Music Player

Sunday, October 2, 2016

Discography Iklim


Kumpulan Iklim adalah merupakan sebuah kumpulan rock dari negeri Terengganu Darul Iman, yang muncul pada akhir dekad 80an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu-lagu yang berentak rock perlahan (slow rock).

Nama kumpulan Iklim terhasil sebenarnya adalah kerana atas dasar sebagai menyahut seruan kerajaan, dimana setiap nama kumpulan muzik di Malaysia dikehendaki menggunakan bahasa Melayu. Pada asalnya mereka memakai nama 'Khatulistiwa', tetapi kerana nama 'Khatulistiwa' itu sudah pun digunapakai oleh sebuah kumpulan muzik lain, maka terpaksalah ditukarkan. Dan pihak SCS telah mencadangkan satu nama lain sebagai ganti, iaitu Iklim.

Tetapi kenapa Iklim ?

Ini terjadi kerana ada bersebabnya, memandangkan yang muzik kumpulan Iklim ini dimainkan dengan berbagai corak dan tempo, sama ada panas, sejuk, gelora, tenang dan sebagainya. Oleh itu dalam muzik kumpulan Iklim ini, ada persamaan dengan cuaca dunia, yakni iklim di dunia, maka kerana itulah lahirlah nama kumpulan Iklim ini.


Sesudah itu kumpulan Iklim mula memasang impian untuk bergelar sebagai artis rakaman.
Apabila siap demo 3 lagu, kumpulan Iklim terus menjaja demo di setiap syarikat rakaman pada tahun 1988.

Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan Iklim ini kerap mengadakan pertunjukkan di kelab sosial / nite club dan juga turut memenuhi beberapa undangan eksklusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.


Penglibatan kumpulan Iklim sebenarnya bermula dari tahun 1985 lagi apabila Mohalim (Mohd Salim), Kama (Kamaruddin), Fadhil (Fadhil Suhaimi) dan Umarul (Umarul Mahdzar) telah membentuk band ini, tetapi pada masa itu mereka masih belum mempunyai vokalis tetap. Kemudiannya setelah sekian lama mencari, akhirnya kumpulan Iklim telah menemui seorang penyanyi yang begitu serasi dengan mereka, iaitu saudara A.M. Salim Bin Abdul Majeed (Saleem).


Sedikit biodata tentang Saleem :-

Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim di sebelah bapa dan berdarah Melayu di sebelah ibunya. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya.

Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di sebuah institusi pengajian tinggi Terengganu (ITM Dungun). Kerja Saleem di ITM itu adalah merupakan salah satu cabang dalam bidang 'kantin dan penyelenggaraan makanan' @ catering, sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.


Sewaktu bersama kumpulan Iklim, Saleem adalah merupakan bekas anak didik kepada komposer terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau dari hasil ciptaan Wan Zul dan juga M. Nasir telah meletakkan diri Saleem sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai, sebaris dengan artis-artis popular lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Rahmat Ekamatra dan Awie Wings.

Pada awal dan pertengahan dekad 90an, kumpulan Iklim bersama Saleem telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Thai dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos serta Australia.

Begitulah hebatnya aura yang telah dibawa oleh Saleem ini.


Berbalik pula pada kisah kumpulan Iklim tadi :-

Dengan kemasukkan Saleem kumpulan Iklim kini mempunyai 5 orang ahli. Namun perpecahan tetap juga melanda kumpulan ini, apabila pemain gitar kedua mereka, Fadhil Suhaimi bertindak keluar dari kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung, kerana isu perselisihan faham dengan Saleem di masa itu.

Namun begitu Fadhil Suhaimi tetap di hati kumpulan Iklim kerana beliau adalah merupakan pengasas kumpulan Iklim. Lagipun kebanyakkan buah fikiran dan juga idea bernas untuk kemajuan kumpulan Iklim adalah hasil cetusan yang diilhamkan oleh beliau.

Dek kerana jasa-jasa Fadhil Suhaimi inilah juga yang telah membuatkan nama kumpulan Iklim melonjak naik dan digemari serta dipuja oleh peminat dari seluruh pelusuk tanah air.

Tempat Fadhil akhirnya telah digantikan oleh pemain keyboard, Huzali (Huzali Ali) memandangkan instrumen keyboard banyak digunapakai untuk album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Fadhil Suhaimi juga banyak membantu semasa proses rakaman album pertama Iklim, walaupun beliau sudah pun keluar dari Kumpulan Iklim.


Dan pada tahun 1990 seperti yang sedia termaklum, pihak SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan penuh kepada kumpulan Iklim ini untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Maka terhasillah album yang berjudul 'Satu Kesan Abadi'. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda dari album tersebut adalah seperti lagu Suci Dalam Debu, Hakikat Sebuah Cinta, Sandiwara Cinta Semusim & Seribu Penghargaan.

Namun lagu berhantu 'Suci Dalam Debu' begitu gah ketika itu sehinggakan populariti kumpulan Iklim naik mendadak secara tiba-tiba. Melalui single 'Suci Dalam Debu' juga band Iklim telah dinobatkan dengan beberapa anugerah menerusi Anugerah Industri Muzik Malaysia & Indonesia (AIM) pada sekitar tahun 1990, 1991 & 1992.

