Music Player

Sunday, June 5, 2016

Discography Putra

Kumpulan Putra yang berasal dari Melaka, telah ditubuhkan pada tahun 1986.

Kemudian mereka ditawarkan untuk merakamkan Album pertama, di bawah naungan 1 syarikat gergasi Malaysia iaitu EMI Records, atas jemputan Encik Fauzi Marzuki yang merangkap A&R Manager untuk EMI Records pada masa itu.

Maka lahirlah Album pertama kumpulan Putra dalam tahun 1988, yang memuatkan 10 lagu dan lagu hits pada masa itu ialah 'Nazira'.

Album kedua pula muncul pada tahun 1990 dirakamkan dibawah naungan AKI Production yang bertajuk 'Formula Mimpi', turut memuatkan lagu hits 'Kain Cinta Putih' yang masih segar di ingatan para peminat sehingga kini.

Manakala album terakhir mereka berjodol 'Rockchestra' telah diterbitkan sekitar tahun 1991, tetapi album ini kurang mendapat sambutan dari peminat memandangkan kebanyakkan lagu yang terhasil dari buah tangan ke 3 mereka ini berkonsepkan rock indonesian, dan hanya sekadar mempertaruhkan lagu 'sketsa opera cinta' sahaja sebagai killer song.

Usaha mereka sebenarnya tidak memadai, malah para peminat mula meninggalkan mereka.. dan akhirnya kumpulan ini terus menyepi dari dunia hiburan (walaupun mereka cuba bangkit semula untuk reunion pada tahun 2008, tetap gagal untuk menyuburkan semula band ini).

Line-Up Putra adalah seperti berikut :-

Nik     - vokal
Kiss    - gitar utama
Ann    - gitar ke 2
Shaari - bass
Man    - drum

Begitulah rentetan perjalanan band Putra ini... 

OK sekarang masa untuk kita bercerita pulak.. dan pada hari ini, mari kita merungkai kisah disebalik :- 

'Ayam Hutan'.


Ayam hutan adalah nama umum bagi jenis-jenis ayam liar yang hidup di hutan. Dalam bahasa Jawa disebut dengan nama Ayam Alas dan dalam bahasa Inggeris Junglefowl. 


Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, berbeza dengan ayam betinanya yang cenderung berwarna malap dan kusam.

Selain memakan bijirin, ayam hutan terutamanya ayam muda juga memakan serangga.

Salah satu spesis dalam genetik ini, iaitu ayam hutan Merah dipercayai merupakan nenek moyang kepada ayam belaan pada hari ini.


Ayam hutan Sri Lanka pula merupakan burung kebangsaan bagi negara Sri Lanka.


Pada zaman pra-sejarah, genetik Gallus boleh didapati di seluruh Eurasia (faktanya ia juga berevolusi di tenggara Eropah). 


Keseluruhannya, ada empat spesies ayam hutan yang menyebar mulai dari India, Sri Lanka sampai ke Asia Tenggara termasuk Kepulauan Nusantara. 

Keempat spesies itu adalah seperti berikut :-


Ayam Hutan Merah      - Gallus Gallus

Ayam Hutan Sri Lanka - Gallus Lafayetii
Ayam Hutan Kelabu     - Gallus Sonneratii
Ayam Hutan Hijau        - Gallus Varius

Ayam hutan adalah pemakan segala-galanya, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun sebagaimana kebiasaannya, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.


Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang (tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas).

Ayam hutan juga merupakan salah satu jenis unggas yang telah didomestikkan manusia sejak ribuan tahun yang lalu. 

Ayam hutan merah diketahui sebagai nenek moyang asal dari pelbagai jenis ayam peliharaan pada hari ini.


Begitulah perihal sejarah dan perilaku ayam hutan yang boleh disimpulkan sebagai antara khazanah alam mergastua yang patut kita pelihara ini.


Dan aku juga ingin berkongsi dengan korang semua tentang satu kisah misteri berkaitan dengan ayam hutan ni juga.

Begini permulaannya :-


Lebih kurang 25 tahun dulu kisah ini terjadi, waktu tu aku bersama bapa saudaraku, Pak Hasan dalam perjalanan dari Kg. Melayu Ampang, Selangor untuk ke rumah sepupu di Felda Keratong, Jerantut, Pahang.


Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki kereta. Kami berdua bertolak selepas waktu Zohor dan sampai ke Felda Keratong tepat masuk waktu Asar.. Alhamdulillah selamat tiba juga ke destinasi tujuan.


Kami dijemput oleh sepupuku, Joe bersama bapanya Pak Said, lalu dibawa ke kediaman mereka di Felda Keratong 1.


Suasana di felda berkenaan cukup meriah dengan kehidupan para penduduk yang boleh dikatakan hampir 100% bangsa melayu yang mendiami tempat itu.


Sebelum tu aku nak beritahulah, serba sedikit info berkenaan dengan famili Joe ini : 

Pak Said dan Mak Jah (ibu Joe) bersama 4 orang anak mereka telah lama menetap di Felda Keratong 1 ni, iaitu sejak dari tahun 70an lagi. Kiranya keluarga mereka ni amat disegani dekat kampung berkenaan.

Selain Joe yang merupakan anak sulung, ada 3 lagi adik perempuan Joe yang turut sama dalam famili diorang ni, iaitu Sharah, Shikin dan Shalia. Ketiga-tiga adik Joe ni cuma perbezaan usia mereka hanya setahun seorang sahaja.. rapat-rapat gitu... lawa-lawa pulak lagi. 


Pendek kata kalau nak pilih buat awek pun, confuse la jugak, dengan saiz badan mereka yang hampir sama paras ketinggian, kulit putih kemerahan dan senang cerita memang cun la mereka bertiga ni... kihh kihh kihh!

Ehh... aku ni macam dah melalut sakan nie.. tadi nak cerita kisah ayam hutan, naper pulak gi ke tajuk awek, dah lari tajuk nie... hihi hihi! 


OK back to real story now..


Dan pada malam pertama di rumah Joe, kami dah dilayan sebagai tetamu kehormat, VVIP gitu, dengan layanan begitu istimewa, dimana isteri Pak Said iaitu Mak Jah telah memasak hidangan special, iaitu ayam hutan masak cili padi.. fuhh, meleleh air liur ku bila teringatkan kesedapan dan juga keenakkan masakkan ibu Joe tu.


"haah Yus.. jemput makan, kalau kau nak tahu inilah daging ayam hutan yang makcik masak ni", mak Jah mula mempromosikan juadah masakan beliau tu.

"yer lah Yus, tentu kau belum pernah merasa lagi akan keenakkan lauk ni", pak Hasan pula menambah.

"wow! tentu best ye kan", aku mengiyakan sahaja cakap-cakap diorang tu.

Dan pada malam tu tertidur lena aku dibuatnya, mungkin disebabkan kepenatan disamping kekenyangan melantak sampai 2 pinggan nasi berlaukkan ayam hutan cili padi tadi.. kihh kihhh!!

Memang terlampau sedap sangat gulai masakkan mak Jah tu, betul-betul kaww serta power.

Pagi besoknya selepas solat subuh, aku dan Joe duduk la bersembang kat luar beranda rumah, sambil menghirup kesegaran udara dingin nyaman di waktu pagi yang masih belum tercemar.

Sesudah sarapan, iaitu lebih kurang jam 9 pagi, Pak Said dan Pak Hasan telah bersiap sedia untuk ke hutan bersama-sama dengan selaras senapang patah yang tersangkut atas bahu Pak Said dan juga sebilah parang yang tersisip kat pinggang Pak Hasan.

"Yus... Joe ! nak ikut kami pergi berburu ayam hutan tak, kat hujung kawasan hutan sana?", ajak pak Said pada kami berdua.

Aku tanya Joe, nak pergi ke tidak, dan Joe pun bersetuju... jadi kami pun follow la diorang.

Kami menaiki jeep 4WD Pajero kepunyaan pak Said untuk meredah ke kawasan hutan berkenaan, yang jaraknya dari rumah sekitar 15 kilometer.

Sesampainya di sana lebih kurang jam 10.30 pagi, cuaca agak baik pada ketika tu, cuma bagi aku yang first time baru belajar nak masuk hutan, agak menyeramkan la jugak dengan keadaan sunyi semacam saje. 

