Music Player

Saturday, October 8, 2016

Discography Kiss


Kiss adalah sebuah kumpulan muzik heavy metal yang berasal dari Amerika Syarikat (USA). Mula ditubuhkan pada bulan Januari 1973 di New York City. Mereka telah berjaya menjual berjuta-juta keping album dan juga mengadakan konsert ke seluruh dunia. 


Salah satu antara ciri-ciri khas band ini adalah dalam penggunaan topeng, yang sering digunakan sehingga ke tahun 1983. Dimana setiap ahli kumpulan Kiss ini, masing-masing mempunyai corak ukiran topeng dan identiti yang tersendiri.


Kumpulan ini juga mudah dikenali menerusi gaya solekan wajah bagi setiap anggotanya. Juga dengan penggunaan kostum panggung flamboyan secara berleluasa, dengan itu mereka begitu mudah untuk menjadi terkenal dalam masa yang singkat, iaitu sekitar pertengahan tahun 1970 hingga ke akhir 1979, atas dasar persembahan live mereka yang boleh dikatakan agak rumit dan ekstrim.


Antara corak dan gaya showmanship mereka yang luarbiasa adalah seperti, lagak yang memaparkan hembusan api dari mulut, meludah dengan semburan darah, bermain gitar sambil merokok, melancarkan bahan letupan mercun roket, menghempaskan drum ke lantai dan juga mematah atau menjahanamkan mikrofon.


Formasi asal Kiss adalah seperti berikut :-

Paul Stanley (vokal & gitar)
Gene Simmons (vokal & bass)
Ace Frehley (gitar & vokal)
Peter Criss (drum & vokal).


Line-up dari mereka berempat ini begitu sinonim dan amat popular sejak tahun 1973-1980. Formasi awal ini juga adalah yang paling berjaya dalam sejarah kumpulan Kiss. Dengan kesan solekan tebal dan pakaian jaket kulit, mereka telah mengambil acuan ini dari watak-watak adiwira dan juga dari buku ilustrasi komik terkenal seperti berikut :-

Starchild (Stanley)
The Demon (Simmons)
Spaceman @ Space Ace (Frehley)
Catman (Criss)


Band ini ada menjelaskan bahawa para peminat setia Kiss, telah diberi kepercayaan penuh untuk memilih reka bentuk hiasan dan juga solekan wajah mereka.

Umpamanya..

Paul Stanley telah menjadikan "Starchild" sebagai idolanya kerana kecenderungannya untuk disebut sebagai "kekasih yang suka melamun" dan juga "pejuang harapan romantis".

Manakala "The Demon", yang menampilkan bentuk mekap ala senyuman sinis 'Gene Simmons', adalah hasil dari perasaan humor yang penuh dengan kegelapan, serta kasih sayangnya pada epik buku-buku komik.

Ace Frehley pula dengan "Spaceman"nya, iaitu mekap yang berupa refleksi dari kegemarannya pada cabang sains fiksyen dan juga khayalan mitos mengenai makhluk asing dari planet lain (Alien).

Sementara Peter Criss bersama "Catman"nya, merupakan sebuah ilustrasi mekap yang amat sesuai dengan keyakinan dirinya, bahawa Criss seakan-akan mempunyai 9 nyawa, bertepatan dengan sejarah hidupnya yang penuh dengan ranjau permasaalahan di zaman kanak-kanak, semasa di Brooklyn dahulu.


Malangnya dek kerana perbezaan kreativiti, akhirnya Criss dan Frehley bertindak keluar dari kumpulan Kiss pada tahun 1982. Band ini telah jatuh merudum pada masa itu, begitulah nasib buruk yang menimpa kumpulan Kiss ini.

Disokong oleh kebangkitan gelombang nostalgia Kiss pada tahun 1990an, band ini mengumumkan perjumpaan line-up asal pada tahun 1996. Maka terhasillah konsert Kiss Alive - Worldwide Tour pada tahun 1996-1997. Criss dan Frehley pula sejak mereka meninggalkan kumpulan Kiss ini, tempat posisi mereka berdua telah digantikan oleh Eric Singer dan Tommy Thayer. Bersama-sama dengan 2 orang anggota terbaru ini, band Kiss masih tetap tampil dengan gaya solekan di wajah mereka.


Kiss telah dianugerahkan dengan 24 album studio sehingga kini. Dan album terakhir Kiss setakat tahun 2012 adalah album yang ke-20 berjudul 'Monster'. Di sepanjang karier mereka, band ini juga telah berjaya menjual lebih dari 40 juta album ke seluruh Amerika Syarikat, dimana 19 juta darinya telah pun disahkan oleh 'Recording Industry Association of America' (RIAA). Dan jualan di seluruh dunia mereka pula telah melebihi dari 100 juta unit album.

