Music Player

Tuesday, November 1, 2016

Discography Sharifah Aini

Entri pada kali ini, Yusrina buatkan khas untuk Encik Ramli Ahmad (Rakan di GooglePlus). Beliau berhajat untuk membaca akan kisah-kisah Sharifah Aini dan memohon agar dapat diterbitkan Diskografi ini. Jadi Yusrina tidak akan menghampakan permintaan beliau itu. Dan semoga Encik Ramli Ahmad berpuashati dengan entri ini hendaknya.


Dato' Sharifah Aini binti Syed Jaafar adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai 'Biduanita Negara'. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) 1968 dengan mendendangkan lagu 'Tiga Malam'.

Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut-turut selain M Nasir, Anita Sarawak, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah dan juga Noraniza Idris.


Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah mula terkenal di pelusuk Johor.


Selain aktif dalam bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih-muih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat sekitar bandar Johor Bahru. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Dimana, Sharifah Aini sering diundang untuk menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah, setiap kali sesuatu acara diadakan.

Sharifah bukan sahaja sering diundang untuk menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sesebuah majlis tertentu di sekolah tersebut. Selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majlis anjuran sekolah, Sharifah juga turut menjadi artis jemputan di majlis perkahwinan, majlis harijadi dan juga majlis perasmian tertentu.


Setelah menamatkan pengajian hingga Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya akur untuk terjun ke bidang nyanyian kerana itulah cara terbaik bagi meringankan beban datuknya, demi menyara hidup mereka sekeluarga yang ketika itu amat susah (faktor kemiskinan).

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan menyampaikan lagu berjudul 'Tiga Malam' dan sekaligus telah dinobatkan sebagai 'Juara Bintang RTS' bagi tahun 1968.

Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album EP pertamanya yang berjudul 'Seri Dewi Malam' telah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh peminat ketika itu. Demi mengembangkan karier seni beliau, Sharifah Aini bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, tetapi beliau juga turut bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.


Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 buah album, termasuk 7 album Bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah nama beliau juga tersohor sehingga ke beberapa negara serantau Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan juga Indonesia.

Lagu 'Seri Dewi Malam' telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah Aini semakin menyerlah apabila beliau telah diasah dan digilap oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab begitu berkesan kepada industri muzik dan juga kepada semua peminat Sharifah Aini.


Berikut adalah antara lagu-lagu popular Sharifah Aini :-

Seiring & Sejalan - duet bersama Broery Marantika
Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika
Hapuslah Air Matamu
Maafkanlah
Hatiku Melekat Di Hatimu
Ingatan Manis Di Bulan September
Jatuh Cinta
Kau Tinggi Di Awan Biru
Hiburkanlah Hatiku
Kau Pergi Tanpa Pesan
Kau Racun Hidupku
Seri Dewi Malam
Kau Yang Bernama
Yang Sangat Ku Sayang
Kekasih Pujaan
Keresahan
Putus Kasih
Oh Di Mana
Di Pinggir Kayangan
Pantun Kasih
Kudaku Lari
Sumber Ilham Seniku
Cemburu
Kisah Yang Lalu
Terbang Helang


Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu iaitu dalam tahun 70an, Sharifah adalah antara artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga pernah merangkul gelaran yang sama adalah Anita Sarawak dan juga Uji Rashid.

Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik cara mereka berdua, baik dari segi pakaian mahupun juga penampilan. Namun begitu, Sharifah Aini tetap gah mempertahankan keunggulannya selaku Diva Popular, dengan berbekalkan suaranya yang merdu lagi mantap itu. Beliau juga turut dikenali sebagai ikon kepada masyarakat melayu Malaysia sehinggalah kini.


Di era 70an juga, artis-artis yang sering menjadi penghias muka depan majalah popular, kebanyakannya adalah artis wanita yang terkenal & berbakat. Antara artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah adalah seperti, Sharifah Aini, Anita Sarawak dan Uji Rashid. Tiga artis wanita tersohor ini merupakan antara artis paling laris dan top di zaman itu. Maka tidak hairanlah jika majalah-majalah popular seperti URTV & Varia Pop, sering berlumba-lumba dalam usaha untuk melobi mereka bertiga ini.


