Music Player

Monday, May 23, 2016

Discography Meditasi

Kumpulan Meditasi merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang.

Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosliey (gitar utama), Mazlan (gitar ke 2), Yan (bass), Danas (keyboard), Atan (drum) dan Burn (vokal).

Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang.

Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub.

Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikkan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang.

Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids.

Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.

Sungguhpun gagal, kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman.

Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri).

Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi.

Nama ini diilhamkan oleh Rosliey (gitaris) yang memilih nama dari kamus, dan juga merupakan judul sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind.

Nama ini juga digunakan sebagai judul album sulung mereka yang dikeluarkan pada tahun 1990. Dalam rakaman tersebut, Raja Azreen pula telah menggantikan tempat Atan sebagai pemain drum.

Kumpulan Meditasi ni disepanjang karier mereka, sempat melahirkan 4 buah album sahaja. Dan album terakhir mereka berjodol Demi Rindu, yang telah diedarkan dalam tahun 1995.

Manakala lagu Bidadari pula yang dipetik dari album ke2 mereka, telah berjaya melonjakkan lagi nama kumpulan Meditasi ini berada sebaris dengan band-band rock kapak lain, seperti Masa Scarecrow, Crossfire dan Febians.

Begitulah serba sedikit info berkenaan dengan Band Meditasi ini.

End of the part 1, now we're going to the part 2.. check it out.

Dan kisah kali ini berjudul 'Buah Durian'.

pasti ramai yang meleleh air liur bila sebut je buah yang mendapat jolokkan sebagai raja buah ni.. hehehe!

sebenarnya, buah durian ni ada berbagai jenis dan gred-gred yang tersendiri. Bercakap tentang jenisnya, ada bermacam-macam lah.. bermula dari durian musang king@raja kunyit, durian udang merah, durian tembaga, durian bangkok, durian kampung, durian botak, durian hijau, durian emas perak, durian batu, durian paduka, durian katak, durian buaya, durian kuning dan juga durian daun.

masing-masing punyai rasa serta warna yang berlainan dan juga identiti tersendiri. Kalau tentang gred-gred durian ni pula, yang amat popular dah tentulah gred D24, D197, D175, D10, D96 dan pelbagai lagi.. aku pun tak berapa nak ingat dah.. banyak sangat grednya.. hih hihh!

dalam tahun 1985 dulu, tatkala itu aku tinggal bersama datukku (Tok Awang) di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Tok Awang ni adalah seorang yang gemar bercucuk tanam dan juga menanam pelbagai lagi pokok buah-buahan tempatan.

antaranya adalah seperti pokok petai, pokok jering, pokok mangga, pokok manggis, pokok jambu, pokok ciku, pokok rambutan, pokok nangka, pokok cempedak dan yang paling istimewanya, dah tentulah pokok durian.

boleh dikatakan di kebun Tok Awang tu, banyak dipenuhi dengan tanaman pokok durian. dan lagi satu kelebihan yang dimiliki oleh Tok Awang ni adalah ilmu bercucuk tanam.

memang hebat ilmu beliau ni, bermula dari pemilihan biji benih, dikuti dengan cara semaian, menggembur tanah, mencampur adukkan adunan baja, sehingga ke proses membalut buah durian agar tidak ditebuk tupai mahupun burung. memang lengkaplah proses tanaman buah durian yang dikendalikan oleh Tok Awang ni.

itu pasal la, rasa isi durian yang ditanam oleh beliau begitu sedap dan enak sekali. pendek kata, kalau setakat sebiji je makan durian datukku ini, memang tak cukup, mesti jugak mahu tambah lagi. manakan tidak, durian gred terbaik yang ditanam oleh datuk, gred D24. begitulah perihalnya, kehebatan durian yang diusahakan oleh Tok Awang ni.. huhu!

dan satu laginya, bila tiba je musim buah durian ni mengeluarkan hasilnya, maka banyaklah permintaan dari para pemborong dekat pasar tani di bandar pasir mas. selalunya Tok Awang akan menghantar sendiri buah-buah durian yang terpilih, untuk diedarkan kepada pemborong di pasar sana.

kebiasaannya datuk dan aku, akan mengutip dan memungut buah durian sekitar waktu selepas subuh, kerana pada masa sebegitu, banyak durian-durian yang dah gugur. jadi mudahlah sedikit kerja datuk untuk mengumpul buah-buah durian berkenaan, dan akhirnya boleh terus dihantar kepada pemborong dan juga peruncit.

Tok Awang akan menjualnya berdasarkan harga longgok, iaitu lebih kurang 5 biji buah durian disusun selonggok. dan harga jualannya adalah RM10.

lumrahnya, penuh bakul bila masa menghantar ke pasar pada hujung minggu.

dan pada satu pagi tu, usai memungut buah-buah durian, datuk mengajak aku untuk temankan beliau ke pasar.

"Yus.. jom ikut atuk ke pasar, kita pergi hantar buah durian..!", atuk memulakan bicaranya.

"bila nak pergi ni atuk..? Yus tengok cuaca gelap jer hari ni, nak hujan gamaknya ni", aku beri pandangan.

