Music Player

Thursday, March 24, 2016

Discography Ella


Ella merupakan satu nama besar dalam arena rock di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia. Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin mula terlibat dalam muzik rock pada awal tahun 80an. Ella pada mulanya terlibat sebagai penyanyi di kelab malam di sekitar Lembah Kelang pada tahun 1985.

Semasa menyanyi di kelab malam, Ella bertemu kumpulan The Boys yang pada ketika itu turut bermain di kelab malam. The Boys kemudian memilih Ella sebagai penyanyi utama mereka. Mereka bermula di kelab-kelab malam pada ketika itu. Anggota The Boys adalah Lord (ketua kumpulan - gitaris), Ayie (bass), Mie (drum) & Satiman (keyboard).

Pada tahun 1985 juga Box Office milik Ali Bakar mencari kumpulan-kumpulan rock baru untuk terlibat dalam siri album Battle of The Bands I anjuran Box Office yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Warnada. Siri konsert bergerak Battle of The Bands turut dianjurkan di seluruh Malaysia pada tahun yang sama. Konsert Battle of The Bands mula menjadi kegilaan peminat muzik rock pada ketika itu dengan mendapat sambutan yang hebat pada setiap konsert. Selain Ella & The Boys kumpulan-kumpulan lain yang menyertai siri album Battle of The Bands adalah Lefthanded, Rahim Maarof & Whitesteel, S.Y.J & Bloodshed.

Album Battle of The Bands dan siri Konsert Battle of The Bands menjadi pencetus era muzik rock pada ketika itu. Pada waktu yang sama kumpulan Search turut muncul dengan album pertama mereka Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985.

Selepas kejayaan Battle of The Bands I, Ella & The Boys muncul dengan album Battle of The Bands II pada tahun 1986. Ella & Boys popular dengan lagu Cinta Berakhir & Dua Insan Bercinta melalui album Battle of The Bands. Ella & The Boys pada ketika itu selain dari Ella sebagai vokalis turut dianggotai Lord (gitar utama / ketua kumpulan), Ayie (bass), Mie (drum) dan Satiman (keyboard).

Kumpulan Ella & The Boys turut popular semasa konsert Battle of The Bands dengan aksi-aksi seperti pemain gitar utama menghempas gitar semasa konsert. Kumpulan rock pada ketika itu dipandang negatif disebabkan kegilaan peminat semasa konsert dan dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Selepas kejayaan album Battle of The Bands I & II, Ella & The Boys muncul dengan album pertama penuh mereka pada tahun 1986, Ella & The Boys I keluaran Warnada. Menerusi album tersebut lagu-lagu popular mereka adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir, Hanya Secebis Jawapan & Orang Tuamu.


Pada tahun 1987, Ella & The Boys muncul dengan album kedua mereka yng berjudul Anak Merdeka. Antara lagu hits dari album Anak Merdeka adalah Catatan Tika Rindu, Menanti Musim Berbunga & Tak Lagi Kesunyian. Selepas album Anak Merdeka, Ella telah keluar dari The Boys.

Selepas album Anak Merdeka, Ella telah keluar dari kumpulan The Boys. Ella kemudian dilamar oleh syarikat rakaman WEA (Warner Music). Pada tahun 1988, Ella muncul dengan album sulungnya yang diberi judul Pengemis Cinta. Album keluaran syarikat WEA (Warner Music) itu diterbitkan oleh Ramli Sarip. Ramli Sarip juga turut mencipta lagu dan terlibat dalam susunan muzik album Pengemis Cinta.

Album Pengemis Cinta mendapat sambutan hebat dari peminat dan terjual melebihi 100,000 unit yang melayakkan Ella menerima cakera platinum berkembar. Lagu-lagu hits dari album Pengemis Cinta adalah Pengemis Cinta, Misteri Seorang Kekasih, Kemudian, Permata Biru. Album Pengemis Cinta turut menaikkan nama Ella dalam industri muzik. Ella turut mengadakan konsert bergerak dengan diiringi pemuzik undangan dan menyertai konsert besar seperti Konsert Kotaraya bersama kumpulan rock lain seperti M.A.Y, Wings, Sofea di Stadium Negara pada tahun 1989. Pada tahun yang sama juga Ella turut terlibat dalam Konsert Seni & Suara bersama Ramli Sarip & Kumpulan Lefthanded di Stadium Negara.

Album kedua Ella, Puteri Kota diterbitkan pada tahun 1989. Puteri Kota masih mengekalkan Ramli Sarip sebagai penerbit dan masih di bawah Syarikat WEA (Warner Music). Album yang masih mengekalkan konsep yang sama seperti album Pengemis Cinta tersebut menampilkan lagu seperti Tiada Tangis Lagi, Sangkar Kerinduan, Kembara Kita dll. Album tersebut turut mendapat sambutan baik dari peminat dan berjaya menerima platinum. Ella juga aktif mengadakan konsert bergerak seperti siri Konsert Kotaraya & Konsert Seni & Suara.