Pada tahun 1976, Sharifah Aini telah berkolaborasi dengan Artis No.1 Indonesia, Broery Marantika. Lagu duet mereka, iaitu 'Seiring & Sejalan' (dipetik dari filem 'Hapuslah Airmatamu') telah menjadi siulan para peminat di Malaysia dan juga Indonesia. Sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air.


Buat pengetahuan umum, selain dari menyanyi Sharifah Aini juga begitu berbakat dalam bidang lakonan. Ini terbukti melalui filem-filem lakonan beliau yang berjaya pecah panggung (boxoffice) sedikit masa dahulu. Dan selalunya Sharifah Aini akan bergandingan dengan hero pujaan ramai, Latiff Ibrahim. Ini kerana, pasangan sejoli ini dikatakan amat serasi di layar perak sebagai hero & heroin.



Berikut adalah filem-filem popular lakonan Sharifah Aini :-

1976 - Hapuslah Airmatamu

1980 - Sumber Ilhamku

1981 - Bintang Pujaan

(Sedikit fakta menarik : ketiga-tiga filem di atas adalah merupakan gandingan bersama, Sharifah Aini & Latiff Ibrahim.)


Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga ada menerima pelbagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor Malaysia, Dolly Parton Malaysia, Sparkles Diamond Of EMI Malaysia, Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album di ketika itu.


Dalam tahun 1981, satu peristiwa bersejarah telah tercetus, iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun perkahwinan mereka cuma bertahan selama setahun sahaja, iaitu selepas Sharifah selamat melahirkan anak tunggalnya, Aliff. Perceraian berlaku kerana Sharifah Aini telah mendapat tahu bahawa suaminya (Ali Bakar), ada mempunyai seorang isteri lain sebelum menikahinya dahulu. - (Gossip 1)


Setelah beliau bercerai dengan suaminya yang pertama, Sharifah Aini telah berkahwin lagi sekali, dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Tapi malangnya, perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah Aini ini juga gagal untuk bertahan. Akhirnya Sharifah Aini telah sah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992. - (Gossip 2)

Persoalannya, adakah kedua-dua Gossip di atas ini benar..?


Berikut adalah kenyataan rasmi yang pernah dikeluarkan oleh Sharifah Aini, berkenaan kemelut yang melanda rumahtangga beliau selama ini (dipetik dari Facebook FanClub Sharifah Aini) :-

"Perkahwinan pertama saya gagal kerana ia tidak direstui oleh keluarga, keruntuhan perkahwinan kedua pula adalah kerana saya terlalu beralah dan ini sebenarnya merupakan kesilapan saya. Sebab saya terlalu sayangkan dia, dan saya tidak mahu menimbulkan sebarang masalah pada dirinya. Saya tidak menuntut." luah Sharifah Aini.

"Selepas 5 tahun berkahwin barulah saya mendapat tahu bahawa saya bukannya isteri kedua. Tetapi sebenarnya, saya merupakan isterinya yang ketiga." ujar Sharifah Aini lagi.

"Saya tak kisah, tidak dapat keluar dengan suami saya pun, suami saya tidak pernah bersama untuk menyaksikan saya menyanyi, dan saya juga tidak ambil kisah samada dia balik ke rumah atau pun tidak. Saya fikir perkahwinan kedua itu berakhir, kerana kegagalan saya untuk menegakkan hak saya sebagai seorang isteri." tambah Sharifah Aini lagi sebagai mengakhiri kenyataannya.


Mungkin ramai dari kita tidak mengetahui bahawa Sharifah Aini juga amat berbakat dalam bidang penulisan. Semuanya terjawab dalam tahun 2005, apabila beliau telah menerbitkan sebuah novel.

Dan novel tersebut berjudul '55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying'. Ia mengisahkan tentang segala dugaan, ranjau, onak duri dan cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni.

Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di Malaysia, malah ia juga turut dijual di beberapa negara Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong dan juga Jepun. Beberapa lagi novel lain yang juga ada membabitkan nama Sharifah Aini, adalah seperti novel 'Biografi Tokoh Wanita Malaysia', 'The Malaysian Peak' dan 'A tribute To A Woman In Malaysia'.


Selain dari menyanyi, berlakon dan menulis novel, Sharifah Aini juga turut menjalankan perniagaan. Dimana beliau telah menubuhkan sebuah syarikatnya sendiri iaitu 'Pods & Petals Giftlab', dengan dibantu oleh anaknya Aliff.


Pada tahun 2003, Sharifah Aini telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu "Konsert Simfoni Ghazal". Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga turut dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket habis laris dijual.

Sebelum ini, Sharifah aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan juga Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat sahaja. Sambutan yang diterima begitu meriah dan kesemua penjualan tiket juga laris terjual.


Sharifah Aini pernah mencatatkan sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert "Muzika Arabia" di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut, pada sedikit masa dahulu. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik para audience & penonton yang begitu ramai, baik dari dalam dan juga luar negara.

Ia sekaligus telah menjadikan Sharifah Aini sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan, untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Dan sebagai penghargaannya, beliau telah diberikan gelaran 'Permata Negara' oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.


Setelah sekian lama berusaha keras & gigih dalam memperjuangkan irama bidang seni ini, maka segala usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya telah diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Kemuncaknya, Sharifah Aini telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara, sekaligus meletakkan dirinya ke tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular Asia yang lain.

Antara anugerah yang pernah diterima beliau ialah seperti berikut :-

1) Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa '72-'77)
2) Anugerah Penghibur Wanita Popular '70-'76 & '79 (Papita)
3) Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu - FFAP '77)
4) Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik '00)
5) Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (D.K. Sultanah Kedah)
6) Anugerah Emas Era (Anugerah Era '02)
7) Anugerah Khas Bintang Popular (ABPBH '03)
8) Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi '06)

Dan pada tahun 2003 juga, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa kepada gelaran Datuk oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail diatas sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.


Datuk Sharifah Aini adalah sesatunya artis Malaysia yang menerima gelaran Biduanita Negara, sesudah Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya akan diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, masyarakat dan juga membawa nama negara hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini, setelah sudah sekian lamanya gelaran istimewa ini digunapakai oleh Saloma.


Takdir telah menentukan segalanya. Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada tanggal 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, akibat komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis) di usia 61 tahun.

Allahyarhamah telah pun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014 sebelum itu. Tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Dan jenazahnya telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail selepas solat Subuh dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor pada hari yang sama.


Al-Fatihah buat Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini,
(2 Julai 1953 - 5 Julai 2014)

Sekian sahaja untuk kali ini.

Seperti biasa, mari kita soroti perjalanan diskografi biduanita ini..
Jom semua..



1970 - Seri Dewi Malam (EP)





1970 - Kekaseh Pujaan (EP)





1971 - Aku Dan Dia (EP)





1972 - Perasaanku (EP)





1972 - Pahit Manis (EP)





1972 - Jangan Tinggalkan Daku (EP)





1972 - Dari Hati Ke Hati





1973 - Sharifah Aini (EP)





1973 - Dia Terlupa (EP)





1973 - Kenanglah Daku





1973 - Sharifah Aini & M.Sani (EP)





1974 - Kau Telah Disampingku (EP)





1974 - Jangan Putarkan Lagumu (EP)





1974 - Cahaya Keinsafan





1974 - Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (EP)





1975 - Manis Manis (EP)





1975 - Irama Cintaku





1975 - Permintaan Terakhir (EP)





1976 - Hapuslah Air Matamu (OST)





1976 - Sharifah Aini





1977 - Sharifah Aini (EP)





1977 - Inilah Laguku





1977 - Forever And Ever





1978 - Inilah Laguku 2





1979 - Lela Manja (feat Hamzah Dolmat)





1979 - Inilah Laguku 3





1979 - Women In Love





1980 - Sumber Ilhamku (OST)





1980 - Lagu-Lagu Pujaan (10 tahun - Kompilasi)





