Music Player

Monday, May 9, 2016

Discography Anthrax


Anthrax adalah sebuah band yg memainkan genre thrash metal, berasal dari New York, USA. Mula ditubuhkan pada tahun 1981 oleh pemain gitar Scott Ian dan pemain bass Dan Lilker.

Band ini dianggap sebagai salah satu pelopor thrash metal di era 1980an lagi. Terkenal dengan jolokkan "The Big Four" (selain Metallica, Megadeth dan Slayer), Anthrax adalah satu-satunya band US yg lahir dari kawasan East Coast, Amerika Syarikat.

Sehingga tahun 2016, band ini telah merakamkan sebanyak 11 studio album. Menurut kajian antarabangsa, album-album Anthrax telah terjual sebanyak 2.5 juta unit di Amerika Syarikat antara tahun 1991-2004, dengan jualan di seluruh dunia pula, mencecah hampir 10 juta unit.

album studio pertama kumpulan ini 'fistful of metal' telah diterbitkan pada tahun 1984.

line-up Anthrax sering berubah-ubah beberapa kali sepanjang kerjaya mereka. Band ini telah mempunyai beberapa penyanyi termasuk Neil Turbin, Joey Belladonna, Dan Nelson dan John Bush.

ahli pengasas Scott Ian dan Charlie Benante, yang menyertai Anthrax pada tahun 1983 adalah antara line-up asal yang muncul bagi setiap album. Pada tahun 2010, Joey Belladonna kembali semula menyertai Anthrax dan telah menghasilkan dua studio album lagi bersama band ini, Album 'Worship Music', dikeluarkan pada tahun 2011 dan album terbaru 'For All Kings' diterbitkan pada tahun 2016.

Begitulah secara ringkasnya, biodata kumpulan Anthrax.. thats all.

Dan Kisah yang hendak aku coretkan bagi memenuhi entri kali ini berjudul 'diari seorang penjual burger'.

sebelum tu, mari kita perincikan, apakah itu burger.

ya.. burger adalah sejenis makanan segera yang berasal dari negara Amerika Syarikat..

dan kebanyakkan makanan fast food ni datang dari negara uncle sam, contohnya McD, Burger King, KFC dll..

kandungan burger terdiri dari roti bulat leper yg berbijan, manakala intinya pula terdiri dari kepingan daging dan ayam ataupun ikan..

dan ditambah pula dgn cheese, mayonnis, sos cili, salad, mentimun, bawang dan juga kepingan nenas.

lain tempat maka lainlah cara pembuatan, menu dan juga ramuannya.

kalau di negara bukan islam, seperti thailand, china dan seumpamanya.. mungkin ada burger daging babi, yg sememangnya haram untuk umat islam.

tapi yang aku nak cerita ni, berkenaan burger kat Malaysia sahaja (ditanggung halal, jangan bimbang.. hehehe)

OK, mari kita mulakan story nya..

di zaman remaja ku dahulu, iaitu sekitar tahun 90an, sewaktu menetap di Kampung Melayu Ampang, Selangor.. aku telah mula mempelajari ilmu untuk menjana pendapatan, yakni dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

Dan hasil pertama yang aku perolehi melalui bidang bisnes ini, adalah melalui jualan burger.

pada mulanya, aku kurang berminat dalam bab-bab berniaga ni, tapi pada satu hari tu adalah seorang kawan di daerah Ampang, telah mengajak aku untuk turut sama membantu beliau dalam bisnes jual burger ni.

kawanku itu dikenali dengan nama Khairy. Begini ceritanya :-

"yus, kau nak cari duit tak..? aku ada peluang baik ni", khairy memulakan bicaranya pd suatu petang.

"cari duit macamana tu khairy..? cuba tolong jelaskan.. aku tak berapa nak faham ni", aku minta kepastian.

"gini yus.. malam ni, aku baru nak start jual burger, tapi takde geng.. so aku cadang nak ajak kau jadi bisnes partner.. amacam, boleh ke bro?", bersungguh benar khairy mengajak aku tu.

