Music Player

Wednesday, October 12, 2016

Discography Noorkumalasari


Noorkumalasari adalah antara pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 1970an sehingga ke era 1990an. Beliau merupakan anak kepada ‘Datuk S. Roomai Noor' dan ‘Datin Umi Kalthum', dan juga adik sebapa kepada penyanyi SuperStar ‘Anita Sarawak'.

Biodata Artis :-

Nama Sebenar : Noor Kumalasari binti Mohamed Taib
Tarikh Lahir : 11 April 1956
Tempat Kelahiran : Petaling Jaya, Selangor
Genre Lagu : Pop, Electropop, Synthpop & Ballads
Pekerjaan : Pelakon, Penyanyi, Peragawati & Pengacara
Instrumen : Vokal sahaja
Tahun Aktif : 1970an - 1990an
Rakan Artis Paling Rapat : Sudirman Haji Arshad


Noorkumalasari telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum. Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudiannya.

Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun menimbulkan sedikit kontroversi ketika itu. Hasil dari perkahwinan ini juga mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut menjadi seorang pengacara, contohnya seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.


Ibu Noor (Datin Umi Kalthum), telah mendapat ilham untuk menamakan anaknya sebagai "NoorKumalasari" selepas memegang satu watak dengan menggunakan nama tersebut, iaitu saat berlakon dalam filem "Tangisan Ibu". Ketika Datin Umi Kalthum sedang berlakon dalam filem tersebut, Noor masih lagi di dalam kandungan ibunya.

Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil lagi, iaitu dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Noor telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Noor juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati.

Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran “Teen Princess” pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya, serta gelaran “Ratu” bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling.

Beliau juga secara rahsia telah menjadi “peragawati sambilan” tanpa pengetahuan keluarga. Akhirnya, perkara itu diketahui juga oleh ibubapanya, maka satu kata putus telah diberi pada Noor samada beliau mahu meneruskan kerjayanya di institusi perbankan atau memilih untuk menjadi seorang peragawati secara serius.

Ternyata keputusannya adalah nekad untuk menjadi seorang peragawati.


Tidak lama sesudah itu, Noor mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Dan akhirnya pada tahun 1977, Noor telah mendapat tawaran untuk memegang satu watak utama di dalam filem “Menanti Hari Esok” (arahan Jins Shamsuddin) sebagai "Rohayu".

Lakonan Noor yang begitu mantap telah membuka mata ramai para penerbit dan sutradara di Malaysia. Ini menjadikan Noor antara heroin pilihan yang paling popular di zaman 80an dahulu.

Berikut adalah senarai filem lakonan Noorkumalasari :-

1960 - Tunang Pak Dukun (Pelakon Kanak-Kanak)


1977 - Menanti Hari Esok (Pelakon Utama sebagai Rohayu)


1979 - Tuan Badul (Pelakon Utama sebagai Nor)


1979 - Tiada Esok Bagimu (Pelakon Utama sbg Norimy)


1979 - Adik Manja (Pelakon Utama sebagai Cikgu Sharina)


1981 - Abang (Pelakon Utama)


1981 - Mangsa (Pelakon Utama)


1982 - Esok Untuk Siapa (Pelakon Utama sebagai Jamilah) 


1982 - Penentuan (Pelakon Utama


1984 - Matinya Seorang Patriot (Pelakon Utama


1987 - Rahsia (Pelakon Utama)


1990 - Bayangan Maut (Pelakon Utama)


1990 - Mira Edora (Pelakon Utama sebagai Hapipah)


1992 - Penghujung Malam (Pelakon Utama sebagai Sofia)


Selain menyanyi secara solo, ‘Noor' juga sering berduet dengan pasangan duetnya yang paling serasi iaitu Allahyarham ‘Sudirman Haji Arshad'. Mereka berdua sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti “Puspawarna RTM” di sekitar tahun 80an.

Antara lagu duet mereka yang begitu popular ialah seperti "Bimbang Terluka Lagi" & "Melangkah Seiringan" (2 lagu ini dipetik dari album Noorkumalasari terbitan tahun 1985 - 'Wajah') dan sebuah lagu Inggeris bertajuk "Eat It".

Menariknya, lagu "Eat It" merupakan lagu saduran dari lagu "Beat It" nyanyian asal ‘Michael Jackson'. Di mana liriknya telah diubah sedikit dan ianya adalah sebuah lagu yang berunsurkan komedi. Lagu "Eat It" ini juga pernah dipopularkan oleh seorang lagi penyanyi antarabangsa kelahiran Russia iaitu 'Weird Al-Yankovic' (penyanyi ini cukup terkenal dengan lagu-lagu Cover).


Itulah sahaja info yang dapat Yusrina kongsikan bersama rakan-rakan sekalian tentang artis Noorkumalasari ini. Buat pengetahuan umum, kini Noor sudah tidak lagi bergiat di lapangan seni.

