Music Player

Showing posts with label Guns N' Roses. Show all posts
Showing posts with label Guns N' Roses. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

Discography Guns N' Roses


bila disebut sahaja lagu "sweet child o'mine", "knockin' on heavens doors" dan "dont't cry".. pasti ramai yang kenal akan kumpulan Guns'N'Roses.

suara vokalisnya Axl Rose yang serak-serak basah (husky voice), ditambah pula dgn kerja gitar yang cukup sempurna dari Slash, membuatkan band dari US ini begitu popular di era 90an dulu.

tidak dinafikan, penampilan dgn gaya santai ala glam rock, telah membuatkan ramai para gadis jatuh cinta dan tergila-gilakan ahli kumpulan ini.

dan kalau bercakap tentang album, sudah pasti LP yg bertajuk "use your illusion I" menjadi sandaran hebat band ini.

dimana banyak terdapat lagu-lagu hebat, hingga tersenarai dlm carta top 10 billboard US.

ayuh.. kita lupakan sejenak Guns'N'Roses.

jom kita melangkah ke alam misteri bersama tuan tanah.

kejadian ini berlaku sekitar tahun 1977, ketika aku masih di bangku sekolah rendah.

seperti yang pernah aku nukilkan dalam entri sebelum ini, bahawasanya di tahun 70an, memang segala prasarana, kemudahan dan kelengkapan hidup seharian masih ditakuk lama.

kalau di waktu siangnya, kami masih menggunakan sumber bekalan air dari perigi, manakala di sebelah malamnya pula hanya berbekalkan sumber cahaya dari lampu minyak tanah.

begitulah saban hari yg kami sekeluarga lalui, sepanjang menetap di kg bunut susu, pasir mas, kelantan.

selama lebih kurang 5 tahun di kampung berkenaan, aku telah diajar akan segala jerih perih, penat lelah dan susah payah kehidupan, bergelar seorang anak kampung di desa tertumpah, sebelum kami berpindah ke kuala terengganu kemudiannya.

kebiasaannya, bila malam tiba, selalu sahaja terdapat aktiviti masyarakat setempat di kampung ku, antaranya seperti mainan wayang kulit, persembahan dikir barat, pertunjukkan silat gayung dan sebagainya.

tapi pada waktu itu, aku masih kecil, belum mengerti akan hal yang sedemikian. hanya sekadar mendengar kisah-kisah yg diceritakan dari mulut ke mulut oleh datuk dan juga abah.

datuk ku semasa hayatnya dahulu, adalah merupakan seorang yg disegani kat kampung tu. beliau dikenali ramai kerana kehebatannya dalam ilmu mengubat orang sakit.

suatu hari tu, ada 3 ke 4 orang penduduk kampung telah datang ke rumah dengan membawa seorang pemuda, yang dalam keadaan marah tidak menentu, seperti diganggu sesuatu.

begini kisahnya..

"assalamualaikum tok awang! nak minta tolong sikit.. ada orang meracau ni.. cubalah tok tengok-tengokkan", ujar tok penghulu dalam keaadaan resah.

"haah! bawak la naik ke atas.. biar aku periksa dulu", jawab datuk.

setelah 10 minit dirawat dan dijampi dengan segala macam doa, akhirnya pemuda berkenaan mulai tenang kembali.

"syukur Alhamdulillah! dia dah mula sedar tu, kejap lagi pulih la semangat dia nanti", ulas datuk.

"terimakasih tok awang! OK semua, jom kita pulang, hantar dia balik ke rumah", arah tok penghulu kepada penduduk kampung.

begitulah pengalaman ku, dapat melihat datuk merawat, orang yg kerasukkan.

tapi kisah ini, tidak berhenti begitu sahaja.. dan ini sambungannya.

selepas kejadian tadi, hari pun dah larut malam, masa tu jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

kami pun masuk untuk tidur, aku selalu tidur dengan nenek kat dalam bilik, sementara datuk suka sangat baring kat ruang tamu.

masa tu abah dan ibuku tiada dirumah kerana sedang berkursus di paka, terengganu.

jadi tinggal kami bertiga aje kat dalam rumah berkenaan. malam tu pulak suasana agak dingin, dengan hujan gerimis rintik-rintik membasahi bumi.

aku kesejukkan, lalu ku peluk nenek.

"nenek! yus sejuk la, boleh tak nenek peluk lama-lama sikit?", pintaku pada nenek.

"OK lah! meh cayang cucu nenek ni..", lega kurasa, dapat belaian serta pelukan dari nenek.

sementara datuk dah siap berdengkur kat luar.

"krohh.. krohh.. krohh.." dengkuran datuk memecah kesunyian malam, diselang selikan dengan bunyi suara katak bagai sahut menyahut memanggil hujan.

