Music Player

Wednesday, February 5, 2020

Discography Sweet September


'Duit tak ada'

'Tapi hati ingin kahwin'

'Apa daya ku'

'Woohh woohh kawan..'

Dulu²nya lirik yang bersahaja tapi penuh bermakna yang pernah terkenal suatu ketika dengan judul lagunya “Nak Kahwin Duit Tak Ada” oleh kumpulan Sweet September. Sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dari pemuda² bukan melayu (kecuali pemain dramnya).


Ditubuhkan pada September 1974 dengan rentak New Wave dan suara Falsetto. Mereka juga adalah pelopor yang berkonsepkan sebegini dimana mereka berjaya menempah nama dalam industri muzik tanahair sewaktu itu.

(dari kiri ke kanan - Dean, Ignatius, Antonio, Ronnie & Adrian)

Dianggotai oleh lima ahli kumpulan iaitu :

Adrian James – Bass dan Vokal
Antonio Vincent – Vokal Utama
Dean Yusoff – Drummer
Ignatius James – Keyboard dan Vokal
Ronnie Ng Liang Seng – Lead Gitar


Kalau ada yang tidak pernah tahu atau dengar akan nama, Adrian James, pasti lagu ‘Hatiku Kau Guris Luka’ pernah singgah di halwa telinga anda. Vokal gemersik halus ala-ala suara wanita sememangnya begitu syahdu dalam mengalunkan irama & lagu yang begitu unik adalah milik pemain Bass untuk kumpulan Sweet September ini.


Manakala Antonio Manickvasagam Surendran Vincent (1 Disember 1952 – 18 Januari 2011), juga lebih dikenali sebagai Antonio Vincent, adalah vokalis utama, penulis lirik dan juga merupakan ketua kumpulan Sweet September di Malaysia.


Cukup dikenali sebagai tunjang utama (mastermind) bagi kumpulan Sweet September yang muncul di kaca TV serta merekodkan album pada era 80an. Antonio juga lebih popular melalui lagu “Gaji”, “Nak Kahwin Duit Tak Ada” dan juga “P. Ramlee Medley”.


Sementara itu, Ignatius James (pemain keyboard Sweet September) pun turut menyumbangkan suara dalam album2 mereka. Malah beliau jua pernah berduet dengan biduanita terkenal Sharifah Aini, untuk 2 lagu duet yang berjodol 'Kau Datang' dan 'Kirimkan Kasihmu'. Dan lagu2 malar segar tersebut boleh didapati pada album Sharifah Aini terbitan tahun 1983 (Irama Dari Sekeping Hati).


Sebenarnya maklumat tentang band Sweet September ini tersangatlah terhad di carian laman² sesawang. Cuma yang diketahui Album sulungnya berjudul 'Oooo! Manisnya' dan seterusnya mereka telah pun menerbitkan sebanyak 4 buah album keseluruhannya.


Antara mereka yang pernah merakamkan kembali, dan memberi nafas baru serta membawa lagu² dari Sweet September ini adalah seperti Kumpulan Lestari, Kelembai Band, Silah Kilauan Emas Otai & juga Salih Yaacob. Lagu-lagu saduran pilihan mereka dengan cara yang tersendiri, boleh mengembalikan semula satu kenang-kenangan buat peminat² Sweet September.


Dan kini, Sweet September hanyalah tinggal satu nama buat peminat2 serta pembaca² semua kerana 3 dari anggota Sweet September telah tiada lagi didunia ini buat selama lamanya. Mereka yang telah pergi adalah :-

Adrian James - R.I.P. (1996)
Ronnie Ng - R.I.P. (2009)
Antonio Vincent - R.I.P. (2011)


Manakala 2 lagi ahli kumpulan Sweet September yang masih hidup, sudah tidak seaktif dahulu lagi, kemungkinan mereka sudah bersara dari dunia muzik dan juga seni. Kalau ada pun persembahan mereka sekali sekala itu, hanyalah sekadar hobi atau suka2 sahaja, demi memenuhi permintaan dan juga kehendak peminat.

Salam Takziah diucapkan buat kesemua keluarga & anggota Sweet September ini dengan ucapan “Makin DiKenang Makin Berulang, Makin DiUlang Makin Sayang. Salam Kasih Dari Peminat² Sweet September”....


Begitulah serba sedikit tentang kisah Sweet September ini. Andai ada salah & silap dari maklumat serta info tentang kisah kumpulan Sweet September ini, saya memohon ampun & maaf dan dipersilakan untuk betulkan kembali. Ia hanyalah secebis kisah dari carian dilaman² sesawang alam maya ini lalu dikutip untuk menjadi satu pengembaraan dalam penulisan nostalgia penceritaan yang menjadi satu kenangan masa dulu².

Sekian.

Diskografi :-

OOOOO...MANISNYA (1982)










EMMMM...MANIS LAGI! (1983)

 








MANIS SELALU (1984)



 

 




MANIS DI BIBIR (1986)








[info cover : credit to pak mail (akubudakpenang) & rahmat (mat4nira)]

1 comment:

  1. Penyanyi Hatiku Kau Guris Luka ialah Ignatius James dan bukan Antonio Vincent. Antonio Vincent memang penyanyi utama, dia menyanyi lagu seperti 'gaji' dan 'nak kawin duit tak ada'.

    ReplyDelete