Music Player

Wednesday, April 6, 2016

Discography Scorpions


aku mula belajar main gitar ketika berumur 15 tahun.. masa tu, guru yg mengajar adalah pakcik ku sendiri (uncle Sakri).. dan lagu pertama aku practice dah tentulah lagu dari kumpulan scorpions..

"always somewhere" kemudiannya "when the smoke is going down".. merupakan 2 judul lagu yg sering aku mainkan tatkala practice gitar.. uncle sakri selalu memberi dorongan serta galakkan padaku..

pada mulanya aku patah semangat untuk meneruskan latihan, (susah jugak nak belajar main gitar nie wooi.. hehe hehe heheh!!) ..tapi berkat pujukan & semangat dari beliaulah membuatkan aku kembali bangkit dan terus bangun..

selama lebih kurang 3 tahun training, akhirnya... boleh laa main secara amatur.. (semi-pro.. kihh kihh kihh!!)

ada aku beli sebiji gitar elektrik (jenama Fender second hand).. yg selalu aku gi bawak time jamming bersama kengkawan satu band..

sekarang dah takde gitar tu.. aku dah jual kat tokeh kedai jamming.. berhijrah pasal dah kahwin.. haah haah haah!! ..itulah intro untuk entry for today..

so cerita kali ini berkisar tentang kucing..

aku ada bela seekor kucing pada tahun 1991 yg silam.. namanya "khepok".. (kucing betina)

telatah & kerenah si khepok begitu manja dgn ku.. sampaikan kami berdua tidur sebantal, makan sepiring, minum secawan, hatta sampaikan mandi pun sekolam.. gitulah akrabnya aku dengan si khepok..

sayangnya aku pd si khepok ni.. segala-galanya.. mengalahkan romeo cintakan juliet.. dan ibarat air dicincang takkan putus.. begitulah mesranya kami..

lagi satu perangai si khepok ni yg sangat luar biasanya (rasanya takde pe'el macam ni pd kucing2 lain kot), beliau suka menjilat ketiak... eei!! korang semua mesti geli mendengarnya kan..? tapi itulah hakikatnya..

setiap kali aku peluk & cium dia masa baring-baring, si khepok ni akan mula merayap kat celah ketiak aku..

tak faham aku.. apa ke jadahnya dia suka sangat dekat ketiak aku ni.. mungkin bau harum kot.. kihh kihh kihh..!! (selalu guna perfume dashing dulu)

satu hari tu, kami sekeluarga pakat gotong royong bersihkan halaman rumah, tebas semak samun, cuci longkang dll.. si khepok ni pun, join gak sama kitorang.. (dia menyibuk ajer, takde buat apa pun, ala kucing kan) ...haah haah haaah!!

waktu tu, abah sedang giat bakar sampah sarap kat depan rumah, " yus, kau pergi kutip tayar-tayar buruk kat belakang rumah nun..!!" arah abah pada ku..

kemudian aku longgokkan tayar2 tu kat depan abah.. satu demi satu abah bakar tayar2 berkenaan..

tinggal yg last jer.. sewaktu abah nak angkat tayar tu.. dengan tak semena-mena keluar seekor ular tedung hitam (cobra)..

terkejut kami semua..

panik ada, takut pun ada.. abah nyaris kena patuk.. ular tedung tu mula mendesirkan suara sambil cuba nak menyembur bisanya..

"abah, jaga-jaga bah" jerit ku pd abah..

"yus lari cepat, bahaya ular nie" abah dah mula tak tentu arah.. "nanti abah, yus nak ambil penyapu buluh kat atas rumah jap" ujar ku..

ular cobra tu semakin marah, mungkin akibat terganggu tidurnya tadi secara tak sengaja.. (sebenarnya ular berkenaan sdg tidur dlm tayar buruk tu)

dan si ular tu seperti cuba nak menerjah ke arah abah..

tiba-tiba.. dgn sepantas kilat, si khepok bertindak ala-ala adiwira.. lagak bagai superman, si khepok pun terus menerkam kepala cobra tu..

maka terjadilah pertempuran yg amat tragis antara 2 ekor makhluk ini.. patuk mematuk, cakar mencakar & gigit menggigit..

2 minit kemudian, si ular tu dh tak bermaya, longlai dibaham gigitan bertaring si khepok.. serentak dgn itu pula, abah dgn nekadnya terus membelasah sang ular tedung dgn penyapu buluh..

mampus ular tu akhirnya..

ku lihat, si khepok relax jer berjalan lepas tu.. 5 minit kemudiannya mulut si khepok berbuih..

Ya.. Allah..!! Khepok.. aku terus memangku si khepok.. ku gosok-gosok bulunya.. tapi dah lembik tubuhnya, tak boleh berjalan.. rebah menyembah bumi..

"Khepoooooookkkkkkkkk !!" ..jerit aku sepenuh perasaan.

airmata ku berjurai jatuh menitik, sedih yg teramat sangat.. ibu & adik kemudian datang menenangkan daku.. "sabarlah yus, dah sampai ajal dia tu" ..pujuk ibuku..

kucing kesayangan ku telah pergi buat selamanya.. (si khepok maut kerana ada kesan bisa patukan cobra di kakinya sewaktu bergasak tadi)..

Khepok, amat besar jasa mu pd abah, tak terhingga.. tak dapat nak dibalas dengan kata-kata.. andainya dikau tidak membantu mempertahankan abah dari di patuk.. entah apalah nasib abah tadi..

engkau berkorban nyawa "khepok"..

bersemadilah dikau dengan tenang di Sana.. dan jasa mu pada family ku akan tetap dikenang, ke akhir hayat..

(moral of the story : sayangilah kucing anda, janganlah diabaikan hak-haknya, kerana kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W)

sekian..

Khepok : R.I.P (1989-1991)

ok.. now, times for the diskografie..



1972 - lonesome crow


















1974 - fly to the rainbow













1975 - in trance














1976 - virgin killer



















1977 - taken by force



















1979 - lovedrive
















1980 - animal magnetism


















1982 - blackout














1984 - love at first sting





















1988 - savage amusement



















1990 - crazy world




















1993 - face the heat
























1996 - pure instinct





















1999 - eye II eye


















2004 - unbreakable















2007 - humanity : hour I
















2010 - sting in the tail
















2015 - return to forever



















8 comments:

  1. I love Scorpions.. I'm Still Loving You wuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. 'winds of change' pun layan jugak.. kann.. classical ballads

    ReplyDelete
  3. tragis juga kisahnya.
    aku tak ada langsung cd kaset scorpion ni, ada pun mp3 je

    ReplyDelete
  4. aku pun sama laa bro.. dulu masa zaman kaset.. ada jugak simpan koleksi2 scorpions yg abah aku beli.. skang dah hilang entah kemana.. satu jer yg masih ada dlm koleksi aku.. "savage amusement" CD u.s. version..

    ReplyDelete
  5. Apa aku tahu zaman dulu when the smoke is going down is jadi lagu dikir barat kat persembahan kat singapore.
    just when you make your way back home
    just when you make your way back home!

    ReplyDelete
    Replies
    1. singapore pun ada dikir barat jugak ker.... haah haaah haah!! aku ingatkan kelantan jer..

      Delete
  6. Lupa lak, khepok tu nanti sapa tahu jumpa lagi kat akhirat ye? Sesuatu memori paling agung pengorbanan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah deaf.. semoga terkabul hendaknya.. amin

      Delete