Music Player

Monday, November 7, 2016

Discography Motley Crue


Motley Crüe adalah sebuah band heavy metal Amerika Syarikat yang mula dibentuk di Los Angeles, California pada tahun 1981. Kumpulan ini pada asalnya telah ditubuhkan oleh bassist Nikki Sixx dan drummer Tommy Lee, yang kemudiannya bergabung dengan gitaris Mick Mars dan vokalis Vince Neil. Motley Crüe telah berhasil menjual lebih dari 80 juta unit album ke seluruh dunia, termasuk 25 juta unit di USA sahaja.


Para ahli band ini mempunyai gaya hidup yang agak sosial, terlalu bebas dan bersikap liar. Semua ahli mempunyai reputasi yang buruk, mempunyai banyak masalah dengan undang-undang, menghabiskan masa yang lama di penjara, dek akibat kerana masalah alkohol, penagihan dadah, berpoya-poya dengan perempuan murahan dan juga budaya hidup samseng (kesemua ahli Motley Crue bertatoo di badan).


Motley Crüe dibentuk pada tanggal 17 Januari 1981 ketika bassist Nikki Sixx meninggalkan band lamanya dan mula berlatih dengan drummer Tommy Lee, dengan dibantu oleh vokalis / gitaris Greg Leon. Selama beberapa waktu Greg Leon akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri dari band ini.

Sixx dan Lee kemudiannya mula mencari ahli baru, dan akhirnya mereka bertemu dengan pemain gitar Mick Mars melalui satu sessi uji bakat yang diadakan. Sementara Lee pula telah mengajak rakan baiknya 'Vince Neil' untuk menyertai band mereka, kerana Lee sudah lama mengenali Vince Neil sejak belajar di Royal Oak High School di Covina lagi.


Pada awalnya, Vince Neil menolak untuk menjadi vokalis kepada band ini, tetapi pada bulan april tahun 1981 akhirnya Vince Neil mengambil keputusan untuk bergabung juga dengan band yang diketika itu, masih belum punyai sebarang nama rasmi lagi.

Mick Mars yang mulanya memberi cadangan nama band ini kepada 'Mottley Cru', kerana bersempena dengan band lamanya dahulu, yang mana kebiasaannya para ahli akan dipanggil sebagai kru (crew). Setelah itu ahli-ahli berbincang sesama mereka, dan mereka mula mengubah suai sedikit namanya, menjadi kepada 'Motley Crüe' yang akhirnya kekal digunapakai menjadi nama band ini sehinggalah kini.


Ahli band Motley Crue ini adalah terkenal dengan backstage mereka yang gemar berjenaka, memakai suit pakaian yang agak aneh, kasut bertumit tinggi yang melampau, penyalahgunaan mekap yang agak luarbiasa, dan seolah-olah mereka ini tiada kesudahan / tidak boleh lari dari alkohol, arak, ubat batuk, pil khayal dan juga ganja, walaupun ketika sessi untuk rakaman album mereka sedang dijalankan.

Sementara genre muzik mereka adalah hasil gabungan dari irama heavy metal dan juga glam rock. Motley Crue telah menghasilkan banyak album-album terlaris selama beberapa tahun sekitar era 80an dahulu. Ini termasuklah dengan album 'Shout at the Devil (1983)', 'Theatre of Pain (1985)' dan 'Girls, Girls, Girls (1987)'.


Album debut mereka telah dterbitkan pada bulan November 1981 yang berjudul 'Too Fast For Love'. Album ini berjaya menduduki carta ke 77 di Billboard 200 US, sekaligus melayakkan untuk anugerah platinum disc.

Manakala album ke-2 Motley Crue yang menggunakan tajuk, 'Shout At The Devil' diterbitkan pada bulan September 1983. Logo pentagram pada cover album ke-2 ini telah menimbulkan kontroversi, kerana dikatakan oleh ramai pihak sebagai penyembah syaitan, walhal Motley Crue bukannya sebuah band yang berkonsepkan black metal.


