Pun begitu, keupayaan beliau dalam menyampaikan lagu yang bernada tinggi, sangat memukau peminat muzik rock tanahair, di suatu masa dahulu.
Lagu 'Setelah Aku Kau Miliki' dan 'Teringin', membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an.
Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada tanggal 12 September 1969. Shima juga telah mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor.
Begitulah serba sedikit biodata ringkas, untuk sessi pengenalan artis bagi entri kali ini.
kita kembali ke cerita utamanya yang bertajuk.. 'funfair'
pertunjukkan funfair memang cukup terkenal dan amat popular semenjak dari tahun 80an lagi. lumrah kebiasaannya, funfair akan berkait rapat dengan unsur-unsur perjudian. tidak kira dimana pun pesta funfair diadakan, sudah pasti bermacam kerenah dan ragam manusia akan terserlah samada baik mahupun buruk.
antara jenis permainan yang selalu terdapat di pesta funfair, adalah seperti acara memanah atau menembak tin minuman, acara memancing anak patung itik, acara tendangan bola penalti, acara meneka jumlah biji buah labu, acara membaling 'dart' dan pelbagai acara lain lagi.
selain itu, ada juga diselitkan dgn mini konsert artis-artis tempatan. tidak lupa juga seperti permainan merry go-round, jongkang jongket ular, kuda berpusing, kereta bumpers dan yang paling suspens, bila kita terjah masuk ke rumah hantu. (eei.. takut.. huhu!)
aku ada pengalaman menarik berkenaan dengan rumah hantu ni.. dan ini kisahnya.
pada tahun 1989 dulu, kami anak-anak polis yang tinggal di berek, iaitu faisal, zila, nadia dan aku.. telah menghadirkan diri ke tapak pesta funfair yang berlangsung sebulan di bandar kuala terengganu.
kami berempat masing-masing ber'couple' untuk ke pesta berkenaan. faisal couple dgn nadia.. sementara aku dah tentulah couple dgn zila.
kami keluar rumah lebih kurang jam 5 petang.. sesampainya di sana, keadaan masih terkawal, kerana pengunjung biasanya akan ramai di waktu malam.
sementara menunggu malam tiba, kami berempat lepak-lepaklah dulu sambil makan minum di warung berdekatan.
selesai menjamu selera tu, kedengaran guruh dan petir, lalu hujan pun turun selebat-lebatnya.. kami segera berteduh di perhentian bas berdekatan sementara menantikan hujan redup.
setengah jam juga, kami menunggu hujan berhenti, dan akhirnya hujan mulai reda perlahan-lahan.
kemudian kami singgahlah ke surau untuk tunaikan solat maghrib secara berjemaah.. usai sahaja solat, dalam jam 8 malam, kami kembali ke tempat funfair semula.
"fuhh! tu dia, ramainya manusia..", aku mula bersuara, tergamam melihat akan kehadiran para pengunjung ke situ.
"aa aah la Yus.. kalau macam ni punya crowded, mahu habis tiket ni..", faisal bersetuju dengan kata-kataku.
kedua awek kitorang diam je sejak dari tadi, ikut je dengan pakwe masing-masing.. (mithali betul dua awek ni.. kihh kihh! awek setia la katakan.. huhuhuh!)
masuk je ke dalam tapak pesta funfair tu, kami lihat berpusu-pusu manusia beratur, ada yg nak main itu, ada yg nak main ini.. kat dalam kan macam-macam game ada..!
aku bertanya pada zila, awek ku, "Honey.. you nak main apa..? cepat pilih, kitorang nak beli tiket ni".
"ermmm! apakata kita masuk rumah hantu je Yus.. OK tak!", zila memberi cadangan.
"rumah hantu..! you tak takut ke?", aku merasa hairan, ye la.. zila selama ni memang penakut, alih-alih nak mintak masuk rumah seram tu pulak.
"alaa.. apa nak di takut.. darling I kan ada.. hehe!", zila nak membodek aku la tu, macam la aku tak tahu.
setelah kata sepakat dibuat, maka kami pun bersetujulah untuk masuk ke rumah hantu, walaupun nadia pada mulanya, seakan membantah.
