Music Player

Sunday, May 29, 2016

Discography Bon Jovi


Bon Jovi ialah sebuah kumpulan muzik rock dari New Jersey, Amerika Syarikat. Bon Jovi menjadi popular melalui lagu-lagu hits nya, seperti Runaway, It's My Life, Everyday, Have a Nice Day, dan sebagainya.

Pada tahun 2007, Bon Jovi telah melancarkan album ke 10 mereka, bertajuk 'Lost Highway'.

Bon Jovi juga sudah meraih Anugerah Grammy kategori Best Country Collaboration untuk lagu 'Who Says You Can't Go Home'.

Sebelum ini Bon Jovi pernah dicalonkan bagi Anugerah Grammy pada tahun 2000 untuk lagu 'It's My Life'.

Sehingga kini Bon Jovi telah menghasilkan sebanyak 13 album studio, dan album ke 14 mereka berjodol 'This House Is Not For Sale', bakal diterbitkan pada penghujung September 2016 nanti.

Sama-samalah kita nantikan kemunculan album baru mereka itu kelak.

Dan line-up mereka yang terkini adalah seperti berikut :-

Jon Bon Jovi       - vokal dan gitar akostik
David Bryan       - keyboard
Hugh McDonald - bass
Tico Torres        - drum
Phil X                 - gitar utama (menggantikan Richie
                            Sambora yg telah keluar pd tahun
                            2013)

Begitulah dia sinopsis ringkas Band Bon Jovi, selesai sudah setakat ini.

Kita kembali kepada cerita hari ini, bertajuk - Ikan Laga.

Apakah dia ikan laga..?

Ikan laga disebut dalan bahasa latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).

Nama ikan laga terhasil kerana, tabiat ikan ini sendiri yang bila ditemukan dalam bekas, 1 lawan 1, maka ikan ini akan bergaduh sesama sendiri.

Kesian aku tengok ikan ini kalau digaduhkan, dah macam gaya ayam laga la pulak jadinya.. huhu!

pesan ku pada korang semua.. jangan dibuat macam itu, kesian kat ikan kan!

dan dikesempatan ini, aku nak cerita sedikit berkenaan dengan Mitos @ Lagenda ikan laga di Negara Siam (Thailand).

Menurut hikayat, Betta Fish @ Ikan Laga dikatakan telah mendapat nama dari satu suku kaum purba pahlawan Asia, dan mereka telah menggelarkannya sebagai “Betta”.

Ikan ini diberikan nama betta kerana, kira-kira 150 tahun dahulu rakyat siam amat gemar menyertai satu sukan terkenal yang melibatkan pergaduhan antara dua ekor ikan laga pahlawan. (Malah, sukan yang begitu popular ini, turut diatur dan disukai oleh Raja Siam).

Satu perkara yang menarik tentang pergaduhan ikan ini adalah, ianya tidak sama seperti battle ayam jantan mahu pun pergaduhan anjing di negara barat sana.

pada pertandingan ikan laga Siam ni, penilaian sebenar adalah diukur pada keberanian sang ikan itu sendiri, dan dari satu sudut lain pula pergaduhan dinilai pada berapa teruk kecederaan luka yang ditanggung oleh ikan itu, atau sehingga mati salah satu dari ikan yang bertarung.

Para penonton selalunya akan bertaruh pada berapa lama seseekor ikan laga itu dapat bertahan dalam sesuatu perjuangan.

Malah, kebanyakan ikan hanya dapat digunakan untuk sekali atau dua kali bertarung, dan kalau mati terus dibuang begitu sahaja, pastu boleh la pakat-pakat beli yang baru pulak.. hehe!

Sehingga hari ini, sukan laga ikan masih wujud di negara siam. Malah dekat Malaysia pun ada, tapi pandai-pandailah tanggung ya. (sape-sape yang suka sangat main laga ikan ni, jaga-jaga.. pasal undang2 negara kita boleh mensabitkan anda, atas kesalahan menganiayai dan mendera binatang / sama kes jugak dengan laga ayam.. huhuhu!)

selain itu, Ikan laga juga turut dibuat perhiasan dalam akarium, dimana masyarakat cina kebanyakkanya percaya dengan nasib tuah “ong” atau fengshui mereka.

