Music Player

Showing posts with label Van Halen. Show all posts
Showing posts with label Van Halen. Show all posts

Sunday, July 24, 2016

Discography Van Halen


Van Halen adalah band rock Amerika yang ditubuhkan di Pasadena, California pada tahun 1972. Mereka telah merangkul kejayaan sejak dari pengeluaran album pertama mereka lagi yang berjodol Van Halen (1978).

Dari tahun 1974 hingga tahun 1985, band ini terdiri dari pemain gitar Eddie Van Halen, vokalis David Lee Roth, drummer Alex Van Halen, dan pemain bass Michael Anthony.


Pada tahun 1980 mereka berjaya menghasilkan banyak singles yang hebat sehingga turut mendominasi carta Billboard Hot 100 hits berbanding mana-mana band Hard Rock atau band Heavy Metal yang lain.

Album berjodol '1984' adalah album mereka yang paling berjaya. Single utama melalui album ini, "Jump" telah menjadi hit antarabangsa dan berjaya mencapai carta no.1 di Billboard Hot 100.

Single berikutnya, "Panama" dan "I'll Wait", kedua-dua telah berjaya juga mencecah Carta US di tempat ke 13. Album '1984' pula secara totalnya telah terjual melebihi 12 juta salinan di Amerika Syarikat sahaja.

Sebagai rujukan, kumpulan Van Halen pernah mempunyai 3 orang vokalis utama, bermula dari era David Lee Roth, diikuti era Sammy Hagar, kemudiannya melalui ke zaman Gary Cherone.

Pada tahun 1985, band ini buat pertama kalinya telah bertukar penyanyi iaitu dari David Lee Roth kepada bekas anggota band 'Montrose' iaitu Sammy Hagar. Bersama-sama Hagar, kumpulan ini sempat meriliskan sebanyak 4 buah album sepanjang 11 tahun berkecimpung.

Hagar kemudiannya meninggalkan band ini pada tahun 1996 sejurus sebelum terbitnya koleksi hits pertama terbesar band Van Halen, bertajuk 'Best Of - Volume I'.

Susulan itu, bekas peneraju band 'Extreme', iaitu Gary Cherone segera dipilih sebagai penyanyi baru untuk menggantikan Hagar, dan album 'Van Halen III' telah diterbitkan pada tahun 1998. Malangnya album baru bersama Cherone ini menemui kegagalan, yang menyebabkan beliau kecewa lalu membuat keputusan untuk mengundur diri dari menyertai Van Halen.

Bercakap tentang kesemua penyanyi Van Halen ini, iaitu baik David Lee Roth dan mahupun Sammy Hagar, kedua-duanya pernah terjebak dalam berbagai kontroversi yang melanda band Van Halen sebelum ini. Manakala Gary Cherone agak kurang menonjol, memandangkan beliau tidak lama bergiat bersama kumpulan Van Halen.

Setelah bersilih ganti bertukar penyanyi, akhirnya pada tahun 2006 David Lee Roth telah kembali semula sebagai vokalis utama Van Halen. Tapi agak malang nasibnya bagi pemain bass asal Michael Anthony, kerana beliau dengan tidak semena-mena dipecat dari menyertai band ini, dan digantikan pula oleh Wolfgang Van Halen, iaitu anak sulung kepada Eddie Van Halen.

Pada tahun 2007, Van Halen telah disenaraikan ke dalam anugerah Rock 'N' Roll Hall of Fame dan mereka menduduki di tempat ke-7 bagi kategori 100 artis Hard Rock terbaik sepanjang zaman.

Sehingga ke tahun 2007 juga, Van Halen telah berjaya menjual sebanyak 80 juta unit album di seluruh dunia dan kebanyakkan dari album-album mereka telah memperolehi kedudukan di no.1 hits pada carta Billboard Mainstream Rock.

Menurut Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA), Van Halen adalah kumpulan Rock ke-19 yang paling laris selaku band / artis sepanjang zaman dengan jualan keseluruhan LP mereka melebihi angka 56 juta album di Amerika Syarikat sahaja.

Van Halen juga telah diiktiraf sebagai salah satu dari 5 kumpulan rock yang mempunyai dua album terawal, yang berjaya dijual melebihi dari 10 juta salinan di Amerika Syarikat pada tahun 1999, dan album pertama mereka telah berjaya menggondol anugerah platinum disc, dengan hasil jualan mencecah sehingga 10 juta US dollar.

Secara keseluruhannya, kumpulan Van Halen telah menerbitkan sebanyak 12 album studio, 2 album live, 2 album kompilasi dan 56 singles.

Kini bersama vokalis asal David Lee Roth, kumpulan Van Halen sekali lagi telah menerbitkan album terbaru mereka dalam tahun 2012 yang berjodol 'A Different Kind of Truth'.

Begitulah rentetan perjalanan seni kumpulan Van Halen ini.

Berikut adalah Line-Up terkini band Van Halen :-

Eddie Van Halen – gitar utama, keybod (1972 – sekarang)
Alex Van Halen – drum, percussion (1972 – sekarang)
David Lee Roth – vokal (1974–85, 1996, 2007 – sekarang)
Wolfgang Van Halen – gitar bass (2006 – sekarang)

Sekarang mari kita layan discography Van Halen, bersama cover-covernya..

Zoom check it out..



Van Halen (1978)


















Van Halen II (1979)


















Women and Children First (1980)


















Fair Warning (1981)


















Diver Down (1982)


















1984 (1984)


















5150 (1986)


















OU812 (1988)


















For Unlawful Carnal Knowledge (1991)


















Balance (1995)


















Van Halen III (1998)























A Different Kind of Truth (2012)