Antara anugerah-anugerah yang mereka perolehi adalah seperti berikut :-

Anugerah Seri Angkasa RTM 1990
Anugerah Bintang Popular 1990
Juara Pujaan 10 Nescafe RTM 1990

Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-Rinduan) yang sudah agak lama mendominasi carta muzik tanah air dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu. Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & Kumpulan Carefree menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama (6 minggu) di carta Radio Pujaan 10 Nescafe.

Album 'Satu Kesan Abadi' telah mencapai rekod jualan sebanyak 250,000 unit, secara tidak langsung telah melayakkan kumpulan Iklim bagi Anugerah Triple Platinum 1991.


Pada tahun 1991, kumpulan Iklim juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul 'Suci Dalam Debu' di bawah arahan sutradara Zulkifli M.Osman.

Filem ini dibintangi oleh Julia Rais, Sidi Oraza, Imuda, Khairil Anwar & pelakon-pelakon veteran seperti Aziz Sattar, Aziz Singah, Mak Mah & juga Affida Es. Bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan Iklim dalam filem ini kurang menonjol dan agak boleh dipertikaikan, walaupun suara beliau sering berkumandang dari awal hingga ke akhir filem 'Suci Dalam Debu' ini.


Fenomena Suci Dalam Debu terus berlarutan hingga ke tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi 2 anugerah dari Indonesia iaitu :-

01) Anugerah HDX Awards (IMI) menerusi 'Suci Dalam Debu' - Lagu Terbaik 1992.

02) Album 'Suci Dalam Debu (pasaran Indonesia 1992)' memecah rekod jualan 1 Juta unit.

Setelah itu, populariti Iklim terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan digilai ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema / montaj drama swasta terbitan RTM mahupun TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadikan lagu-lagu Iklim ini sebagai lagu tema filem-filem tertentu. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasaraya & pusat shopping complex bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah.


Menyusul sesudah itu iaitu sekitar penghujung tahun 1991, kumpulan Iklim telah merakamkan album ke-2 yang bertajuk 'Bulan Jatuh Ke Riba'.

Kemudian album ke-3 'Budi' diterbitkan pada tahun 1992. Pada album kali ini, mereka telah merakamkan satu lagu dalam loghat negeri Terengganu berjudul 'Blues Terengganu Kita'. Dan lagu ini secara tidak langsung telah menjadikan kumpulan Iklim menjadi semakin popular, disamping itu mereka berjaya juga memperkenalkan negeri Terengganu kepada masyarakat Malaysia.

Tetapi setelah mencapai kejayaan demi kejayaan, akhirnya Umarul (gitaris) telah meninggalkan kumpulan Iklim atas sebab-sebab peribadi. Jadi kumpulan Iklim sudah tiada pemain gitar utama lagi. Demi menjayakan penerbitan untuk album seterusnya, mereka telah menggunakan khidmat sessionist bagi proses rakaman tersebut.


Maka lahirlah album ke-4 bertajuk 'Iklim' (1994), album ke-5, Bukan Niatku (1995) dan yang terakhirnya adalah album ke-6, Salam Perpisahan (1996). Selepas itu Saleem pula telah mengambil keputusan untuk mengundurkan dirinya, lalu keluar dari kumpulan Iklim kerana beliau ingin bergiat secara solo.

Dengan ketiadaan Saleem kumpulan Iklim terpaksa mencari pengganti vokalis mereka. Dan pada tahun 1998 mereka menemu vokalis baru, iaitu Khir Rahman (Anak kepada penyanyi pop yeh-yeh 60an - A. Rahman Hassan).

Bersama dengan Khir Rahman dan juga seorang gitaris baru 'Zaini', kumpulan Iklim telah menerbitkan album ke-7 mereka yang diberi tajuk 'Pergimu Satu Tanda' (1998). Malangnya album ini gagal di pasaran, ini kerana vokal Khir Rahman dikatakan oleh ramai pihak sebagai tidak setanding dengan Saleem. Ini membuatkan Khir Rahman berkecil hati, lalu beliau pun turut keluar dari kumpulan Iklim sesudah itu.


Kumpulan Iklim menyepi kembali selama hampir 5 tahun disebabkan ketiadaan penyanyi. Pada tahun 2003 kumpulan Iklim melakukan Reunion, dan setelah dipujuk akhirnya penyanyi asal mereka, Saleem kembali semula bersama kumpulan Iklim. Bahkan Umarul (gitaris asal Iklim) pun ikut serta dalam Reunion tersebut. Betullah bak kata pepatah 'pucuk dicita ulam mendatang'. Serentak dengan itu juga maka terhasillah album ke-8 Iklim yang diberi judul 'Bunga Emas'.

Peribahasa ada menyatakan 'Ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan turun pulak di tengahari'. Itulah hakikatnya kerana setelah lahirnya album Bunga Emas ini, Saleem telah dilanda satu isu kontroversi yang mengakibatkan beliau terpaksa meninggalkan kumpulan Iklim sekali lagi.