"tak bahaya ke Yus..?", nadia melahirkan rasa bimbangnya padaku.
"Rileks la Nadia.. Darling you si Faisal kan ada sama.. jangan takut..", aku cuba yakinkan nadia.
faisal pula hanya tersenyum simpul je.. (diorang berdua ni, baru je berkenalan.. itulah yg malu-malu tu.. huhuhuh!)
setelah beratur sekejap, maka masuklah kami berempat ke dalam zon rumah puaka berkenaan.
sebelum itu, terlupa nak bagitahu yg rumah hantu utk pesta kali ini, agak special sedikit, pasal hanya 4 orang sahaja yg dibenarkan masuk, pada satu-satu masa..
mungkin penganjur saja nak buat gimik, untuk jadikan tempat seram ni lebih mencabar lagi kot.. dah kira OK lah.. kami memang pun datang berempat.. haah haah!
bila masuknya ke dalam.. suasananya agak gelap, suram, kelam.. hanya cahaya lampu malap aje yang memudahkan kami berjalan, menyusuri rumah hantu tersebut.
kedengaran juga bunyi hilai tawa dan bisikkan suara ngeri , yg nak mengganggu, menyakat atau seakan mengusik kami berempat.
aku cool aje (dah tau.. memang bukan hantu pun.. semuanya orang belaka), tapi si zila ni pulak yg lebih-lebih peluk pinggang aku, naik rimas dibuatnya.
sementara nadia dan faisal, mengikut rapat di belakang kami.
tiba-tiba keluar hantu pocong seekor.. lompat, lompat, lompat.. menuju ke arah kami.. aku steady je.
tapi si zila dan si nadia dah mula menjerit ketakutan, faisal aku lihat mukanya selamba je, tapi macam pucat jugak.. haah haah!
habis je pocong lalu, datang pulak zombie dengan mulut berdarah, seolah-olah macam nak ratah kitorang.
lagi la menangis dua orang awek tu, faisal dah mula menggelabah.. cehh! penakut jugak rupa-rupanya si faisal ni.
pas tu dua tiga ekor hantu lagi keluar.. macam-macam jenis dan rupa.. hee hee!
kemudian kini, tiba giliran pontianak menjelma..
dan kali ini aku pulak yg berdebar, dup dap dup dap.. muka pontianak tu memang lawa, harum baunya, pakaian serba putih, tapi kenapa aku rasa takut..?
pontianak terus merenung daku..
aku mula teringat akan kata-kata arwah datuk, 10 tahun dahulu.. "Yus, kau adalah salah seorang insan yg telah dianugerahkan deria ke enam (sixth sense)".
aku termenung sejenak.. apakah pontianak yg didepan ku ini realiti, atau hanya sekadar lakonan dari staff-staff rumah hantu..?
tapi yg peliknya, tiga orang sahabatku, zila, nadia dan faisal, semacam tidak menyedari akan kelibat pontianak yg berada di depan ku saat ini.
renungan mata sang pontianak memang tajam, aku jadi tak keruan.. seolah-olah seperti pontianak itu ingin menyatakan sesuatu padaku.
aku menundukkan pandangan ku ke bawah, sambil berjalan menuju ke arah pintu keluar 'exit' rumah hantu.
peluh dingin membasahi dahi ku sejenak, setibanya kami melepasi pagar rumah hantu berkenaan.
diorang bertiga mula was-was, dgn tingkahlaku dan sikap ku yg tiba-tiba berubah.. "eh yus.. kau ni kenapa, macam nampak hantu betul je..!", faisal mula menegurku.
aku tak menjawab, tapi terus bergegas ke kaunter rumah hantu berkenaan.
"err.. encik, saya nak tanya, hantu-hantu yg kat dalam rumah ni, ada hantu perempuan ke..?", aku pinta kepastian dari penganjur berkenaan.
