Music Player

Monday, April 4, 2016

Discography Megadeth


seingat aku.. album megadeth pertama yg ku dengari adalah 'so far.. so good.. so what..'

hmm..!!  magnificient, hebat dan aku rekomen pd sesape yg baru nak berjinak2 dgn band megadeth.. album ni patut dicuba..
(album terbaru 2016 megadeth - dystopia pun sedap jugak.. tak rugi beli)

apakata kita soroti perjalanan liku-liku hidupku, semasa menetap di selayang bharu, selangor.

dalam tahun 1990, aku menumpang di rumah pakcik ku, uncle rosli & isteri.. semasa di selayang, sempatlah aku berkenalan dgn budak2 remaja kat sana..

antara nama2 yg masih tak ku lupa, seperti zamin, Ajak, lee dan sharol.. kami cepat mesra, walaupun baru jer kenal.. dah boleh jadi geng.

biasanya kalau hujung minggu, kami akan pergi jamming kat  sekitar bandar selayang.. huhh!! apalagi.. bantai album megadeth laa, masa tu pulak band U.S. ni sedang meletup & hangat kat worldwide.. kami juga tak nak ketinggalan,, so kitorang pun ikut sama henjut jamming lagu2 diorang.

selang seminggu lepas tu, zamin ada mengajak aku untuk turun KL, katanya nak ronda-ronda bagi menghirup udara segar di kota metropolitan.. "jom malam ni kita lepak, jadik..? ujar zamin.

aku pun follow la dia.. kitorang naik bas mini wilayah (BMW - syarikat bas ni dh gulung tikar lama dah).. dan kami turun kat padang kelab selangor (sekarang dah bertukar nama jadi Dataran Merdeka)

keadaan masa tu hampir larut malam, lebih kurang jam 12.. kitorang kemudiannya ke kompleks wilayah (main video game.. hihh hihh!!).. terbanglah jugak RM5.

selesai main game, kami pekena mee goreng dan teh ais pulak, dekat Mamak Stall Corner.. hilang rasa mengantuk kejap.. fuhh..! lega.

aku tanya kat zamin, "pukul berapa kita nak balik Min, aku dah penat berjalan ni, tak larat deh..!!"
"alaa.. rilex laa yus, malam masih muda kann" balas zamin.

hmm!! berjalan lagilah kitorang, masuk jalan sini, keluar jalan sana, pas tu keluar lorong sana, masuk lorong sini pulak.. naik lenguh kaki aku dibuatnya.. hehehehh!!

tiba-tiba...

kitorang nampak ada satu bayangan lembaga berkain putih berjalan menghampiri we all.. "eh!! apa tu Min, kau nampak tak yg kat depan nun..?" aku mula gabra.. "aah..ahh laa, orang ke apa tuh ..!!" zamin juga mula panik..

wajah lembaga tu samar-samar kelihatan dlm kepekatan malam.. mukanya menyeringai..

and then, lembaga berkenaan terus menyakat kami berdua.. "heii.. apa korang buat kat tempat aku haah..?" "aku cekik kann.. haaah.."

apalagi, langkah seribu kami pecut melarikan diri.. haah haah haah!! sampai terlanggar tong-tong sampah kat tepi jalan tu. pucat lesi muka kitorang..

kami berlari jauh hingga sampai kat Mamak Stall Corner tadi.. termengah-mengah keletihan..

mamak tokeh kedai tu pun tanya kitorang, "deyy!! baiyya.. apa bikin lari malam-malam buta ni..? itu anjing ada kejar kaa..?

kitorang pun bagitahu la kat mamak, tentang kelibat lembaga berkain putih..

kahh kahh kahh kahhh!! gelak sakan si Mamak tu, sampai terbahak-bahak.. "deyy mamak.. kenapa you ketawa..?" aku bertanya..

"lembaga kain putih tuu, you ingat hantu ke..? bukan laa bai, itu worang gila daa.. dia memang itu macam, suka kasi kejut sama worang lalu situ.. kihh kihh kihh kiuttt!!" tergelak sakan si mamak tu.

cehh..!! orang gila rupanya, kami ingat kan jembalang ke, langsuir ke, hantu raya ke..!! padahal tempat kami lalu lalang tadi, adalah port orang gila tu lepak.. jadi dia marah laa, kacau kawasan dia..

haah!! orang gila pun ada zon kawasan larangan.. nak tergelak juga bila mendengarnya.. haa haa!!

itulah peristiwa dinihari yg tak boleh aku & zamin lupai.. kenangan memori bersama orang gila.. hehehe..!!

(moral of the story : orang gila.. walaupun gila, tetap mempunyai hati & perasaan, hormatilah hak privacy mereka)

thats all guys..

now the diskografie..

check out.........



1985 - killing is my business.. & business is good






















1986 - peace sells.. but who's buying






















1988 - so far.. so good.. so what




















1990 - rust in peace






















1992 - countdown to extinction
























1994 - youthanasia

























1997 - cryptic writings























1999 - risk




























2001 - the world needs a hero























2004 - the system has failed



















2007 - united abominations





















2009 - endgame




























2011 - th1rt3en































2013 - super collider




















2016 - dystopia



















p/s : Dave Mustaine is the best

16 comments:

  1. cantik2 artwork megadeth ni. aku minat album youthanasia je...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok betul layan dystopia.. dah 2 kali ulang.. masih tak puas.. rekomen

      Delete
  2. Album fav megadeth aku countdown,youthanasia ngan the world needs a hero

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak.. ermm!! apa yer..? aah!! sume album diorang best laa bro.. terbaekk

      Delete
  3. Megadeath salah satu major band dalam genre thrash metal ni.. but Metallica no.1..

    ReplyDelete
  4. itu dulu bro.. skang ni megadeth tengah meletop.. metallica apa ade.. dah meleweh sakan.. haah haaah.. jangan marah kaemm

    ReplyDelete
  5. Dalam dunia metal ada 2 orang yang aku cukup tabik tahap "rockstar"nya...Dave Mustaine dan Axl Rose...tak kira lah orang nak cakap apa...dorang memang the last rockstar yang ujud kat dunia sekarang ni..

    ReplyDelete
  6. Kau pakai tshirt apa bro jumpa orang giler tu? Tshirt rock ada gambo hantu atau tshirt foto Madonna?

    ReplyDelete
  7. t-shirt cap ayam jer.. ayam brand.. kahh kahh!!

    ReplyDelete
  8. hahahaha bagus cerita nya.. dgr kabar nya abg mus tu ada tweet nak dtg malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke bro..? ini peluang baik kalau dpt nengok abg mus kat tanahair sendiri.. hee hee!!

      Delete
  9. sy pun minat dekat megadeth..yg pasti album era millenium tidak pernah mengecewakan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih pd nekrobanger krn sudi singgah sini.. join la followers group ni bro..

      Delete
  10. tercari2 sama ada Dave Mustaine pernah cover lagu Cat Stevens / Yusuf Islam sebab katanya pengaruh awal dia..

    See: Dave Mustaine talks about Cat Stevens (Yusuf Islam)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat info ini.. gua pun baru tahu jugak.. yg Dave Mustaine pernah cover lagu Cat Stevens / Yusuf Islam

      Delete