Music Player

Friday, May 13, 2016

Discography Lefthanded

Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan 'The' telah digugurkan. Ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu.

Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri. Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.

Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. 
Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986. 

Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.  Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.

Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded. 

Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi (1989).

Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.  Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.

Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja 'sessionist' rakaman untuk artis-artis lain, antaranya Ella dan Crossfire. Nash kembali semula pada tahun 1998 dan menghasilkan lagi 2 buah album iaitu 'Dimensi Baru' dan 'Syurga & Neraka'.

Kumpulan ini terus menyepi dari dunia hiburan, setelah mereka sempat menghasilkan album Lefthanded Reunion sekitar tahun 2003 dan kemudiannya album 'live & unplugged at planet hollywood 2006' adalah buah tangan mereka yang terakhir.

Begitulah rentetan sejarah dan perjalanan seni kumpulan Lefthanded ini..

Dan sekarang macam biasalah, aku nak bercerita sedikit berkenaan dengan kisah 'tengok wayang'.

panggung wayang ataupun cinema amat popular sejak dari zaman dulu, kini dan selamanya.

walaupun dunia di era milenium ini semakin canggih, dengan segala bentuk kemudahan gajet yang sedia ada, namun panggung wayang masih lagi tetap relevan dan kekal berdiri teguh sepanjang masa.

lihat sahaja dimana-mana negara sekalipun, setiap kali ada filem baru ditayangkan, maka berpusu-pusulah orang ramai ke panggung untuk merasai kehebatan sesebuah filem berkenaan, tak kiralah samada ianya filem tempatan mahupun filem negara luar.

dan tambah lagi kalau filem yang dah sememangnya popular, sebagai contoh filem arahan george lucas (siri star wars), ataupun filem hasil olahan dan garapan dari steven spielberg (siri jurassic park) dan sebagainya, maka tiket selalu kehabisan stok (house full).

itu belum dikira lagi filem-filem yang berteknologi tinggi dan canggih serta mempunyai side effect yang luarbiasa, contohnya 3D, IMAX, AC3, Dolby Digital, Surround System dll.

pengalaman aku pertama kali masuk menonton wayang, adalah ketika dalam tahun pertengahan 80an, semasa menonton filem Azura, lakonan hebat dari Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud.

inilah yang aku nak story pada kali ini.. iaitu kisah bertajuk 'Nostalgia Semalam di panggung wayang'.

sebelum tu, aku nak beritahu lah sikit pada para pembaca budiman sekalian. yang sebetulnya draf entri kali ini, adalah isi cerita bagi slot Discography Jamal Abdillah.

Sila Copy-Paste Link kat bawah untuk info lanjut :-
                                   \/
                                   \/
                                   \/
                      http://albumretro.blogspot.my/search/label/Jamal%20Abdillah

tetapi entah macamana salahnya, telah berlaku kesilapan teknikal yang tidak disengajakan, semasa proses publishing entri Jamal sebelum ini.

maklumlah draf banyak sangat, itu yang jadi tertukar isi dan 'title' nya... hih hih!

semoga perkara sebegini tidak akan berulang lagi.. InsyaAllah..

OK back to the story.. kejadian bermula begini :-

pada malam tu, abah, ibu, adik dan aku telah ke sebuah panggung wayang Lido, di bandar kuala terengganu untuk menyaksikan tayangan filem Azura, yang sedang hebat diperkatakan ketika itu.

sesampainya kat kaunter tiket, abah mula beratur membeli 4 tiket untuk kami semua. Sebelum masuk tu, abah singgah la kejap di cinema stall, untuk membeli popcorn dan minuman.

cerita Azura dijadualkan pada jam 9 malam, kami masuk kedalam panggung 5 minit awal sebelum filem bermula. macam biasalah, kalau kita masuk kemana-mana panggung pun, memang tak sah kalau tak ada iklan dan juga 'trailer'.

bagi aku ini semua buang masa aje, ye la, 10 minit jugak diorang duk tayang preview untuk next coming movie dan juga pelbagai advertise lagi tu.

jadi filem start lebih kurang jam 9:10 malam. berdebar-debar jugak aku masa tu, baru first time masuk panggung kan.. dengan keadaan gelapnya, bunyi sound bisingnya dan dengan kerenah para audience nya, sedikit sebanyak membuatkan aku kurang fokus pada layar skrin.

aku hanya duk perhati sekeliling kat kawasan panggung jer.. dari atas ke bawah, dari kanan ke kiri puas aku duk tinjau kawasan persekitaran (dah macam rusa masuk kampung lagak diriku.. kihh kihh!)

