Music Player

Sunday, March 27, 2016

Discography Rusty Blade


band dari singapura ni adalah, antara legenda rock terawal yang mewarnai persada muzik tanahair (selain dari sweet charity)..

aku mula mengenali band ini sekitar tahun '90 lagi..
ada cerita yang menarik, boleh kita kongsi bersama..

pada pagi tu, aku ke bandar johor baharu dgn menaiki bas..
bagi menghadiri sessi temuduga terbuka, jawatan pramugara MAS..

setibanya di lobi hotel Hilton (aku pun dah lupa nama hotel tu, belasah jer lah.. hihh hihh)..
aku pun terus ke meja pendaftaran..

masa tu dah agak ramai jugak calon2 yg menunggu utk di walk-in..

macam2 kerenah aku dapat lihat.. ada yang smart & segak bertali leher, ada yang berjambang & bermisai tebal, ada yg so-so jer,. ada jugak seorang dua yg serabai..

kalau pramugari pulak.. almost boleh dikatakan lawa2 belaka candidates nya
(hihh hihh!! sempat lagi cuci mata)

dalam masa menunggu giliran nama aku dipanggil tu, sempat jugalah aku berkenalan dgn seorang marka (cikaro)..
orangnya tinggi lampai, berambut panjang lurus ke bahu,
kulit hitam manis.. dan namanya Rosnah..

kami bersembang tentang karier yg bakal diceburi kelak..

kata Rosnah, beliau sudah lama mengejar cita-cita utk menjejakkan
kaki ke awan biru (jadi pramugari la)..

sedang asyik leka berbual tu, tiba-tiba ku dengar ada satu suara gadis mengilai dengan kuat..

terkejut kami berdua.. tapi semua hadirin di situ cool aje kami tengok (diorang buat dek jer)..
"siapa yg ketawa bagai nak rak tu?".. ujar ku.. "orang tak betul agaknya tu" balas Rosnah..

tapi jika dipandang lagaknya, gadis tu agak kemas penampilan dirinya, siap bertudung lagi, tak nampak macam orang gila pun..

apa masalah dia..?

selang seketika, gadis itu pun senyap, keadaan kembali normal.. aku & Rosnah
memberanikan diri utk cuba mendekati gadis tu..

Rosnah tanya dia.. "kenapa mengilai kuat tadi?".. gadis tu diam jer..

aku cuba menyampuk, "jangan buat camtu lagi dik, malu kat orang nengok nu"..
gadis tu masih jugak diam membisu..

dengan tak semena-mena, gadis tu beredar keluar dari dewan temuduga berkenaan sambil menangis..

bertambah bingung, lagi kehairanan kami berdua dibuatnya..

aku ajak Rosnah follow gadis tu, nak tengok kemana dia pergi..

Rosnah bersetuju.. dan kami pun turut keluar dari dewan..

sekelip mata jer, lesap gadis tu dari pandangan mata kami berdua..
aikk!! "mana dia pergi"..? tanya ku pada Rosnah..

"ha'ah!! tadi kan dia keluar ikut pintu ni kann!!".. pelik bin ajaib..
itulah gambaran yg dpt aku simpulkan..

dan dihadapan pintu keluar tu, ada 2 pak guard sedang on-duty.. kami pun tanya pd pak guard berkenaan, ada nampak tak seorang gadis keluar ikut pintu tu..

mereka kata, takde orang pun yg keluar..

yg lebih misterinya, pintu tu adalah jalan keluar ke belakang bangunan hotel yg siap berkunci dengan mangga..

kata pak guard tu, "mangga pintu tu memang sentiasa berkunci, jarang dibuka,
 kecuali atas arahan pihak pengurusan hotel"..

bertambah musykil kami berdua..

pak guard tu kata lagi "mana ada orang masuk sini, dari tadi kami duk berkawal, kami tahulah"..

persoalannya.. siapakah gadis yg mengilai kemudian menangis tu?? dari mana dia datang??
dan kemana pula dia menghilang??

eeii!!.. meremang bulu roma aku mengenangkan kisah silam bersama si Rosnah
dan jugak gadis misteri berkenaan..

hantu kah dia..? atau.. hanya sekadar ilusi sahaja..!! mimpi atau realiti ni..

tapi andainya itu hanya satu ilusi, bagaimana pula dgn si Rosnah..?
dia pun mengaku nampak gadis tu, siap bercakap tadi..

berat!!... ni dah kes berat nii..!! .. boleh mereng aku dibuatnya..

(Berat merupakan judul Album Ke2 - Rusty Blade.. ada sangkut paut laa jugak dgn story ni kann!!) hihh hihh..

persoalan demi persoalan menyelubungi benak fikiran ku..

"Siapakah Dia Yang Sebenarnya?"

