal la mereka selalu pakai spender kat sebelah luar.. hehe
      kononnya nak jadi macam Conan The Barbarian la tu (tapi sebenarnya mereka dah jadi macam Conan The Vegetarian.. hahahahahh)

      Delete
  2. Joey De Maio salah percaturan. Manowar hancur, segala projek semua hancur. Aku spekulate, 2017 bukan tamat Manowar, tapi Joey nak tamatkan current Manowar. 2018 Manowar akan muncul balik dengan Ross The Boss dan Rhino aku rasa. Damn you Joey De Maio. Anyway, aku baca gossip dekni eksyen je metal metal ni semua, dia ni duk bawah ketiak mak dia, tapi wksyen je, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh begitu cerita nya ye deaf.. terimakasih bro kerana sudi berkongsi maklumat tu.. hehe

      Delete
  3. Heavy metal or no metal at all....whimps and posers leave the hall...

    ReplyDelete
  4. Best diorg nie..harapkan mereka terus berperang dgn muzik..hail, hail & kill..

    ReplyDelete
  5. Man Of War - 8D Audio
    https://www.youtube.com/watch?v=vyJ-XGNCuUs

    ReplyDelete