"ermm.. keuntungannya kita bahagi 50-50 la ye.. gitu?", aku cuba nak demand pulak (hihh hihh! kerja pun belum lagi)

"OK lah Yus.. kau punya pasal, aku janji keuntungan kita bahagi sama rata... set", Khairy memberi persetujuannya padaku.

maka setelah sepakat, kami berdua pun mulailah keluar berniaga pada malam tu, disebuah simpang jalan antara masjid dan sekolah menengah.

aku tabik sungguh pada si khairy ni, dia memang pun dah buat segala persediaan dan persiapan awal, untuk memulakan perniagaan baru ini.

segala kelengkapan dah complete semuanya, dari gerai kayu cantik yang siap bercat lagi, bangku rehat, mini compo, dapur kuali, tong gas, bekalan stok daging burger, roti dll..

pendek kata, aku cuma perlu bawa diri je ke tempat perniagaan kami tu, tanpa perlu keluar modal satu sen pun.. memang beruntung aku dapat kawan macam si khairy ni (pulak tu siap berjanji, untung nak bahagi dua lagi tu.. huhu). kalau orang lain, aku rasa memang payah la..

selepas maghrib, kami memulakan perniagaan.. pasang juga mini compo perlahan-lahan (layan lagu Anthrax la.. heheheh!)

agak bernasib baik kami pada malam tu.. iyer lah, hari pertama dah ramai pembeli yang datang. macam tak percaya la jugak.. rezeki la katakan.

tiga ke empat jam lepas tu, dapat jugak kami kumpul hampir RM50.. waah! satu pencapaian yang cukup hebat tu.. kihh kihh!

masa berlalu begitu pantas, sehingga jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.. kami pun bersiap la untuk berkemas..

nak tutup kedai, nak tidur la pulak (kita sambung besok aje la)

dengan tak semena-mena tu, datang seorang lelaki dalam pertengahan umur 40an, menuju ke gerai kami..

"err dik! abang nak beli burger ni, boleh lagi kan?", tanya lelaki berkenaan.

"minta maaf bang, kitorang nak tutup dah ni.. abang cari kat tempat lain jer lah", aku beritahu pada lelaki itu.

"tapi, abang nak beli banyak ni.. dalam 10 biji, boleh la dik, kan adik jugak untung nanti!", lelaki itu cuba memujuk kami.

"woih Yus! 10 biji darab RM2.. dah dapat RM20.. boleh top-up duit kita ni", khairy jadi bersemangat bila lelaki tu cakap nak beli burger 10 biji tadi.

"OK lah bang.. kita buat jer lah burger untuk abang", aku bersetuju.. dan lelaki itu tersenyum.

selang 10 minit kemudiannya, siaplah burger 10 biji tu dimasak, buat customer yang terakhir untuk malam tu.

"Berapa ringgit dik, harga semua burger ni?", tanya lelaki tu lagi.

"RM20 aje bang", aku menjawab.

"nah duitnya", lelaki tu menghulurkan kami not RM100.

"err! abang takde duit kecil ke?, pasal kitorang tak cukup duit pecah ni, yang ada cuma RM50 jer", aku beritahu pd lelaki berkenaan.

"takpelah dik.. bagi jer la baki RM50 tu, selebihnya 'keep the change', abang kira sedekah pada kamu", lelaki berkenaan bersungguh meyakinkan kami.

waah! untunglah kitorang malam tu, dapat durian runtuh lagi.. tadi RM50 campur dgn harga burger ni RM20, sepatutnya jadi RM70..

tapi kami dapat RM100 cash, dek kerana sikap pemurah lelaki berkenaan (kiranya, kami untung free RM30 la.. hihh hihh)

selesai berurusan, lelaki tersebut berlalu pergi, hilang dalam kegelapan malam bersama angin yang berlalu.

seronoknya kami bukan kepalang, terus tutup kedai dan balik ke rumah (tidur lena sampai ke pagi la.. apalagi.. kihh kihh!)

keesokkan harinya, kami berdua pun pergi la ke Bank Simpanan Nasional (BSN), untuk menabung..

excited sangat la tu, pasal duit titik peluh dari hasil jualan di malam pertama.. kami rancang nak kumpul dulu, bila dah banyak nanti, baru nak agihkan sama rata.. heheheh!

"err.. encik, kat mana encik dapat duit RM100 ni?", tanya kerani kaunter BSN.

"kenapa puan ? ..itu duit dari hasil keringat kami yang pertama, jual burger malam tadi", aku terlampau gembira sangat.

"maaf yer! ini duit palsu la encik", penjelasan dari kerani BSN tersebut benar-benar membuatkan Khairy dan aku terpaku serta-merta.