Di Malaysia pun, sudah banyak ikan laga ini dikomersialkan untuk pasaran tempatan dan juga luar negara.

Sedikit Info berkenaan ikan laga :-

Nama saintifik : Betta Splendens
Nama lain : Betta
Pengkelasan / Keluarga : Belontiidae
Banyak didapati : Kemboja dan Thailand
Saiz Dewasa : 3 inci (7 cm)
Jangka hayat : 2-3 tahun
pH yang sesuai : 6.8 – 7.4
Suhu : 75-86 F bersamaan (24-30 C)

Kehidupan sosial : Jantan sama jantan jangan diletakkan dalam satu balang, nanti gaduh.. hihh hihh!

Diet / Pemakanan : Emping, keropok ikan (bulat-bulat), serangga dan alga.

Cara menetas / pembiakan : Buih-buih seperti buih sabun dalam jumlah yang banyak (bagai telur katak)

Tahap untuk membela : Sangat mudah untuk dijaga, tidak perlu letak oksigen macam ikan kelisa, dan juga tahan lasak, tidak seperti ikan emas yang terlalu manja.

bercakap berkenaan dengan ikan laga, dulu dalam tahun 1982 aku dan kawan-kawan yang tinggal di berek polis kuala terengganu, ada la juga terlibat dengan mainan laga-laga ikan ni.. kihh kihh!

begini ceritanya..

pada satu petang tu.. aku, Nazli dan Ang (kawan cina) telah pergi ke Pasar Kedai Payang untuk mencari baka spesies terbaik ikan laga.

sesampainya di pasar, kami bertiga melihat ada sebuah kedai yang menjual ikan-ikan laga ni dalam botol, dan tokeh kedai berkenaan dah siap menyusun rapi botol-botol ikan laga tu untuk dipamerkan kepada para pembeli.

kami memang excited sangat, apabila melihat pelbagai rupa bentuk dan saiz ikan laga siam yang begitu mengasyikkan jiwa ni.

yer la, dengan warna sirip yang beraneka warna.. ada merah, ada biru, ada oren, ada hijau, ada putih, ada hitam.. pendek kata memang menarik la paras rupa ikan eksotik ni.

tapi spesies jantan jer yang cantik, manakala spesies betinanya pula agak kurang menyerlah penampilan mereka.. tidak seperti manusia kan, selalunya kaum hawa yang lebih gemarkan kecantikkan ni (lihat sahaja kebanyakkan wanita yang gemar bersolek dan berdandan tu... betulkan! sekadar perumpamaan je.. hihh hihh)

"wah..! aku nak beli yang kaler merah ni laa.. cantik sangat, dah macam warrior ikan ni!", aku luahkan hasratku pada rakan-rakan.

"tak payah la Yus.. kita beli yang kaler biru je lah, lagi cantik.. kannn!", Nazli tak bersetuju dengan pendapat ku tadi.

"Merah pun tak cantik.. biru pun tak lawa.. aku rasa yang hijau tu lagi baik, nampak kegagahannya tu!", Ang pulak menyampuk dengan citarasa yang berlainan.

Kecoh dibuatnya lagak kami bertiga tu, terus berbalah tentang ikan laga favorite kesukaan masing-masing..

yer la.. bunyi suara kami jer yang bising kat kedai jual ikan laga berkenaan masa kat pasar tu.

kami terus bertelagah tanpa henti, tentang ikan pilihan masing-masing, kononnya nak tegakkan benang yang basah.. hahh hahh!

"aku kata merah.. merah laa, taknak hijau, taknak jugak biru!", aku cuba menggunakan kuasa veto.

"mana boleh yus...!", Ang dan nazli tak berpuas hati dengan aku.

sedang kami bertekak tu, tiba-tiba tangan aku tertepis pada salah satu botol ikan laga berkenaan. mengakibatkan kedudukan botol ikan tu menjadi tidak stabil, bergoyang seketika, lalu kemudian terus jatuh ke atas lantai.

"prankkkkk"... bunyi satu objek kaca berisi air jatuh pecah berderai.

dan kejadian itu turut disedari oleh tokeh kedai ikan berkenaan.. apalagi mengamuk sakan la dia.