Pada tahun 1990, Ella muncul dengan album ketiganya, Identiti. Lagu hits dari album Identiti seperti Cinta Selembut Sutera, Diperlumbaan Ini, Kasih dan Sepi Sekuntum Mawar Merah. Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah turut menjuarai beberapa carta muzik seperti Pujaan 10 dan berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1991. Album tersebut juga berjaya melonjakkan Ella selaku penyanyi rock wanita terbaik. Pada tahun 1990 juga Ella mula terlibat dalam konsert tajaan Salem yang diberi judul Konsert Evolusi Salem bersama kumpulan Search & Wings. Konsert Evolusi Salem diadakan disemua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak dan Singapura.


Ella seterusnya muncul dengan album kolaborasi bersama penyanyi rock dari Indonesia, Deddy Dores dalam album Mendung Tak Bererti Hujan. Album tersebut untuk tujuan dipasarkan di Malaysia dan Indonesia.

Ella turut muncul dengan album video pertama beliau yang diberi judul Ella Mood pada tahun 1991. Pada tahun 1992 Ella telah menyertai syarikat rakaman EMI dan muncul dengan album kompilasi lagu-lagu Ella yang diberi judul Unggul pada 1992. Ella kemudian muncul dengan album solo keempat yang diberi judul 30110 bersama EMI pada tahun 1992. Lagu-lagu hits dari album 30110 adalah Sembilu, Layar Impian & Kabus & Sirna. Album 30110 diterbitkan oleh Man Kidal & M Nasir.

Selepas album 30110 satu siri konsert berskala besar yang diberi judul Konsert 30110 diadakan. Konsert 30110 menjelajah seluruh bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak & Singapura.

Pada tahun 1992, Ella turut muncul dengan album koleksi lagu-lagu terbaik yang diberi judul Kesal. Pada tahun 1993 Ella terus aktif mengadakan konsert bergerak tajaan Salem. Ella turut muncul dengan album koleksi yang diberi judul 100% Remix yang mengandungi lagu-lagu popular Ella dari album terdahulu.

Ella muncul dengan album solo kelima yang diberi judul Ella USA. Album yang dirakam di USA tersebut merupakan album penyanyi wanita solo yang terlaris. Album Ella USA berjaya dijual melebihi 350,000 unit. Album yang diterbitkan oleh Kyoji Yamamoto bersama Ella mengandungi lagu-lagu hits seperti Mungkin, Menanti, Penawar, Nuri, P.P.P dan banyak lagi lagu hits.

Itu sahaja untuk sessi pengenalan bersama Ella.


Sekarang kita ke sudut mari bercerita la pulak..

masih ku ingat lagi, sekitar zaman lewat 80an.. ketika itu demam 'battle of the band' (BOTB)
melanda ke seluruh pelusuk tanahair..
dari yang tua, muda, belia, remaja dan juga kanak2 turut terkena tempias mania BOTB..

termasuklah aku..

bukan aje kaset dan piring hitam aku beli, malahan sehingga ke konsert pun aku sanggup redah.. minatnya sungguh aku pada BOTB..
band2 idola ku masa tu..
SYJ, Bloodshed & Lefthanded.. esspecially, Ella & The Boys (gua minat habiss kat Ella,
walaupun Ella dh kahwin sekarang.. hihhhihhh)..

dan pada satu malam yang penuh bersejarah tu.. setelah sekian lama BOTB tour
bergerak hampir ke serata negeri..
kini tibalah masanya BOTB menjejakkan kaki ke negeri cik siti wan kembang pula..
(Kelantan Darul Naim)

apa lagi, awal2 aku dah book tiket.. tiket 10 ringgit (berdiri kat depan pentas..
bolehlah banging heeh heeeh)

show BOTB dijadualkan bermula jam 8:30 malam, lepas je solat maghrib..
aku bersama 2 orang kawan (zul & nasir) mula beratur kat gate pintu masuk
stadium sultan muhammad IV..

terlalu excited sangat kami malam tu..
siap nyanyi2 lagi.. lagu tema BOTB (lanun cetak rompak).. aku perasan, ada la
4-5 orang kutu berahak duk asyik pandang kat kami je..
dengki la tu kott.. kami selamba je, buat muka seposen..

pada mulanya orang tak la ramai lagi.. hampir jam 8 malam tu, berduyun-duyun pulak mari..
ada yang siap berkepit dengan awek masing2..
kami bertiga je takde awek.. masih lagi single.. maklumlah sekolah menengah pun belum habis lagi.. pelajaran mesti diutamakan kann..