"ermm.. betul jugak kata kau tu.. takpelah kita pergi hantar lepas zohor je lah..", atuk menangguhkan dahulu hajatnya.

Selang 15 minit kemudian, hujan betul-betul turun dengan lebatnya... punyalah lebat, sampai habis tempias air hujan masuk ke dalam bangsal pondok, tempat kami berdua berteduh tu.

sejuk la pulak, menggigil aku.. atuk relax je, sambil menggulung rokok daun yang dah digentel dengan tembakau cap masjid.

lalu dicucuhnya mancis api terus disedut sedalam-dalamnya asap rokok daun berkenaan. berkepul-kepul kemudiannya asap putih naik ke atap bangsal, bila dihembus keluar perlahan-lahan oleh atuk sebentar tadi.

hujan terus turun selama 3 jam tanpa henti, tidak ada sebarang tanda pun yang menunjukkan hujan akan reda dalam masa terdekat ini.

sementelah tu, waktu zohor dah pun tiba, jadi kami berdua mengambil wuduk (tadah air hujan jer laa.. hehe) dan tunaikan solat berjemaah dalam bangsal berkenaan.

selesai solat, kami tunggu lagi, tapi hujan masih jugak turun mencurah-curah, kami pasrah je lah.

aku pun dah lapar, begitu juga dengan Tok Awang.. huh, sedari tadi asyik duk makan durian je.. naik muak la jugak kan.. kih kih!

masa terus berlalu, sehingga dah masuk ke waktu asar, masih jugak belum reda lagi hujan.

"ahh.. camane ni atuk.. jadi ke kita nak gi hantar buah durian ni ke pasar hari ni.. Yus rasa, kita gi hantar besok je lah?", aku pinta kepastian dari datuk.

"tak boleh Yus.. kita kena pergi jugak hari ni.. pasal atuk dah berjanji dengan si Ah Kau tu", datuk bertegas dengan keputusannya.

aku memang respect betul la dengan Tok Awang ni, beliau seorang yang patuh dan akur pada janji. setahu aku lah, belum pernah lagi tok awang ni memungkiri janji, apabila beliau dah berjanji dengan seseorang tu, Salute sangat pada datuk.

selepas solat asar kemudiannya, hujan dah semakin reda lalu akhirnya berhenti.. tapi masalahnya sekarang, hari semakin gelap, sudah hampir nak masuk waktu maghrib.

"cepatlah kita pergi.. kan tertunggu-tunggu pulak si Ah Kau tu", atuk bergegas menghidupkan enjin motosikal Honda CB100 beliau.

kemudian kami berdua, mengangkat bakul yang dah penuh dengan buah durian baka terbaik tu, ke atas bahagian belakang motosikal, lalu ditutup dan diikat dengan kain guni beras.

fuhh!! berat laa jugak, masa angkat tadi.. aku rasa ada dalam 40 biji buah durian dalam bakul besar tu.

kelihatan suasana persekitaran di kebun datuk kini hampir tenggelam, digenangi dengan lopak-lopak air bertakung, bahana akibat hujan lebat hampir sepanjang hari tadi.

kami berdua pun terus menunggang motosikal yang dipandu Tok Awang menuju ke destinasi, bandar Pasir Mas.

Jarak kesana dari tempat kami lebih kurang 10km saje, takde la jauh sangat pun. yang menjadi problemnya kini adalah lampu motosikal datuk, pejam celik pejam celik dari tadi lagi.. mungkin pasal lama tak servis kot.. itu yang meragam sikit tu... hu hu!

sepuluh minit masa berlalu, akhirnya kami tiba di kedai Ah Kau (pemborong buah durian). mengeluh la jugak Ah Kau, bila time maghrib baru kami sampai.

"haiyya.. apa pasat ini hali banyak lambat woo?", Ah Kau dah start membebel.

"Sori la apek.. dari pagi lagi kami bercadang nak hantar, tapi nak buat camana, hujan turun lebat sangat tadi!", atuk cuba perjelaskan pada Ah Kau.

Aku dari tadi diam je, duk perhati diorang berdua bersembang.. yer la kan, mana boleh masuk campur urusan orang tua.. aku ni kan masih bebudak lagi.. hih hihh!

"Yus.. mari kita punggah buah-buah ni masuk ke dalam kedai Ah Kau", arah Tok Awang padaku.

Aku pun bukalah kain guni beras yang membaluti bungkusan bakul besar yang berisi durian tu, tapi lain macam je aku rasa.

dan telahan aku tu memang benar..

"alamak.. astaga.. atuk! buah nya dah takde laa.. kosong!", aku terkejut melihatkan bakul durian tu.