Beliau banyak menghabiskan masanya bersama-sama dengan suami dan anak-anak tercinta. Disamping itu beliau juga dilihat lebih fokus, dalam menumpukan usaha ke arah bidang ilmu kerohanian. Semoga usaha murni Noorkumalasari ini diberkati serta dirahmati Allah hendaknya.. Amin.


Seperti kebiasaan.. jom kita gegarkan diskografie Noorkumalasari..

Ayuh kasi gegar.. huh huh !



Kau Dalam Ingatanku (1978)













Noor (1979)













Aku Dan Dunia Seni (1980)













Ke Mana Kubawa Diri (1981)













Jangan Kau Kembali (1981)










Mata (1982)









Aku Di Sini (1984)










Wajah (1985)













Inilah Noor (1988)








(info cover : credit to akubudakpenang & miraks)

10 comments:

  1. Best zaman dulu, muzik boleh pegang dengan tangan, boleh simpan, kena beli kalau nak dengar, . Sekarang tak tahu cammana arah muzik muzik melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu deaf, kalau dulu kita semua terpaksa ikat perut, simpan duit sekolah 50sen sehari, cukup sebulan dah boleh sambar sekeping kaset.. masa tu mana ada internet seperti zaman millenium ni, tapi sekarang dah tak payah susah2 lagi dah, kita main sedut jer mp3.. hik hik
      tapi yang parahnya kesan dari kemajuan teknologi ini, telah membuatkan banyak syarikat rakaman terpaksa gulung tikar daa (lingkup Labels dek bahana teknologi internet ni)

      btw.. noorkumalasari adalah artis pujaan ku, dari dulu, kini dan.. errmm, tapi tidak lah utk selamanya.. hah hah hah

      Delete
  2. Noorkumalasari ni aku ingat lagu mata jer...popular betul masa aku budak2 dulu..
    Tahun lepas baru jumpa dia kat majlis kerja kawin anak sepupu...menantu dia tu sedara mara noorkumalasari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MTV lagu Mata tu benar2 memukau bert.. lawa gila noorkumalasari dlm klip video tu bro, tergoda dibuatnya.. hih hihh

      btw.. oooh kiranya Berteromber dgn Noorkumalasari ni ada hubungan bau-bau bacang la yer.. huhuh

      Delete
  3. Antara filem dia yang aku suka ialah RAHSIA dan MISTERI RUMAH TUA (gabungan dengan produksi Indonesia). Bahagian paling menggerunkan dalam filem Misteri Rumah Tua ialah semasa bayi keluar dari mulut Noorkumalasari.

    Pernah jumpa dia di Damansara Utama suatu ketika dahulu, baik orangnya. Mudah mesra dan sporting kalo dibawak bergambar. Seorang muslimah yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem lakonan noorkumalasari memang semuanya best.. tapi aku lagi suka filem Tuan Badul, kelakar habis.

      untung lah bro dapat bersua muka dgn kak Noor, tapi aku walaupun peminat tegar beliau, sampai sekarang masih belum berpeluang utk ketemui beliau ni.. huhh, sedih laa jugak kann..
      apa nak buat, dah nasib badan, campur dgn takde rejeki.. ishhh ishhh

      Delete
  4. aku tetap teringat iklan mum21..noor ngan jamal tu...(jamal:hey jelita..kau mempersona..tiada terkata..apa rahsia anda..cerita pada hamba)..sape tahu part noor nyanyi pula..cee sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh!! memang nostalgila betul iklan mum21 ni yer badrol.. huh huh
      aku pun dah ingat-ingat lupa tentang iklan tu.. ingatan diminda kamu benar-benar hebat la bro..
      syabas atas perkongsian iklan-iklan lama nie bro..

      Delete
  5. Saya pun peminat tegar Noor ... pernah tengok show noor kat Merlin hotel sebab keja situ dulu .. she loves swimming .. jumpa noor time swimming n bg autograph pada album wajah .. tak sombong .. memang cantik ... drama pun banyak lakonan beliau ... beautiful noor ... n respect her walau dah berhijrah tapi tak heboh n riak ...

    ReplyDelete
  6. Pernah menyaksikan persembahan nyayian kak noor disebuah konsert bersama artis2 lain di RTMJB dlm awal 90an. Alhamdulillah saya dpt bersalaman dan memeluk kak noor sewaktu kak noor baru turun dari pentas. Tinggi kami sama dan beliau sempat berkata terimakasih dan eh kak noor tgh berpeluh peluh ni sewaktu kami berpelukkan.melekat bau minyak wanginya pd saya. Kak noor sg5 cantik mlm itu..indah tak dpt dirakamkan sbb waktu itu saya tak memiliki kamera. Saya meminati beliau hingga kini...ingin sekali bertemu kak noor lagi...dan bergambar puas2

    ReplyDelete