kemudian pintu gate mula dibuka pada public.. mak datok, bertolak-tolak, bersesak
lagi berhimpit keadaannya saat tu..
bayangkan puluhan ribuan manusia menerjah nak masuk ke pintu gate stadium yang sempit tu..
tengah kami berasak dan merempuh satu sama lain tu..

tiba2 nasir kawanku terjatuh.. aduhh!! tolong!! keluh nasir..
aku & zul cuba nak menyelamatkan beliau dari terpijak dek orang ramai..
dan zul akhirnya berjaya mencapai tangan nasir, lalu menarik keluar ke zon yang selamat..

dengan tak semena-mena.. bubbb!! ada mamat mana pulak, yang entah dari mana datangnya
menolak aku, sehinggakan aku hampir tersungkur..
namun ku gagahi juga untuk berdiri melawan arus manusia yg sedang mengganas tu..

tapi apakan daya, kudrat ku tak mampu nak melawan badai manusia yang tengah histeria tu..
nafas ku semakin sesak tercungap, dada ku bertambah senak..
dan pandangan mata ku mula menjadi kabur, kelam seketika.. celik kejap dan
akhirnya terus gelap gelita.. apa yang berlaku..?

dan bila aku sedar.. rupa2nya aku sedang baring atas katil, kat hospital besar KB..
kat sebelah katil, kiri & kanan.. ada mak & ayah.. di hujung katil pula, aku nampak kawan aku
si nasir & si zul tersenyum simpul..
kata mak, aku pengsan tadi.. dan nasib baiklah zul & nasir selamatkan aku.. jika tidak..
tak taulah nasibku macamana..!!

huhhh !! konsert BOTB kemana.. aku pulak yang kemana..!!

melepasss gitu je.. (Ella.. Ella.. tak dapek eden nak nengok ekau nyanyi secara live..
hmmm!! dapek nengok kat dlm t.v pun jadilahh)

tapi syukur Alhamdulillah.. aku masih panjang umur..

(moral of the story : jangan bersesak-sesak di tempat awam, buruk padahnya)

ok bro & sis.. seperti biasa.. jom layan the diskografie :-
zuupppppppppp !!!!



1987 - ella & the boys
















1988 - anak merdeka









1989 - pengemis cinta















1990 - identity














1991 - puteri kota












1992 - 30110




























1992 - kesal (kompilasi)












1993 - ella 100% remix







1993 - dua insan bercinta (remix)





















1993 - unggul (remix)












1994 - u.s.a


































1995 - ella 8494
















1996 - demi









1997 - reflexi












1997 - el



































1998 - standing in the eyes of the world






2000 - diva metal








2001 - ilham bicara





























2002 - puteri rock (kompilasi)










2003 - simbiosis












2005 - ratu rock
















2005 - a journey beyond














2007 - kasih







2007 - rama rama















2009 - the greatest hits





















info cover : credit to ella's gang, mastercomp, shahmyra, shamaziz

6 comments:

  1. memang pun.. ella punya pasal laa nie.. kihh kihh

    ReplyDelete
  2. sy pun peminat no 1 ella..skrg kalau ella buat show tak pernah pegi ke?
    -zila-

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he.. sekarang ni, andaikata masih ada lagi live concert ella.. mungkin tak pergi kot.. tengok keadaan gitu..

      Delete
  3. Salam Muzik Nusantara & Salam Sejahtera…..Salam kenal dari INDONESIA

    Single REGI WEKING (Ex-Vocalist Kumpulan HeavyMetal “GARUDA FORCE”)
    yg berirama SLOW ROCK KAPAK/ LELEH aLa MALAYSIA era 80-90an berjudul “KAU YANG SATU”
    Sila dengar , tonton, & download di :
    • https://www.youtube.com/watch?v=WYDOPSr1gUA
    • https://itunes.apple.com/id/album/kasih-jangan-menangis-ep/id1081328374
    Terimakasih,
    Salam,
    REGI WEKING ,
    Mobile Phone/WhatsApp = +62 8129741561
    Facebook= https://www.facebook.com/regiweking
    Facebook= https://www.facebook.com/REGI-Weking-172171782835509 (FB Page)
    Twitter= https://www.twitter.com/regiweking
    Soundcloud= https://www.soundcloud.com/regiweking
    Reverbnation= https://www.reverbnation.com/regiweking
    Youtube= https://www.youtube.com/user/regiweking
    SMULE= https://www.smule.com/regiweking1
    Instagram= regiweking
    Skype= regiweking
    E-mail= regiweking@gmail.com
    Website= http://about.me/regiweking
    #KauYangSatu
    #REGIWEKING

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx bro...sudi singgah sini yaa... sukses lorr

      Delete