menampilkan vokalis utamanya saudara Aim, dengan lontaran suara yg begitu padu. dan lagu yg paling berkesan, tentulah lagu 'fatamorgana', serta sebuah lagu ballads berjudul 'realiti dan fantasi'. tapi semuanya tinggal sejarah.
setelah single terakhir mereka 'hujan satu peluru' diedarkan, band crossfire terus menyepi.
itulah serba sedikit ringkasannya.
dan kembali kepada kisah kita hari ini, dgn tajuk "jom ke sekolah".
dulu sekitar tahun 1985, aku pernah belajar di sekolah menengah tengku bariah, kuala terengganu.. jarak dari perumahan berek polis untuk ke sekolah, agak jauh la jugak kalau kita berjalan kaki (lebih kurang 9 km)..
oleh sebab itulah maka, abah telah menyewa perkhidmatan bas sekolah, agar memudahkan aku ke sekolah setiap hari..
bil bulanannya tidaklah terlalu mahal, berpatutan dizaman itu (RM30 sebulan).. maka tiap hari bersekolah, aku akan tunggu bas disimpang masuk pintu pagar utama balai polis (Bas sekolah tidak dibenarkan masuk ke dalam area berek polis).
selalunya bas akan tiba sekitar jam 7:00 pagi (waktu persekolahan bermula 8:00 pagi), ada la dalam 5 ke 6 orang budak-budak sekolah yg tunggu bas kat situ..
pada satu hari, entah macamana silapnya, aku telah terbangun lewat dari tidur.. "eh yus!! dah pukul berapa ni.. kau tak pergi sekolah ke?", mak kejutkan aku bangun..
"alamak..!! habis laa, dah dekat pukul 7 ni, sempat lagi ke nak kejar bas tu mak?", aku mula menggelabah (risau la takut kena tinggal bas.. kihh kihh!!)
"cuti je la mak hari ni, boleh ya!!", aku cuba pujuk mak.. "dah!! jangan nak memandai-mandai, pergi jugak sekolah, tak payah ponteng!!", mak mula membebel..
maka dengan langkah yg berat, terpaksa la aku ikut kata mak..
tak mandi langsung aku pada hari tu, terus pakai uniform sekolah ala kadar je (nak kena cepat ni, takut bas dah sampai.. hu hu!!)
aku tiba kat bus stop, tepat jam 7:05 pagi.. lengang je, geng-geng yg biasanya tunggu bas bersama aku, juga tidak kelihatan..
panik juga masa tu, terus aku bertanya dekat abang polis yg sedang berkawal.. "Abang!! bas sekolah dah lalu ke belum?
"tadi lagi kot dah sampai, entah la tak perasan pulak..", jawab beliau ringkas..
"aah sudah!! payah kalau camni, nak pergi sekolah ke.. atau tak nak pergi ni?", aku bersuara didalam hati..
"kalau aku balik rumah, mesti mak rotan.. kalau aku tidur surau, atau lepak kat mana-mana, lagi bahaya (silap haribulan, kena tangkap pasal ponteng sekolah)..
nak jalan kaki, jauh sangat pulak..", aku dalam dilema.
tiba-tiba.. aku terlihat sebuah beca roda tiga (trishaw), lalu betul-betul kat depan ku.. kosong je, tanpa penumpang.
lantas timbul idea.. "err, pakcik!! boleh tolong hantar saya ke sekolah?".. "saya tertinggal bas tadi, boleh ya pakcik..!!", aku buat muka seposen je..
"tapi jauh la nak.. penat nak kayuh sampai ke sana!!", luah pakcik trishaw tu..
"saya bayar lebih pakcik.. berapa tambangnya?", aku cuba yakinkan beliau.. "macam ni je la nak.. bagi pakcik RM10, kira jadi", pakcik tu tetapkan harga..
masa tu dalam poket, aku cuma ada RM5 je, so aku minta discount..
memandangkan yg aku ni seorang penuntut, beliau lalu bersetuju dgn tawaran ku (kasihankan budak2 la tu.. hu hu!!)
hampir setengah jam berkayuh, akhirnya kami sampai juga ke sekolah.. selesai membuat pembayaran, aku terus berlari laju menuju ke pagar sekolah..
berkunci pulak pagar hari ini.. sepi, senyap dan sunyi je..
jam menunjukkan pukul 7.50 pagi, kebiasaannya time-time sebegini mesti ada perhimpunan pagi, kelas pun belum bermula lagi ni.
tapi kenapa suasana lengang je..?
aku terpandang pd pak guard yg sedang standby kat tepi pagar sekolah..
"abang guard!! kenapa kunci gate ni, saya nak masuk.. dah lewat ni, nanti guru disiplin marah!!", aku cakap pd guard berkenaan..
lalu dijawabnya, "Ooi.. kau ni biar betul dik!! hari ni mana ada sekolah.. public holiday, cuti hari pertabalan sultan terengganu"
aku terus tersentak, "Aaaapa..?"
kah kah kah kah!!.. begitulah kisah lucu yg pernah ku alami suatu waktu dahulu.. sampai boleh terlupa hari cuti, masih datang sekolah juga..
(tapi yg hairannya, macamana mak aku pun, boleh tak ingat jugakkan (cuti).. musykil betul!!)
kelakar betul la kenangan silam di zaman sekolah ni..
apa-apa pun ia menjadi nostalgia yg bermakna buat diriku.. sampai ketemu di lain episod.. bye and see ya..
(moral of the story : masa itu amat bermakna, janganlah kita terleka, walau untuk seketika)
let's check the diskografie.. and zoom.
1989 - fatamorgana
1990 - erosi
1992 - disisi mu
1993 - metonimia
1994 - espirits de corps
1994 - koleksi slow rock terbaik
1995 - ilustrasi
1997 - konservatif
2009 - hujan satu peluru
info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, xyruszone, berteromber