Yang kedengaran cuma bunyi cengkerik, unggas dan kicauan burung-burung hutan jer saling sahut menyahut.

Sebelum melangkah masuk ke dalam hutan tebal tu, pak Said ada memberi penerangan dan juga adab-adab yang perlu dijaga semasa berada di sana nanti.

Kata pak Said lagi, yang paling penting mulut tu jangan celupar dan cabul, kita mesti respect pada alam semulajadi ciptaan Allah ini.

Aku, Joe dan pak Hasan mendengar taklimat ringkas dari pak Said tu dengan penuh khusyuk dan teliti. Selesai sahaja Pak Said membacakan doa, kami pun mula bergerak ke arah hutan perlahan-lahan. 

Selangkah demi selangkah kami menyusup masuk menyusuri hutan hijau tersebut, kami berjalan rapat-rapat, seketika kemudian sudah tiada lagi pancaran cahaya matahari yang kelihatan, cuma redup jer suasana persekitarannya dengan sisa-sisa embun dingin masih berbekas dekat helaian daun-daun pokok yang berjuntai.

Agak lama jugak kami berjalan, tapi belum nampak bayangan kelibat seekor pun ayam hutan yang melintasi kami berempat. 

"huhhh... pelik pula, kenapa takde Ayam pun yang datang menyerah diri hari ni...?", luah pak Said.

"ermmm.. mungkin belum ada rezeki kita lagi kot!" balas pak Hasan pula.

Kami berempat berhenti rehat seketika dibawah perdu pokok besar, sambil menikmati juadah ringan yang telah dibekalkan oleh mak Jah pagi tadi... kuih karipap dengan kopi 'o' panas.

Hilang rasa tension sekejap dapat pekena refreshment tu... hehehe!

50 minit kemudiannya sesudah menunaikan solat Zohor secara berjemaah, kami mula bergerak ke arah timur hutan pula, sebelum ni kitorang menuju ke arah utara. Pak Said yang telah menukar arah pencarian, dengan harapan semoga pemburuan kami ini akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan kelak.

Skop kawasan pencarian kali ini lebih mencabar lagi, ini kerana tempat yang kami redah kini adalah kawasan lembah yang berselut dan berlumpur. Jadi kami mesti lebih berwaspada, manalah tahu takut-takut tergelincir jatuh ke dalam becah lumpur tersebut.

Dan setelah 25 minit masa berlalu, tiba-tiba terdengar bunyi kokokan si Ayam Hutan di hadapan kami berempat.

"kokokokokok.... kok kok kok kokkkkkkkkkkkokkk.... okkk ekk ekkk ooooookkk"

"Sshh! Diam semua... korang jangan buat bising, dah ada habuan dekat sana tu", Pak Said mengingatkan kami.

"yer.. kami faham ayah", jawab Joe perlahan.

Lebih kurang 50 meter jarak dari kami disebelah pohon Kekabu, kelihatan seekor Ayam Hutan Jantan sedang mengepak-ngepakkan sayapnya. Warna bulu dan paruh ayam hutan berkenaan merah jingga kehitaman. Sekali pandang macam ayam kampung biasa saja, tapi bila diamati sekali lagi memang terserlah akan aura kehebatan sang Ayam Hutan Jantan tu.

Amat luarbiasa susuk tubuhnya, agak besar sedikit berbanding Ayam Jantan Kampung.

Pak Said dan Pak Hasan bergerak maju merapati Ayam Hutan berkenaan, sementara aku dan Joe menunggu dibelakang sahaja.

Pak Said mula mengacukan senapangnya ke arah Ayam Hutan tersebut, sementara Pak Hasan sudah bersiap sedia dengan parang (untuk sembelih ayam sekiranya berjaya ditangkap).

Mata Pak Said difokuskan pada laras senapang patah yang sedang digenggamnya itu, lalu beliau membidik ke arah Ayam Hutan yang bakal jadi mangsa itu.

Dan...

"Bammm".... kedengaran bunyi satu das tembakan dilepaskan oleh Pak Said, disusuli pula dengan rebah tersungkurnya ayam hutan berkenaan.

