Music Player

Tuesday, April 5, 2016

Discography Sudirman

tentu ramai yang terkejut bila membaca entri pada kali ini kan.. yer laa, sudirman..!! rock kah sudirman ni..? macam tak kena dengan konsep blog ini jer..!! atau mungkin selepas ini, ramai readers akan beralih arah, kerana blog ni dah lari dari konsep asalnya..? atau.. mungkin semakin bertambah lagi readers-readers baru yang kat luar sana nun..

pada pandangan ku, takde apa pun yg nak dipertikaikan mahupun diperbesarkan sehingga menjadi isu.. konsep blog ini masih lagi bersesuaian.. cuba tengok..!!

Yusrina.... Retro & Rock

perhatikan pada ungkapan 'retro' kat atas.. kan masih relevan..!! tak semesti rock jer kann.. sekali sekala jom kita bertukar arah atau pun beralih angin.. hihh hihh!! (aku ni universal.. semua muzik layan.. janji best.. asal sedap jer telinga mendengar.. kira o.k lah.. kahh kahh kahh!!)

sebenarnya, aku ada beratus-ratus senarai diskografi yg akan di publish kan nanti.. tunggu masa & ketika nya yg sesuai jer..

buntu, tak tahu.. mana satu aku nak release dulu.. korang ada cadangan..?

antaranya.. kalau artis tempatan.. DJ Dave, Jamal Abdillah, Rafeah Buang, Ramlah Ram & ramai lagi.. kalau artis antarabangsa pulak.. The Beatles, Duran-Duran, The Bangles, Madonna & macam2 lagilah..

so.. kalau ada sesape yg ada permintaan (request), album mana yg patut aku publishkan, boleh laa bagitau kat ruangan Shout Box kat sebelah tu..

InsyaAllah, akan aku usahakan sebaik mungkin.. ehh!! dah panjang sangat melalut ni..

kisah seterusnya kali ini, adalah tentang bagaimana minatnya aku pd arwah abang sudir ni..

teringat sewaktu aku bersekolah dalam darjah 5 dulu.. aura sudirman dah mula meresap dijiwaku.. manakan tidak, aku sanggup mengikat perut untuk jimatkan duit belanja sekolah yg mak aku beri setiap hari (50sen)..

selama 5 hari bersekolah dapatlah kumpul RM2.50.. kalau sebulan tu jadilah RM10.. boleh sambar satu album (time tu harga kaset takde laa mahal, boleh beli sekeping yg original dgn harga RM9.90)

album sudir yg pertama menjadi koleksi aku ialah 'Lagu Anak Desa'.. aku suka konsep album ni, yg menyemarakkan semangat perantau, agar mencintai kampung halaman.. biar sejauh mana pun kita mencari rezeki, walau ke kutub utara sekalipun, tanah tumpah darah di bumi bertuah yg tercinta ini, tetap dalam ingatan sanubari ku jua.. chewahhh!!

peribahasa ada menyatakan : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. tapi aku masih tetap berdiri teguh, atas kaki sendiri.. semaraklah jiwa bangsa.. (patriotik laa nii.. kihh kihh!!)

dan pada satu hari tu, aku pergi ke supermarket parkson dekat bandar kuala terengganu, bersama kawan2 sekolah.. kami berbasikal ke sana.. dalam poket aku bawak lah wang simpanan lebih kurang RM30..

niat dihati nak cari la album terbaru sudirman 'Lagu Dari Sebuah Bilik' yg baru aje diedarkan di pasaran..

masuk jer kat kedai muzik tu, aku suruh la tokeh kedai test main, nak dengar.. tapi tokeh tu tak nak kasi.. dia kata, "musti bayar dulu baru boleh test".. aku pun bayar jer la tanpa banyak soal.. dapat jugak dengar..

pas tu dah beli tu kan, siap dapat poster abang sudir lagi.. (dah koyak poster tu masa pindah KL dulu tahun 2000).. "cantiknya poster", bisik ku di dalam hati.. balik rumah jer terus aku tampal kat dalam bilik.. abah aku sound, katanya "yus, tak payah la nak disanjung-sanjungkan sangat artis ni, takde pekdahnya".. betul jugak kata abah tu kann..!!

besoknya aku singgah kat rumah nazli (classmate ku), sambil bawak kaset sudir yg dibeli semalam tu.. kami pasang laa, layan lagu sambil main dam aji.. sesudah tu, kami tengok TV..

sejam dua pas tu aku nak balik rumah, pasal dah masuk waktu zohor.. "Li aku nak gerak dulu, bagi balik kaset aku tu..!!" aku bersuara.. "eh!! tadikan kau dah ambik Yus" jawab Nazli..