sementara itu abah dan ibu, nampak semacam khusyuk melayan kisah cinta romantis antara zek dan azura dalam filem, manakala adik yang usianya 3 tahun lebih muda dariku, kelihatan semacam mengantuk jer.

saat itu, lagu tersohor 'sandarkan pada kenangan' sedang berkumandang menghiasi skrin, dan aku perhatikan, ada juga penonton yang turut berdendang menyanyikan iramanya bersama.. lagu ni pun memang sedap didengar, bersesuaian dengan jalan cerita filem berkenaan.

hampir setengah jam kemudian, aku mula rasa boring, sementara adik memang dah tertidur (penat sangat la tu kot, pagi tadi dekat sekolah ada sukaneka, tu yang cepat jadi mengantuk.. hehe!)

kemudian, kerana terlampau banyak minum air bergas dan popcorn pun hampir habis aku redah, pundi kencing ku mula meragam, dah terkepit-kepit jadinya duk menahan.

aku pun bersuara pada abah, "err Abah.. yus nak gi kencing jap, toilet kat mana?".

"kau pergi keluar ikut pintu belakang, haa.. toilet ada kat sebelah kiri sana", abah beritahu aku.

tanpa berlengah lagi, aku terus keluar ke belakang untuk mencari tandas, nak terkencing sangat rasanya, aircond dalam panggung terlampau sejuk, buatkan aku kurang selesa.

aku pun masuk ke dalam toilet, tutup pintu kemudian langsaikan hajat.. "fuhh! baru lega rasanya.. uhh! nyaman sungguh bila dah selesai", kataku dalam hati.

terus zip seluar dan aku cuba untuk buka pintu.. tapi.. tersekat, tak boleh bukak, "alamak, camane ni, tombol pintu pun rosak!", aku berbisik sendirian.

"ada orang kat luar ke.. tolong bukak pintu ni.. saya terkunci kat dalam", aku cuba panggil seseorang.

takde respon langsung, kini baru aku sedar yang aku berseorangan je kat dalam toilet tu..

"ahh.. sudah, nak mintak tolong siapa ni!", aku mula mengeluh.

masa terus berlalu, dah hampir setengah jam aku kat dalam toilet, masih belum ada seorang pun yang datang.

aku mula gelisah, menggelabah, rasa macam nak menangis pun ada, aku cuba ketuk sekuat-kuat hati, pun tak didengari oleh sesiapa pun.

akhirnya, aku cuba nak panjat, tapi licin pulak, berlumut dinding toilet kat situ.. nak pijak pun geli geleman. hiiih.. jijik!

tiba-tiba.. lampu pulak buat hal.. pejam celik pejam celik, terus terpadam.. "ah.. teruk kalau macam ni..", aku mula panik ketakutan.

"tolong! buka pintu ni, saya terkurung kat dalam, ada orang ke..?", aku terus bertempik.

masa berlalu, perasaan letih dan penat mula terpampang diwajahku, dah hampir satu jam aku terperangkap, aku dah mula give up..

di saat tubuhku hampir longlai tu, kedengaran semacam suara aku dipanggil seseorang.

"macam suara abah jer", bisikku.

dan kesudahannya abah berjaya juga mengesan aku, lalu pintu berjaya dibuka dari luar..

"engkau buat apa kat dalam toilet ni yus..!", abah mula membebel.

"buang air la.. abah", riakku sedih bercampur dengan malu.

"kan, kat pintu luar toilet ni, dah bertulis "Rosak", kenapa kau masuk jugak, apa kau tak baca ke tadi..?", abah semacam merungut pada ku.

"mana yus tahu.. tadi kan dah tak tahan sangat, terus masuk jer la", aku cuba membela diri.

"haa.. toilet yang kat sebelah sana, kan ada! siap pasang lampu lagi tu, kenapa kamu masuk jugak kat toilet yang gelap ni..!", lagi sekali kena bebel.

aku terdiam.

"jom balik, cerita Azura pun dah habis, aku ingatkan kamu pengsan ke! apa ke! lama sangat mencari", abah mula naik angin.

sesampainya kat kereta, ibu dan adik siap menunggu, sambil tersenyum pada ku.

kata ibu.. "kami sangka, kau dah kena culik tadi, ingatkan nak buat report polis, tapi rupa-rupanya sangkut kat dalam toilet.. kak kah kah kah".

hilai tawa ibu disambut pulak dengan gelak ketawa dari adik dan abahku.. ha ha ha ha ha ha...

eei.. malunya aku pada diorang bertiga.. aduss, camane boleh tak terbaca sign board kat luar tadi..