"Ehh.. kau ni jangan nak bergurau tak bertempat Yus", atuk masih belum tahu akan hal yang sebenarnya.

aku beritahu lagi, "Betul la atuk.. tengok ni, bakul durian kita ni dah bocor.. berlubang",

"Apaaaaaaaaaa......!!", ternganga Tok Awang dan juga Ah Kau..

kah kah kah kahhh kih kih kihh kihhh!!!!

kalau dingatkan peristiwa buah durian tu, memang nak tergelak pun ada, sedih pun ada, kesian pun jugak ada..  haaah haaah!!

dah memang takde rezeki kami hari tu agaknya, dah la berhujan kat bangsal pondok berjam-jam lamanya, pas tu bakul durian ni pulak bocor, pecah la tu, mungkin dek kerana masuk air hujan, menyebabkan bilah buluhnya mereput lalu berlubang.. hehe!

patut la aku rasa lain macam sangat, masa mula-mula kami bertolak tadi, motosikal yang dinaiki macam bergoyang-goyang je, pas tu dalam lima minit dah jadi stabil balik.

tambah pulak suasana agak gelap tadi, jadi kami tak perasan la pun, yang buah-buah durian berkenaan, satu demi satu terjatuh masa tengah drive tadi.

rupa-rupanya buah durian tu, keluar sebiji sebiji jatuh ke atas tar, sewaktu dalam perjalanan dari kebun.. dan 40 biji buah durian yang kami bawa tadi, habis kesemuanya bersepah jatuh kat jalanraya, hanya tinggal daun-daun jer kat dalam bakul besar tu.

memang nasib malang betul la Tok Awang dan aku pada hari tu, nak buat camana kan..!

so, kira sedekah jer lah, pada sape-sape yang terjumpa buah-buah durian tadi.. takkan kami nak gi cari balik malam-malam gelap macam ni.. kira rezeki diorang lah kali ini, bukannya rezeki kami.. huh huh!

sekian dan wassalam..

(moral of the story : kalau dah bukan rezeki, lauk yang hampir nak masuk ke mulut kita pun, boleh terlepas pada sang kucing)

jadi.. fikir-fikirkan lah..

OK guys.. let's go to the diskografie..



1990 - meditasi























1991 - bidadari


















1992 - realisma














1995 - demi rindu

















info cover : credit to mastercomp, mat4nira, akubudakpenang, yans

14 comments:

  1. Tak tau sangat pasal band ni...start dengar betul2 bila keluarnya cd reissue...btw...terliur pulak bila ko cerita pasal durian...

    ReplyDelete
  2. yer la bert.. CD reissue pun baru keluar satu album je band Meditasi ni.. harap-harap akan rilis lagi, kesemua album diorang ni.. aku memang minat sangat dekat Meditasi ni..
    tentang durian pulak.. kalau ada masa tu, boleh la singgah kat kampung aku, kita pekena durian Tok Awang puas-puas, amacam bro..? Kawan-kawan kat sini kita kasi free je makan.. orait..!!

    ReplyDelete
  3. Lagu rock kangkang melayunie banyak aku suka dan best-best. Problem band dia nama macam-macam. Susah nak cam sapa nyanyi lagu sapa.

    ReplyDelete
  4. Betul tu bro shafid..kekadang tu boleh keliru la jugak, antara meditasi dan Lela.
    Yer la kan, 2dua nyanyi lagu bidadari.. Tak gitu Shafid!
    Sama kes jugak dgn buah durian, satu durian Bangkok Dan satu lagi durian Chieng Mai.. Ada perbezaan tak? Walhal dua dua pun durian Siam.. Huhuhuhuh

    ReplyDelete
  5. Byk lagu2 slow diorg yg meletup, suara Burnpun unik...
    bg aku, cuma album Realisma je yg tak ada lagu slow yg mengancam macam album2 lain..

    ReplyDelete
  6. Ya bro, memang benar pun.. Album realisma tu, mungkin diorang dah tukar konsep ke arah pop rock gitu.. Tengok rambut burn kan dah potong pendek.. Jadi cam mat jiwang la pulak.. Hahahahah

    ReplyDelete
  7. orang raub rupanya diorang ni. masih ingat band ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro adi herman.. mereka semua ni asal dari kampung gali hilir, raub, pahang...
      sama jugak macam durian, yang kebanyakkan gred-gred popular pun datang dari negeri pahang jugak.. huhuhuhuhuu

      Delete
  8. aku belum dgr lagi band ni. ohya bro ko punya blog ni berat sgt nak buka, lepas tu klu buka ada link virus masuk aku pun dashboard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link virus? Nanti gua cari punca dan permasaalahan kes yg bro d'arsil maksudkan tu.. Mungkin ada hackers yg Cuba nk menjatuhkan blog ni.. Lagi pun blog gua ni, rating sdg top worldwide, Ada yg dengki la tu.. Thanks for your info bro..

      Delete
    2. Sama-sama la kita dalam misi untuk melumpuhkan anasir jahat puak geng hackers ni.. TQ and dongibab bro..

      Delete
  9. Meditasi ni aku rasa aku ada cd metal 60an mereka.
    Memang dugaan besar ye pasal cerita durian tu. Takde rezeki, tapi yang penting pergi balik selamatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meditasi CD metal 60an?
      Aku belum jumpa lagi tu.. Menarik info ni.. TQ
      Durian,durian,durian.. Syukur kami selamat, walaupun durian tak selamat.. Hihih

      Delete