"Cepat, dah kena tu... jom kita pergi sembelih", laung pak Hasan pada kami semua.

Berlari kami menuju ke arah Ayam Hutan malang berkenaan, lalu berjaya ditangkap dan dipegang oleh Joe... Pak Hasan terus membaca 'Bismillah', akhirnya terus disembelih dengan selamatnya.

"Syukur Alhamdulillah! berhasil juga akhirnya pemburuan kita pada hari ini", luah pak Said kegembiraan.

Setelah disembelih Joe membaringkan ayam hutan tu di atas rumput bersebelahan dengan pohon Kekabu... tiba-tiba!!

Ayam Hutan Jantan berkenaan bingkas bangun dan terus melarikan diri, seolah-olah ayam itu seperti tidak mengalami sebarang kecederaan langsung. Serentak dengan itu jugak kedengaran satu suara bengis garau seperti bunyi suara orang jantan mengamuk... 

"Huaaaaargghhh Huarrrghhhh........ Huaaaaargghhh Huarrrghhhh"

Cepat-cepat Pak Said membacakan jampi menteranya, lalu ditiupnya ke arah tempat Ayam Hutan disembelih tadi.

Tergamam kami semua... "Ya Allah! Musibah apakah ini...?", bisikku didalam hati.

Amat pelik dan begitu misteri... tak dapat nak dicapai dek akal yang sihat sama sekali.

Cuba anda bayangkan, sebentar tadi Pak Said sudah berjaya menembak tepat ke arah sang Ayam Hutan Jantan itu, dan Si Ayam sudah pun rebah dan sesudah itu pula, Pak Hasan juga sudah berjaya menyembelih Sang ayam hutan tu.... dah hampir putus kepalanya, darah membuak-buak tadi.

Kami berempat yang menjadi saksi akan kejadian misteri yang telah berlaku sekejap tadi.

Macamana pulak boleh hidup kembali, tanpa sebarang kesan kecederaan yang dialami oleh si Ayam hutan.. walhal tadi nampaknya seperti sudah menggelupur kesakitan bila kena sembelih.. ingatkan dah mati.

Kami cuba pastikan sekali lagi pada tempat kawasan Joe membaringkan ayam itu tadi... memang sah, tiada setitik pun kesan darah yang mengalir dekat rumput tu.

"Hishh... Tadi bukannya ayam, mungkin penunggu hutan yang cuba nak menyakat kita", Pak Said mula membuat telahannya.

Apalagi, meremang la bulu roma kitorang, terasa seram sejuk badan aku pada masa tu.

Jam menunjukkan pukul 5 petang, hari dah semakin gelap, buruan pun masih belum berjaya kami perolehi, tapi gangguan puaka pula yang kami terima.

Setelah berbincang sejenak, maka kami berempat sepakat untuk pulang sahaja, kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku nanti, sekiranya kami teruskan niat untuk memburu di hutan berkenaan.

Huhhh... ayam hutan yang dicari langsung tak dapat, malahan kami pulak yang kena sakat oleh jembalang hutan.

Dan sebelum sampai ke rumah, kami singgahlah sekejap dekat pasar tani sekitar Bandar Tun Razak, lalu Pak Said membeli 2 ekor ayam kampung ternakan di situ, sebagai menggantikan ayam hutan yang gagal kami tangkap pada hari itu.

Kata Pak Said, malu lah nanti kalau balik dengan tangan kosong, jadi sekurang-kurangnya adalah jugak habuannya... heheheh!

Sesampainya di rumah sekitar jam 6 petang, kami disambut oleh Mak Jah dan 3 anak perempuannya itu. Pak Said lalu menceritakan kisah sebenarnya pada mereka semua dengan panjang lebarnya.

"Sebetulnya aku rasa kita dah tersilap langkah semasa di hutan tadi, itu sebabnya aku dah cakap, yang adab mesti dijaga... tapi kita mungkin tersalah percaturan, sepatutnya kita mesti terus menghala ke arah utara kemudian berpatah balik... tapi last minute, aku telah menukar plan untuk ke arah timur pulak, jadi mungkin kita secara tidak sengaja telah termasuk ke tempat kawasan mereka... itu yang buatkan mereka marah sangat", Pak Said akhirnya merumuskan tentang peristiwa yang telah berlaku petang tadi.