Kumpulan Iklim kehilangan vokalis kesayangan mereka (Saleem) buat kali yang keduanya. Mereka terpaksa akur dengan keputusan Saleem itu, biar pun perit.

Sejak dari ketiadaan Saleem itu, kumpulan Iklim semacam sudah kurang bersemangat lagi untuk berkarya. Mereka kadang-kala ada juga membuat show di majlis-majlis kecil bersama dengan vokalis undangan seperti Faizal AF, Azmani dan lain-lain lagi.


Dan sehingga ke hari ini, kumpulan Iklim (tanpa Saleem) masih lagi mengadakan pertunjukkan pentas sekiranya mereka mendapat undangan. Tetapi kelibat mereka sudah kurang berbisa lagi, tidak seperti di awal penubuhan dahulu.

Begitulah kisahnya perjalanan kumpulan Iklim ini di persada muzik tanahair. Walaupun penuh dengan liku-liku & ranjau berduri, tetapi kumpulan Iklim tetap bersemangat untuk meredahnya. Semoga ianya akan menjadi ikutan dan teladan kepada semua kumpulan-kumpulan muzik baru yang sedang meningkat naik ketika ini.

Sekian.

Seperti biasa, apakata kita layan diskografie kumpulan Iklim..

Jom kawan-kawan semua..



Satu Kesan Abadi (1990)





















Bulan Jatuh Ke Riba (1991)

















Budi (1992)














Dunia Iklim (1993) - Kompilasi














Iklim (1994)























Bukan Niatku (1995)


















Salam Perpisahan (1996)

















Dirgahayu (1997) - Kompilasi















Pergimu Satu Tanda (1998)















Bunga Emas (2003)


















(info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira, shamaziz)

18 comments:

  1. Replies
    1. Hidup negeri terengganu.. Semoga Aman damai hendaknya.. Amin

      Delete
  2. Iklim ni waktu dorang tengah top dengan budak2 cina kat Singapore pun suka.
    Aku tanya "how come you like??"
    jawapan "because my neighbour everyday karaoke their songs"

    ReplyDelete
    Replies
    1. karaoke lagu iklim, tapi versi lirik bahasa cina... haa haah.. gitu kan deaf

      Delete
  3. Iklim ni aku tau takat lagu2 yang keluar radio ajer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul bert.. tapi album paling best dah tentu album pertama diorang - satu kesan abadi (1990)... banyak lagu2 berentak fast rock dalam album debut tu, selain lagu2 tangkap leleh diorang

      Delete
    2. Dari dulu kurang minat kumpulan nie..mungkin dulu tak pernah layan full album pertama..akupun setuju album tu best..

      Delete
    3. tapi kan bro.. yang silapnya kumpulan Iklim ni dalam album pertama 'Satu Kesan Abadi' tu... lagu fast rock boleh tahan sedapnya, tapi yang potong stimnya adalah semua anggota geng Iklim ni berambut pendek.. macam tak kena jer kan..!! Maklumlah, mungkin diorang ikut seruan RTM pada masa tu, dibawah arahan Tok Mat semua band rock kalau nak masuk TV atau Radio, wajib berambut pendek.. itulah pasalnya, hehe

      Delete
  4. Aku banyak kenangan dgn lagu2 iklim ni dari 1st album sampai salam perpisahan... pakcik aku dlu dia pernah dok numpang tggl rumah kami...dia suka sgt ni band...ari2 layan lagu2 iklim... aku pun otomatik minat ni band... janji rock ler...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji rock bro kaemm.. tapi album iklim ni, bagi aku la, cuma boleh hadam album pertama jer, album ke-2 dan seterusnya tu, dah kurang menyengat bagi aku, cuma nasib baik di album ke-3 tu ada lagu blues - Teganu kite.. pengubat luka daa lagu tuh.. hehe

      Delete
  5. suci dalam debu memang tiada tandingan sedap lagu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aku lebih suka lagu Hakikat Sebuah Cinta.. juga dari album pertama.. sekali dengar suara Saleem kedengaran seperti Ronnie James Dio lagaknya.. adalah sedikit tuh.. hihih

      Delete
  6. Replies
    1. van iklim bro....? kalau van susu coklat 'KLiM' tu ada la.. haah haah

      btw... untuk sesape yg tak tahu, dulu dlm tahun 80an ada satu jenama lebih kurang air Milo gitu, nama brand tu dikenali sebagai KLiM

      Delete
    2. Hihihi baru tau ada juga ya brand air choc KLiM

      Delete
    3. betul tu Reen... time tu Reen belum lahir lagi kot.. KLiM - minuman coklat sejati..
      tapi sayang Reen.. produk KLiM ni tak bertahan lama, akhirnya lingkup.. mungkin banyak persaingan dari syarikat minumam lain, seperti Ovaltine, Horlicks dan especially MILO

      Delete
  7. Replies
    1. memang betul bro zul tempoyak... gua study peringkat O level di bahagian Geografi, bab tajuk Iklim Monsun Tropika dan Iklim Khatulistiwa.. heheh

      Delete