10 minit kemudian, nenek yang sedari tadi memeluk ku sudah pun terlena dibuai mimpi.

entah kenapa malam tu aku rasa macam tak boleh nak tidur, serba tak kena.. pusing kanan salah, kiri pun salah.

lalu aku tidur meniarap, hmmm.. naik lemas pulak, aku kembali ke posisi asal, secara menelentang.

tiba-tiba..

kelihatan di satu sudut dinding, bersebelahan dengan pintu bilik.

wajah yang menyeringai, menunjukkan taring panjang, dengan mata merah terbeliak, rambut kusut masai, panjang mengerbang.. sedang memandang tepat ke arah ku.

secara spontan, aku terus menekup bantal ke muka.. aku tak sanggup nak pandang lembaga besar bertubuh hitam tu.

aku terus pejamkan mata serapatnya.. seketika kemudian, aku cuba alihkan wajahku ke arah pintu semula..

Ya Allah.. lembaga hitam itu masih lagi kat tempatnya tadi.. kali ini dengan rupa dan wajah yg lebih bengis.

Aku menangis ketakutan.. dan aku kejutkan nenek disebelah.

"nenek, nenek.. ada hantu, takut la nek", aku mengadu pada nenek sambil terisak.

"ishh.. kau ni mana ada hantu kat rumah ni!", nenek merungut.

"tapi tu yg kat pintu tu.. takutlah nek", aku terus menangis.

nenek pandang ke arah pintu, tempat yang aku tunjukkan tadi.

"kau ni.. mengigau agaknya yus, nenek tak nampak apa-apa pun.. dah la, jangan menangis!", nenek tetap dgn pendiriannya.  (don't cry.. hehe hehe!)

dan aku pandang sekali lagi, memang sah.. masih ada lembaga dengan wajah mengerikan itu terus terpaku memandangku seperti tadi.

aku tak sanggup melihatnya, terus aku lari ke ruang tamu, untuk dapatkan datuk.

datuk mula tersedar dan bangkit, lalu mengusap wajahku sambil membacakan doa.

kemudiannya, datuk menghampiri ke tempat yg aku katakan ada hantu tu.. lalu dikibasnya sehelai kain hitam ke arah dinding pintu bilik berkenaan.

'zupp'.. berdesup bunyi lembaga tersebut melarikan diri dan diikuti dengan suara jeritan yg menaikkan bulu roma.

dan bila ku pandang  ke arah pintu, memang lembaga berkenaan, sudah tiada lagi.. lega hatiku, dan aku berhenti menangis.

"dah la.. dia dah lari.. takkan kacau yus lagi.. pergilah tidur!", datuk mententeramkan daku.

besok paginya, selesai bersarapan, aku bertanya pd datuk.. "Atuk! semalam tu yang yus lihat, hantu ke..?".

"ya.. memang! hantu 'jembalang tanah', dia nak menyakat kau", jawab datuk.

"tapi kenapa pulak, dia ganggu yus.. atuk?", aku minta kepastian.

"Semalamkan, atuk ada rawat orang yg kena rasuk.. haah! jembalang tu la puncanya", datuk terus bercerita.

"sepatutnya, atuk kena pelepas jembalang tu, masa dia keluar dari tubuh si pesakit.. tapi atuk terlupa, itu yg buatkan jembalang berkenaan ganggu kau.. kerana dia masih belum dibebaskan.. jadi dia merayau la kat tepi pintu semalam", panjang lebar atuk perjelas.

"kenapa nenek tak nampak pulak hantu jembalang tu?", aku terus bertanya.

"hanya orang-orang tertentu sahaja yg boleh nampak kelibat makhluk berkenaan", ujar datuk lagi.

"maksud atuk..?", aku masih kebingungan.

"yus..! kau salah seorang dari mereka.. kau memiliki deria pancaindera ke 6, jadi pesan atuk pada kau, pandai-pandailah kau mengawal diri.. agar tidak terjebak ke arah perlakuan syirik dan khurafat.. jangan tinggalkan solat, patuh pada perintah Allah.. dan selalulah menolong orang2 yg dalam kesusahan", panjang lebar huraian yg datuk berikan padaku.

terkejut jugak aku, bila mendengar penerangan dari datuk.

Bertuah kah aku mempunyai 'sixth sense'..?

atau ianya akan menimbulkan, satu masalah besar padaku, di kemudian hari kelak..?

hanya masa dan waktu yang bakal menentukan.

sekian, wassalam.

(moral of the story : jangan sesekali abaikan solat, kerana solat adalah tiang agama)

ok guys.. seperti biasa..

jom kita semak diskografie..



1987 - appetite for destruction















1988 - g'n'r lies















1991 - use your illusion I















1991 - use your illusion II
















1993 - the spaghetti incident


















2000 - new best ballads













2008 - chinese democracy