Music Player

Wednesday, September 21, 2016

Discography Vagrant


Kumpulan Vagrant merupakan sebuah kumpulan rock kapak Melayu yang berasal dari Negeri Sarawak dan mereka aktif sejak dari awal tahun 1990an lagi.

Kumpulan Vagrant telah ditawarkan untuk membuat kontrak rakaman album setelah mereka memenangi pertandingan "Battle of the Bands" yang pertama diadakan di Negeri Sarawak. Pertandingan akhir "Battle of the Bands" tersebut telah diadakan di "Starlight City Disco" pada tahun 1989.

Untuk rakaman album pertama mereka, pemain bass asal Vagrant (Yen) telah digantikan dengan pemain bass kumpulan Melissa (Ajax). Ini berlaku kerana Yen mengalami masalah demam panas di saat menjelang sessi rakaman album sulung itu.

Album pertama mereka yang berjudul 'Vagrant' telah diedarkan pada tahun 1990 dengan menampilkan Line-Up Vagrant yang terdiri dari Baha (vokal), Kiya (gitar), Yen (bass) dan Dol (drum).


Album pertama ‘Vagrant' ini cukup memuaskan hati dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang album ini adalah antara album terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang era 90an dulu.

Suara vokalisnya ‘Baha' dikatakan mempunyai persamaan dengan suara vokalis Scorpions ‘Klaus Meine'. (Benarkah Begitu..?)

Kalau tak percaya boleh la cuba dengar album ini (rilisan semula 2015) yang sudah pun berada di pasaran (selagi stok masih ada.. hehe) dan anda nilaikan nya sendiri.

Banyak lagu-lagu yang bermutu dan menarik seperti 'Kerana Takdir' ciptaan Wan Zul, lirik S. Amin Shahab, juga lagu 'Januari', 'Hatiku', 'Kau dan Aku' & 'Adakah Cinta Lagi'.

Memang berbaloi memiliki album pertama “Vagrant” ini (fully recommend). Ini pendapat akulah, kalau korang punya citarasa aku tak tahulah, mungkin lain kot.. huhuh.


Album kedua mereka 'Pelangi Sutera' diterbitkan tiga tahun kemudiannya (1993). Line-Up mereka masih kekal seperti di album pertama. Dan kali ini bassist Vagrant (Yen) berjaya menyudahkan rakaman bass beliau untuk kesemua track lagu di dalam album ini.

Pun begitu mereka masih mengekalkan lagu-lagu berirama ballads seperti 'Pelangi Sutera Unggu', 'Mengapa' (intro lagu ini seakan-akan lagu Kerana Takdir), 'Restuilah', 'Suatu Hari Kita Bertemu' dan 'Setulus Cinta Mu Dewi'.

Tetapi entah dimana silapnya album kali ini gagal di pasaran. Mungkin kerana pemilihan lagu yang kurang tepat.


Pada tahun 1996 kumpulan Vagrant telah menghasilkan album ketiga mereka 'Tradisi', juga merupakan album terakhir mereka.

Pada kali ini komposer M.Nasir telah memperkuatkan album ini dengan lagu hits ciptaan beliau yang berjudul 'Tinggalkan Ironi'. Disamping lagu-lagu slow cintan yang agak menarik seperti lagu 'Mekar Dalam Bingkisan', 'Sampaikan' dan 'Seloka Rindu'.

Kedengaran vokal Baha untuk album ke3 ini sedikit mengecewakan, tidak seperti 2 album terdahulu (yang boleh menyamai vokal Klaus Meine.. huhuh)

Dan album ini juga senasib seperti halnya dengan album Pelangi Sutera (gagal untuk memikat hati dan telinga para pendengar).

Setelah 2 album mereka menemui jalan buntu, akhirnya kumpulan Vagrant sepakat untuk dibubarkan pada tahun berikutnya.


Line-Up terakhir Vagrant :-

Vokal - Baha
Gitar  - Kiya
Bass  - Nawen
Drum - Den

(p/s : Info menarik tentang kumpulan Vagrant)
Tahukah anda bahawa untuk setiap album mereka, akan ditampilkan satu lagu instrumental seperti berikut :-

Album 1 - Nurani
Album 2 - Teristimewa
Album 3 - Tradisi

Dan kesemua lagu instrumental ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya dari ahli kumpulan Vagrant itu sendiri. Agak mengujakan yer..


Begitulah serba sedikit info yang boleh Yusrina kongsikan bersama pembaca sekalian, tentang kumpulan Vagrant ini. Dan kini walaupun sudah hampir 20 tahun mereka meninggalkan arena seni suara, tetapi lagu-lagu Vagrant masih tetap diminati ramai dan sering dimainkan oleh DJ di corong-corong radio tempatan kala ini.

Dan kumpulan Vagrant akan terus dikenang, sebagai sebuah kumpulan Rock Kapak yang pernah menggegarkan tanahair kita di suatu masa dahulu.

Sekian.

Ayuh, jangan tunggu lagi.. mari kita tatapi album-album mereka ini melalui diskografi Vagrant..
Zoom..