"Yer.. memang benar la tu, Said.. aku pun rasa begitu jugak, pasal bila kita masuk jer ke arah timur.. kan terus berjumpa dengan kawasan lembah berselut dan berlumpur tu", pak hasan pula menambah.

"patutlah Yus pun rasa macam tak sedap hati jer tadi", aku mencelah.

"betul tu Yus... Joe pun ada rasa jugak", Joe turut berkongsi pandangannya.

Jadi, pada pandangan anda para pembaca budiman sekalian, apakah dia.. makhluk ayam hutan jantan yang kami temui itu.. adakah ianya benar-benar ayam hutan..? atau jelmaan dari penunggu hutan tebal berkenaan...? Sama-samalah kita fikirkan..

Wallahu'alam.. Sekian.

(Moral of the story : Hormatilah alam semulajadi kita, janganlah dicabulinya, kerana alam adalah ciptaan Yang Maha Esa)

OK... The Diskografie..




1988 - putra















1990 - formula mimpi



















1991 - rockchestra












info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira

21 comments:

  1. Aku rasa ianya Jin Ayam.. muehehe.. (jawapan si belalang)
    Putra best jga.. klu rilis albumnya nti aku pasti beli.. tingat zaman2 kebangkitan rock era millenium 2006-2011 dlu mereka antara yg reunion.. merasa jgk aku zaman mcm rock dlu2 pkai fesyen ala2 rok kapak hehe

    ReplyDelete
  2. jin ayam hutan ke..? huhuh

    putra bagi aku cuma 2 album pertama diorang jer yang best.. masuk album ke 3, gua rasa macam dah tak boleh nak follow.. meleweh macam rock dangdut rhoma irama gitu.. kihh kihh

    ReplyDelete
  3. best cerita ayam hutan tu bro ahahaha. terbaek. by the way pihak NSR xnak ke re release album putra tu? sekarang ni banyak dah album rock lama2 yang diorang NSR ni rilis

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ pd bro korawk krn sudi singgah sini..
      NSR dah pun meriliskan Album pertama Putra - nazira last week lagi.. Album yg lain-lain tu, mungkin bakal diedarkan sebulan dua lagi kot.. Harap gitulah..
      P/S : bro korawk digalakkan utk Jadi followers blog Yusrina ni.. Klik je kat butang join this site.. Semudah ABC.. Hehe

      Delete
    2. Universal Music kalau ikut info Putra 1988/2016 dr blog Pak Mail..gambar ke-3 dr atas tu..

      Delete
    3. Memang Betul la bro Gila Rock.. Putra takde kena mengena dgn label NSR ni.. Gua pun terlepas pandang jugak, maklumlah bulan puasa kan.. Heheheh
      Bro korawk cakap NSR dan gua pun ikut jer la.. Walhal yg sebetulnya Album debut Putra tu, bawah label universal music / EMI..
      Kesilapan info yg tak disengajakan tu, Harap Maaf pada semua geng.. Huhu
      Dan TQ sekali lagi kpd brother Gila Rock diatas keprihatinan anda.. Wa caya sama lu bro..

      Delete
  4. tarikan bulan puasa bro, asyik melihat gambar awek kat tepi ni.. hahaha.. harap album dorang ni kasih reisu cd.

    ReplyDelete
  5. Tentang gambar-gambar awek kat Kiri kanan blog ni tu, pandai lah Korang mengawal nafsu dan selera diri sendiri..
    Setakat Tengok sekali lalu tu rasanya OK lagi, Jangan ditenung pas tu direnung lama-lama, boleh mengurangkan Pahala puasa anda.. Heheheh
    Insya Allah kesemua album Putra ni, bakal diedarkan selepas Hari Raya Nanti, bersabar lah menunggu nya..
    Berkenaan dgn virus di dashboard tempohari, camane bro d'arsil.. Dah boleh kawal ke!
    Sekiranya PC anda masih lagi berat, bila nak masuk ke blog Yusrina ni, alternative nya tukar jer ke browser Opera, jgn guna Internet Explorer-IE.. Habis cerita

