Music Player

Saturday, November 26, 2016

Updated Bon Jovi

'This House Is Not for Sale' adalah merupakan album studio ke-13 yang diterbitkan oleh band rock popular US, Bon Jovi. Album ini telah dilancarkan pada tarikh 4 November 2016 yang lalu, oleh Labels Island Records.

Ianya juga turut disahkan sebagai album studio pertama Bon Jovi tanpa penglibatan dari bekas gitaris mereka, Richie Sambora. Album ini juga adalah penampilan pertama gitaris baru mereka, Phil X.

Dan ianya juga diakui sebagai album pertama di mana pemain bass, Hugh McDonald telah dikreditkan sebagai ahli rasmi Bon Jovi, setelah sekian lama beliau hanya menjadi ahli tidak rasmi Bon Jovi (sessionist) sejak dari tahun 1994 lagi. Tahniah buat Hugh McDonald, kerana cita-cita beliau untuk menjadi anggota tetap Bon Jovi tertunai sudah.


Senarai track album 'This House Is Not for Sale' adalah seperti berikut :-

01. "This House Is Not for Sale"
02. "Living With the Ghost"
03. "Knockout"  
04. "Labor of Love"  
05. "Born Again Tomorrow"  
06. "Roller Coaster"  
07. "New Year's Day"  
08. "The Devil's in the Temple"  
09. "Scars on This Guitar"  
10. "God Bless This Mess"  
11. "Reunion"  
12. "Come On Up to Our House"


Dan anggota Bon Jovi yang telah menjayakan rakaman ini adalah :-

Jon Bon Jovi        – vokal
David Bryan        – keyboard
Tico Torres        – drum
Hugh McDonald – bass
Phil X                 – gitar

Bagaimana dengan mutu dan juga kualiti album ini ?
Mengikut dari pendengaran dan pengamatan aku, maka bolehlah dirumuskan bahawa album ini agak menarik. Bersesuaian dengan arus peredaran masa Bon Jovi yang nampak semakin matang.

Ditambah pula dengan gaya old-school dari muzik Bon Jovi. Sebenarnya mereka tidak banyak berubah, masih lagi kekal catchy ala Modern Rock seperti di zaman-zaman kegemilangan mereka dahulu. Dan album ini juga selari dengan konsep Album 'Have A Nice Day' (2005).

Dari segi vokal, Jon Bon Jovi tidak perlu dipertikaikan lagi akan kehebatan suara gemersik lunak beliau itu, walaupun usia sudah menjengah ke-54 tahun.

Bercakap mengenai Phil X pula, mainan gitar beliau tidak kurang hebatnya, walaupun tidak setanding dengan Richie Sambora, tetapi pujian harus diberikan jua kepada gitaris baru Bon Jovi ini. Mungkin faktor populariti  & pengalaman yang menjadi jurang pemisah antara mereka berdua.

Dari sudut lagu pula, aku paling berminat pada lagu di track ke-4, 'Labor of Love'. Sebuah lagu berentak mid-tempo 'Rock Ballads' yang dijangkakan bakal meletup sedikit masa nanti. Memang best lagu ini, sekali dengar tak puas.

Lagu self-titled di track pertama 'This House Is Not for Sale', boleh membuatkan kepala anda bergoyang-goyang mengikut alunan rentak muzik yang dikategorikan sebagai Rock N Roll itu.

Cuba dengarkan di track ke-2 pula, melalui lagu 'Living With The Ghost'. Alunan petikan gitar yang cukup melodic dari Phil X, juga dentuman bass yang memukau oleh Hugh McDonald. Apa lagi yang boleh diperkatakan..! Memang tak senang duduk kita dibuatnya.

Lagu di track ke-5 pula, 'Born Again Tomorrow' pun tidak kurang hebatnya, rasa-rasanya lagu ini ada gaya semacam lagu 'Livin' On A Prayer'. Memang syok melayan lagu ini.

Lain-lain lagu pun boleh dikategorikan sebagai sedap, menyelerakan & awesome. Cuma aku malas nak menaip panjang-panjang. Ada baiknya jika anda dengarkan sahaja album ini sendirian.

Jadi kesimpulannya.. Album ini Best, Finger Lickin' Good, Sedap Hingga Menjilat Jari.. (Macam KFC pulak dah.. Hihhh Hihh Hihh)

Yusrina nak kasi bintang 9/10, tak rugi anda membelinya, memang berbaloi (fully recommend)

Apa-apa pun, sekarang jom kita layan cover-cover album ini, ayuh semua..



2016 - This House Is Not for Sale

























































10 comments:

  1. Belum dengar lagi..
    Richie Sambora buat hal terus makin meleret2 dan terus jadi gini lak ceritanya. Bon Jovi ada seorang 2nd guitarist ni kalau main live, patut dejtu pun diserap jadi band member jugak. Anyway, aku belum dengar lagi, tengok video pertama je.. harap bagus wlbum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. richie oooo richie ! macam-macam kerenah kau bikin yer ! haahaa
      btw - album ini memang best deaf, seperti yg telah di review kat atas tuh.. so beli jer album.

      Delete
  2. Dah dengar beberapa lagu...ada yang sedap melodinya...tetapi dari segi susunan muziknya kena terima ini bukan lagi Bon Jovi yang dulu...mereka dah lama berubah...ada Richie ker tidak muzik mereka memang dah lama berubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun susunan muzik diorang dah lama berubah, tetapi bon jovi ini masih tetap mengekalkan lagu-lagu berentak power ballads yang mendayu-dayu, dari dulu sehingga kini.. dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang kebanyakkan dari lagu ballads diorang ini, berhantu (senang cerita best-best belaka daa).
      btw - album ini patut dimiliki oleh para peminat bon jovi, kerana ianya ada 'ummpphh'.. kihh kihh

      Delete
  3. Replies
    1. kalau D'arsil merasa kurang pada bonjovi ni, so.. apa boleh saya buat lagi kan..! kerana ianya mungkin tidak menepati citarasa anda yang lebih dambakan music-music yang berentak hardcore kan..?
      so.. it's up to you bro.. huh huh

      Delete
  4. Aku dah tersuka album ni hehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Portdy dah pun tersuka pada album ini, elok sangatlah tu, kerana aku pun juga turut merasa tersuka jua pun.. hihh hihh

      Delete
  5. Belum dengar lagi, confirm aku tak akan minat macam album lama2..tapi yg pasti, akan ada beberapa lagu ballad yg sedap...

    selingan..wow, sedaplah lagu Motley Crue - Rodeo tu, first time dengar nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh.. jangan kata tak minat lagi bro, nanti bila dah dengar pasti bro akan teruja.. hihihh

      btw..Rodeo tu adalah lagu ballads yang dipetik dari album Girls, Girls, Girls versi japanese edition (unreleased track).. kalau untuk album yang biasa, memang takde pun lagu best ni.. sekadar info.

      Delete