"AWAS TOILET ROSAK, SILA GUNA TANDAS LAIN"

huhh.. cerita Azura kemana, aku pulak kemana.. orang lain syok duk tengok movie, aku pulak siot seorang diri kat dalam tandas rosak... kihh kihh kihh kihh!

itulah dia pengalaman hidup 'paling tak best', terperangkap selama sejam dalam tandas.. huhu!

semoga dapat dijadikan iktibar pada semua.

sekian dan moga bertemu di lain waktu.

adios..

(moral of the story : baca dan fahamilah sesuatu kenyataan, sebelum anda terpaksa hadapi kenyataan)

OK.. the diskografie..



1986 - keadilan


















1987 - seruan













1988 - qabul












1989 - evolusi











1991 - fanatisme














1996 - nafas













1998 - dimensi baru






1999 - syurga & neraka















2003 - lefthanded reunion









2006 - live & unplugged at planet hollywood '06





info cover - credit to mastercomp, mat4nira, berteromber, xyruszone

18 comments:

  1. kesian bro, terperangkap...pengalaman aku dgn tombol pintu yg ada button tekan lock, memang sampai masa ia akn rosak, aku pernah terkunci kat dalam, tapi nasib baik ada org kat luar, boleh tolong bukakan...tapi ada kes org lain, dr luarpun tak boleh buka, ini memang susahlah, kena pecahkan kot, tak pasti dgn locksmith..sbbnya skrew nak buka tu kat dalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! hebat la brother Gila Rock geng kita ni.. banyak ilmu dia tahu berkenaan dengan tombol pintu ni.. tak gitu bro..? hihh hihh!

      Delete
  2. Siapa tahu Lefthanded Dimensi Baru 1998 tu album kompilasi ke penuh??tak ada info bila google...Nak tanya juga pasal album Reunion 1 Koleksi Unggul tu, adakah ianya rakaman semula???

    ReplyDelete
    Replies
    1. album dimensi baru 1998 tu adalah album penuh lefthanded.. lagu hits album ini - Khursani, tapi sayang gua takde cover penuh dan tracklistnya, untuk tunjuk kat sini, kasetnya dah hilang kena kebas member..
      manakala album reunion 1 koleksi unggul tu pulak, ye memang rakaman semula, suara nash yang baru, lagikan diorang buat reunion..

      Delete
    2. ok, t.kasih utk info tu...lagu hit Khursani, nak cuba cari kat internet, kalau2 pernah dengar..

      Delete
    3. ada ke lagu khursani kat internet..? rasa rasa macam takde pun lagu tu.. coba lah cari bro.. mana tau rezeki terjumpa

      Delete
  3. Baru teringat lagu pecinta tu.lama gila tak dengar lagu tu.terus bukak youtube.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu pencinta memang best bro.. tapi gua suka layan lagu maya persada.. ala-ala zaman battle of the bands lagu maya persada ni.. huhu

      Delete
  4. Seb bek tak salah jamban.. klu jamban pompan lagi bes muehehe..
    Dimensi baru tu mmg rare album la.. Khursani tu aku pernah dgr lgu kt radio.. best jgk..mula2 aku pk lgu dari album Qabul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik kan.. hehe
      tapi kenapa yer agaknya album rare seperti dimensi baru tu, tak di release kan kembali..
      semoga Warner Records dapat pertimbangkan jugak album ini agar dapat diterbitkan jua dalam format CD suatu hari nanti

      Delete
    2. aku dua kali sokong.. hehe

      Delete
  5. Hahaha. Horror siot. Bayangkan security dah lock up panggung. Abisla ko. Haha.
    anyway, Lefthanded. Masa first album dulu, ada budak2 melayu, tak dengar langsung Search.
    setia kat lefthanded

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia penangan dari band Lefthanded ni.. hebat bukan..! btw, balik pd kisah dlm toilet td.. fuhh! pengalaman paling ngeri.. lebih ngeri lagi dari jumpa hantu.. kihh kihh kihh!

      Delete
  6. Replies
    1. tapi aku takkkkk.. lebih berminat sangat pada suara Nash yang garau gemersik bak embunan jantan tu.. kihh kihh.. paling tak suka masa zaman Arab, langsung takde feel lefthanded gitu.. huhh!

      Delete
  7. pandangan peribadi aku...Lefthanded > Search

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jer lebih kurang 2 band tersohor negara ni.. vokal amy vs nash (boleh fight - draw atau seri).. gitaris man kidal vs kid (man kidal lagi power).. bassist yan vs nasir (masih lagi seri).. drummer yazid vs man dayak (yazid lagi power daa).. so conclusion nya.. sama hebat sama power.. kihh kihh! ini pendapat aku la..

      Delete