"Mana ada, kan kita main dam tadi, kau tutup kaset tu, pas tu kita tengok TV kann.. aku tak ambil pun lagi" jelas ku..

"Tapi dalam deck mini compo, takder pun.. mana pergi.. sape pulak yg ambil ni..?" Nazli jugak kebingungan..

jenuh la kami berdua mencari kat seluruh pelusuk rumah tu,, tapi gagal ditemui..

tiba-tibanya Nazli berteriak..

"Adik aku!!.. adik aku!!.. habis lah kaset kau Yus.. jahanam.. jahanamm..!!"

"Kenapa..?" aku pinta kepastian..

Ya!! Allah..

Rupa-rupanya kaset sudirman tu, dah terburai tali perut & segala isinya, dikerjakan oleh adik kecil Nazli yg berumur 2 tahun.. hancur.. hancur harapan ku, kecewa yg amat sangat..

dia tarik keluar tali kaset tu, buat main-main.. haah haah hahhh!!
nak dimarah budak kecik.. tak tahu apa kebenda pun...

so.. sabar ajelah.. (sabar itu kan separuh dari iman..)

sudir ohh abang sudir!!.. kena beli yg lain laa pulak nanti.. (ishhh.. ishhh)

(moral of the story : jangan selalu ikat perut, nanti masuk angin keluar asap).. kahh kahh kahh!!

sampai jumpa lagi..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad (1954 - 1992)

now, the diskografie :-



1977 - teriring doa (EP)












1978 - aku penghibur mu















1979 - perasaan













1980 - anak muda


















1980 - lagu anak desa































1981 - lagu dari kota














1981 - twinkle twinkle little star














1982 - abadi




















1982 - lagu cinta










1983 - images








1984 - orang baru












1984 - lagu dari sebuah bilik











1986 - orang kampung












1986 - kul it!












1989 - asia's no.1 performer
















1995 - setelah kau tiada (fanclub tribute album)









info cover : credit to akubudakpenang, mastercomp, pc kokak, shahmyra
(thanx to all contributor for supporting this blog)

12 comments:

  1. Cover album 'Lagu Anak Desa' tu mamang retro habis...
    Zaman naik bas dulu-dulu seat paling belakang yg selalu jadi rebutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua dulu pun main cintan dengan awek, duduk kat seat belakang jugak.. kpd silverian, join la followers kitorang..

      Delete
  2. Zaman dulu.. mendangok depan tv tengok progrem2 Arwah Sudirman. Dari yang progrem Atai bunyikkan gong, Sudirman kat jembatan pedestrian Chow kit, sudirman perform kat Malaysia natuonal day lagu tanggal 31. Sudirman itu, sudirman ini... mendangok depan tv kagum sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. respect habis pada sudirman.. legenda yg tiada gantinya..

      Delete
  3. Alhamdulillah Allah bagi kita Sudirman untuk orang Malaysia supaya kita berhibur, berfikir, berkasih sayang. Sudirman ni memang special sangat la. suka filem kami tu. pandai lukis kartun, cantik. influential sangat. respect habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sayang yer bro.. sudirman cuma sempat berlakon 1 filem jer kann.. 'Kami' adalah filem pertama & juga filem terakhir arwah..

      Delete
  4. Aku jujur kata aku mmg minat dgn sudirman.. mase kecik2 dlu suke dgr lgu antara hujan dan airmata..tu taim aku mmg dh celik telinga dgn lagu2 pasal tu taim aku dh umo 2 tahun.. skang aku ade koleksi mp3 lagu2 beliau dari album pertama smpai last.. tp xkomplet la... lgu2 beliau mmg layanlah.. universal cuba nk reissue semua album arwah.. tp kn xde sambutan la plak d kalangan pembeli.. akhirnya projek reissue dhentikan.. yg sempat album asia no.1 aje..

    ReplyDelete
  5. silap tu kaemm.. ada 3 reissue yg dah release.. aku penghibur, kul it, asia no.1.. tapi lagi baik kalau universal buat yg boxset punya limited edition lagi.. modal keluar pun tak la banyak psl dh limited.. so, kalau org kuat universal terbaca komen nie, mintak pertimbangkanlah cadangan ini.. kalau boxset sudirman jd release, yusrina org pertama akan booking dulu.. harap2 terkabul la jua satu hari nanti.. heeh heeh

    ReplyDelete
  6. aku tunggu reissue cd2 dia zaman 80an...mengembalikan nostalgia zaman budak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak-mintak jadi lah ya.. akan di release kan.. boxset adalah yg terbaik

      Delete