Music Player

Sunday, March 27, 2016

Discography Rusty Blade


band dari singapura ni adalah, antara legenda rock terawal yang mewarnai persada muzik tanahair (selain dari sweet charity)..

aku mula mengenali band ini sekitar tahun '90 lagi..
ada cerita yang menarik, boleh kita kongsi bersama..

pada pagi tu, aku ke bandar johor baharu dgn menaiki bas..
bagi menghadiri sessi temuduga terbuka, jawatan pramugara MAS..

setibanya di lobi hotel Hilton (aku pun dah lupa nama hotel tu, belasah jer lah.. hihh hihh)..
aku pun terus ke meja pendaftaran..

masa tu dah agak ramai jugak calon2 yg menunggu utk di walk-in..

macam2 kerenah aku dapat lihat.. ada yang smart & segak bertali leher, ada yang berjambang & bermisai tebal, ada yg so-so jer,. ada jugak seorang dua yg serabai..

kalau pramugari pulak.. almost boleh dikatakan lawa2 belaka candidates nya
(hihh hihh!! sempat lagi cuci mata)

dalam masa menunggu giliran nama aku dipanggil tu, sempat jugalah aku berkenalan dgn seorang marka (cikaro)..
orangnya tinggi lampai, berambut panjang lurus ke bahu,
kulit hitam manis.. dan namanya Rosnah..

kami bersembang tentang karier yg bakal diceburi kelak..

kata Rosnah, beliau sudah lama mengejar cita-cita utk menjejakkan
kaki ke awan biru (jadi pramugari la)..

sedang asyik leka berbual tu, tiba-tiba ku dengar ada satu suara gadis mengilai dengan kuat..

terkejut kami berdua.. tapi semua hadirin di situ cool aje kami tengok (diorang buat dek jer)..
"siapa yg ketawa bagai nak rak tu?".. ujar ku.. "orang tak betul agaknya tu" balas Rosnah..

tapi jika dipandang lagaknya, gadis tu agak kemas penampilan dirinya, siap bertudung lagi, tak nampak macam orang gila pun..

apa masalah dia..?

selang seketika, gadis itu pun senyap, keadaan kembali normal.. aku & Rosnah
memberanikan diri utk cuba mendekati gadis tu..

Rosnah tanya dia.. "kenapa mengilai kuat tadi?".. gadis tu diam jer..

aku cuba menyampuk, "jangan buat camtu lagi dik, malu kat orang nengok nu"..
gadis tu masih jugak diam membisu..

dengan tak semena-mena, gadis tu beredar keluar dari dewan temuduga berkenaan sambil menangis..

bertambah bingung, lagi kehairanan kami berdua dibuatnya..

aku ajak Rosnah follow gadis tu, nak tengok kemana dia pergi..

Rosnah bersetuju.. dan kami pun turut keluar dari dewan..

sekelip mata jer, lesap gadis tu dari pandangan mata kami berdua..
aikk!! "mana dia pergi"..? tanya ku pada Rosnah..

"ha'ah!! tadi kan dia keluar ikut pintu ni kann!!".. pelik bin ajaib..
itulah gambaran yg dpt aku simpulkan..

dan dihadapan pintu keluar tu, ada 2 pak guard sedang on-duty.. kami pun tanya pd pak guard berkenaan, ada nampak tak seorang gadis keluar ikut pintu tu..

mereka kata, takde orang pun yg keluar..

yg lebih misterinya, pintu tu adalah jalan keluar ke belakang bangunan hotel yg siap berkunci dengan mangga..

kata pak guard tu, "mangga pintu tu memang sentiasa berkunci, jarang dibuka,
 kecuali atas arahan pihak pengurusan hotel"..

bertambah musykil kami berdua..

pak guard tu kata lagi "mana ada orang masuk sini, dari tadi kami duk berkawal, kami tahulah"..

persoalannya.. siapakah gadis yg mengilai kemudian menangis tu?? dari mana dia datang??
dan kemana pula dia menghilang??

eeii!!.. meremang bulu roma aku mengenangkan kisah silam bersama si Rosnah
dan jugak gadis misteri berkenaan..

hantu kah dia..? atau.. hanya sekadar ilusi sahaja..!! mimpi atau realiti ni..

tapi andainya itu hanya satu ilusi, bagaimana pula dgn si Rosnah..?
dia pun mengaku nampak gadis tu, siap bercakap tadi..

berat!!... ni dah kes berat nii..!! .. boleh mereng aku dibuatnya..

(Berat merupakan judul Album Ke2 - Rusty Blade.. ada sangkut paut laa jugak dgn story ni kann!!) hihh hihh..

persoalan demi persoalan menyelubungi benak fikiran ku..

"Siapakah Dia Yang Sebenarnya?"

"Dan kenapa hanya aku dan Rosnah aje yang boleh nampak gadis tu?"

bagaimana dgn anda semua para pembaca sekalian.. ? boleh jawab..?

dan.. buat si Rosnah yg kini menetap di Kulai, Johor bersama family tersayang.. sekiranya anda terbaca entri ini, maka ingat-ingatlah daku..

kenang daku dlm doa mu..

episod misteri ini, akan tetap terpahat sebagai igauan ngeri kita bersama..
(jangan cerita kat suami lak yer!! hihh hihhh..)

berbalik kisah temuduga tadi..

.. aku fail.. tak layak (sedih laa jugak)..

.. tahniah Rosnah.. anda berjaya jugak mencapai cita-cita mu..!!

(moral of the story : kurang kan ketawa di tempat awam, dan kalau nak ketawa jugak,
ketawalah sorang-sorang dlm tandas).. hehh hehh!!

ok.. thats all for today..

lets check the diskografie.. zoom!!!!!!!!



1986 - 786 ikrar perwira (EP)


















1987 - rintangan hidup dunia













1988 - berat














1989 - awas















info cover : credit to mastercomp, berteromber, rahmat

8 comments:

  1. Nasib baik Amy Search jumpa budak Johor nama Rozana kat Orchard Road dan terhasil lagu Rozana, kalau dia jumpa Rosnah kat JB, tentu ada kekok sikit judul lagu dan korus "rosnah",
    Hihihi.. rusty blade, what can i say? After Awas supposed to be an English album. Tak tahu la mana silap nye... cost kot membantutkan segalanye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pasal yantzen dah ada target tersendiri.. sebelum beliau join May.. manalah tau!!

      Delete
  2. Sayangkan Rusty Blade ni cuma sampai album Awas jer...one of the best heavy metal melayu yang pernah ujud...period!

    ReplyDelete
    Replies
    1. band Malex sebelum ni..nampak gayanya seperti boleh jadi pengganti rusty blade.. tapi tak ke mana pun band ni..

      Delete
  3. Aku dh dengar sume album Rusty Blade ni.. mmg heavy metal ler.. rasanya mmg sama level la dgn wings.. sape tk gerun dgn band ni dlu ye tak.. dgn musik dn sound mantap.. goyang lutut gk band malasia dbuatnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saying.. mereka hanya sempat rakam 4 album jer kann... satu kerugian pd industry muzik nusantara

      Delete