"hoii! astaga.. apa kamu sudah buat ni dikk..?", pekik tokeh tersebut.

Kami tak tunggu lagi, terus cabut lari langkah seribu meninggalkan si tokeh yang terkebil-kebil kebingungan.

setelah jauh melarikan diri dari pasar kedai payang tu, akhirnya kami bertiga berhenti rehat kat sebuah wakaf.. tercungap-cungap juga kami menahan kepenatan.

"itulah kau Yus, nak bertekak pun janganlah sampai naik kaki dan tangan, kan tak pasal-pasal dah pecah botol ikan tadi", nazli menyuarakan ketidakpuashati nya terhadap aku.

"aah aah laa.. nasib baik tokeh tu tak kejar kita, kalau tidak haru dibuatnya!", Ang pula menambah.

aku diam membisu, tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulut (wordless).. kerana dah memang aku yang bersalah, tangan aku ni lah yang gatal, sampai terlanggar botol ikan tu tadi..

haah! ikan laga entah kemana, peluh jer yang kami dapat... niat asal ke pasar tadi, nak beli ikan laga.. tapi lain pulak jadinya...

bukannya ikan laga yang berlaga, tapi kami bertiga pulak yang bertelagah (macam berlaga la jugak bunyinya)... kihh kihh kihh!

terbantut la hasrat kami pada hari itu untuk memiliki si ikan laga pujaan sanubari, dek kerana kecuaian diri ku sendiri.

demi untuk mengubati kekecewaan hati, jadi kami pun mencari satu alternatif lain, lalu kami pergi ke satu tempat berlongkang besar dekat area perumahan.

dan kami berjaya juga menangkap beberapa jenis ikan lain... iaitu ikan Puyu dan juga ikan Gapi (walaupun bukan spesies ikan untuk dilaga-lagakan, tetapi sekurang-kurangnya ada la rupa ikan jugak... hehehe!)

terhibur la untuk sementara.. huhu!

OK.. sekian dulu untuk kali ini.

(moral of the story : hindarilah diri anda dari menzalimi haiwan, kelak mereka akan menuntut keadilan dari Pencipta)

The Diskografie -



1984 - bon jovi


















1985 - 7800 fahrenheit


















1986 - slippery when wet


















1988 - new jersey


















1990 - blaze of glory (OST young guns II - jon bon jovi)


















1992 - keep the faith


















1994 - cross road (the best of bon jovi)


















1995 - these days


















2000 - crush


















2002 - bounce


















2005 - have a nice day


















2007 - lost highway


















2009 - the circle



















2013 - what about now


















2015 - burning bridges

















22 comments:

  1. Rock bersih. Pernah entry dalam siri ally mcbeal bon jovi nie tapi kaku aje belakon. Akupun dah lama tak tangkap ikan lagi. Aku tak laga tapi buat simpan dalam botol taucu yang cantik-cantik. Warna hitam belam ungu metalik banyak depan rumah aku.

    ReplyDelete
  2. Betul tu shafid.. Tak elok kita lagakan binatang ni.. Aku dulu pun masa bebudak rasa bersalah pulak, bila duk laga ikan ni.. Huhu

    ReplyDelete
  3. aku lari tajuk sikit ni yus...kenapa blog kau ni ada gambar awek2 tepi tu..apa sebabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk.. Lain macam je soalan badrol ni.. Hih Hih
      Takpe la, Aku jawab jugak psl nk tahu sgt kan!
      Sebenarnya awek dan Yus tidak dapat dipisahkan, umpama aur dgn tebing gitu..
      Awek juga dizaman remaja Yus, bagai soundtrack kehidupan..
      Dan kerana awek jugalah, nama Pena ku tercipta, iaitu Yusrina..
      Actually nama Pena Yusrina tu adalah gabungan nama ku dan juga awek ku (kini bergelar isteri) -
      Yusri + Rina = Yusrina
      Oleh sbb tu lah, Yus ni terlalu syg kan kaum Hawa, sehingga diabadikan dan diberi penghormatan utk berapa di Kiri kanan blog albumretro ni..
      Kerana Aku sayangkan awek, cintakan awek, dan kasihkan awek..
      Pesan ku pd badrol, jgn la kita sakiti perasaan ataupun fizikal insan yg bergelar wanita ini.. Krn mereka semua adalah anugerah Allah buat kaum lelaki..
      Nanti la badrol, Kalau ada masa Aku akan cerita bgm pertemuan Dan percintaan antara Yusri Dan Rina kelak..
      InsyaAllah

      Delete
    2. Haritu perasan ada kumpulan rock dengan lagu Yusrina nie, lagu tak top rasanya..akupun tak pernah dengar sebelum nie..