Bercakap mengenai album-album Kiss ini, bagi akulah album yang paling melekat dijiwa adalah album studio mereka yang ke-15 (Hot In The Shade) terbitan tahun 1989. Dengan menampilkan sebuah lagu berentak power ballad (Forever), hasilnya lagu dendangan dari vokal 'Paul Stanley' ini telah menjadikan album tersebut meledak di pasaran dunia, sehingga angka jualannya mencecah ke 800 ribu unit album.


Sementara line-up terkini kumpulan Kiss adalah seperti berikut :-

Paul Stanley – gitar & vokal (1973–kini)
Gene Simmons – bass & vokal (1973–kini)
Tommy Thayer – gitar utama (2002–kini)
Eric Singer – drum (1991–kini)


Begitulah ringkasannya tentang kumpulan Kiss yang boleh dikongsikan bersama di blog Yusrina. Semoga kumpulan Kiss akan terus menerbitkan album-album terbaru mereka sesudah ini. Akhir kata "Majulah Kumpulan Kiss, Untuk Amerika Syarikat"..

(cilok slogan "Majulah Sukan, Untuk Negara").. Haa haa haah.. Babai semua..


Sebelum berundur apakata kita soroti album-album Kiss dalam slot diskografie mereka..
Jom kawan-kawan..

Kita Zoom...



Kiss (1974)










Hotter Than Hell (1974)










Dressed to Kill (1975)










Destroyer (1976)










Rock and Roll Over (1976)










Love Gun (1977)










Gene Simmons (1978) - Solo Album










Ace Frehley (1978) - Solo Album










Peter Criss (1978) - Solo Album










Paul Stanley (1978) - Solo Album










Dynasty (1979)










Unmasked (1980)










Music from "The Elder" (1981)










Creatures of the Night (1982)










Lick It Up (1983)










Animalize (1984)










Asylum (1985)










Crazy Nights (1987)










Hot in the Shade (1989)










Revenge (1992)










Carnival of Souls: The Final Sessions (1997)










Psycho Circus (1998)










Sonic Boom (2009)










Monster (2012)









12 comments:

  1. wow terbaikkk.lah.. aku selalu layan utube konsert2 dorang ni best tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best bro.. Especially konsert Kiss Alive - worldwide Tour tu.. Tak senang duduk kita dibuatnya.. Huhuh

      Delete
  2. Banyaknya album dorang.. Belum dapat layan betul2 lagi.. Nanti nak try dengar album ke 15 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Album ke15 Kiss memang satu pilihan yg tepat bro.. Kipidap

      Delete
  3. Dari segi kesedapan lagu, imej, showmanship, kontroversi, bisnes, dan apa saje. The hottest band in the world.
    tapi personally untuk aku aku suka trilogi crazy nights, hot in the shade dan revenge pasal tu zaman aku remaja, membesar dan kaset Kiss ni tiga melekat dalam kaset playe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Deaf.. Album Kiss yang kau cakap tadi tu.. Ada keunikkannya yg tersendiri.
      Tapi aku kekal setia dgn album Hot in the Shade.. Banyak nostalgia aku pd album ini..

      Delete
  4. Kiss ni dia punya peminat antara yang paling tegar kat dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die hard fan Kiss ni memang betul2 maniac.
      Kadang tu masa konsert live diorang di Belgium th 90an dulu..ada satu kes sampai roboh pagar dibuatnya.
      Setakat penyokong Dan peminat mereka bergasak bertumbuk tu dah memang selalu pun.
      Tegar betul fan Kiss ni..

      Delete
  5. Kiss ni ade ler beberapa ketul lagu mereka je yg aku tau...kiki.. tp mmg aku tau ni mmg band rock legend antarabangsa...sape tk kenal Kiss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aura kumpulan Kiss ni memang menyerlah antara tahun 1985 - 1995..
      Hinggakan ada satu product gula-gula batuk jenama 'Kiss Me' turut popular di zaman berkenaan..
      Cover dibungkusan gula2 tu telah di print dgn gambar pelakon popular era 70an iaitu seniwati Azizah.

      Delete
  6. Zaman mp3 baru dpt layan byk, dulu beli 1 cd mp3 yg ada byk album tu..dalam koleksipun cuma ada The Very Best (2002) & Box Set (2001)je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu bro.. kalau nak beli semua album Kiss ni, rasanya aku pun tak sanggup.. nasib baik ada teknologi mp3 ni, jadi bolehlah kita jimat berjimat sedikit, yer la.. main sedut jer kan senang dan mudah..
      tak gitu bro gila rock.. hihih

      Delete