1980 - Just For You





1980 - Malam





1981 - Rasa Sayang (Feeling Of Love)





1981 - Harum Dalam Kenangan





1982 - Rahsia Hati





1983 - Irama Dari Sekeping Hati





1984 - Suara Kedamaian





1984 - He is Beautiful To Me





1984 - Cahayaku





1985 - Dari Masa Hingga Masa 1 & 2 (Kompilasi)





1986 - Kau Yang Bernama





1987 - Kasih





1988 - Sharifah Aini





1994 - Sharifah Aini





1995 - Seraut Wajah Semerdu Suara (Album Live)





1996 - Selamanya





1996 - Pilihan Klasik Aidilfitri





1997 - Nostalgia Aidilfitri





1998 - Yayadan





1998 - Dewi Sukma (Aini & Uji) Kompilasi





1999 - Takkan Melayu Hilang Dunia





1999 - Seri Dewi (Kompilasi)





1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf





2000 - Seribu Mawar





2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal (Album Raya)





2001 - Alunan Sukma (Sudirman & Sharifah Aini - Album Khas Tradisional)





2002 - Seri Dewi Malam : A Love Story (Kompilasi)





2003 - Syahdu





2003 - Syawal 1424





2005 - Bukan Cinta Biasa





2006 - Timeless (4 in 1 Album)




(Info Cover : Credit to Shahmyra, AkubudakPenang, PCkokak, Carmahlms)

20 comments:

  1. Terima kasih banyak banyak yang amat sangat kat u macam bermimpi aje pagi ini 2/11 bagai kan lagu November dendangan sharifah aini...i nak up kan kat group i Selama lamanya SHARIFAH AINI ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. lagu November dendangan Sharifah Aini tu memang berhantu yer encik ramli..

      btw.. join la followers kat atas tu encik ramli.. bagi sokongan kpd blog yusrina ni.. huhuh.. encik ramli followers yg ke-21 tuh

      Delete
  2. Yusrina u boleh add kat i fb Ramli Ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah encik ramli..

      btw.. Kelab Peminat Dato'Sharifah Aini di FB tu, encik ramli yg punya ke..?

      Delete
  3. Bukan yg itu, Selama-Lamanya'SHARIFAH AINI yang i punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh i see.. kalau begitu banyaklah grup-grup sharifah aini kat dlm FB tu yer.. hihih

      Delete
  4. Replies
    1. sebutir bintang yang tidak mungkin akan ada pengganti sepertinya lagi..

      Delete
  5. aku cuma nak cakap yang budak-budak dulu aku pernah duduk berjiran dengan Dato' Sharifah Aini ni...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. sound's great !
      untunglah berteromber, pernah berjiran dgn biduanita pujaan ramai nih.. haah haah

      Delete
  6. Aku kagum cammana dia besarkan anak dia si Alif tu. Apa bahasa dia guna kat rumah, apa contoh dia buat depan anak dia, tone of voice dia, cammana dia tegur, aku kagum

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la deaf.. kehidupan arwah ni sebagai ibu tunggal, pasti dipenuhi dgn onak ranjau nya, tp saya salute dan tabik kpd Sharifah Aini ni, krn beliau berjaya membesarkan serta mendidik si Aliff tu sehingga menjadi orang yg berguna kpd agama, bangsa & negara.

      Delete
  7. Replies
    1. terimakasih kpd encik sukiman ishak atas sokongan & juga pujian anda..

      btw.. jadilah followers dekat blog yusrina ni (followers yg ke-22 tuh.. hihh hihh)

      Delete
  8. Replies
    1. retro & rock always steady bro..
      btw.. TQ faizal jadi follower kat blog yusrina ni..
      dan saya pun dah follow faizal jugak.. kipidap brother

      Delete
  9. Replies
    1. terbaik jugak untuk anda, duhai brother ku.. tuan Pc Kokak.. huhuh

      Delete
  10. Replies
    1. ye bro adi.. patah tumbuh hilang berganti, tapi biduanita sharifah aini memang tiada penggantinya.. kerana arwah kekal dgn caranya yg tersendiri

      Delete