Sementara album ke-3 Motley Crue telah dihasilkan pada bulan Jun 1985, dengan menggunakan 'title' Theatre Of Pain. Album ini adalah antara album Motley Crue yang paling berjaya, dengan menampilkan sebuah lagu berentak power ballads 'Home Sweet Home', sekaligus melonjakkan nama kumpulan ini ke anak tangga ke-6 di carta muzik US & di kedudukan ke-36 di carta muzik UK.


Tema-tema album Motley Crue selalunya ada kaitan dengan cinta dan minat mereka terhadap kenderaan bermotosikal, minuman beralkohol 'whisky' yang memabukkan dan juga kelab-kelab tarian bogel bersama dengan kaum wanita yang mengghairahkan. Ini telah dizahirkan melalui album ke-4 mereka yang berjudul 'Girls, Girls, Girls' (diterbitkan pada bulan Mei 1987).


Album ini begitu sukses dengan kejayaan yang amat memberangsangkan. Manakan tidak, kerana dalam tempoh seminggu sahaja dilancarkan, 'Girls, Girls, Girls' telah mendaki ke anak tangga ke-2 carta muzik Billboard US, dibelakang album Whitney Houston selaku juara carta di tahun 1987 dahulu.

Tidak ketinggalan juga lirik-lirik lagu mereka dalam album ini, turut menceritakan akan kisah penyalahgunaan dadah terlarang, pengalaman seksual yang agak menjengkelkan, dan juga keruntuhan moral mereka sendiri.


Pada tarikh 23 Disember 1987, Sixx mengalami sindrom ketagihan heroin yang agak kritikal sehingga beliau hampir sahaja koma. dan dikala itu ahli paramedik telah mengesahkan yang Sixx telah pun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, tetapi mujurlah doktor yang merawatnya (doktor ini adalah peminat tegar Motley Crüe) telah memberikan dua hentakkan adrenalin ke jantung Sixx, yang akhirnya telah menyelamatkan nyawa beliau.

Pengalaman 2 minit dalam tempoh kematian Sixx itu, telah diabadikan oleh kumpulan Motley Crue sebagai inspirasi untuk singles mereka "Kickstart My Heart", yang akhirnya telah membawa lagu hits tersebut melonjak ke anak tangga ke-16 pada carta US. Lagu ini dipetik dari album terbitan tahun 1989 'Dr. Feelgood'.


Dari tahun 1986 hingga 1987, Sixx telah menyimpan buku diari hidup beliau, yang mengisahkan tentang ketagihan heroin sehingga akhirnya beliau dimasukkan ke pusat pemulihan pada bulan Januari 1988. Pada tahun 2006, Sixx telah menerbitkan semula kisah disebalik buku diari itu, untuk dijadikan sebagai novel jualan terbaik. Novel itu bertajuk 'The Heroin Diaries : A Year'.


Setelah mencari ketenangan pada tahun 1989, Motley Crüe mencapai ke kemuncak populariti karier mereka dengan terhasilnya album ke-5 'Dr. Feelgood', yang telah diterbitkan oleh Bob Rock pada bulan September 1989. Album ini telah mengungguli kedudukkan di nombor 1 dan juga berada dalam carta lagu US Billboard selama 109 minggu lamanya.


Setelah album kompilasi 'Decade of Decadence' dikeluarkan, Neil (vokalis) bertindak meninggalkan band ini pada bulan Februari 1992. Pada zaman itu juga, band-band lain yang sealiran dengan Motley Crue (band glam metal 80an seperti Ratt, Stryper, White Lion, Winger & Europe) cuba mencari pengaruh kembali, setelah mana ianya terhakis angkara kemunculan mendadak, angkatan muzik rock Grunge & alternatif yang dipopularkan oleh kumpulan Nirvana.

