Music Player

Tuesday, May 17, 2016

Discography Earthshaker

Earthshaker adalah merupakan sebuah band dari negara matahari terbit yang berkonsepkan Hard Rock, telah mula ditubuhkan pada tahun 1978 di Osaka, Jepun.

line-up band ini kekal seperti di zaman awal penubuhan mereka, iaitu :-

vokal   - masafumi nishida (marcy)
gitar    - shinichiro ishihara (shara)
bass    - takayuki kai
drum   - yoshihiro kudo

band diorang ni begitu popular di era 80an dahulu, sehinggakan menjadi ikon pada kebanyakkan band-band rock kapak di malaysia ini.. dan ada sesetengah band tempatan, turut merakamkan kembali lagu-lagu earthshaker ini, dan diberikan nafas baru..

contohnya seperti :-

lagu 'keadilan' nyanyian kumpulan May (album Dilema) merupakan lagu saduran dari nyanyian asal Earthshaker 'dark angel (animals)' (dipetik dari album Earthshaker 1983).

kemudian,

lagu 'nombor' nyanyian kumpulan Search (album Cinta Buatan Malaysia) juga merupakan lagu saduran dari nyanyian asal band Earthshaker 'Tokyo' (dipetik dari album Midnight Flight 1984).

begitulah hebatnya penangan dari Band Jepun yang tersohor di seluruh dunia, menyamai kehebatan band Loudness dan juga Anthem.

Ok.. berakhir sessi pengenalan, jom kita layan pula kisah kali ini.

bersempena hari guru yang sedang hangat disambut diseluruh dunia, maka aku nak bercerita tentang perihal seorang guru..

dengan kisah bertajuk 'guru disiplin ku'.

sewaktu pernah menuntut di sekolah menengah tengku bariah (SMTB) terengganu, kira-kira lebih kurang 25 tahun yang lalu.

ketika itu aku belajar di tingkatan 3, guru disiplin yang ku maksudkan itu bernama zainal bin kasiman.. beliau adalah seorang yang tegas serta garang orangnya, tetapi masih tetap mempunyai sifat-sifat murni pada diri nya..

beliau juga seorang insan yang pemurah dan tidak kedekut, itu satu kelebihan yang boleh dipuji pada che'gu zainal ini.

semasa di sekolah, aku amat aktif dalam lapangan sukan.

antara sukan yang aku ceburi semasa zaman persekolahan dulu, selain acara balapan, dah tentulah bolasepak.. sukan nombor 1 negara.

Dan che'gu zainal ni pula, selain bertugas sebagai guru disiplin, beliau juga turut menggalas tugasan sebagai jurulatih bolasepak bagi pasukan bolasepak SMTB..

hebat bukan.. che'gu zainal ni yer..!!

aku amat rapat dengan che'gu zainal ini, kerana aku selalu patuh dan senantiasa ikut arahan che'gu..

selalunya masa training bola tu.. aku, irwan dan samad akan digandingkan bersama selaku trio midfielder dalam padang, dan che'gu zainal perlu memantau pergerakkan kami bertiga ketika sessi latihan.

pada satu hari tu, kat sekolah SMTB ada diadakan acara sukan pertandingan bolasepak peringkat sekolah, antara zon rumah-rumah.

dalam sukan ini, aku bersama 2 orang member yang disebutkan tadi, mewakili rumah merah.. so, pada tahun ini, rumah merah merupakan calon favorite untuk menjuarai sukan bolasepak kat sekolah kami.

manakan tidak, jurulatih untuk zon rumah merah, turut dikendalikan oleh che'gu zainal..

dan dipendekkan ceritanya, kumpulan rumah merah bakal berentap dengan kumpulan rumah kuning, pada perlawanan akhir bolasepak SMTB.

hari pertandingan final sudah pun tiba pada hujung minggu tu.. che'gu zainal mula tak diam duduk.

'saya nak pasukan kita main dan lawan, bersungguh-sungguh pada hari ini.. tak kira apa pun yang jadi.. kita mesti cari kemenangan!', che'gu zainal begitu bersemangat sewaktu sessi briefing sebelum game bermula.