"Apaaaaaaa!! jadi kitorang dah kena tipu la ye!", kami berdua terus terduduk kat kerusi BSN, tanpa berkata sepatah pun.

haah haah haah..! ingatkan untung RM30, tapi rugi sakan kami sebenarnya hari tu, yer la duit RM50 terbang begitu sahaja, buat bayar baki..

pas tu burger lagi, dah bagi free 10 biji kat lelaki penyangak tu.. aduhai! nasib nasib..

malang sungguh nasib kami.. ishk ishk! sedihnya..

itulah dia kisahnya, bagaimana kami telah terpedaya dgn aksi licik lelaki semalam, memang dasar pembohong..

semoga ianya dapat dijadikan pengajaran buat kalian semua.

jumpa lagi di lain waktu..

sekian, terimakasih.

(moral of the story : jangan teruja bila dapat rezeki lebih, manalah tahu, rezeki berkenaan mungkin ditarik balik)

Now.. the diskografie..



1984 - fistful of metal

















1985 - spreading the disease














1987 - among the living
















1988 - state of euphoria


















1990 - persistence of time















1993 - sound of white noise















1995 - stomp 442


















1998 - volume 8 _ the threat is real

















2003 - we've come for you all


















2011 - worship music















2016 - for all kings















16 comments:

  1. tak kenal sangat lagu2 band ni, cuma pernah beli kaset Sound of White Noise je awal 90an dulu...terlampau byk sangat grup kat dunia ni, tak terlayan semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro.. kalau ikutkan hati, nak dilayan semua band seantero dunia ni.. jawabnya tak kemana laa kita.. asyik duk tadah telinga je.. satu hapa pun takleh nak buat.. kann! jadi kita kena pandai-pandai pilihlah.. yang mana berkenan dihati tu.. sama jugak macam local band rock kapak, pilih-pilih la yg mana sesuai.. tak gitu bro Gila Rock!

      Delete
  2. Kazen senior aku pernah la lekat poster anthrax ni kt bilik dia mase tu aku darjah 6.. tp aku tk pernah dgr lagu2nye tu taim.. tgk tu poster mereka mcm band 70an hehe.. rupanya thrash metal band..haha
    Tingat plak dulu era 90an mmg femes citer pasal duit palsu ni..pernah ade tutorial dia kt tv bg tau beza duit betul ngn palsu.. tp ble dunia dh moden duit kertas pun dh canggih dh pupus dh duit palsu ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi zaman sekarang pun, kita mesti lebih aware lagi, pasal not RM50 pun kekadang ada jugak yang palsu.. so berhati-hati kawan

      Delete
  3. Apa naak jadi sey tipu2 orang meniaga makan ni. Tipu duit tipu burger. Nak makan sedap, takde duit, takyah tipu... duduk je masjid lepas baca yasin malam jumaat ada orang sponsor makan.
    Anyway, Anthrax... state of euphoria,. Sangat2 aku minat dorang zaman era tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. state of mind euphoria mmg best sgt2..sgt2...ntah kenapa aku rasa dlm big four ni bagi aku anthrax la yg first...part drum dia fuhhhhhhhhhhh

      Delete
    2. aku pun minat dekat album state of euphoria, sezaman dgn rock kapak gitu..

      Delete
    3. antara the big four, aku kurang sikit pada band anthrax ini.. lebih gemar layan megadeth atau metallica

      Delete
  4. Anthrax aku suka sampai Attack Of The Killer B's...lepas tu dah tak berapa nak masuk sangat....tapi jual burger memang masyuk...dulu masa tunggu result SPM tolong member jual burger...syiok la bila minah2 kilang turun bas singgah beli...heheh...

    ReplyDelete
  5. minah kilang tahun 80an memang awesome.. hik hik hik!

    ReplyDelete
  6. menarik ceritanya bro..hehe.. terima kasih kerna berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama la kita.. terimakasih bagi hadiah CD itu hari bro..

      Delete
  7. aku tak dengar band ni.. satu album mereka pun aku tak ada

    ReplyDelete
  8. kena belajar dengar la bro.. untuk pertama kalinya, gua rekomen album baru diorang 'for all kings'.. fuhh, dah macam rock classic zaman 80an.. cayalah band anthrax nie

    ReplyDelete
  9. aku pernah dapat duit 50 sen palsu, tak muat nak masuk vending machine nak beli air tin.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 50 sen pun ada yang palsu ke bro..? tak pernah dengar lagi ni..! huhu

      Delete