"perempuan?? mana ada orang perempuan nak jadi hantu.. semua staff kami yg kat dalam tu, hantu jantan belaka, tak pernah lagi kami gaji orang perempuan bekerja, untuk jadi hantu kat sini", jelas beliau panjang lebar.
aku masih lagi ragu-ragu, terus aku dapatkan rakan-rakanku, dan bertanyakan mereka perihal pontianak yg aku saksikan tadi..
tapi jawaban mereka, tetap sama..
zila, nadia dan faisal.. ketiga-tiga nya menyatakan yg mereka hanya nampak hantu pocong, hantu zombie, lepas tu hantu-hantu yang lain..
dan mereka juga sepakat menyatakan bahawa, takde pun kelibat hantu perempuan mahupun pontianak seperti yg aku dakwa dan lihat itu.
hissh! satu lagi tamparan hebat buat ku.. memang benarlah kata arwah datuk dulu.. 'sixth sense' dah mula menguasai diriku kembali..
bagaimana dengan kesudahan nasib ku nanti.. apakah ianya akan muncul lagi.. dan lagi... dan lagi....???
tunggu...............
sekian, wassalam..
(moral of the story - jauhilah tempat-tempat maksiat, kerana maksiat adalah kemurkaan Allah)
now time's for diskografie....
1989 - kelkatu gugur sayapnya (feat The Boys)
1990 - shima 1
1991 - shima 2
1993 - shima 3 _ teringin
1993 - more than your girl
1993 - the best of shima
1994 - luka di lukai
1995 - the best of shima 2
1996 - sutera putih (OST)
1997 - apa ku rasa (EP)
1997 - rasa
1999 - aku tetap aku
2004 - mtv karaoke (kompilasi)
2004 - best ballads (kompilasi)
2006 - keunggulan (kompilasi)
2007 - ke pangkuan mu
2010 - the essential (kompilasi)
(info cover - credit to http://shima-the-best-singer.blogspot.my/)
aku tak follow Shima dan tak ambik tau...tapi kalau Zila tu nak jugak aku tahu...hahaha...
ReplyDeleteBoleh Bert, no problem.. Nanti kita bincang pasal zila yer bro.. Hih hih hih..
ReplyDeleteI hope more people will read your blog. I think the stories you share while talking about the music you like are very special stories. I don't know what to expect each time, is it a funny story? a teenage broken heart story? or like now a truly really scary experience.
ReplyDeleteBro kau patutkan buku kan kalau ada peluang. Kau ada talent.
Anyway, Shima.. tu hari kat satu porum aku baca pasal Shima, she put on weight, she got problems in getting calls to perform in shows.
Rasa simpati dan kesian jugak. Harap things will improve for her.
Thanx so much to my buddy, bro deaf.. Pujian melambung sakan tu.. Kalau nak dibukukan atau jadikan novel, Gua kena bincang dgn bro Gayour la dulu.. Huhuhuh.
DeleteI really love Shima. Sad to see her life now. Thanks Yus for sharing about her dolu2. Kipidap.
ReplyDeleteHaah Haah, sekarang I dah tunaikan impian you.. Thank you zila..
DeleteKlu masuk rumah antu aku heran watpe nk takut bukannye antu betul hehe.. cuba masuk kubo betul baru takut..
ReplyDeleteShima aku minat tau..tp 3 album pertama ajelah.. samalah mcm ella mula2 aje rock.. lepas tu dh tuka mcm pop... shima pun sama..
Dengar cerita Ella Dan shima dulu, pernah bermasam muka,gara gara The Boys.. Wallahu'alam
DeleteTakdelah okay je diorang fans diaorang buat fitnah..saja nak hangatkan isu
Deletewoww.. hebat ya. nice story la u share. Blogwalking here.. i suka lagu shima apa ku rasa. best!!!!
ReplyDeleteterimakasih kepada saudara Leo Pluto kerana sudi singgah kat blog saya ni.. semoga anda terhibur..
Deletepuntianak hidup kembali nama geng kita kat kampung dulu.. shima ni lagu teringin saja tu minat.
ReplyDeletegeng apa tu bro..? geng menyakat orang balik dari surau ke..! kih kihh kihhh!
Delete