Music Player

Showing posts with label FireHouse. Show all posts
Showing posts with label FireHouse. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

Discography FireHouse


FireHouse adalah band hard rock Amerika (US) yang dibentuk di Charlotte, North Carolina pada tahun 1989. Band ini mencapai kejayaan pada awal 1990-an dengan lagu-lagu hit single seperti "Do not Treat Me Bad", "Reach for the Sky" dan "All She Wrote", serta lagu-lagu berentak ballads seperti "I Live My Life for You", "Love of a Lifetime" dan "When I Look Into Your Eyes".

Pada anugerah American Music Awards 1992, FireHouse telah memenangi anugerah untuk Best New Hard Rock / Metal Band.


Band ini sangat popular di rantau Asia, terutamanya di negara-negara seperti Jepun, Thailand, India, Malaysia, Filipina, Indonesia dan juga Singapura. Mereka juga turut mengekalkan populariti di Amerika Selatan dan Eropah.

FireHouse terus mengeluarkan karya dan bahan baru sepanjang tahun 1990-an hingga ke awal tahun 2000-an. Sebahagian besar album-album mereka telah berjaya mencapai kejayaan yang amat membanggakan di negara matahari terbit, Jepun.


Band ini sering mengadakan konsert roadtour antarabangsa pada tahun 2007. Mereka juga turut mengikuti siri jelajah tour tahunan 'Rock Never Stops Tour' bersama band-band lain di sekitar tahun 1980-an dahulu.

Album FireHouse dianggarkan telah terjual melebihi dari 7 juta unit album ke seluruh dunia sejak dari permulaan debut album mereka 'FireHouse (1990)' lagi.


Band ini terdiri dari vokalis CJ Snare, gitaris Bill Leverty, drummer Michael Foster dan bassist Perry Richardson.

Band ini sememangnya mengekalkan ahli-ahli asalnya sejak dari awal penubuhan FireHouse lagi, tetapi tidak berjaya untuk kekalkan ahli kumpulan ini selamanya kerana pemain bass asal mereka, Perry Richardson telah meninggalkan kumpulan FireHouse pada tahun 2000.

Posisi Richardson telah bertukar silih berganti sebanyak tiga kali, sebelum akhirnya bassis Allen McKenzie diberikan kepercayaan penuh untuk menggalas tugasan posisi bass pada tahun 2004.


Line-Up terkini FireHouse adalah :-

CJ Snare - vokal & keybod (1989-sekarang)
Bill Leverty - gitar (1989-sekarang)
Michael Foster - drum (1989-sekarang)
Allen McKenzie - bass (2004-sekarang)

Bekas Ahli FireHouse :-

Perry Richardson - bass (1989-1999)
Bruce Waibel - bass (2000-2003)
Dario Seixas - bass (2003)


Keseluruhannya Band FireHouse telah merakamkan sebanyak 8 buah LP, bermula dari album pertama berjudul FireHouse (1990). Album ini meletup bersama dengan lagu power ballads mereka iaitu 'Love Of A Lifetime'.

Album ke-2 menyusul pada tahun 1992 (Hold Your Fire), dengan menampilkan single love ballads terhebat iaitu 'When I Look Into Your Eyes'.


Dalam tahun 1995, FireHouse telah menerbitkan album ke-3 dengan menggunakan judul yang sama angka '3'. Masih mengekalkan lagu berentak power ballads iaitu melalui singles 'I Live My Life For You'.

Manakala sekitar tahun 1996 pula lahirlah album ke-4 yang bertajuk 'Good Acoustics'. Album ini dirakamkan secara akostik ataupun unplugged, dengan menampilkan 4 lagu terbaru bersama dengan lagu-lagu terbaik FireHouse.


Selang 2 tahun kemudiannya, kumpulan ini telah melancarkan album ke-5 yang diberi judul 'Category 5'. Ini adalah buah tangan terakhir dari bassist asal FireHouse 'Perry Richardson', yang akhirnya telah mengambil keputusan untuk keluar dari Band ini.

Di tahun 2000 menyaksikan album ke-6 FireHouse berjaya menembusi pasaran dunia, bersama dengan pemain bass baru 'Bruce Waibel'. Tapi malangnya khidmat Waibel tidak lama bersama Band ini, kerana pada awal tahun 2003, beliau dijumpai mati membunuh diri di bilik tidurnya, tidak diketahui puncanya.


Sesudah itu, album ke-7 Kumpulan FireHouse 'Prime Time' telah diterbitkan pada penghujung 2003. Kali ini posisi bassist telah diambil alih oleh Dario Seixas (pemain bass yang berasal dari Brazil). Walaubagaimanapun khidmat beliau bersama FireHouse juga tidak lama, hanya sempat merakamkan satu album sahaja, dan kemudiannya telah disingkirkan kerana kurang berdisiplin.

Album terakhir FireHouse diedarkan pada tahun 2011 dengan tajuk 'Full Circle'. Album ke-8 ini merupakan album rakaman semula lagu-lagu lama FireHouse yang pernah popular sebelum ini, juga tambahan satu lagu bonus baru 'Christmas With You'. Dalam album ini juga, Allen McKenzie telah berperanan selaku bassist baru FireHouse.


Begitulah rentetan perjalanan Band FireHouse ini. Sehingga berita ini ditulis, FireHouse masih aktif mengadakan roadshow di seluruh US. Tetapi perkhabaran tentang album terbaru mereka masih belum kesampaian lagi. Mungkin kumpulan ini memerlukan sedikit masa, bagi merealisasikan impian peminat untuk album ke-9 FireHouse.

Sama-samalah kita tunggu ketibaannya kelak.

OK la.. dikesempatan ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-59, maka di sini Yusrina ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada seluruh pembaca budiman sekalian.

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka.. Dan Merdeka..

Sekian.

And now.. times for the discography.. let's check it out..



FireHouse (1990)























Hold Your Fire (1992)























3 (1995)























Good Acoustics (1996)





















Category 5  (1998)





















Bring ‘Em Out Live (1999)


















O2  (2000)





















Prime Time (2003)


















Full Circle (2011)