      Delete
    3. Kumpulan vilossa tu bro, dengan lagu top mereka.. Yusarina

      Delete
    4. Oh Yusarina, sorry ingatkan Yusrina...he he..aku google kluar Yusarina kumpulan Galaksi..Villosa = Rozaila...mesti konfius tu..he he

      Delete
    5. Aah aah laa, memang benar tu, Yusarina tu Band galaksi, sorry tersilap info tadi, maklumlah Band Rock kapak ni terlampau ramai, kekadang boleh keliru kita dibuatnya.. Hehe
      Jadi villosa tu salah ye kan.. Terima kasih banyak banyak pd brother Gila Rock, atas keprihatinan anda.
      P/s : nama bro Gila Rock ni, Sebenarnya apa yer?

      Delete
  4. Tak pernah tengok inlay album2 terkini bon jovi...terima kasih la tampal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sama la Bert.. Memang pun konsep blog ni, utk display cover Album dan juga discography Artis Artis yg menjadi pilihan Yus.. Selain dari bercerita kisah silam, Hehe

      Delete
    2. Biasa kalau kat bendang/sawah ada buih tu memang adalah ikan laga nie, tapi aku tak pernah tangkappun, tak berani sangat, takut nanti benda lain yg dapat..he he..

      Bon Jovi Slippery When Wet album first diorg aku dengar, dulu abg aku selalu pasang kaset pirate diorg...

      Delete
    3. Slippery when wet pun best jugak album ni.
      Dan Kalau berbuih dekat sawah bendang tu, tak semesti nya ikan.. Mungkin belut ke, lintah padi ke, tak pun ular air ke lagi parah kann.. Huhu

      Delete
  5. It's My Life, best lagu ni... ikan laga baru aku tau ceritanya, kejap lagi aku google cemana rupa ikan tu.. ikan haruan pun klu letak ngan ikan puyu habis ikan puyu kena makan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan haruan tu kan, King Of ikan sungai.. Hanya ikan keli saja yg boleh cabar ikan haruan ni.. Hihi
      It's my life, also my soundtracks life too..

      Delete
  6. Ikan laga, dulu2 aku kecik aku suka gi kedai jual ikan kedai aquarium gitu , then setiap balang individu ada seekor ikan laga. Antara mereka tokey kedai taruk kadbod jadi mereka tak nampak satu sama lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu deaf.. Tujuannya adalah utk elakkan konflik sesama ikan laga berkenaan.. TQ bro

      Delete
  7. Bon jovi, ada album cam siak tapi still ada lagu berhantu. Tapi ada album yang memang the best start sampai abis.
    kalau aku kena paksa pilih satu album , aku akan pilih keepthefaith,
    just because ada lagu dry country. Terrrrbaik.
    aku pernah tengok dorang main ngan Phil X dan gitaris second, lupa nama, 3 jam. Terbaik, siap bawak dry cou try.
    aku kalau ada satu lagu aku nak bon jovi bawak live, aku nak lagu 99 in the shade,
    giler tu lagu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan Aku andai kena paksa pilih jugak, heheheh.. Gua dah pasti akan memihak pada Album debut Bon Jovi.. Lain orang lain selera nya, tak gitu deaf.. 👋

      Delete
  8. selian diskograpi,ade x benda lain kau boleh tulis????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada encik jaini jay...
      sebagai menjawab persoalan anda tu, macam ni lah yer.. ini adalah konsep blog Yusrina, itu sahaja jawaban saya..

      Delete
  9. Replies
    1. semoga encik jaini jay berpuashati dengan jawaban yang saya telah berikan tadi... sekian terimakasih

      Delete