Vagrant - (1990)















Pelangi Sutera - (1993)













Tradisi - (1996)










(info cover : credit to mastercomp, mat4nira, xyruszone, yansani)

23 comments:

  1. Janji rock seluar ketat...hehe.. album pertama mereka yup yg terbaik...dh beli.. suara Baha seakan klaus meine tu bg aku sebenar merujuk kepada ke-sengau-an... hehe yelah teknik mereka menyanyi guna suara idung... tp bukanlah bermakna suara idung tdk sedap... kerana tk semua org yg menyanyi guna teknik sebegini mampu menyanyikan lagu dgn sedap... jd ini kelebihan mereka.. saya dh pernah belajar teknik sebigini dn tak pasal2 saya kena darah tinggi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyanyi stail suara sengau la gitu kan.. Huhu, barulah aku faham.. Maklumat yg berguna ni, tapi kalau dipraktikkan boleh kena darah tinggi yer bro..hehe
      Btw.. Kenapa lama tak update blog bro kaemm??

      Delete
    2. Boleh kene darah tinggi...pasal guna teknik idung ni otak akan tarik banyak darah...silap2 kene angin ahmar jgk...kiki
      Blog aku rehat kejap bro yus...ada hobi lain aku buat...hobi makan kikiki

      Delete
    3. Angin ahmar..? Mintak jauh sangat la tuh.
      Hobi makan yer.. Makan apa tuh bro sampai takde masa nak update blog.. Hahah
      Makan hati ulam jantung ke.. Kih kih..

      Delete
  2. lepas baca ni baru aku tahu band dari sarawak rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu D'arsil.. Sarawak bumi kenyalang gitu.
      p/s : harap harap selepas ini, adalah mana2 labels yg akan riliskan album ke2 dan juga album ke3 Vagrant ni.. Krn aku suka kesemua album diorang ni.

      Delete
  3. sejak ada cd reissue ni baru la berpeluang dengar band ni...album pertama dorang tu memang bagus...tapi album2 yang seterusnya aku tak pernah dengar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penilaian yg boleh aku berikan utk album vagrant ni adalah seperti berikut :

      Album 1 - vagrant 10/10
      Album 2 - p.sutera 8/10
      Album 3 - tradisi 6/10

      Sebetulnya album pertama diorang memang superb, masuk album ke 2 masih berbisa lagi, tapi utk album ketiga tu ada kurang sikit.. Gitulah al kisahnya bert..

      Delete
  4. baha ni aku kenal..anak cikgu aku masa darjah 3..melepak n main gitar saja kerja dia masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. badrol kenal akan baha kan..! tapi adakah si baha tu kenal akan badrol pula..?
      itulah persoalannya..!!
      haa haa.. jangan marah badrol, saja yusrina nak usik-usik sedikit.. kihh kihh

      btw.. apakah perkembangan terkini si baha tu sekarang ni, bro..? adakah beliau masih aktif dalam bidang nyanyian ni..?

      Delete
    2. bapa baha tu knal lah aku bro..time tu aku darjah 3 jer..tak mahu la dia lepak ngan aku

      Delete
    3. oo ye ke.. bagus la kalau camtu.. badrul darjah 3 tu dalam tahun berapa yer..? dan baha tu pula umur berapa time tu..?

      btw.. mesti pening si badrol shomdar nak jawab soalan cepumas dari aku nie... kahh kahh kahh

      Delete
    4. Kami panggil En. Baha.. Dia dah tak akti menynti.. Umur dia 58 (2020).. Baru je meninggal kelmarin-23 Mei 2020..Al fatihah..

      Delete
  5. Replies
    1. orang kampung Adi Herman la ni kott.. hehe

      rockers sarawak ni memang hebat-hebat belaka yer.. termasuklah Adi Herman jugak gitu.. huhu

      Delete
  6. Dah cukup CD album kumpulan nie dlm simpanan, memang album pertama yg terbaik, album ke-2 dan ke-3 aku bg seri, sbb ada kelainan masing2..tapi respek kat Kiya sbb bukan shj main gitar, tapi juga keyboards..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Album ke2 Dan ke3 tu, rilisan semula jugak ke bro, pasal gua tengok kat kedai cuma yg dijual album pertama jer.
      Mana dapat tu bro?

      Delete
  7. Nasiblah cd album ke-2 Warnada jumpa & beli kat Amcorp mall ..album ke-3 dulu pernah NSR keluarkan CD, beli kat member online..dah lama nie, 2007-2009 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. bro gila rock memang bertuah krn dapat kumpul kesemua CD album vagrant... kalaulah aku pun boleh kumpul camtu, kan best.. huh huh

      Delete
  8. Hasil kje tangan Kiya nih saye selute..sangat hebat solo gitar die

    ReplyDelete
  9. Orang Sarawak hebat-hebat dalam pelbagai cabang seni..ramai kawan Sarawak ketika di UPSI

    ReplyDelete
  10. Vokalis baha baru meninggal dunia sabtu, 23 mei 2020/30ramadhan 1441h..

    ReplyDelete
  11. Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah S. W. T..

    ReplyDelete