"Dan kenapa hanya aku dan Rosnah aje yang boleh nampak gadis tu?"

bagaimana dgn anda semua para pembaca sekalian.. ? boleh jawab..?

dan.. buat si Rosnah yg kini menetap di Kulai, Johor bersama family tersayang.. sekiranya anda terbaca entri ini, maka ingat-ingatlah daku..

kenang daku dlm doa mu..

episod misteri ini, akan tetap terpahat sebagai igauan ngeri kita bersama..
(jangan cerita kat suami lak yer!! hihh hihhh..)

berbalik kisah temuduga tadi..

.. aku fail.. tak layak (sedih laa jugak)..

.. tahniah Rosnah.. anda berjaya jugak mencapai cita-cita mu..!!

(moral of the story : kurang kan ketawa di tempat awam, dan kalau nak ketawa jugak,
ketawalah sorang-sorang dlm tandas).. hehh hehh!!

ok.. thats all for today..

lets check the diskografie.. zoom!!!!!!!!



1986 - 786 ikrar perwira (EP)


















1987 - rintangan hidup dunia













1988 - berat














1989 - awas















info cover : credit to mastercomp, berteromber, rahmat

Friday, March 25, 2016

Discography Twisted Sister


aku mula mengenali twisted sister semasa di form 4.. saat itu lagu favourite aku
tak lain tak bukan adalah 'the price'..
manakan tidak.. tengah mula nak berjinak-jinak dengan cinta..

kisahnya begini..

di suatu hari tu, tatkala sedang minum petang di anjung rumah..
(sambil pekena karipap sardin cicah dengan kopi 'o' panas kaww.. fuhh!!.. meleleh air liur)
..hihh hihh!!

seorang teman sekampung telah datang ke rumah.. aku panggil dia sebagai Awon.. nama penuh
tak tahu laa pulakk..

beliau baru balik dari supermarket Hankyu Jaya (dah lingkup dah supermarket nie..)
.. ditangannya ada satu beg plastik..
aku ingatkan, dia bawak ole-ole ke, buah tangan ke..?

tapi, rupanya sekeping kaset original twisted sister..(album stay hungry)..

ku belek-belek cover.. "macam pondan jer penyanyi dia".. ujar ku..
siap bercelak, bergincu, bermekap, dah macam bapuk aku perhati gambarnya..

Awon suruh aku pasang kaset tu.. dan kami mulai mendengar.. pada mulanya
aku tak berapa nak layan..
tapi bila masuk jer lagu "the price'.. aku terdiam seketika.. feeling habis..
rasa macam terawang-awang di langit..

kemudian aku rewind lagi, sampai 2 kali.. "best betul lagu ni" kataku lagi..
lepas tu, Awon pun beredar balik..

selesai ke tandas, aku pun duduk la bersandar kat tepi jendela rumah..
sekilas ku perhatikan, ada seorang awek sedang memandang (girl's next door)..

awek tu menunjuk-nunjuk tangannya ke arah ku.. aku kehairanan..!!
"dia nak tackle aku ke" bisik ku.. aku senyum jer..
tapi awek tu, terus menunjuk-nunjukkan sesuatu..
??????????????????????????????????????

aku tanya dia, "whats wrong"? kemudian awek tu senyum pulak..
eei!! lagi la confuse aku dibuatnya..

selang beberapa minit kemudian, mak aku pulang dari kedai..
"hei!! Yus.. astarghfirullahal'adziim.. apa nak jadi dgn kau nie..
kau tak tahu malu ke..?"
"si Salmah kat depan nun.." jerit mak..!!

opocot!! baru aku tersedar, aku hanya pakai spender jer dari tadi..
(pakai t-shirt nike, tapi lupa nak sarungkan jeans).. kihh kihh

malunya aku pada si Salmah bukan kepalang.. terus aku lari masuk ke bilik..
aduussss!! ..camane boleh tak ingat nak pakai seluar, keluar toilet tadi..?

padan la si Salmah duk tunjuk-tunjuk..
hmm!! merah padam muka ku seminggu, bila berselisih dgn si Salmah..

.. itulah harganya yg terpaksa aku tanggung (the price.. hihh hihhh)..

(moral of the story : tak elok kencing sambil berdiri, bertambah tak elok lagi
kalau kencing kan kawan2).. haah haaah

ok.. let's go to the diskografie :-

hidup dee snider !!



1981 - ruff cuts (EP)











1982 - under the blade















1983 - you can't stop rock 'n' roll



















1984 - stay hungry













1985 - come out and play

















1987 - love is for suckers











1999 - club daze vol:1 _ the studio sessions












2002 - club daze vol:2 _ live in the bars




















2004 - still hungry










2006 - a twisted Christmas