'baik che'gu.. kami akan main sebaik mungkin', jerit sorak ahli team rumah merah beramai-ramai.

'err.. lagi satunya, saya nak pesan pada yus, wan dan sam.. kalian bertiga mesti ada kesefahaman, baru boleh maju team kita ni!', ujar che'gu lagi.

'kami bertiga berazam.. akan lakukan tugasan dengan sempurna dan terbaik.. dan kami berjanji, tak akan mengecewakan coach!', aku melaung mewakili kami bertiga.

sepakmula pun akhirnya berlangsung pada petang hari tu.. team rumah merah bermain dengan begitu baik sekali pada kali ini..

dan pada awal minit ke 5 lagi, team kami dah berjaya membolosi gol lawan..

'Goollllllllll....', kedengaran kuat jerit pekik penonton, sewaktu striker team rumah merah berjaya menjaringkan gol tadi.

setelah game hampir tamat ke separuh masa pertama, dengan tidak semena-mena, pasukan team rumah kuning berjaya juga menyamakan kedudukan, lalu kedudukan terikat 1-1.

che'gu zainal mula kelihatan gelisah dengan situasi terkini itu, kemudian time-off, masa rehat untuk first half.

semasa time rehat tu, che'gu zainal masih sempat memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada team kitorang.

kata beliau, 'kalian semua mesti lebih giat, lipat gandakan lagi semangat berpasukan, baru kita akan perolehi kejayaan.. ingat yer pesan saya, usaha itu adalah tangga kejayaan!', itulah dia pesanan dari che'gu zainal.

seketika kemudian, second half pun bermula, begitu bersemangat team kitorang main setelah teringat kata-kata perangsang dari coach kami tadi.

dan setelah berhempas pulas, akhirnya pada minit ke 85, team rumah merah berjaya juga mendahului rumah kuning 2-1. Melompat dan bersorak sakan che'gu zainal keriangan.

masa semakin singkat, tinggal 5 minit sahaja sebelum perlawanan berakhir.. team kami begitu confident, ingatkan.. kitorang pasti akan menggenggam kejuaraan..

tiba-tiba team rumah kuning berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi, menjadikan keputusan terikat kembali menjadi 2-2.

'ah! parah kita kalau camni che'gu..!', aku mula menjerit kuat ke arah coach, melahirkan perasaan bimbang.

'takpe yus, terus lawan sehingga ke titisan peluh yang terakhir', laung che'gu zainal dari tepi padang.

permainan dah hampir sampai ke penghujung, hanya menunggu saat wisel penamat ditiup oleh referee.

kami jangkakan, dah tentu sepakan penalti yang akan menentukan pemenang pada hari ini.

tapi, tiba-tiba bola melambung tinggi, hasil sepakan dari striker team rumah kuning, lalu menerjah masuk ke sudut penjuru gawang gol team kitorang.

dan Goolllllllll..

beberapa saat sesudah itu, wisel pun kedengaran ditiup oleh pengadil perlawanan, menandakan game dah pun berakhir..

team rumah merah tewas 2-3, hasil jaringan cantik gol lawan pada penghujung masa kecederaan tadi.. kecewa sungguh kami semua..

tapi yang lebih tragis lagi, dekat hujung tepi padang bola, kelihatan sekujur tubuh telah jatuh tertiarap menyembah bumi..

'Ya Allah! Che'gu Zainal..', aku terkejut melihat keadaan coach kami yang tiba-tiba rebah, tak sedarkan diri tu.

kami semua bergegas ke arah che'gu zainal untuk melihat keadaannya.

pegawai paramedik terus bertungkus lumus untuk menyelamatkan che'gu zainal yang seakan sudah tidak bernafas lagi.. akhirnya ambulan pun tiba untuk memberikan bantuan kecemasan.

kawan-kawan kitorang semuanya dalam keadaan cemas seketika, 5 minit kemudiannya, doktor yang merawat che'gu mula menggelengkan kepalanya menandakan yang che'gu zainal tidak dapat diselamatkan.