Kemudian posisi Neil sebagai vokalis telah digantikan oleh John Corabi. Bersama Corabi, Motley Crue telah menerbitkan album ke-6 yang berjudul Motley Crue '94. Album ini telah mencatat tangga ke-10 di Carta US Billboard selama 7 minggu berturut-turut. Dan inilah sesatunya album Motley Crue yang dinyanyikan oleh vokalis John Corabi, sebelum beliau akhirnya meninggalkan band ini sesudah itu.


Vince Neil kembali mewarnai semula vokalis Motley Crue sekitar tahun 1997. Serentak dengan itu, album ke-7 Motley Crue, yang berjudul Generation Swine turut diterbitkan.

Pada tahun 1999, band ini sekali lagi menerbitkan album mereka, dan album kompilasi ini dikenali sebagai 'Supersonic and Demonic Relics'. Yang menariknya untuk album edisi terhad digital remastered ini, turut mengandungi lagu-lagu 'demo', rakaman 'live', muzik 'instrumental', dan juga 'unreleased track' yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini.


Dan dalam tahun 1999 juga, drummer Tommy Lee pula telah bertindak keluar dari band Motley Crue. Ini disebabkan berlaku perselisihan faham antara beliau dengan frontman, Vince Neil. Sesudah itu Tommy Lee telah memfokuskan karier beliau untuk mengejar kerjaya solonya selaku pemain drum yang disegani. Posisi drummer Motley Crue kemudiannya telah diambil-alih oleh Randy Castillo, yang sebelum ini banyak terlibat bagi penghasilan album-album Ozzy Osbourne.

Album ke-8 Motley Crue 'New Tattoo' menyusul kemudian di tahun 2000, dan berjaya terjual sehingga mencecah 200,000 unit di seluruh US. Album ini juga merupakan buah tangan terakhir dari drummer, Randy Castillo kerana malangnya sesudah itu Randy Castillo telah disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2002 akibat penyakit kanser.

Mendiang hanya sempat bersama dengan Motley Crue selama hampir 3 tahun sahaja. Selepas itu kumpulan Motley Crue seakan terumbang ambing tanpa pemain drum yang kekal.


Dua tahun kemudiannya Tommy Lee telah dipujuk dan akhirnya beliau bersetuju, untuk menyertai semula band Motley Crue ini bersama-sama dengan 3 ahli asal mereka. Dan selepas pertemuan dengan pihak pengurusan Motley Records beberapa kali, maka pada bulan September 2004, Sixx mengumumkan bahawa beliau dan Neil akan kembali ke studio bagi melengkapkan rakaman baru.

Album kompilasi terbaru Motley Crue yang diberi tajuk 'Red, White & Crue' akhirnya berjaya juga diterbitkan pada bulan Februari 2005. Menariknya, album kompilasi kali ini turut menampilkan sebanyak 3 lagu baru iaitu, 'If I Die Tomorrow', 'Sick Love Song' dan juga 'Street Fighting Man' (lagu cover Rolling Stones).


Manakala album studio ke-9 Motley Crue yang berjudul 'Saints of Los Angeles' dan juga merupakan album terakhir mereka, telah dikeluarkan di Jepun pada tarikh 17 Jun 2008. Dan di Amerika pula, album ini diedarkan pada tarikh 24 Jun 2008. Album ini pada asalnya telah diberikan judul 'The Dirt', seperti nama yang didasarkan pada autobiografi band Motley Crue sebelum ini, tetapi ianya telah ditukar di saat akhir oleh Vince Neil atas sebab-sebab tertentu.


Akhirnya pada tanggal 31 Disember 2015, setelah hampir setahun mereka mengadakan konsert bergerak jelajah seluruh benua, maka dengan rasminya band Motley Crue telah pun dibubarkan pada dasarnya. Dan kesemua anggotanya telah membawa haluan masing-masing.