    ReplyDelete
  6. Putra ni aku tau 1st album jer...kalau keluar reissue..aku beli la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Album pertama Putra sudah pun berada di pasaran seminggu yang lalu, Di bawah label universal music.. Cepat dapatkan segera sebelum kehabisan stok.. Hehe kuat promote, takde royalti ke dari universal!
      Bercakap ttg label universal music ni, nk kondem la sikit.. Kenapa harga CD re-issue sykt diorang ni dah naik mendadak.. Mula-mula keluar dulu harga nya 15.90, pastu naik 19.90.. Dan yg terkini naik lagi sampai 23.90..
      Apa ni brother, nk cekik darah Kitorang ke..!
      Jangan nk untung lebih jer.. Ingat Ingat jugak la pd golongan bawahan macam geng Kitorang ni..
      Semoga semua label syarikat rakaman sudi mendengar rintihan dan keluhan kami ini.. NSR, universal, Rusa, warnada, mutiara, life dll sila take notes.. OK

      Delete
  7. waw.. cerita kau pun sama jugak cam ceta molotov coctail aku baca tadi, bleh buat pilem horror.
    Semelih ayam, tapi bukan ayam.

    Anyway Nazirah...Nazirah... Nazirah... Nazirah..
    ni je aku tahu..
    hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la deaf..!
      Gua pun rasa gitu, kalau kombinasi skrip Yusrina + Adi Herman, mungkin boleh meletop Box opis pawagam nanti.. Heheheh
      Umpama duo-director Bollywood, Abbas-Mustam gitu.. Huhu
      Mimpi angan mat jenin.. Boleh laa.. Kih Kih
      BTW.. Putra Selain lagu nazira, banyak lagi lagu yg best.. Example, dlm kehadiran kasih, cinta sejati, kain cinta putih dsb nya

      Delete
  8. Shery suka lagu kain cinta putih......hikhik....bro Nik Putra pun dh beruban skrg... Still rambut panjang.... Pe2 pun tabit hormat tuk bro Nik yg rajin melayan peminat2 rock kapak......hikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi nama website bro Nik Putra tu tak.. YUsrina minat sangat pada geng Putra ni la awak..
      btw.. lagu nazira pun best jugak daa Sherry

      Delete
    2. Shery ada no hp dia je...bro Nik Putra..website dia shery Tak tau.. Jap shery whatsapp bro Nik tnya kot dia ada website... Ataupun yusrina boleh add bro Nik DLM Fb...

      Delete
    3. Wow..kalau dah ada nombor phone tu, ini mesti Sherry kenal rapat dgn bro Nik Putra.. Kann kann
      Nanti boleh la Sherry tolong rekomen kan blog Yusrina - Retro N Rock ni, kpd bro Nik Putra jugak.. Gitu awak, Hih Hih

      Delete
  9. Alaaaaa.....yusrina....shery dh whatsapp abg Nik Putra smlm dia takda LA website hikhikk......Fb je LA dngn dia awak...mmmm abg Nik ckp dia Tak reti website ni ...hikhikkk....shery dh suruh dia buka website senang nnt yusrina nk ting...tong...ngn abg Nik Putra tuu...hikhikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah haah haah..! terimakasih banyak2 sherry, krn dah tolong luaskan skop blog yusrina nie pd bro Nik Putra tu.. kim salam kat dia yer.. adios utk awak gitu

      Delete
  10. Tq pd rina yusrina dgn blog ni n tks kpd smua peminat Putra yg masih setia bsama ....kami masih ujud dn temui kami di Pesta Penang 2016 nnti..KAIN CINTA PUTIH akn dgugurkab dpentas nnti...jmpa dsana...sya..nik putra

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih juga kepada abe nik kerana sudi approve yusrina sebagai frenz

      ayuh! jom kita ramai2 kasi gegar dekat pesta penang 2016 nanti

      beri sokongan kepado kumpulan putra dan kain cinta putihnya hih hih

      abe nik ada tiket free untuk yusrina tak ?

      Delete
  11. wow! abang Nik Putra in da house laa
    TQ abe nik

    ReplyDelete