'mintak maaf semua.. che'gu kamu telah pergi mengadap TuhanNya.. beliau terkena serangan jantung (heart attack) sebentar tadi', begitulah kata doktor berkenaan.

tak ku sangka, jeritan che'gu zainal sekejap tadi adalah ungkapan terakhirnya pada ku, sesudah itu mungkin beliau terkejut dengan gol kemenangan pihak lawan, lalu terkena heart attack.

luluh hati kami semua, kerana che'gu merangkap coach kami telah pergi selamanya dari dunia fana ini, meninggalkan cebisan kenangan yang tak boleh kami lupakan selamanya.

che'gu ku.. walaupun team kitorang gagal kali ini, tetapi jasa mu akan kami kenang selagi hayat di kandung badan.

kami akan senantiasa ingat akan segala pesanan dan nasihat mu, wahai coach..

al-fatihah untuk Allahyarham che'gu zainal bin kasiman (1950-1989) dan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau.

sekian coretan untuk mu, wahai guru ku.

(moral of the story - biar segarang manapun guru, tetap ada sekelumit kasih sayang di hati mereka, oleh itu hargai dan sanjungilah guru anda)

ok.. check the diskografie now..



– Earthshaker [1983]





















– Fugitive [1984]

















– Midnight Flight [1984]

























– Passion [1985]





















– Overrun [1986]

















– Aftershock [1987]











– Smash [1988]
















– Treachery [1989]









– Pretty Good! [1990]










– Earthshaker [1992]










– Real [1993]








– Birthday [2001]







– Soko Ni Aru Uta [2003]







– Faith [2004]








– Aim [2007]







– Quarter [2008]




















– The Course Of Life [2009]








– Back to Nexus [2010]






– Pray For The Earth [2011]








– The Earthshaker [2013]





– Bird [2015]















14 comments:

  1. Bro ko patut buat buku. Terbaik2 cerita2 kau.
    aku mati2 ingat cerita kau ni akan abis dengan joke. Sorry..
    Earthshaker aku tak dengar sangat la.

    ReplyDelete
  2. buat buku ke..? deaf nak jadi penaja ke..? hehe

    earthshaker terbaik sepanjang zaman la deaf..

    ReplyDelete
  3. aku pun rasa patut dibukukan saja cerita2 yus ni..tapi kena cari idea gak nak bukukan macam mana..maksud aku konsep dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak dibukukan tu, memang satu idea yg baik, Badrol.. Tapi masalah yg paling besar, adalah modal.. Gua bukannya jenis orang yg berduit.. Lain lah kalau ada yg sanggup sponsor.. Kih Kih Kih

      Delete
  4. aku kenal band ni pun sbb lagu search nombor tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu 'nombor' nyanyian Search tu memang best, tp belum dpt menandingi kehebatan Band Earthshaker Lagi..

      Delete
  5. zaman internet baru kenal earthshaker ni..takde member2 yg layan dulu..

    respeklah tuan rumah, memang ingatan power, boleh citer balik byk kisah2 yg berpuluh2 tahun dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kpd bro Gila Rock, atas pujian kepada Tuan Tanah.. Heheh

      Delete
  6. sedih cerita ko ni...

    kalau aku tak silap, aku dengar Earthshaker lebih dahulu dari Loudness...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih Bert, cikgu kesayangan tu..
      Aku lebih gemar Earthshaker berbanding Loudness.

      Delete
  7. Cikgu2 ni kadang2 ade yg garang tu atas sebab kebaikkan kita.. tp ade jgk yg garang sbb dia mmg garang tk bertempat.. dlu mase sekolah rendah aku ade sorang cigu PS ni.. gara2 tk bawak kertas lukisan dia tendang murid dia.. adehh..
    Masa mula2 dengar lgu Keadilan tu aku rasa cm pernah dengar aje melodi lagu ni..rupa2nya lagu Earthshaker daa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalim guru tu, kalau sampai tahap menendang pelajar sendiri, boleh report kes dera.
      Just for info : lagu keadilan Ada 2 versi Rock kapak -
      1.Album Dilema - May
      2.Album Keadilan-Lefthanded

      Delete
  8. Saya kenal band earthshaker ni melalui bapa saya, saya cukup minat dengan band ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bro luqman krn sudi singgah.. Join la followers blog ni ya..

      Delete