Music Player

Thursday, March 31, 2016

Discography Sofea

sofea.. ataupun dahulunya lebih dikenali sebagai SYJ, adalah antara gagasan terawal band2 rock kapak yg mewarnai persada seni negara..

mereka mula mengecapi kepopularitian di zaman "battle of the band" lagi.. antara lagu2 yg telah menaikkan nama mereka, seperti..
'orang timur', 'mata sepet' dan juga 'kembali'..

dan cerita hari ni adalah berkenaan dgn si'mata sepet'.. hihh hihh!!

mata sepet memang sinonim dgn orang jepun khususnya, ataupun bangsa cina amnya.. tapi ada perkara lain yg nak dikongsikan bersama pd entri kali ini..

sekitar tahun 1984 kejadian ini berlaku..
kami geng budak2, pergi merayau kat satu kawasan bukit di hujung kampung..

tujuan kami sebenarnya, hanyalah untuk mencari 'buah getah' bagi dijadikan permainan..

(info permainan buah getah : buah akan disusun 2 biji atas & bawah, dikepit antara ibu jari & jari telunjuk, kemudian diketuk dgn genggaman tangan, buah yg pecah dikira kalah, dan yg tak pecah tu.. pemenanglah)

memang famous game ni di zaman aku dulu.. yer laa, masa tu mana ada lagi mainan PS2, XBox & gadget-gadget seperti sekarang ni..

kami berlima iaitu Lens, Zairo, Nazli, Khaidir & aku.. dalam usaha untuk mengutip serta mengumpul sebanyak mungkin buah getah pada petang tu..
yer laa.. dah alang-alang datang mencari, biarlah dapat collect banyak-banyakkan.. sejam dua lepas tu kami pun mulai rasa penat & keletihan..

sedar tak sedar, hari dah hampir senja.. Lens mula merungut, katanya "Eh!! dah dekat nak maghrib ni, jom lah kita balik"..

Zairo mencelah, "jap lagi lah, masih banyak lagi buah getah kat bawah pokok sana tu"..

15 minit kemudian, azan maghrib mula berkumandang.. "Allahuakbar Allahuakbar", kedengaran suara bilal memecah keheningan malam..

"alamak.. camne ni, kita belum balik lagi, nanti mak aku mesti rotan nie".. luah ku,

suasana kat kawasan bukit tu dh semakin gelap.. hanya sinar mentari samar2 yg hampir tenggelam di ufuk senja sahaja kelihatan..

kami pun tanpa berlengah, terus akur untuk pulang ke rumah masing2..

sedang berjalan tu, tiba-tiba kaki Lens tersadung sesuatu.. dan 'bedebubb'.. Lens terlanggar busut sarang lebah rupanya..

beliau lalu terjatuh ke dalam semak.. serentak dgn itu jugak, maka berpuluh-puluh ekor lebah mula mengerumuni & menyengat kami berlima..

tolong!! tolong!! pekik kami..

sambil berlari, kami meraung & menjerit kesakitan.. aduh!! sakittttt..
sekuat hati kami lari, tak cukup tanah dibuatnya..

nasib kami baik.. akhirnya kami berjaya terjun ke dalam sebuah kolam ikan..
kalau tidak, mungkin lebih parah lagi jadinya..

sekadar bengkak2 sikit kat tangan, kaki & badan jer..

dalam ramai2 yg kena sengat tu, aku lah yg paling teruk.. sampai bengkak kat mata..

hari esoknya aku tak pergi sekolah.. dapat MC, doktor bagi cuti sakit 3 hari..
manakan tidak.. dah sepet mataku, terkebil-kebil.. jadilah aku si'mata sepet' selama seminggu tu.. kihh kihh!!

begitulah ceritanya, yg nk aku 'share' kat korang.. amacam, sadis takk..??

ooi!! sakit woo kena sengat lebah nie.. jangan main-main.. hanya sekadar peringatan dari ku..

(moral of the story : jangan balik rumah senja-senja, kan dah kena sengat barulah terkinja-kinja)

thats all brother & sister..

check the diskografie now..
times up...



1987 - kembali

















1988 - anak liar




















1989 - boneka pentas

















1990 - khudrat
(info album : ini bukannya line-up band sofea, tapi band syj baru)














1992 - mimpi dan airmata
(info album : line-up kali ini adalah campuran antara band sofea & syj baru)















info cover : credit to mastercomp, berteromber, affandkoto, boul87

6 comments:

  1. lajunye kau update blog.. aku baru khatam pasal ilmu menundukkan anjing anjing liar.
    yang ni aku baca besok.

    ReplyDelete
  2. mesti laa laju deaf.. nak bersaing dgn otai-otai blogger kita.. kihh kihh..!! yusrina bergerak maju ke depan.. hahh hahh..!!

    ReplyDelete
  3. Aku tk sempat nk bace entri ko yg sebelum ni.. pelan2 kayuh bro.. kang jatuh dsengat lebah lg hehe..
    Sofea ni klu sape tk minat sah la mcm tak rock hehe.. ni band mmg layak mendapat title legend rock.. xda band mcm ni d mase itu.. antara band heavy metal pencetus ni.. tp kn dorg terpaksa ikut kehendak pasaran dn label.. then dari album ke album tuka konsep.. akhirnya album boneka pentas kurg mendapat sambutan.. then senyap.. agknye peminat mereka yg true dh abaikan mereka ni.. hahaha tp aku mmg layan sume album sofea ni.. sume pun bleh masuk.. the best album jiwang ialah mimpi dn airmata hehe

    ReplyDelete
  4. info : album SYJ - khudrat (vokal Allang)
    album Sofea - mimpi & airmata (vokal Zan).. kalau kaemm reutn nak tahu.. Allang & Zan adalah individu yg sama.. itu pasal suara vokal dlm kedua-dua album tu bunyi macam comel je.. macam comel je.. hihh hihh

    ReplyDelete
  5. Pernah terbaca tagline "Kerana S.Y.J. (SOFEA) la, gua minat & jadi Mat Rock"
    To blogger otai ada info tentang brader Zam S.Y.J. tak?


    ReplyDelete
  6. thanx pd mr.silverian krn sudi singgah.. join la followers kat blog gua nie.. berkenaan dgn saudara Zam SYJ tu.. info terkini yg gua dapat.. beliau telah meninggalkan lapangan seni ini sejak dulu lagi.. katanya ingin menumpukan sepenuh perhatian pd family & kerjaya.. apa-apa pun gua tabik pd bro Zam.. cayalah bro

    ReplyDelete