Berita terkini ada juga menyatakan bahawasanya, drummer Tommy Lee pula sudah mempunyai profession baru iaitu sebagai DJ di sebuah stesen radio popular US.


Formasi terakhir Motley Crue :-

Mick Mars – gitar utama (1981–2015)
Nikki Sixx – bass & keybod (1981–2015)
Tommy Lee – drum (1981–1999, 2004–2015)
Vince Neil – vokal (1981–1992, 1997–2015)

Bekas ahli Motley Crue :-

John Corabi – vokal (1992–1997)
Randy Castillo – drum (1999–2002)


Tiada lagi kelibat Motley Crue sesudah ini.. yang tinggal hanyalah kenangan silam melalui warkah budak-budak nakal & liar di zaman itu. Apa-apa pun, lagu-lagu mereka sentiasa meniti di bibir para peminat muzik rock amnya, dan juga para peminat muzik glam metal khasnya.

Akhir kata, yusrina salute kepada kumpulan Motley Crue.
Hails yaa..

Seperti biasa, jom kita singgah ke diskografi Motley Crue.
Jom kengkawan..



Too Fast for Love (1981)















Shout at the Devil (1983)















Theatre of Pain (1985)















Girls, Girls, Girls (1987)















Dr. Feelgood (1989)















Mötley Crüe (1994)















Generation Swine (1997)















New Tattoo (2000)















Red, White & Crue (2005) - Compilation















Saints of Los Angeles (2008)













10 comments:

  1. Replies
    1. tahun 1981 gitu bro adi herman lahir yer..! yusrina pulak time ni disekolah rendah... darjah berapa yer..? ingat-ingat lupa pulak.. hehe
      rasa-rasanya dalam darjah 1 ke atau darjah 2..!

      btw.. motley crue sememangnya legenda glam metal bro.. huhuh

      Delete
  2. Replies
    1. memang Rock Bro.. jangan tak Rock gitu.. hihih

      btw.. dressing ala glam metal la tu, dan ada satu lagi band yg boleh saingi dressing motley crue ni... Kumpulan Cinderella (Berteromber minat sangat nih.. hahah)

      Delete
  3. Replies
    1. betul tu bert.. SYJ adalah copycat Motley Crue..hahah

      btw : agak-agaknya kan, band motley crue ni kenal ke dengan kumpulan SYJ/Sofea ni..?

      Delete
  4. antara band org putih yg aku suka...mereka ade rupa nama dn gaya... dr feelgood lagu plg aku minat... aku suka gambar2 dorg ni...dlu masa bru2 nk up dlm dunia rock suka lekat poster dorg kt wall bilik.. tp skang tk lekat dh... psl nti malaikat tk masuk...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. motley crue ni cuma silapnya diorang ni.. terlampau sosial budaya hidup mereka.. yer lah masa drive pun boleh tuang todi lagi, samseng kaki gaduh, bab betina jangan cakap lah, semua diorang sapu.. drummer tommy lee tu pernah berkahwin dgn bintang playboy tersohor, pamela anderson (36-24-36 phewwit).. hahahah

      btw.. elok sangat la kalau ko dah, tak tampal lagi poster2 sial motley crue ni.. takde pekdahnya pun duk memuja artis yg dh rosak akhlak ni.. kalau setakat dengar lagu-lagu diorang tu OK lagilah.. boleh diterima gitu.. kihh kihh

      Delete
  5. Aku suka Doctor Feelgood
    Aku nak explore betul2 album Motley Crue dengan Corabi tu tapi belum ada time

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak lebih suka pada album Girls Girls Girls.. dan yg paling best ialah lagu power ballads dlm album berkenaan, tajuknya Rodeo.. fuhh tak puas dengar lagu ni, makin lama makin sedap telinga mendengarnya.. fully rekomen album girls girls girls.

      btw.. Corabi pun OK jugak, boleh diterima gaya beliau.. tapi Vince Neil tetap menjadi pujaan di hati ku.. hihih

      Delete